SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday, 23 November 2011

Memang Memalukan! Sangat!

Sumber gambar: Metro Online
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Semua.
Lagu Terbaik AIM "Penakut" nyanyian Yuna di tarik balik!
Kononnya kesilapan teknikal! Hahahaha...Lucu!
Anugerah Industri Muzik yang kononnya paling berprestej boleh ada kesilapan teknikal...?
Macam pertandingan peringkat kampung dan juga peringkat daerah Plak!
Memang tidak dinafikan lagu "sedetik lebih" nyanyian Anuar Zain (menang lagu Pop terbaik) lebih menyengat dan memberi kesan serta popular, namun dalam satu-satu pertandingan, bila keputusan dah keluar, nak plak seantero negara dah tahu..so itu lah keputusannya! Main tarik-tarik balik ni...memang lucu dan sangat memalukan! Rasanya kat Malaysia je kot berlaku perkara bertema kan "badut" ni!

Katakan saja!: bukan minat Yuna sangat, tapi kagum dengan kebolehan dan kerja keras anak muda itu dan simpati untuk dia...all the best Yuna! jangan kisah sangat dengan kes-kes lawak bodoh tu!

1 comment:

  1. betul tu! memang memalukan... dah tu mulalah nak menyalahkan sana sini! kesilapan juruaudit konon... memang sendu.. sesendu blog aku... ha,ha!..

    ReplyDelete