Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Saturday, 13 August 2011

Setiap Orang ada bahagian Masing-Masing!

Assalamualaikum......Salam Sejahtera...
Aku selalu buat enteri lewat malam...ya lah, masa-masa begini la agak tenang untuk menulis... berkongsi pandangan dan rasa hati...
Meminjam kata-kata abang Ben kita yang sangat fames tu..."yang penting kita menulis, biarpun hanya beberapa patah saja yang berguna dan yang lain nya banyak mengarut tak pe..luahan hati masing-masing" (maksud dia lebih kurang begitu la...ayat tu aku punya sendiri..hehehe...)
Sepanjang hari ini aku banyak habiskan masa depan lap top aku ni...buat blog walking...meninjau blog-blog orang-orang baru dan juga blog mereka yang dah berada pada tahap Dato'Ct..(dalam arena blogging ni laa..) macam cikepal, denaihati dan juga ben!
Sebagai orang yang masih "merangkak" dalam bidang penulisan blog ni, aku rasa sangat teruja!...banyak informasi dan idea yang boleh dikerah untuk diterjemahkan...
Salute juga la kat blogger-blogger success & senior macam Ben yang ternyata banyak memberi kan tips, sokongan dan dorongan...
Memang.!!...dalam melakukan apa jua perkara, kejayaan tidak akan datang dengan mudah...segalanya mesti disertai dengan usaha....
Bila menjenguk ke blog-blog yang sangat canggih presentation nya...rasa rendah diri datang bertandang juga...namun, sebagai orang yang baru ingin memulakan langkah kita kena "sedar diri" dan mesti percaya, kalau kita tidak jemu berusaha, suatu hari kelak kita juga mampu berada di tempat mereka yang kita idol kan sekarang.
Nowadays, ramai sangat orang yang ingin jadi blogger...itu tandanya rakyat Malaysia semakin positif...! maka setiap dari kita (yang nak jadi blogger ni la) seharusnya saling bertukar-tukar pandangan agar "alam blogger" ni mampu menyumbang sesuatu yang baik dan berguna dalam kehidupan kita.Jangan ada rasa iri hati mahupun dengki..terutamanya kepada mereka yang telah berjaya....Jadikan mereka sebagai perangsang dan juga contoh untuk kita berlari seperti mereka.
Soal siapa yang cepat dapat pengikut yang ramai dan cepat glamour tu terserah la.... memiliki blog ini tidak seharusnya mengaris dan memasukkan "untuk menjadi glamour", "nak dapat duit" atau benda-benda meterial sebagai objektif nya! Percayalah...kalau kita jujur dengan apa yang kita lakukan, suatu hari kelak, kita akan memperolehi sesuatu (manfaat) dari nya....manfaat itu tidak hanya dalam bentuk meterial atau populariti semata....Yakin lah, setiap orang yang rajin berusaha pasti adalah bahagian dia....just wait for the time!
Dengan fenomena berblogging ini juga kita dapat lihat bertapa setiap orang mampu menterjemahkan kreativiti dan idea masing-masing yang kadang-kadang beyond apa yang pernah terlintas dalam fikiran kita....sangat menarik!
Tidak boleh dinafikan juga berblogging ini juga sebenarnya menuntut komitmen dari segi masa..macam aku hari ini,.bini siap cakap "abang ni, dah ketagih dah main internet/FB dan blog" dan anak-anak plak cakap "papa ni asyik sibuk memanjang, dah berapa jam dah dok mengada lap top..tak siap-siap lagi ke kerja papa"??!....
Emmmmmm begitu lah.....! Apapun, aku tak nak terlalu mendesak diri..kalau ada idea dan masa, pasti aku update blog aku ni dengan enteri yang baru....kalaupun tidak dibaca oleh beribu insan, cukup lah untuk mereka yang follow blog aku ni...
ok...itu saja for tonight......
Percaya lah pada kebolehan diri sendiri......dengan terlalu memikirkan akan kehebatan orang lain sehingga kita lupa untuk berusaha menjadi hebat seperti mereka...! hahahaha...:-) Terima kasih kerana sudi membaca.....

No comments:

Post a Comment