Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Monday, 1 August 2011

First Day Puasa. :-)

Assalamualaikum....
Hari ini hari pertama umat Islam kat negara kita berpuasa, semoga semua orang yang cukup syarat mampu menunaikan rukun Islam ni dengan baik dan tenang. 
Masa aku kecil-kecil dulu, mak selalu bagitahu, bulan ramadhan ni adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, orang-orang yang dah meninggal dunia sangat menunggu bulan ramadhan ni, di bulan ramadhan ni, segala seksa kubur berhenti seketika. Bulan ramadhan juga adalah bulan di mana hantu dan syaitan diikat dan dirantai!
....dan dari pembacaan serta sumber-sumber, memang bulan ni adalah bulan yang seharusnya diambil kesempatan oleh semua orang untuk berlumba-lumba membuat kebajikan dan amal soleh agar segala keberkatan dan rahmat yang dijanjikan Allah akan datang kepada kita. InsyaAllah.
Aku cuma nak bercerita tentang hari pertama puasa....Hari ini cuti (sekolah ambil cuti ganti), so tak banyak la aktiviti yang dibuat, hanya terperap kat rumah saja. Masa tengahari tu dah berkira-kira untuk berbuka dengan juadah yang agak istimewa la memandangkan hari ini hari pertama berpuasa.
Siap senaraikan beberapa jenis lauk pauk yang akan diberi di restoran Sri Ayu kat Gombak....Jauh jugak tu dari Bentong, bayar tol saja pun dah 16 hinggit pergi-balik!....Tak pe, yang penting puas hati dapat berbuka dengan ayam kampung goreng, gulai kawah, kerabu mangga, lala masak lemak, ikan percik dan kuih-kuih kelate! emmmm bestnya...:-)
Lepas sembahyang asar je, terus bersiap-siap pergi ngan isteri...anak-anak tanya "papa-mama nak gi mana?".. aku segera menjawab, "papa nak gi beli lauk-lauk yang best untuk berbuka puasa nanti...tak payah ikut ye, tunggu kat rumah..."
lebih kurang 40 minit, sampai la kat tempat yang di tuju tu....Alamak! Tutup pulak...tak meniaga di hari pertama puasa! Frustnya......tak tau dah nak ke mana dan nak beli apa! nak bergegas balik Bentong untuk ke Pasar Ramadhan rasanya dah tak sempat, mesti dah habis, maklum la hari pertama puasa!
Melilau la aku and my wife cari pasar ramadhan yang berhampiran.....
Nasib baik ada pasar malam kat kawasan gombak ni so berhenti la kami mencari apa yang patut dibeli yang mungkin "best" untuk berbuka puasa nanti.
No choice! so beli lah nasi kerabu dan beberapa jenis kuih...tak tau la best ke tidak, tapi harga nasi kerabu tu memang best sangat.....7 hinggit sebungkus! kaya lah orang melayu walaupun hanya jual nasi kerabu!
Emmmmmm tak pe la....nasib la.... tu la orang selalu kata dan ingatkan, "kita hanya merancang tapi Tuhan jua yang menentukan"!
Esok-esok dan hari seterusnya, tak nak lagi aku merancang atau "mengidam" untuk beli itu dan ini untuk berbuka, lepas asar je, pergilah ke mana-mana pasar ramadhan dan beli lah serba sedikit apa-apa yang teringin... selebih nya biar bini aku je masak apa yang nak dimakan.....
Sebenarnya, belum berbuka je nak itu dan ini, lepas dah pekena sebiji kurma dan segelas air, keghairahan untuk makan tak la sangat.....
So beringat-ingat la...jangan ikut nafsu sangat...harga makanan pun tak macam dulu lagi...segalanya mahal... kalau sebungkus nasi kerabu pun dah cecah RM7 , macam mana la mereka yang berpendapatan rendah dan anak-anak (tanggungan) yang ramai dalam keluarga.
Ok....itu saja yang nak aku share untuk hari pertama puasa...tema nya: Jangan membazir, beli lah apa yang sepatutnya dan jangan terlalu ikut nafsu! Nanti Lesu.....
Wassalam...... Thanks kerana sudi membaca bicara kosong ini!

No comments:

Post a Comment