Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Sunday, 14 August 2011

Bicara Larut malam ;-)

Salam semua...mungkin masa ni ramai dah yang tengah dibuai mimpi indah...dan awal pagi nanti nak bangun sahur pulak..
Aku baru saja balik dari mengeteh..lepas terawih tadi terus pi melepak sesambil pekena teh tarik ngan kawan-kawan..
banyak juga yang dibualkan..ada yang kosong dan ada yang berisi!
Apapun di bulan Ramadhan yang penuh barakah ni, kalau perbanyakkan membaca Al-Quran tentunya lebih baik... (emmm kejap lagi sebelum tidur, aku buat :-)...
Ni nak buat rutin dulu..Entri larut malam untuk blog aku ni....ni pun kira komitmen juga la kan?
Tadi kami banyak berborak tentang cost of living sekarang....maksudnya tentang harga barang-barang sekarang ni semuanya mahal-mahal termasuk membeli juadah berbuka puasa di pasar-pasar Ramadhan... Paling nak berjimat sekalipun, RM 30 ringgit mesti habis punya bila berkunjung ke pasar ramadhan.
Harga kuih-muih ataupun lauk-pauk naik berkali ganda berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya....
Kami yang pegawai kerajaan (bergaji tetap) ini pun terkesan dengan kenaikan harga barang, bagaimana lah agak nya mereka yang tiada pendapatan tetap dan mempunyai bilangan ahli keluarga (tanggungan) yang ramai.
kalau tahun sebelumnya ni, kuih Akok (kuih wajib aku untuk berbuka puasa) harganya 50 sen sekeping, tapi untuk tahun ni dah jadi RM 2 untuk 3 keping..maknanya orang yang nak makan Akok kena beli 3 keping (dengan muka masam penjual tu selamba je cakap, tak boleh beli sekeping, kalau nak, kena beli 3 keping untuk 2 ringgit!) mak oiiiii...dah la mahal, bahasa pun best jeee....! tu baru kuih akok...tak citer lagi pasal ikan bakar ataupun ayam percik! Nak buat macam mana...dunia sekarang semua orang nak kaya cepat... nak pergi Mekah balik hari gamaknya.....
Jerih perih kehidupan orang lain, ada aku kesah! Tema nya....!
Tema nya untuk kita yang tak berniaga ni, kalau membeli di pasar Ramadhan tu, ikut lah keperluan dan kemampuan, jangan di layan sangat nafsu makan yang tengah memuncak di waktu petang tu.....percaya lah..bila dah pekena sebiji kurma dan segelas air sewaktu berbuka tu, nafsu makan seolah lenyap dan "berlari jauh" keluar dari dalam diri..... Makan lah seadanya....
Kalau yang pandai memasak dan berkelapangan tu, masak la untuk seisi keluarga....nescaya, makanan yang dimasak itu lebih memuaskan, mengenyangkan dan tiada apa-apa rasa terkilan hadir selepas kenyang menjamu selera....
Oklah itu saja 4 tonite..sekadar renungan bersama.....selamat malam....
Terima kasih kerana sudi membaca.
Selamat meneruskan ibadat puasa dan bakal beroleh berkat dari yang maha Esa. Aminnnn.....
Wassalam....

No comments:

Post a Comment