Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Thursday, 11 August 2011

GOTONG ROYONG MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MAJLIS TAHLIL.


Sekian lama dah sekolah tidak menganjurkan majlis-majlis yang menghimpunkan guru-guru dan kaki tangan untuk duduk dan makan bersama-sama.
Bak kata perpatah " Pisang sesikat Gulai Sebelanga, Tanda maufakat makan Bersama"…
Sempena bulan yang Ramadhan yang mulia ni, Hari ini 11 Ogos 2011 (khamis) Unit Bina Insan Sekolah dengan Kerjasama kelab Guru dan kakitangan SEMENTA telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis ini….
Bergotong royong memasak dan berbuka puasa bersama-sama (dengan membawa bersama keluarga masing-masing)!
Satu usaha yang sangat murni….mendoakan agar majlis ini mendapat berkat dari yang Maha Esa.
Majlis seumpama ini sebenarnya mampu memberikan impak yang besar dalam memperkukuhkan ikatan kekeluargaan dan kekitaan yang membolehkan organisasi berada dalam suasana dan iklim yang sangat kondusif untuk berkerja dan sekaligus mampu meningkatkan produktiviti....
Gambar-Gambar ini menceritakan segalanya:
(gambar-gambar ni tak ikut urutan yang sepatutnya....dah pandai nak adjust! :-)
My wife dan anak-anak...tunggu azan bergema!

Cikgu Azhar Z..Bukan hanya pandai baiki kereta..kat sekolah ni kalau bab-bab siang daging..Dia pun pakar!

Bertungkus lumus nyalakan api..(tapi dapur gas!)....ke gas dah habis?

Untuk Masakan Nasi Beriani...Resepi oleh Otai..Abang Joe (Cikgu Johar/KB BB)

Cikgu Zarapi dan Mr Panjang (cikgu Azrizal)... Tengah "berlakon" sibuk memasak..hahaha...

Aku pun turut sama "berlakon dan menyibuk"...yang penting ambik gambar! AJK Memasak!

En.Hashim tukang basuh daging....dah boring jadi tukang baiki lampu!

Hidangan yang dah siap dihidang.

Yang Grand nya..siap ada air kelapa lagi...Cikgu Nua dan warden-wardennya sedang bertungkus lumus membelah kelapa muda.

"Orang Kuat" untuk majlis ni..Ustazah Rohana...Tahniah Kak Ana, majlis berlangsung dengan lancar.Makanan pun banyak.

Suasana di kantin (tempat jamuan)

Wah! macam berpuasa pulak dua orang buah hati aku ni....Adi & Ain.

Hidangan untuk kami sekeluarga...Nasi Beriani...

Cikgu-cikgu mula hadir dan mengambil makanan untuk keluarga masing-masing.

Apa yang dimenungkan oleh Kak Na (ketua Bidang Kemanusiaan) ni....?

Bersama Putera Sulong ku...Adiputra Iskandar..

Ain & Mama

Suasana meriah..
Pengerusi Kelab Staff SEMENTA...Cikgu Fadil dan keluarga.

Permata Hati aku!

No comments:

Post a Comment