Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday 11 November 2011

Perjuangan Juga Ni!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua :-)

Hiasan Semata! (google)
Tulis blog tu juga perjuangan?.....macam lucu saja bunyi nya….
Cuba buka Kamus Dewan dan check makna sebenar perjuangan… !
Menulis tentunya menuntut kreativiti yang ada dalam diri setiap individu, samada nilai kreatif itu ada sikit ataupun banyak, ianya perlu untuk kita mengolah apa jua cerita yang ingin diceritakan.
Tak kan kita main tulis saja tanpa mengharap apa-apa! Sekurang-kurangnya kita mengharapkan orang lain yang membaca memahami apa yang kita tulis. Selain itu, kita juga mencuba untuk menjadikan cerita kita itu menarik. Sakan juga memikir bagaimana untuk mencipta pelbagai emosi dalam cerita. Bila banyak benda yang berlegar dalam minda dan menuntut suatu usaha, maknanya kerja yang kita buat itu satu perjuangan. Mungkin matlamatnya kecil!
Tak kan nak sama kan menulis blog dengan perjuangan menuntut kemerdekaan..kan lucu bunyinya.
Sebenarnya dari aspek mikro, kehidupan itu sendiri satu perjuangan….perjuangan mengharungi pelbagai perkara yang berlaku penuh liku……

Katakan saja!: selagi hayat dikandung badan, semua orang tak akan terlepas dari berjuang dan perjuangan. Percayalah!

No comments:

Post a Comment