Assalamualaikum...
Jumpa lagi di sesi larut malam...
Seperti biasa la, meng"update" entri dilewat malam ni dah jadi rutin aku plak...walaupun ceritanya tak semenarik mana pun, yang penting can share with others whatever yang terlintas di minda.
Sebenarnya baru balik dari jumpa sorang student ni (kat asrama sekolah), walaupun bukan warden tapi memandangkan budak ni anak kepada sahabat aku so aku rasa terpanggil untuk jumpa cz ada buat masalah! emmmm baru semalam beri nasihat dan pesanan...tiba-tiba malam ni buat lagi! begitulah remaja...tema nya: Kisah janji dimungkiri lagi!!!! hahaha...
By the way, bukan itu yang aku nak bercerita malam ni. Aku cuma tertarik dengan persoalan yang kawan aku lontarkan pada aku siang tadi:-
Kawan aku : waaaa...hebat kau sekarang, setiap hari aku tengok ada penulisan blog yang kau share kat FB.
Aku : laaa..apa yang hebatnya, just penulisan biasa je, orang ada blog so akupun nak juga
Kawan aku: Aku dengar orang tulis blog pun boleh buat duit..setakat ni kau dah dapat duit ke? emm mesti dapat kan?
Aku: ehhhh mesti lah! banyak....! setakat ni dari aku start ada blog bulan May hari tu hingga sekarang, aku dah dapat dalam 60 sen!
Kawan aku : Eh, kau biar betul...apa ke jaddah 60 sen untuk beberapa bulan! tipu lah..!
Aku: Betul lah, apa yang tipu nya.
Kawan aku: kalau setakat sen-sen, buat apa kau beria nak tulis blog! tak sanggup aku!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Begitu lah persepsi sesetengah orang kalau buat sesuatu untuk mendapatkan sesuatu! Memanglah ada orang-orang yang memiliki dan menulis blog mampu mendatangkan hasil yang lumayan. Dengar nya ada yang boleh dapat ribu-riban hasil dari memiliki dan menulis blog. Tapi mungkin mereka dapat hasil yang begitu pun bukan nya mudah. Mesti mengambil masa yang lama juga. Selain itu, entri-entri yang dimuatkan dalam blog mereka tentunya sangat menarik dan disenangi oleh ramai orang. Apa yang yang boleh dikatakan, hasil yang mereka perolehi itu adalah berkat ketekunan dan kreativiti yang mereka tunjukkan. so tahniah untuk mereka.
Bila ada tersiar kisah blogger-blogger mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan, maka berduyun-duyun lah orang nak buat blog dengan harapan agar mereka juga akan beroleh keberuntungan yang sebegitu! Salah ke? Jawapannya tentu sekali tidak. Semua orang berhak memasang impian. Setiap blogger rasanya tentulah nak promote blog masing-masing. kalau boleh nak kumpul followers yang seramai mungkin macam blogger-blogger senior seperti Benashaari, Cikepal, Denaihati dan lain-lain. (punya follower berbelas ribu!). Tak salah memasang impian, tapi impian itu mesti lah disusuri dengan usaha. Orang yang memasang impian untuk menjadi hebat seperti mereka (blogger-blogger famous dan berpengaruh tu) mestilah berilmu. Berusaha setiap masa untuk menjadi manusia yang kreatif serta berupaya menjana idea yang mantap dan hebat.
Tipu lah kalau aku kata aku tak nak jadi seperti mereka. Tapi kita kena lah realistik dengan kemampuan dan keupayaan diri kita.
So i told my friend. "Kalau aku nak buat duit, aku tak memilih untuk menulis blog, baik aku buat tuisyen, mengajar baru 2 jam dah dapat berpuluh ringgit, tak pun grap peluang bila orang panggil buat ceramah tentang Matematik, 2 jam berceramah dah boleh dapat dua-tiga ratus! berbanding 3 bulan menulis blog baru boleh kumpul 60 sen! hahahaha.....Lucu!
What so ever, memiliki dan menulis blog ni sangat bagus dan sangat positif, cuma nya jangan lah dalam setiap benda yang dilakukan itu, asyik duit saja yang hadir dalam hati dan minda kita! memang money is not everything but money is something...duit tetap kena cari cuma nya banyak cara lagi untuk kita jana sumber bagi mendapatkan duit.
Pun begitu, tidak dapat dinafikan juga, bila blog kita ada follower yang ramai, kita tentunya akan lebih teruja dan bersemangat untuk menulis. Bila hasil penulisan atau penceritaan kita dibaca oleh orang lain, itu sebenarnya satu penghargaan buat kita. Betul tak? (tak kan kita tulis dan kita nak baca sendiri)
Aku juga dapat rasakan, sejak ada blog ni, mengadap je lap top, ada saja idea yang lahir untuk dikongsi...dan sejak menulis blog ni juga aku rasa ianya mampu memberi ketenangan dan kegembiraan untuk aku...rupanya aku dah ada tempat yang terbaik untuk aku meluahkan apa yang aku fikir dan apa yang aku rasa! Katakan saja!
Happy reading..........Wasalam...!
No comments:
Post a Comment