Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday, 12 August 2011

Tujuh Jam Yang Sangat Meletih dan Merimaskan !


Tension!Tension!Tension!
Itu lah rasa yang bersarang dalam diri aku sepanjang siang hari, hari ini….
Mana tak nya…aku and my wife terpaksa berkampung dari jam 9.30 pg hingga lewat jam 3.45 ptg di kedutaan Indonesia, KL gara-gara urusan memperbaharui passport bibik!
Lebih kurang 7 jam kat sana! Bukan satu waktu yang singkat tu………
Masa mula-mula sampai kat kedutaan tu lagi aku rasa mesti lambat ni…dengan kehadiran warga indon yang beribu-ribu lemon atas pelbagai urusan!.....
Dalam dok sembang-sembang dengan pekerja kat situ….setiap hari tidak kurang dari lima ribu warga indon datang membuat urusan kat kedutaan mereka….5 rib!..setiap hari..ramai tuuu....kasiannn pekerja kedutaan indon ni…hari-hari melayan kerenah 5 ribu orang setiap hari….
Bagaimana pula ya situasi kedutaan Malaysia kat Indon sana?......mesti relekss je…..
Memang bertuah Bumi Malaysia ni…pendatang dari Indonesia saja mencecah angka berjuta-juta orang… Untuk yang tanpa izin pun dah 2 juta !....yang izin…lagi berjuta-juta ! kalau campur dari Bangladesh, Nepal, India dan lain-lain…..maka melimpah lah pendatang asing kat bumi kita ni…… Kalau pergi kat Puduraya mahupun Chow Kit…rasa macam bukan kat negara sendiri…..
Masa kat Kedutaan tadi pun rasa sesak semacam je… masa tengah menunggu giliran tu, rasa macam dok dalam kapal untuk ke Indonesia….sesak !
Nombor giliran aku (2074) dipanggil jam 12.00 tgh. Bila selesai tu dia suruh ke kaunter lain untuk urusan penyerahan dokumen….then kat kaunter tu dia bagi pula resit dan kata  "encik kena tunggu sebelah petang ya untuk ambil passport ni siap ya…lepas solat jumaat,(jam 2.30) pergi ke kaunter 30..nanti akan dipanggil..masih guna nombor giliran yang sama….. waduh-waduhhhh…siksa nya…
Emmmm…apa boleh buat….
Apapun nasib baik la kat kedutaan ni ada dewan solat…tak perlu la kemana-mana untuk sembahyang jumaat…..
Sedikit pujian boleh diberi pada imam sem,jumaat…Khutbah yang baik..sangat mengesankan kerana dia tak baca teks….imam membaca khutbah seperti memberi ceramah….sangat jarang iman sembahyang jumaat berkhutbah tanpa teks.
Selepas jam 2.30 pergi la menunggu kat kaunter yang disuruh tu…
Ingatkan beberapa minit…rupanya hampir 2 jam juga menunggu nombor giliran dipanggil !
Kalaulah urusan passport ni kena buat setiap bulan ataupun setiap tahun sekalipun, rasanya tak sanggup aku……baik la tak ada bibik….. dah la pihak kedutaan Indon tu sangat particular pasal gaji rakyat mereka….
Padahal pembantu rumah mereka yang bekerja kat  Jakarta sana paling mahal pun dibayar RM400…..kat sini gaji minimum untuk pembantu rumah rakyat mereka mesti RM600. amboi-amboi-amboi !........banyak cantik!
Apapun…selesai juga urusan aku…. 7 jam yang sangat merimaskan!!!!
Muka tension!!!!!!!! + ngantukkkk!








 wajah-wajah warga indon yang sangat "setia" dengan kedutaan mereka aku rakamkan diblog aku ni.....................

No comments:

Post a Comment