Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday, 26 August 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca..

Tinggal beberapa hari lagi nak raya. Esok awal pagi aku dan keluarga akan bertolak ke kampung halaman (Kelantan)..
Sepanjang cuti hari raya nanti, mungkin tak bersempatan nak update blog ni dengan entri-entri baru.. Selain dari masalah kekangan masa, masalah line internet pun ya juga...
It ok...kita beraya dulu, then after raya bila ada story-mory yang menarik especially tentang raya, nanti kita sama-sama update blog masing-masing....
Untuk itu, dikesempatan ini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada teman-teman yang sudi berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ini.....(orang lain ada blog, so aku pun nak ada blog juga)....Setakat malam ni, blog ni dah ada 50 followers...pada aku it was very good...Bukan apa, blog aku ni lebih kepada personal blog, tak ada apa yang sangat menarik dan maha hebat yang mampu aku tawarkan...apapun, aku cuba sedaya upaya untuk menyelitkan nilai-nilai baik dalam setiap penulisan ku (walau apa jua topik)
Untuk entri ni, bersama dengan ucapan salam aidilfitri, aku selitkan kad raya yang aku cipta (sebenarnya malu nak paste kat sini cz sangat menampakkan "kemunduran kemahiran IT aku"..apapun ianya hasil kerja yang jujur dari aku....)
Buat semua teman,kawan, sahabat dan sesiapa saja yang pernah berkunjung ke sini....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN ATAS APA JUA KATA-KATA YANG MUNGKIN MENGURIS HATI YANG PERNAH AKU NOTE DOWN KAN DI BLOG INI.
Semoga raya pada tahun ni bakal memberikan seribu satu rahmat dan kebahagian buat kita semua...
Salam Aidilfitri...jumpa lagi.
Salam penuh kemaafan dari ku.
Jumpa lagi.......Wasalam....

Thursday, 25 August 2011

Perihal Kuih Raya- Orang buat duit aku Habis Duit.


Assalamualaikum semua..
Pejam-celik, pejam-celik rupa nya dah tinggal 4 hari je lagi berpuasa…kejap je masa berlalu….memang sejak seminggu terakhir ni rasa penat dan dahaga semacam je…..tak macam awal-awal puasa hari tu… tak tau la kenapa ?.. Tapi bukan kisah lapar dan dahaga yang aku nak ceritakan dalam entri ni....
Bila sebut je nak raya, tanpa kuih muih, biskut, kek , mahupun kerepek seolah tak berseri lah raya tanpa nya. Walaupun ketupat, lemang dan rendang begitu sinonim dengan raya namun di pasaran, kek, biskut dan kerepek antara yang dijual dengan penuh meriah ! sangat meriah !!!!
Tak nak la citer kat kedai ataupun kat pasaran, kat tempat kerja pun meriah dengan aktiviti jual beli kuih-kuih raya ni…..
Bila kat tempat kerja, yang menjual nya tentu lah rakan-rakan seperjuangan..
Bonus ada, gaji pun dah dapat, maka meriah lah aktiviti jual beli….. nak pulak kawan-kawan yang jual….
Dari beli kat luar, baik la beli ngan kawan-kawan..
Semalam beli, hari ni beli dan esok pun mungkin beli lagi…
Al-maklum la, ramai kawan-kawan yang jual…..
Bila balik rumah dan susun je kuih-kuih tu…emmmmm banyak rupanya !….entah-entah bonet kereta pun tak ada space nak letak kan kuih-kuih ni..
Gitu lah…bila membeli, tak ingat dunia…main beli je…beli dalam keadaan perut lapar (puasa la sangat) dan kawan-kawan pulak yang menjualnya…
Orang lain buat duit, aku yang habis duit….nak buat cam mana, dah aku tak ada bakal nak jadi peniaga..tapi sangat berbakat dan hebat sebagai pembeli..hahaha…

Kawan punya pasal, kerepek pisang pun akan dijadikan "kuih Raya"...Sendu!

Dengan member-member pun dah macam-macam jenis, kalau pi kedai...harus penuh bonet kereta!


Katakan saja ! : Nak pujuk hati…Tak apa la, raya hanya setahun sekali..lagipun untuk ahli keluarga.

Majlis Berbuka Puasa-Anjuran Ex-student Sementa (Kadet Bomba)


(24 Ogos 2011)

Assalamualaikum….. 
sepatutnya entri ni aku postkan semalam, tapi entah kenapa semalam, memang penat tahap gaban, jangan kata naik taip entri, otak langsung kosong, langsung tak ada idea…

Alah, bukan apa, just nak share tentang majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh my ex-student (actually pelajar-pelajar Kadet Bomba). Geng-geng 2005/2006 (kalau tak silap.)
All of them kira nya ahli-ahli kadet dan masa tu aku ketua guru kadet bomba sekolah. Batch mereka kira nya Batch yang agak gemilang untuk Kadet Bomba Sekolah, cz mewakili Pahang ke Peringkat Kebangsaan. Pada tahun tu, kat Negeri Pahang ni, kalau sebut Kadet bomba dan Penyelamat SEMENTA Bentong memang digeruni…kiranya tak terlawan punya lah…Kawad kaki first class masa tu… Jurulatih dia pun memang first Class, Hebat dan Padat! (hehehe..kalau En Hasnan dan En. Epol baca entri ni mesti kembang hidung……!)
Bukan nak cerita sejarah lama dan gemilang tu, just nak ucap terima kasih atas inisiatif yang diambil oleh mereka untuk menganjurkan majlis berbuka puasa ni. Satu usaha yang boleh dipuji.
Sebagai cikgu, bila ada bekas pelajar yang buat aktiviti-aktiviti sebegini dan mengundang kami, ia nya satu ingatan dan penghargaan buat kami. Ya la zaman sekarang ni, tak ramai pelajar yang nak “berbaik-baik” ngan cikgu…
Tempat yang di pilih pun best…Bara 1 Bistro kat Pandan.

Katakan Saja ! Masa tahun mereka tu (2005/06) aku tengah glamour sebagai cikgu yang garang. Maklum la cikgu Matematik…tapi yang lucu nya ada ketika bila aku tengah marah, ada pelajar yang boleh dok tahan gelak….lucu katanya…hahaha !..Bersama anak-anak murid ni sebenarnya antara kenangan terindah sebagai guru ! Murid dulu lain dari murid-murid sekarang.





 Gambar-gambar yang sempat dirakamkan...

Tuesday, 23 August 2011

Zaiton Sameon- Dilema Insan Seni.


Bersama Penyanyi Hebat Suatu ketika dulu.Zaiton Sameon!

Kesinambungan dari entri yang sebelumnya :

Semasa majlis berbuka puasa Anjuran Myipo (Intellectual Property Corporation of Malaysia) semalam, berkesempatan bertemu dan berbual dengan beberapa orang artis yang hadir. Ada artis yang generasi baru dan juga artis-artis veteran yang memang diraikan dalam majlis ini.
Bertemu dan berbual dengan artis (penyanyi) yang sangat Top suatu ketika dulu, pelantun suara lagu "menaruh harapan" mahupun "kabut Setangkai mawar"  ternyata sangat mengujakan.
Teruja melihat semangat yang wujud dalam diri beliau, namun jauh di sudut hati rasa simpati dengan kehidupan yang ditempuh oleh beliau ketika ini yang "kelihatan" seperti di ulit kesunyian dan kekosongan.
Itu lah Zaiton Sameon yang mesra dengan panggilan kak eton. Dulu nya gah sebagai penyanyi bersuara emas, tampil dengan imej yang agak "daring" Lagu nya Menaruh Harapan pernah muncul Juara di pertandingan Muzik-muzik TV3 (Sekarang, Anugerah Juara Lagu). Selain itu, beliau juga pernah membuat penampilan di layar perak, muncul seketika dengan impak maksimum yang sangat berkesan untuk Filem Hati Bukan Kristal… Nyatanya beliau memang wanita yang sangat berbakat ! dan hebat ketika itu.
"Sangka Panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengahari"  Takdir penentu segalanya. Beliau ditimpa musibah (kemalangan) berpuluh tahun lalu, namun kesannya seperti masih jelas ke atas beliau sehingga ke hari ini… Dari segi pertuturan dan juga tingkah laku menampakkan kak eton masih terkesan dengan kemalangan yang menimpa beliau dulu…
Namun, masa berbual tu beliau ada menyuarakan hasrat dan harapan, katanya kalau boleh tak nak ketinggalan untuk bersama-sama dalam majlis yang melibatkan insan-insan seni. Beliau masih minat dan nak sangat buat persembahan pentas, menyanyi dengan aktif seperti dulu. Namun hari ini peluang untuk beliau mungkin agak terhad. (bukan lagi agak terhad malah sangat terhad!) Semalam pun beliau sempat menyuarakan hasrat untuk menyanyikan satu-dua buah lagu..katanya  dalam nada sedih dan mungkin kecewa "mak dah bawak CD, tapi dia orang tak panggil pun mak untuk naik pentas menyanyi"… (membahasakan mak bukan sebab dia rasa dia tua tapi bahasa lawak zaman ni/Bahasa nyah)
Dari kata-kata dan raut wajah, nampak sangat beliau memang teringin untuk menyanyi di majlis itu. Tapi mungkin majlis seumpama ini tidak mengizinkan untuk acara nyanyian.
Semasa aku dan kawan-kawan nak bergambar dengan beliau, aku sempat cakap   "apa kata Kak Eton duduk, kami yang berdiri, takut nanti penat atau jatuh" dia terus mencelah. "Ehhhh i’m still strong la, kalau setakat berdiri ataupun menyanyi kat atas pentas, mak tak ada masalah la..i’m still strong ya ". kenyataan itu bukan lah mengambarkan beliau sebenar-benarnya kuat dari segi fizikal, tapi beliau nyata kuat dari segi minat dan keinginan untuk terus melayari dunia hiburan yang beliau cintai itu….meskipun dunia hiburan belum tentu menjanjikan sesuatu yang indah lagi untuk beliau…mungkin segalanya tidak lagi seperti dulu…

Katakan saja ! Menghargai orang seperti Zaiton Sameon ni, Cuma berharap beliau akan di beri hidayah, rahmat dan peluang untuk hidup dengan penuh ketenangan tanpa perlu lagi berharap pada sesuatu yang tidak sepatutnya. Dunia hiburan ini tidak akan berjanji sesuatu yang indah pada sesiapa pun, nak pulak pada individu seperti kak eton…Pun begitu tentunya tidak salah untuk beliau datang sesekali melepaskan rindu pada dunia yang sangat beliau cintai itu.
(sekadar pandangan dari mata kasar ku)




Gambar Kenangan Yang Kami Rakam kan Bersama Zaiton Sameon. Doakan Kesejahteraan Beliau!

Lagi Majlis Berbuka Puasa, Berbeza kali ni!


Assalamualaikum...
Entri ni just sebagai catatan memori aktiviti harian…Memandangkan semalam (22 Ogos 2011/Isnin) berbuka kat luar ngan kawan-kawan, so harus lah ianya dijadikan entri blog ni…hehehehe (harap nya tidak membosankan kalian yang membaca ya…J )
Sesekali berbuka puasa kat luar ni best jugak sebenarnya, nak pulak kalau berpeluang berbuka puasa kat hotel mewah bersama rakan-rakan yang sealiran.
Macam semalam, dapat undangan berbuka puasa di La Meridien Hotel Kuala Lumpur. Undangan ni datangnya dari Kekanda dan sahabat ku Dato’Ruhaidini Abd.Kadir. Majlis berbuka puasa dengan boss nya YBM Dato’ Seri  Ismail Sabri Yaacob.  Majlis tersebut sebenarnya anjuran Myipo untuk meraikan anak-anak yatim dan artis-artis veteran.
Sebenarnya berbuka puasa kat Hotel (buffet) ni sangat berbaloi untuk mereka yang makan banyak (ada tangki besar la kira nya)…
Macam aku ni, makan sepinggan nasi dan segelas air, terus dah kenyang. Kira nya dah boleh dok terlentang.
Nasib baik baik la berbuka puasa di Hotel hari  ni percuma..hahahaha…
Kalau bayar sendiri, tentu sekali makan se maksima mungkin sampai kaunter buffet tu di tutup ! Kuang-kuang-kuang !........
Biasanya enrti orang lain kalau bercakap pasal makan kat hotel, mesti  disertakan dengan gambar-gambar juadah best-best yang ada kat hotel tu , tapi aku lebih suka untuk attach gambar aku dan orang-orang yang memeriahkan majlis ni tu. (puasa-puasa ni tak larat nak upload gambar makanan….Dugaan !)

Katakan saja ! Memang seronok dapat jemputan makan percuma ni, nak plak kat hotel ! Mereka yang berkenaan, kalau nak gambar-gambar ni, boleh download kat sini la ya.. 
Gambar sekitar majlis:-
Ni gambar masa dah nak balik dah..dah kenyang pun masa ni!

Kami antara tetamu yang awal sampai...maklum la dari Bentong.

Sementara tetamu belum ramai..Kami "posing" dulu apa yang patut.


Dramatis Erry Putra. Aku and Geng2 Maybank KLCC

Kami bersama Kak Eton (antara artis yang diraikan dalam majlis ini)

Emmmm....Kelass member aku ni...Ingat Bodyguard Menteri! Rupa nya cikgu Fadil.

Bergambar kenangan bersama Kekanda yang sangat baik hati. Dato" Ruhaidini Abd Kadir.

Kami and Geng2 Maybank KLCC bersama Pengacara Majlis yang kelakar gila...Roslan!

Wow...Nice gambar ni...Bersama Kak Eton (ada entri khas) aku tulis tentang kak Eton.
Geng Meja Paling Kecoh!

Sunday, 21 August 2011

Perihal Rasa Hati dan Aktiviti Ber"blogging".

Assalamualaikum...
Memandangkan malam ni tak berpeluang bersembahyang terawih di masjid, ingatnya nak buat sendiri then lepas tu nak tidur awal sikit dari biasa (maklum la sejak bulan puasa ni susah betul nak lelapkan mata).
Sepanjang hari ini, hanya melayan akhbar je (macam-macam ada) selain tu merajinkan diri membaca blog-blog yang telah aku followed dan juga yang di postkan di laman-laman Group kat FB tu. Juga ada macam-macam cerita. Kreatif dah rakyat Malaysia dewasa ini...Bangga!
Ada satu blog ni membicarakan tentang kekecewaan hati beliau kerana tak ramai yang berkunjung ke blog nya (membaca entri-entri) walaupun bilangan followers boleh tahan ramainya. Sampai keluar statement nak "pencen" berblogging! Selain itu ada juga blogger yang menyuarakan rasa kurang selesa apabila ada saja blogger yang beri isyarat akan follow blog beliau sekiranya dia follow blog orang tu tapi membaca entri yang ditulis tidak juga....! emmmmm entah la ya. Aku sebagai orang baru dalam arena berblogging ni, tak reti la pulak nak mengulas ataupun memberi komen, risau, kalau-kalau komen yang diberikan silap pulak, maklum la ilmu belum cukup di dada! (baru masuk 4 bulan usia blog aku ni.!) Kiranya masih "baby" lagi.
Cuma pada pendapat aku, memang agak sukar bagi kita untuk memaksa ataupun meraih perhatian orang untuk menyukai atau meminati apa yang kita tulis. Segalanya amat subjektif! Jadi kita tidak perlu terlalu mencuba untuk menjadi hebat di arena ni. kalau kita rasa ada blog yang baik dan menarik dari kaca mata kita, so kita follow la...selain itu tidak salah meninggalkan "jejak" di blog mereka, mana lah tahu kalau-kalau mereka juga meminati atau tertarik dengan blog kita. Cuma nya jangan lah kita memaksa mereka untuk follow blog kita. Biarlah semuanya berlaku atas dasar iklas hati.
Paling utama, kita masih dikurniakan idea untuk menulis sesuatu dan tugas kita postkan entri-entri tu kat mana-mana yang sepatutnya. (memandangkan kita belum ramai followers dan tak glamour ni). kalau orang sudi baca, harapnya mereka akan mendapat maanfaat. Itu saja! Benda yang baik dan bermutu, kalau tak dipaksa pun suatu hari kelak orang akan tertarik juga (Tidak bermaksud blog aku ya...untuk semua blogger lah! Jangan salah faham)
Tapi aku tak mahu hipokrit, aku juga berharap suatu hari kelak blog aku ni akan ada followers yang ramai juga. Kerana bilangan followers itu memberi gambaran akan kejayaan blog kita dan tentu sekalinya ianya antara sumber inspirasi untuk kita terus mengupas idea untuk dikongsi bersama. (cuma nya jangan lah terlalu gelojoh mengejar followers sedangkan tiada apa yang sangat baik, terlalu menarik dan maha hebat untuk kita hidangkan pada mereka!)
Macam orang buat Filem juga, kalau tak ada orang nak tengok, apa guna produser nak laburkan duit untuk terus-terusan menanggung rugi, dan kreativiti pengarah pun pasti terbantut! (sebab itu setiap orang dituntut untuk tampil dengan idea yang hebat, berfikir secara kritis dan kreatif....huhuhu..walaupun aku sendiri ni..tak berapa nak kreatif....)
Dalam soal-soal begini, kita perlulah sama-sama jujur dan bersabar... Bila ada idea kita tulis la, kalau tak ada, kita rehat dan kita rajin-rajin kan diri baca karya orang lain (blogwalking). Mungkin dari situ kita bakal memperolehi idea yang lebih bagus dan lebih kreatif, kalau tidak pun, kita mendapat pengetahuan baru dari pembacaan yang kita buat itu! tak gitu?
Wassalam....

Katakan saja !: Bukan niat "nak ajar itik berenang" cuma sekadar melontarkan pendapat.

Keganasan Rumah Tangga.Hentikan!

Assalamualaikum... Selamat petang..
Baru balik dari Pasar Ramadhan bersama isteri, ingat hari ni nak beli simple2 saja...tapi bila dah ke Pasar Ramadhan tu, macam-macam la rasa yang "menggoda"...Tema nya penuh meja makan! Harap nya tidak lah membazir... Bertuah kita semua, boleh memilih untuk berbuka puasa dengan juadah yang diingini, penuh rasa, penuh kemewahan...Dikurniakan kemampuan, dilimpahi rezeki yang berpanjangan sehingga ke hari ini...
Seharusnya kita sama-sama ingat dan insafi ada saudara-saudara se agama kita yang meniti hidup penuh kedaifan..Jangan kata untuk memilihi juadah untuk berbuka puasa, secubit makanan untuk menyambung nyawa pun diperolehi dengan seribu kepayahan!
Gambar Hiasan (Google Pic) ..Tq
Baiklah, sebenarnya tak ada niat pun nak update entri petang ni, entah la rasa penat semacam je... ingat nak lepak-lepak depan TV sesambil menunggu waktu berbuka.
Namun, sebentar tadi mendapat panggilan telefon (dari kaum kerabat terhampir) memaklumkan tentang si polan ni, dah ditangkap polis kerana sepanjang minggu ni kerap sangat mengamuk dalam rumahtangga nya. Isterinya dibelasah saban hari. Sepak terajang mungkin menjadi juadah berbuka puasa si wanita malang ni. Dimaki, diugut dicekik , ditampar, disepak...dan di, di, di, di, (kata kerja yang membawa kepada akibat sakit!)
Dek kerna tak tahan lagi, wanita tu dah buat langkah bijak, report polis...dan lelaki tu dah kena berkas pun..(akhirnya bertindak bijak!)

Yang menghairan aku, kenapa harus ada wanita yang sanggup hidup derita hanya kerana "cinta" pada lelaki yang tiada sifat kemanusiaan seperti ini?
Memang wanita selalu digambarkan sebagai insan yang lemah, tetapi lemah itu tidak memberi gambaran bahawa mereka "singkat" dalam membuat keputusan atau pertimbangan, terutamanya yang melibatkan perihal diri sendiri. .Kalau hidup sering disakiti dari segi mental, emosi dan fizikal terutamanya, adakah itu belum cukup untuk mereka menjadi bijak dalam membuat keputusan! Lari dari semua itu, dapatkan kehidupan yang lebih baik!
Badan-badan berkanun pun banyak bagi melindungi wanita dan anak-anak yang menjadi mangsa keganasan rumahtangga. Talian Nur pun kiranya beroperasi 24 jam bagi menerima aduan dan menghulurkan bantuan.
Mungkin wanita-wanita malang yang selalu didera suami ni rasa kalau berlaku apa-apa seperti perceraian, mereka pasti tiada lagi tempat bergantung  mereka risau kalau-kalau hidup mereka merempat, mereka tentu sekali memerlukan suami sebagai tempat untuk bergantung harap dan bersama-sama menerus hidup! Tapi kalau si suami tu Jantan Kaki Judi, panas baran, selalu sangat mengamuk dan bantai isteri macam bantai lembu kat kandang ternakan, adakah orang seperti itu yang ingin digantungkan harapan? Wahai wanita-wanita! Jangan la kamu segaja membiarkan diri kamu itu diperlakukan seperti kamu itu tiada ahli keluarga, sahabat mahupun keturunan! Ingat lah.."Wanita itu untuk dicintai bukan disakiti"!
Aku sebagai seorang lelaki ni pun cukup geram pada wanita-wanita lemah yang sanggup membiarkan mereka diseksa dan disakiti saban hari oleh jantan yang bergelar suami! Bukan apa, mak aku, wanita dan kakak-kakak aku pun wanita...dan sesungguhnya aku tidak rela kalau mereka diseksa atau disakiti walaupun oleh suami mereka sendiri!
Ayat-ayat yang aku gunakan ni pun berterabur semacam je...kerana penulisan ni dipengaruhi rasa geram dengan cerita yang aku dengar ini. Tak tau nak berkongsi atau meluahkan pada siapa, so aku note kan sebagai entri di blog aku ni...
Andai ada wanita yang terbaca entri ni, ambil lah peringatan...sayangi lah diri anda sendiri, jangan benarkan sesiapa pun mendera mental dan fizikal anda..sekiranya berdepan dengan situasi begitu, ambil lah langkah dan tindakan yang bijak...
Wassalam......

Katakan saja !: Memang sangat geram kat wanita-wanita yang sanggap membiarkan diri mereka didera dan disakati dengan alasan cinta dan sayang! Tapi tentu sekali lebih geram pada jantan tak sedar diri yang selalu mendera dan menyakiti wanita. Dasar Jantan dayus!

Saturday, 20 August 2011

Ibu Bapa Masa Kini..Kadang-Kadang Sporting Tak Bertempat!


Assalamualaikum.... Entri yang aku tulis kali ni bukan lah berniat nak condemn semua ibu bapa masa kini. Aku pun bapa kepada 3 orang anak yang masih kecil lagi...
Sekadar ingin membicarakan tentang sikap segelintir ibubapa yang terlalu "sayang"kan anak mereka dengan cara yang tidak sepatutnya (just my opinion). Semua orang berhak menunjukkan kasih sayang pada anak masing-masing by their own way! Asalkan kasih sayang itu mampu membawa kepada kebaikan untuk hari-hari seterusnya pada anak mereka.
Tidak akan ada ibubapa dalam dunia ni yang mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku terhadap anak mereka. Setiap ibu bapa sentiasa berharap dan berdoa agar anak masing-masing akan berjaya dan bakal memperolehi masa depan yang cerah kelak.
Pakar-pakar motivasi juga kerap membicarakan tentang kemahiran keibubapaan yang seharusnya ada dalam setiap diri mereka yang bergelar ibu dan juga bapa. kemahiran itu lah yang diharap untuk digunakan dalam mengajar, mendidik mahupun menangani permasalah yang wujud dalam proses sosialisasi anak-anak di dalam institusi keluarga mahupun masyarakat.
Ilham aku untuk menulis tentang perkara ini lahirnya dari dialog antara beberapa orang ibu bapa dengan sahabat aku (ketua warden asrama sekolah). 
Semalam sekolah aku telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana (Anjuran PIBG). So ramai lah ibu bapa/penjaga yang datang. Pihak asrama telah menetapkan hanya ibu bapa yang hadir saja yang boleh membawa anak-anak mereka balik (cuti hujung minggu). Sekiranya ibu bapa tidak hadir, maka pelajar tidak dibenarkan balik kampung dan mesti berhujung minggu di asrama saja. That why lah ramai ibu bapa yang hadir (malah ada segelintir dari mereka yang "dipaksa" oleh anak-anak untuk hadir!). Di pihak sekolah terutamanya guru-guru ada juga sedikit kerisauan, risau kalau-kalau ada pelajar yang langsung tidak tunjuk muka minggu depan kerana next week adalah last week bersekolah sebelum bercuti hati raya...Biasa la budak-budak sekarang, kalau cuti bukan main suka lah mereka...entah apa yang ada kat luar sana (di rumah terutamanya) sehinggakan kalau boleh nak bercuti je sepanjang tahun! Adakan murid-murid masa kini semakin jauh dengan ilmu? 
Selepas saja acara berbuka puasa dan sembahyang maghrib berjemaah, ibu bapa bersama anak masing-masing terus "menyerbu" warden asrama untuk menandatangani Kad Balik kampung! ...dan ada beberapa orang ibu bapa yang terus bertanya kepada warden, "cikgu boleh tak kalau anak saya ni bercuti terus sehingga raya"? tentu sekali lah para warden jawab tak boleh sebab minggu depan ada seminggu lagi sesi persekolahan, lagipun sejurus selepas cuti hari raya, peperiksaan Percubaan SPM terus bermula.
Malah ada lagi ayat-ayat "penuh kasih sayang" yang dituturkan oleh mereka "alaaa, boleh la cikgu, budak-budak ni pun nak buat persiapan raya, lagipun serba salah lah nak hantar hari isnin dan hari jumaat depan nak ambil balik..." (class statement tu..berbau lucu!!!)...emmmm mungkin ada kebenarannya kalau bab "serba salah" tu. Tapi kalau bab selain nya, ianya tentu sekali tidak munasabah dan "melampau"!
Kalau kita sebagai ibu bapa pun seolah-olah menggalakkan anak-anak untuk ponteng sekolah, so siapa lagi orang yang boleh mendorong dan memotivasi mereka agar tekun berusaha, datang ke sekolah dengan penuh semangat dan hindarkan diri dari gejala ponteng????
Sebenarnya sangat baik untuk menjadi ibubapa yang "sporting" kepada anak-anak. Sikap sporting itu lah sebenarnya yang membolehkan proses mendidik dan memahami anak-anak ke arah kebaikan berada pada tahap yang optimum TETAPI biarlah sporting itu diterjemahkan kepada perkara-perkara yang baik.
Mencipta hubungan yang rapat di antara ibu bapa dan anak-anak adalah faktor terbaik bagi mengelakkan anak-anak dari terjebak kepada gejala-gejala yang tidak sihat dalam persekitaran hidup mereka dan pastikan kita sebagai ibubapa matang dan bijak menilai apa yang terbaik untuk anak-anak kita! Pastikan itu.....! 
Terima kasih sudi membaca (Segalanya adalah dari buah fikiran ku semata..tak rujuk mana-mana pun kerana aku rasakan ini adalah comment sense yang perlu ada pada mereka yang telah memiliki anak)
Wassalam :-)

Friday, 19 August 2011

Risau..Perlu ke?

Assalamualaikum.... Salam lewat malam.
Hiasan (Thanks Google Pic)
Hari ini langsung tak berpeluang nak buka lap top, banyak sangat komitmen yang perlu dilunaskan selain dari kepenatan yang agak berlebihan berbanding hari-hari  yang sebelumnya, nak pulak nowadays cuacanya sangat panas....lesu jadinya.
Sebagai rutin biasa cikgu, bulan puasa atau bulan-bulan lain sama saja, mengajar tetap mengajar, tapi tak dapat dinafikan dari segi momentum tu agak "kureng" la sikit...Kadang-kadang nak "maintain" je momentum tu, tapi bila tengok je wajah-wajah anak murid yang "ala-ala sendu" (puasa la sangat) terus momentum pengajaran dan pembelajaran went down!
Sebenarnya tak baik begitu kerana berpuasa tidak seharusnya menjadi alasan yang membolehkan produktiviti menjunam dalam apa jua pekerjaan pun. Dulu, Rasulullah siap berperang lagi di bulan puasa dan memperolehi kemenangan dalam meyebarkan syiar Islam.
Sebenarnya, enrti ni aku just nak menyuarakan tentang kerisauan (yang aku tak pernah undang) bersarang dalam hati dan minda aku. Jadual peperiksaan Percubaan SPM dah keluar. So exam itu dijadualkan bermula pada 6 September 2011. Makna nya buka saja sekolah after cuti hari raya, trial SPM terus bermula! Emmmm alamak..bukan apa , budak-budak zaman sekarang ni bukannya prihatin sangat untuk study dan buat revision semasa cuti raya tu, yang mereka tahu beraya sakan! (aku cakap ni tentang student-student aku)
Nampak gaya nya, cikgu lebih risau dari pelajar, padahal yang nak ambil exam tu pelajar!
Macam dalam bulan puasa ni, bila kita buat revision, banyak lagi topik-topik seharusnya telah dikuasai oleh mereka tapi segalanya amat menyedihkan.(malah ada saja pelajar yang missing in action/absent class pun ramai!) mereka masih teraba-raba dan banyak benda lagi yang masih tak tahu. Pun begitu, secalit rasa risau, takut, kesal mahupun terkilan langsung tidak terserlah di wajah mahupun pada tingkah laku mereka. Mungkin dalam hati mereka ada berkata "ada aku kesah?"...tak pun mereka selalu beranggapan banyak masa lagi, ada beberapa bulan lagi untuk buat ulangkaji!
Entah dimana lagi mahu dicari dan dicuri petua untuk diberi dan disuapkan kepada murid-murid ni...segala ingatan, kata-kata motivasi mahupun leteran hanya pergi bersama angin lalu....
Dipujuk tak mahu dipaksa menolak, agak-agaknya bagaimana lagi cara nya.?
Cikgu mana kat atas muka bumi ni yang berpuas hati kalau segala ilmu yang dicurahkan tidak membuahkan hasil? Puas dikaji dan digali cara-cara terbaik untuk menjadikan kaedah pengajaran itu berkesan dan tentunya besar sangat impian untuk melihat hasil yang terbaik dari anak-anak murid. Keputusan yang ditunjukkan tentunya memberikan isyarat awal bahawa apa yang telah dicurahkan itu terkesan dan menyerlahkan kemenjadian pelajar seperti yang diharap dan seperti yang telah digariskan dalam objektifnya!
Andai sebaliknya....?
Sebab itulah rasa risau itu selalunya hadir juga dalam diri...Tapi andainya segala usaha dan keringat telah tercurah... perlu kah lagi dilayan rasa risau itu? 
Sukar sekali mencari jawapannya....hanya mereka berada dipentas ini saja yang dapat menjawab dan menyelaminya.
Wassalam!

Thursday, 18 August 2011

Tempat Berbuka Puasa Paling Hebat & Grand!

Assalamualaikum...
Walaupun badan masih penat gila ni tapi rasa nak juga update blog. Kiranya kisah ini adalah sebahagian dari perjalanan hidup aku hari ini, juga mungkin untuk tatapan mereka yang sudi.:-)
Kepenatan yang menguasai diri aku hari ni sebab semalam, kiranya semalaman tak tidur lena, lepas subuh pun tak tidur then pagi tadi pergi kerja sampai pukul 3.00 ptg. Lepas je sekolah pukul 3.00 tu terus bergegas ke KLIA untuk jemput isteri kesayangan balik dari Sabah (seminggu bermesyuarat kat sana)
Katanya akan tiba jam 5 petang dari Sabah. So sempat la kami plan untuk berbuka puasa berdua kat Restoran yang menjadi kegemaran kami...
Memang aku sampai KLIA around jam 5 petang....wife aku tak sampai-sampai...tunggu punya tunggu sampai tertidur aku dalam kereka!
Last-last dekat pukul 6.00 juga la baru wife aku keluar dari gate ketibaan....emmmm....letih!
Aku apa lagi...pecut la juga untuk kejar waktu berbuka kat tempat yang kami plan tu.
Seperti yang sedia maklum, jalan kat KL waktu petang ni macam mana...sabar je laaa....
Jam dah menunjukkan pukul 7.00, kami baru sampai kat Hentian Serdang...alamak....!
Sebagai langkah berjaga-jaga, drop by la kat hentian tu, beli air botol dan kuih sikit kot-kot tak sempat sampai ke destinasi yang telah kami rancangkan itu.
Memang ya pun...sampai je kat Bandar Tasik Selatan, Radio Sinar FM dah menyiarkan azan, menandakan masuknya waktu berbuka bagi Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengan nya......huhuhuhu..sedihnya!
So dengan suasana jalan yang masih sesak, aku suruh wife aku bukakan kuih yang kami beli tadi dengan air 100 plus perisa oren, dan berbuka puasa lah aku sambil memandu....
Bila aku toleh kanan kiri, ramai juga yang senasib dengan kami...berbuka dalam kereta.(mungkin mereka yang tinggal dan bekerja di KL, fenomena ini biasa saja)
Apa yang nak aku ceritakan, hari ini dalam sejarah la, aku dan wife aku berbuka puasa dengan juadah yang paling ringkas di tempat yang sangat hebat, grand dan menyanyat hati...dalam suasana sesak...Dalam kereta!
Nasib badan !
Happy Reading.....Wasalam....

Wednesday, 17 August 2011

Ranungan Di Pagi 18 Ramadhan


Nabi bersabda "Carilah lailatul qadr di sepuluh malam terakhir Ramadhan". Namun perkataan 'cari' mengsiyaratkan kita agar menyedari kelebihan malam tersebut di minda dan hati, hanya selepas sedari harganya yg mahal utk kepentingan akhirat yg mampu memotivasikan kita utk terus MENCARI walau diselimuti keletihan & mengantuk. Tambah ilmu & teruskan amal.
Sumber: Zaharuddin. net
Biasanya entri aku sarat dengan kisah-kisah persekitaran kehidupan dan juga pengalaman sendiri (personal blog la katakan), Tai pagi ini aku terpanggil untuk membicarakan sedikit (sedikit sahaja) tentang bertapa beruntungnya kalau kita betul-betul mengambil kesempatan dengan memperbanyakkan amal di bulan Ramadhan yang sangat berkat ini. Jangan lah kiranya ada di antara kita yang menganggap bahawa Ramadhan kan datang setiap tahun, so apa yang nak digaduhkan sangat! Adakah layak untuk kita terlalu yakin bahawa untuk Ramadhan yang akan datang kita masih diberi peluang oleh Allah untuk menempuhinya? Bagaimana kalau kita tidak dipanjangkan umur? Bagaimana kalau tahun-tahun yang akan datang kita ditimpa keuzuran dan musabah yang tidak memungkinkan kita untuk berpuasa!
Jadi memandangkan tahun ini kita telah dikurniakan kesihatan yang baik dan segalanya menyenangkan, marilah kita sama-sama memanfaatkan peluang ini.
…..dan satu Malam di bulan Ramadhan ini yang seharusnya kita doa dan harap agar kita berpeluang menemuinya, Malam lailatul Qadar! Malam yang lebih baik dari seribu malam! Jangan persiakan kalau kita dikurniakan kesihatan dan kelapangan untuk mendapatkan nya.
Sekadar renungan…untuk kebaikan bersama.
Bukan berniat nak jadi ustaz pagi-pagi ni...:-)

Berblogging Untuk Duit! Berbaloi ke?


Assalamualaikum...
Jumpa lagi di sesi larut malam...
Seperti biasa la, meng"update" entri dilewat malam ni dah jadi rutin aku plak...walaupun ceritanya tak semenarik mana pun, yang penting can share with others whatever yang terlintas di minda.
Sebenarnya baru balik dari jumpa sorang student ni (kat asrama sekolah), walaupun bukan warden tapi memandangkan budak ni anak kepada sahabat aku so aku rasa terpanggil untuk jumpa cz ada buat masalah! emmmm baru semalam beri nasihat dan pesanan...tiba-tiba malam ni buat lagi! begitulah remaja...tema nya: Kisah janji dimungkiri lagi!!!! hahaha...
By the way, bukan itu yang aku nak bercerita malam ni. Aku cuma tertarik dengan persoalan yang kawan aku lontarkan pada aku siang tadi:-
Kawan aku : waaaa...hebat kau sekarang, setiap hari aku tengok ada penulisan blog yang kau share kat FB.
Aku : laaa..apa yang hebatnya, just penulisan biasa je, orang ada blog so akupun nak juga
Kawan aku: Aku dengar orang tulis blog pun boleh buat duit..setakat ni kau dah dapat duit ke? emm mesti dapat kan?
Aku: ehhhh mesti lah! banyak....! setakat ni dari aku start ada blog bulan May hari tu hingga sekarang, aku dah dapat dalam 60 sen!
Kawan aku : Eh, kau biar betul...apa ke jaddah 60 sen untuk beberapa bulan! tipu lah..!
Aku: Betul lah, apa yang tipu nya.
Kawan aku: kalau setakat sen-sen, buat apa kau beria nak tulis blog! tak sanggup aku!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Begitu lah persepsi sesetengah orang kalau buat sesuatu untuk mendapatkan sesuatu! Memanglah ada orang-orang yang memiliki dan menulis blog  mampu mendatangkan hasil yang lumayan. Dengar nya ada yang boleh dapat ribu-riban hasil dari memiliki dan menulis blog. Tapi mungkin mereka dapat hasil yang begitu pun bukan nya mudah. Mesti mengambil masa yang lama juga. Selain itu, entri-entri yang dimuatkan dalam blog mereka tentunya sangat menarik dan disenangi oleh ramai orang. Apa yang yang boleh dikatakan, hasil yang mereka perolehi itu adalah berkat ketekunan dan kreativiti yang mereka tunjukkan. so tahniah untuk mereka.
Bila ada tersiar kisah blogger-blogger mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan, maka berduyun-duyun lah orang nak buat blog dengan harapan agar mereka juga akan beroleh keberuntungan yang sebegitu! Salah ke? Jawapannya tentu sekali tidak. Semua orang berhak memasang impian. Setiap blogger rasanya tentulah nak promote blog masing-masing. kalau boleh nak kumpul followers yang seramai mungkin macam blogger-blogger senior seperti  Benashaari, Cikepal, Denaihati dan lain-lain. (punya follower berbelas ribu!). Tak salah memasang impian, tapi impian itu mesti lah disusuri dengan usaha. Orang yang memasang impian untuk menjadi hebat seperti mereka (blogger-blogger famous dan berpengaruh tu) mestilah berilmu. Berusaha setiap masa untuk menjadi manusia yang kreatif serta berupaya menjana idea yang mantap dan hebat.
Tipu lah kalau aku kata aku tak nak jadi seperti mereka. Tapi kita kena lah realistik dengan kemampuan dan keupayaan diri kita.
So i told my friend. "Kalau aku nak buat duit, aku tak memilih untuk menulis blog, baik aku buat tuisyen, mengajar baru 2 jam dah dapat berpuluh ringgit, tak pun grap peluang bila orang panggil buat ceramah tentang Matematik, 2 jam berceramah dah boleh dapat dua-tiga ratus! berbanding 3 bulan menulis blog baru boleh kumpul 60 sen! hahahaha.....Lucu!
What so ever, memiliki dan menulis blog ni sangat bagus dan sangat positif, cuma nya jangan lah dalam setiap benda yang dilakukan itu, asyik duit saja yang hadir dalam hati dan minda kita! memang money is not everything but money is something...duit tetap kena cari cuma nya banyak cara lagi untuk kita jana sumber bagi mendapatkan duit. 
Pun begitu, tidak dapat dinafikan juga, bila blog kita ada follower yang ramai, kita tentunya akan lebih teruja dan bersemangat untuk menulis. Bila hasil penulisan atau penceritaan kita dibaca oleh orang lain, itu sebenarnya satu penghargaan buat kita. Betul tak? (tak kan kita tulis dan kita nak baca sendiri)
Aku juga dapat rasakan, sejak ada blog ni, mengadap je lap top, ada saja idea yang lahir untuk dikongsi...dan sejak menulis blog ni juga aku rasa ianya mampu memberi ketenangan dan kegembiraan untuk aku...rupanya aku dah ada tempat yang terbaik untuk aku meluahkan apa yang aku fikir dan apa yang aku rasa! Katakan saja!
Happy reading..........Wasalam...!

Rasa tidak tergamak, patut ke tidak?


Assalamualaikum dan selamat petang semua.
entri petang-petang begini ringan saja..hanya coretan biasa untuk mengisi masa lapang selain dari nak tunggu waktu berbuka. Macam hari ini tak lah rasa penat sangat, almaklum la hari cuti umum (Nuzul Al-Quran).Rehat je sepanjang hari ni.
Sebenarnya ni, baru balik dari Pasar Ramadhan. Hari ini dua orang anak-anak aku tu nak ikut pulak..entah apa mimpi, biasanya aku ajak pun tak nak ikut.
Oklah...aku cuma nak cerita tentang kita ni kadang-kadang terlalu nak ambil hati orang tapi ianya membebankan diri kita sendiri. Membebankan itu tidak semestinya menyusahkan atau mendatangkan mudarat dalam hidup tapi ianya memberi sedikit kesan yang negatif dalam sesuatu hal.
Macam kejap tadi, masa kat pasar ramadhan, gara-gara segan kat beberapa orang member (orang yang aku kenali) yang menjual, so bila terpandang, senyum dan drop by kat gerai dia, terpaksa la beli. Ish-ish...
Hari ini aku memang plan nak beli nasi kerabu je...Siap je beli nasi kerabu yang aku nak tu, beli air dan kuih sikit. Tiba-tiba kawan lama (orang kg aku plak tu) panggil.."mae, lamo tok napok demo, tok sir try sup ke..?" hehehe...senyum-senyum kelat aku...secara spontan aku jawab ..aaaaa...buleh jugok..buleh wak sahor male ni...mari 5 riyal.."emmm entak bila la aku nak makan sup tu..tak apa la... Tema nya: membazir!
Disebab kan rasa tak tergamak (tak patut rasa pun sebenarnya)..hari ni tak pasal-pasal aku boleh beli benda yang aku tak plan nak beli pun macam, Sup tulang, Martabak, Air tebu dan juga bunga api mercun (ke empat-empat benda alah tu, kawan & orang yang aku kenal menjualnya)- Anak-anak aku keriangan la dapat mercun dan bunga api!
Agak-agaknya kalau ada 20 orang kawan yang menjual kat Pasar Ramadhan tu, rasa nya aku cari pasar ramadhan lain untuk dikunjungi...! hahahaha....Patut ke tidak? 

Tuesday, 16 August 2011

Islam Baka.... Memang Jenis Yang Tidak Bersyukur!

Assalamualaikum....salam larut malam...
As usual, time-time begini aku memang belum tidur walaupun ramai dah di antara kita yang tengah dibuai mimpi.
Nak plak esok cuti..... boleh la stay back, selain dari menguruskan kerja-kerja peribadi yang belum selesai, dapat la aku update blog dengan entri baru. (entri larut malam)
Entri ni bunyi nya cam keras sikit..... mungkin ianya bersulamkan emosi bila melihat ada di antara orang kita (bangsa melayu dan beragama islam) yang tanpa segan silu tidak melaksanakan kewajipan yang sepatutnya (yang diwajibkan ke atas mereka)
Aku ni bukan nya terdiri dari para ilmuan, orang alim, apatah lagi ulama...aku hanya orang biasa saja...iman pun mungkin senipis kulit bawang...tapi soal kewajipan dan tanggung jawab sebagai umat islam..aku rasa terpanggil untuk menyuarakan rasa geram aku!
Alkisah nya tengahari tadi, masa ambil anak dari Tadika...memandang agak lewat ambil, so anak aku demand la..katanya "papa lambat sangat datang jemput, so abg adi (anak aku la tu) dahaga sangat, papa kena belanja air tin dan juga ais cream"...ya la budah 5 tahun belum nak berpuasa lagi...Aku turuti je la kehendaknya. Singgah la aku kat sebuah kedai runcit ni, bersebelah dengan kedai mamak..... kat kedai mamak tu aku nampak la beberapa orang cina dan india dengan mengeteh....ok la tu....tapi yang menyedihkan ada beberapa orang mamat melayu tengah tapau nasi.....lepas tu keluar dari kedai, dengan selambanya membimbit nasi bungkus tu berserta air dan dengan megahnya kat mulut siap berkepul-kepul asap rokok!....Memang sah melayu! kalau dah melayu tu tentulah beragama Islam..... MasyaAllah...dasar muka tak tahu malu! memang muka mereka dan pakaian pun comot semacam jeee......
Naik motor buruk entah nak gi "berbuka puasa kat mana la tu gamaknya"! paling-paling tidak mungkin dia orang cari kat tempat repup...mungkin kat tanah perkuburan mana-mana!...keji! Anak aku siap tanya "papa dia orang tu kan dah tua....tak puasa la kan, sebab tu dia orang hisap rokok" Dia orang tak takut dosa ke?! emmmm so apa yang aku harus jawab!????
Sebenarnya kalau nak komen lebih-lebih nanti panjang lebar pulak la entri ni....cukup la aku katakan, dasar manusia yang tak tau di untung! Dikurniakan kesihatan, tapi nak berpuasa! untuk tempoh hanya beberapa jam pun tak mampu....bukan tak mampu tapi memang "nak mampus"!
Terfikir juga aku, tak kan la dari kecil hingga dewasa mereka tak pernah dengar atau didedahkan tentang ibadat puasa ni....bukannya sepanjang tahun, cuma sebulan...sebulan yang penuh dengan kerahmatan dari Allah.....nak membaca bahan bacaan bercorak keagamaan tentunya orang-orang seperti depa tu malas nak mampus, tapi tak kan lah tak pernah dengar tentang kewajipan menjalani ibadat puasa di ceramah-ceramah agama, paling-paling pun semasa khutbah jumaat...entah-entah sembahyang jumaat pun absent! (bukan menuduh tapi mungkin la kot kalau gitu gaya). Memang sangat menyedihkan....
Biasa la dilahirkan dalam Islam (cara mudah)...so islam je la....kewajipan yang seharusnya ditunaikan diabaikan begitu saja.....Tidakkah mereka tahu, dilahirkan dalam islam adalah merupakan rahmat terbesar yang telah Allah berikan! 
Walau sejahil mana pun kita, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang wajib dan sebaliknya.....hormati lah...dan bersyukurlah....
Harap nya anak-cucu kita kelak tidak bersikap sedemikian rupa....jangan harap saja baka islam tapi berperangai macam orang bukan islam!
Lagi menyedihkan ada juga remaja (budak-budak sekolah menengah) ditanggap merokok di kawasan sekolah dibulan puasa ni! emmmmm sapa nak jawab tu? tak larat nak ulas dah!
Sekadar renungan....wassalam.....

Remaja...Memahami mereka...sukar sangat ke?

Assalamualaikum.... selamat petang..

Entri sebelum berbuka...Ni pun nak taip cepat-cepat cz jap lagi nak ke dapur...
Wow...memasak???...memasak tu tidak la....emmmmm just goreng telur saja...buat telur dadar goreng budu! best! resipi dari mak aku.
Telur dadar goreng budu tu pepret aku dari kecik lagi, and now anak-anak aku pulak suka.
Lauk pauk dan kuih muih aku dah beli kat pasar Ramadhan tadi...
Petang ni, ada tetamu...my student (kira anak angkat aku la..anakanda kepada kakak angkat aku)... 
Lagipun wife aku still kat sabah..so petang ni jemput tetamu la...lagipun dia pun rapat ngan anak-anak aku..
Apa yang aku nak citer bukannya tentang nak berbuka puasa...tapi bagaimana cara terbaik nak mendekati remaja..nak pulak remaja lelaki......!
Plan nya lepas berbuka, then bersembahyang terawih kat Masjid. Lepas terawih baru nak ajak minum-minum sambil nak berborak pasal kekusutan yang beliau hadapi...Lepas tu baru nak hantar ke asrama!
Bukan la kusut sangat....cuma nya nampak cam tak cakna dengan harapan ibu-bapa dan always missing in action kalau dalam bab-bab belajar ni.....
Selain tu ada sedikit krisis dengan rakan-rakan...Biasa la bila tinggal di asrama! (ada la skit masalah yang ditimbulkan)..:-(
Kalau ikut hati rasa nak tengking dan marah je...! 
Namun.....
Remaja zaman sekarang bukan itu yang mereka nak dengar! bukan itu yang akan mereka akur! malah itu yang akan membuat mereka lebih memberontak!
Biarkan mereka bercakap....Katakan saja! kita sebagai orang dewasa (nak pulak aku sebagai cikgu..) seharusnya menjadi pendengar yang setia... empati dengan apa yang dia rasa dan alami!
Kita pun pernah remaja kan?!!!!


Masih Tentang Hati.



Cantik tak header ni ?

Emmmm memang cantik, kemas dan nampak simple…
Ini ada lah hasil kreativiti my ex-student. Dia yang create benda ni.. Kata nya bosan tak ada benda nak buat so tolong create benda ni untuk cikgu. (Bertuah dapat anak murid sebagus ni :-)

Antara perkara menarik dan indah yang berlaku dalam hayat mereka yang bergelar pendidik ialah…Bila anak-anak didiknya lulus peperiksaan dengan baik serta cemerlang. Bila anak-anak didiknya dapat melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Bila anak-anak didiknya berjaya mendapat pekerjaan yang baik, atau yang bekerja sendiiri success dalam kerjaya yang dibuat itu dan paling indah bila ada ingatan yang ditunjukkan oleh anak-anak didik terhadap diri nya.
What Im trying to say…ingatan yang ditunjukkan oleh bekas pelajar terhadap cikgu-cikgu nya itu adalah merupakan antara perkara yang terbaik berlaku dalam hayat seseorang pendidik / cikgu itu. Bentuk dan cara ingatan itu tak penting..
Kadang-kadang benda tu nampak kecil tapi kesannya besar…..

So buat anak-anak murid/didik aku… terima kasih la atas ingatan…dan sering bertanya khabar…

Sha…terima kasih untuk header ni…Cikgu anggap ni hadiah yang sangat cantik dari Sya untuk cikgu, tapi wife cikgu kata dia segan kalau digunakan dalam blog…so..cikgu simpan ya….(dia kata ni blog cikgu je..bukan share pun… anyhow…cikgu sangat appreciate….! Cikgu pun kelak nak belajar buat benda-benda yang canggih cam tu..hehehe…

Memang dalam kehidupan ni, apa jua bentuk hubungan, kalau ianya dibajai dengan kejujuran dan keluhuran hati, maka keindahan sesuatu perhubungan itu pasti terserlah…… syurga dihati! Pokok pangkalnya, tetap HATI!