Assalamualaikum.... Entri yang aku tulis kali ni bukan lah berniat nak condemn semua ibu bapa masa kini. Aku pun bapa kepada 3 orang anak yang masih kecil lagi...
Sekadar ingin membicarakan tentang sikap segelintir ibubapa yang terlalu "sayang"kan anak mereka dengan cara yang tidak sepatutnya (just my opinion). Semua orang berhak menunjukkan kasih sayang pada anak masing-masing by their own way! Asalkan kasih sayang itu mampu membawa kepada kebaikan untuk hari-hari seterusnya pada anak mereka.
Tidak akan ada ibubapa dalam dunia ni yang mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku terhadap anak mereka. Setiap ibu bapa sentiasa berharap dan berdoa agar anak masing-masing akan berjaya dan bakal memperolehi masa depan yang cerah kelak.
Pakar-pakar motivasi juga kerap membicarakan tentang kemahiran keibubapaan yang seharusnya ada dalam setiap diri mereka yang bergelar ibu dan juga bapa. kemahiran itu lah yang diharap untuk digunakan dalam mengajar, mendidik mahupun menangani permasalah yang wujud dalam proses sosialisasi anak-anak di dalam institusi keluarga mahupun masyarakat.
Ilham aku untuk menulis tentang perkara ini lahirnya dari dialog antara beberapa orang ibu bapa dengan sahabat aku (ketua warden asrama sekolah).
Semalam sekolah aku telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana (Anjuran PIBG). So ramai lah ibu bapa/penjaga yang datang. Pihak asrama telah menetapkan hanya ibu bapa yang hadir saja yang boleh membawa anak-anak mereka balik (cuti hujung minggu). Sekiranya ibu bapa tidak hadir, maka pelajar tidak dibenarkan balik kampung dan mesti berhujung minggu di asrama saja. That why lah ramai ibu bapa yang hadir (malah ada segelintir dari mereka yang "dipaksa" oleh anak-anak untuk hadir!). Di pihak sekolah terutamanya guru-guru ada juga sedikit kerisauan, risau kalau-kalau ada pelajar yang langsung tidak tunjuk muka minggu depan kerana next week adalah last week bersekolah sebelum bercuti hati raya...Biasa la budak-budak sekarang, kalau cuti bukan main suka lah mereka...entah apa yang ada kat luar sana (di rumah terutamanya) sehinggakan kalau boleh nak bercuti je sepanjang tahun! Adakan murid-murid masa kini semakin jauh dengan ilmu?
Selepas saja acara berbuka puasa dan sembahyang maghrib berjemaah, ibu bapa bersama anak masing-masing terus "menyerbu" warden asrama untuk menandatangani Kad Balik kampung! ...dan ada beberapa orang ibu bapa yang terus bertanya kepada warden, "cikgu boleh tak kalau anak saya ni bercuti terus sehingga raya"? tentu sekali lah para warden jawab tak boleh sebab minggu depan ada seminggu lagi sesi persekolahan, lagipun sejurus selepas cuti hari raya, peperiksaan Percubaan SPM terus bermula.
Malah ada lagi ayat-ayat "penuh kasih sayang" yang dituturkan oleh mereka "alaaa, boleh la cikgu, budak-budak ni pun nak buat persiapan raya, lagipun serba salah lah nak hantar hari isnin dan hari jumaat depan nak ambil balik..." (class statement tu..berbau lucu!!!)...emmmm mungkin ada kebenarannya kalau bab "serba salah" tu. Tapi kalau bab selain nya, ianya tentu sekali tidak munasabah dan "melampau"!
Kalau kita sebagai ibu bapa pun seolah-olah menggalakkan anak-anak untuk ponteng sekolah, so siapa lagi orang yang boleh mendorong dan memotivasi mereka agar tekun berusaha, datang ke sekolah dengan penuh semangat dan hindarkan diri dari gejala ponteng????
Sebenarnya sangat baik untuk menjadi ibubapa yang "sporting" kepada anak-anak. Sikap sporting itu lah sebenarnya yang membolehkan proses mendidik dan memahami anak-anak ke arah kebaikan berada pada tahap yang optimum TETAPI biarlah sporting itu diterjemahkan kepada perkara-perkara yang baik.
Mencipta hubungan yang rapat di antara ibu bapa dan anak-anak adalah faktor terbaik bagi mengelakkan anak-anak dari terjebak kepada gejala-gejala yang tidak sihat dalam persekitaran hidup mereka dan pastikan kita sebagai ibubapa matang dan bijak menilai apa yang terbaik untuk anak-anak kita! Pastikan itu.....!
Terima kasih sudi membaca (Segalanya adalah dari buah fikiran ku semata..tak rujuk mana-mana pun kerana aku rasakan ini adalah comment sense yang perlu ada pada mereka yang telah memiliki anak)
Wassalam :-)
No comments:
Post a Comment