Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday, 15 November 2011

"Pot Luck"Lagi! Mencipta Meriah!

Assalamualaikum..dan salam buat semua.
Terima kasih kerana sudi berkunjung walaupun tak ada entri baru yang canggih manggih dan menarik...terharu juga bila tengok ada yang datang sini walaupun tuan punya blog ni pun beberapa hari ni tak jenguk pun....:-(
Ni entri "tak ada kerja" tema nya!......hahahaha..
Memandangkan SPM dah bermula, so aktiviti ajar-mengajar dah tak ada, so banyak masa diperuntukkan untuk membuat kerja-kerja dokumentasi. Mengemas kini data-data akhir tahun dan juga fail-fail yang sepatutnya. Hari ni, kat Bilik guru bidang Matematik Sains kami bersepakat buat "Pot-Luck". 
Dengan duit panitia yang ada, siap order kek Secret Recipe lagi...yang penting "bukan untuk peserta kursus" hahahaha......(hanya orang-orang tertentu saja yang faham).
Dalam banyak-banyak menu tu, yang paling best makan nasi lauk daging goreng, celur pucuk ubi kayu cicah budu! emmmmmmm sedappp nya! tak turun kantin kami hari ni. Walaupun kecil-kecilan, meriah nya macam pesta...kuang-kuang-kuang! Ye ke?
"Pot Luck" ni bukan apa-apa pun, just nak mencipta "kemeriahan" memandangkan lusa (jumaat) dah last day sesi persekolahan bagi tahun 2011 ni. Selain itu, hujung tahun ni kami kat sini tak leh bercuti panjang seperti biasa cz dalam cuti nanti kena hadir juga ke sekolah beberapa kali untuk menjayakan beberapa agenda yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran sekolah, terutamanya penilaian pensijilan 5S oleh MPC! huhuhuh...sendu!
Esok pun ada rombongan dari BPTV Putrajaya nak datang melawat sekolah....selain itu ada majlis meraikan persaraan seorang guru sekolah ni kat Rest House Bentong. Lunch!
Ok.......nanti jumpa lagi next entri..kalau ada kelapangan :-) hehehe.....

Katakan saja!: kalau tak buat entri ni (update blog), mesti ulang pot luck kat kantin pulak sementara tunggu masa nak balik..lalalalala....

2 comments:

  1. kasian orang berkursus dah tension makan pun tak boleh orang boleh goyang goyang kaki realax peserta kursus teranguk-anguk by the way thank u

    ReplyDelete
  2. Mil: At least kami tak buat/sign up label...apapun tahniah lah you all yang bakal jadi officer, exercutive dan juga manager. Kami? bakal menghadapi proses lelongan! kuang-kuang-kuang! Sendu tema nya!!!!

    ReplyDelete