Assalamualaikum.... Salam lewat malam.
Hiasan (Thanks Google Pic) |
Hari ini langsung tak berpeluang nak buka lap top, banyak sangat komitmen yang perlu dilunaskan selain dari kepenatan yang agak berlebihan berbanding hari-hari yang sebelumnya, nak pulak nowadays cuacanya sangat panas....lesu jadinya.
Sebagai rutin biasa cikgu, bulan puasa atau bulan-bulan lain sama saja, mengajar tetap mengajar, tapi tak dapat dinafikan dari segi momentum tu agak "kureng" la sikit...Kadang-kadang nak "maintain" je momentum tu, tapi bila tengok je wajah-wajah anak murid yang "ala-ala sendu" (puasa la sangat) terus momentum pengajaran dan pembelajaran went down!
Sebenarnya tak baik begitu kerana berpuasa tidak seharusnya menjadi alasan yang membolehkan produktiviti menjunam dalam apa jua pekerjaan pun. Dulu, Rasulullah siap berperang lagi di bulan puasa dan memperolehi kemenangan dalam meyebarkan syiar Islam.
Sebenarnya, enrti ni aku just nak menyuarakan tentang kerisauan (yang aku tak pernah undang) bersarang dalam hati dan minda aku. Jadual peperiksaan Percubaan SPM dah keluar. So exam itu dijadualkan bermula pada 6 September 2011. Makna nya buka saja sekolah after cuti hari raya, trial SPM terus bermula! Emmmm alamak..bukan apa , budak-budak zaman sekarang ni bukannya prihatin sangat untuk study dan buat revision semasa cuti raya tu, yang mereka tahu beraya sakan! (aku cakap ni tentang student-student aku)
Nampak gaya nya, cikgu lebih risau dari pelajar, padahal yang nak ambil exam tu pelajar!
Macam dalam bulan puasa ni, bila kita buat revision, banyak lagi topik-topik seharusnya telah dikuasai oleh mereka tapi segalanya amat menyedihkan.(malah ada saja pelajar yang missing in action/absent class pun ramai!) mereka masih teraba-raba dan banyak benda lagi yang masih tak tahu. Pun begitu, secalit rasa risau, takut, kesal mahupun terkilan langsung tidak terserlah di wajah mahupun pada tingkah laku mereka. Mungkin dalam hati mereka ada berkata "ada aku kesah?"...tak pun mereka selalu beranggapan banyak masa lagi, ada beberapa bulan lagi untuk buat ulangkaji!
Entah dimana lagi mahu dicari dan dicuri petua untuk diberi dan disuapkan kepada murid-murid ni...segala ingatan, kata-kata motivasi mahupun leteran hanya pergi bersama angin lalu....
Dipujuk tak mahu dipaksa menolak, agak-agaknya bagaimana lagi cara nya.?
Cikgu mana kat atas muka bumi ni yang berpuas hati kalau segala ilmu yang dicurahkan tidak membuahkan hasil? Puas dikaji dan digali cara-cara terbaik untuk menjadikan kaedah pengajaran itu berkesan dan tentunya besar sangat impian untuk melihat hasil yang terbaik dari anak-anak murid. Keputusan yang ditunjukkan tentunya memberikan isyarat awal bahawa apa yang telah dicurahkan itu terkesan dan menyerlahkan kemenjadian pelajar seperti yang diharap dan seperti yang telah digariskan dalam objektifnya!
Andai sebaliknya....?
Sebab itulah rasa risau itu selalunya hadir juga dalam diri...Tapi andainya segala usaha dan keringat telah tercurah... perlu kah lagi dilayan rasa risau itu?
Sukar sekali mencari jawapannya....hanya mereka berada dipentas ini saja yang dapat menjawab dan menyelaminya.
Wassalam!
No comments:
Post a Comment