Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Saturday 5 November 2011

Tetap Pengacara Majlis

Assalamualaikum dan salam buat semua.
Sebenarnya entri ni sepatutnya ditulis semalam, tapi tak berkesempatan. alah, tak ada apa yang menarik sangat pun, just nak bercerita tentang majlis yang tahunan yang diadakan di sekolah semalam. Majlis Anugerah kecemerlangan SEMENTA 2011.
Gandingan ku setiap kali ada majlis kat sekolah, Puan Rubiah (Kak Ruby) yang memang terkenal dengan suara yang best dan lunak merdu...Kak Ruby ni kalau spontan pun dia best...kelakar juga orangnya.Yang penting, dua-dua cikgu Matematik...hahaha..

Seperti biasa, kalau ada apa juga program kat sekolah, ku tetap akan jadi amcee. Pun begitu, tahun 2011 lah tahun yang paling kurang sekali kerana tak banyak majlis yang dianjurkan.
Orang kata jadi amcee ni untung sebab tak banyak kerja yang perlu dibuat berbanding dengan jawatan kuasa lain seperti susun atur dewan, jamuan dan sebagainya. Peliknya, kata tak banyak kerja tapi ramai pulak yang menolak bila di offer untuk jadi pengacara majlis...kenapa ya? 
Mungkin kerana ianya berkait rapat dengan bakat, kebolehan dan juga minat. Bukan lah nak kata aku ni best sangat jadi pengacara majlis, tapi aku memang minat kalau bab-bab bercakap ni..hehehehe....masa kat Universiti dulu memang aku dan beberapa orang rakan digelar AGM! hahahaha...tahu apa tu?.....Ahli Gila Mic!!!! Kuang-kuang-kuang!
Tak salah mengenegahkan bakat yang kita rasa ada...bukan nak show off pun just to share! Sepanjang menjadi pengacara majlis untuk beberapa tahun ni (samada diperingkat sekolah, daerah mahupun negeri), aku dapat rasakan peranan pengacara tu sangat besar sebenarnya dalam memastikan sesuatu acara yang diadakan itu mampu berlangsung dengan baik dan lancar.
Namun, best atau tidak tu bergantung lah kepada persepsi masing-masing. Jangan terlalu memikirkan samada best atau tidak, lebih baik memikirkan bagaimana untuk mencorakkan majlis itu agar ianya menarik dan tidak membosankan terutamanya kalau bukan majlis yang terlalu formal.
Lepas jadi pengacara siap kena interview lagi...(konon-kononnya lah)  hahahaha...ni kerja cikgu Nora dan Cikgu Sariza (rakan blogger ku)..nak masukkan dalam blog kata mereka! Hahahaha....

Selain dari jadi pengacara, semalam juga aku diberikan anugerah "Employee of the year"- Hal Ehwal Murid! Lucu!....apapun terima kasih lah untuk anugerah itu....terutama kepada GPK HEM sebab pilih aku...hahahaha.....ramai lagi cikgu lain yang layak rasanya...apapun kenagan peribadi aku jugak tu!

Katakan saja!: cipta keseronokan bekerja dengan cara masing-masing!

2 comments:

  1. kalu dorang suruh aku jd emcee...aku rela MC!!
    haha..kelas kan...ada bakat nk jadi reporter kan...???

    ReplyDelete
  2. Nora: Bak pa nya nok MC, apa salah mencuba, kalu berganding ngan aripudin mesti meletup! bahasa arip pasti menggegarkan majlis..pengsan haji! kuang-kuang-kuang....

    ReplyDelete