SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Monday, 8 August 2011

Membazir! Kadang-kadang kita tak berniat pun untuk berbuat demikian!


Memandangkan isteri aku sekarang tengah berkursus/mesy untuk beberapa hari di Kuala Lumpur, maka macam sebelumnya, jadi lah aku "bapa tinggal "untuk 3-4 hari ini…
Cuma yang beza nya kali ini dari biasa…sekarang bulan puasa….huhuhu…..
Hari ini aku plan nak beli nasi bungkus je….tapi anak-anak kata nak makan ayam percik….. so aku suruh la bibik masa nasi, lauk pauk aku beli kat pasar ramadhan…. Kecuali, aku bakar ikan kerisi (bakar tawar) untuk cecah dengan budu…berulamkan bunga kantan ! (kawan bagi masa kat sekolah tadi)
Dalam merancang untuk makan (berbuka puasa) simple2 je…terbanyak pulak ! macam-macam jadinya…. Langsung tak ada niat nak membazir, tapi sudahnya macam membazir pulak! Apa tidaknya, ayam percik, patin masak tempoyak, kerabu sotong, ikan bakar, laksam, kuih pelita, akok, puding gula hangus, air kelapa dan air mata kucing.
Emmmmm…..kita disini lesu sebab kekenyangan…..tapi ada umat islam (terutamanya di asia barat- seperti, Somalia dll)…..bertarung nyawa untuk mendapatkan makanan, malah ramai yang menemui maut akibat kebuluran….
P/s: Esok plan nak beli nasi kerabu saja…bukan apa, lepas pekena air segelas, nafsu makan terus merudum!........
Antara juadah berbuka puasa aku dan anak-anak hari ni....
Puding Gula Hangus!

Ikan bakar tawar...makan dengan budu..emmmm best!

Ikan Patin Masak Tempoyak.

Kuih Akok! Nasib baik kat bentong ada dijual...kuih wajib aku ni....

Kurma yang dihias dengan badam, buah pic dan juga kiwi kering dari Arab!


No comments:

Post a Comment