SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday, 23 November 2011

Penatnya Mereka!

Kejayaan Manis yang masih segar! Tetap Segar!
Assalamualaikum dan salam buat semua.
Baru lepas layan game bola Malaysia Vs Syiria..
emmmm...tak ada la rasa frust sangat..tapi...
Lebih kepada kesian...
tak sampai 48 jam rehat! Mana mungkin untuk beraksi cergas dan mantap!
Bermain secantik mana sekalipun, untuk menang memang sukar kalau stemina tak cukup!
Harap kekalahan 0-2 malam ni tidak akan menjadi bahan kutukan!
Juga berharap momentum sokongan tidak akan mengendur dengan kekalahan ni...
Sesekali mari kita fahami mereka.
Penat! Jerih perih mereka dipadang...berjuang untuk nama negara tercinta!
Sesiapa pun mengharapkan kemenangan...namun, harapan tidak semudah yang kita bayangkan!
Ada ketika......kecundang jua...
Adat permainan, ada kalah ada menang..dan malam ni bukan milik kita..
Juga mungkin belum masanya untuk anak-anak Malaysia mengerah keringat untuk berada di Olympic bagi bola sepak.. Suatu hari kelak, pasti peluang itu datang juga berkat usaha semua pihak!
Malaysia Boleh!
Semoga akan terus menjadi Wira untuk tempoh yang panjang!

Katakan saja!: tetap penyokong setia!

No comments:

Post a Comment