Assalamualaikum...dan Salam buat semua.
Entri ni bukannya nak mengulas tentang perjalanan Anugerah Skrin yang dah berlangsung baru-baru ni, juga bukan untuk memaparkan pakaian canggih-manggih artis perempuan Malaysia yang sangat glamer dan mengalahkan pesen pakaian artis Hollywood tu.....makan hati Britney Spears tengok Fasha Sanda berkemban! Grand yang amat....!
Just nak share pandangan tentang isu Budaya respect yang ditunjukkan oleh para artis kita bilamana rakan seperjuangan mereka diumumkan sebagai pemenang:-
emmmmm........memang budaya ni sejak dari dulu lagi.!!!!!
Sumber laporan/Berita : Mymetro:- Ramai hairan mereka begitu malas hendak berikan tepukan sehingga Ally sendiri beberapa kali terpaksa menagih tepukan daripada penonton.
Malah satu insiden dapat disaksikan penonton di rumah tatkala seorang pelakon wanita menang di pentas sementara wajah calon pesaing hanya memandang sepi dan tidak memberikan sebarang reaksi mahupun tepukan.
Keadaannya sangat berbeza kalau kita lihat majlis anugerah antarabangsa seperti Academy Awards atau Golden Globe Awards yang memperlihatkan semua orang mahu berpesta meraikan kejayaan orang lain.
Misalnya, Halle Berry ketika menerima Oscar bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi Monster’s Ball pada 2002 menerima sokongan hebat daripada rakan pesaing seperti Nicole Kidman (Moulin Rouge) dan Judi Dench (Iris).
Dalam hal ini penulis berasakan ia berkaitan semangat dan mentaliti golongan artis dan karyawan seni itu sendiri. Ia sangat berbeza apabila majlis yang membabitkan kehadiran lebih ramai peminat seperti Anugerah Bintang Popular (ABPBH), AJL dan Shout! Awards.
Sepatutnya acara seperti ASK dan Festival Filem Malaysia (FFM) lebih meriah kerana kebanyakan yang datang adalah artis sendiri.

Kalau bab meniru benda-benda (budaya) yang "tak boleh pakai" orang kita memang advance tapi bila bab-bab budaya positif yang seharusnya diambil dan diamalkan, memang berat! Macam budaya tepuk tangan tanda respect, pergi lah mana-mana majlis, kalau bab tepuk tangan ni memang sendu! Macam lah berat sangat, tu tak suruh bagi "standing ovation", lagi lah tak ada....! Kalau majlis yang dihadiri oleh ramai peminat (orang biasa, bukan artis) baru lah meriah...kalau artis saja...emmmmmm....jadinya sepi, sendu dan seram sejuk (pinjam joke Rozita che wan).
Katakan saja!: Suka tepuk tangan......
Memang jelas dalam laporan tu (masa live tu pun kita boleh tengok). Bila Eja diumumkan sebagai Pemenang bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik -Filem, kamera fokus pada Tizz Zaqiah, masa tu Tizz jangan kata nak tepuk, muka "10 sen" je dipamerkan. (kalau tanya, mungkin dia kata tak perasan pun menunjukkan reaksi begitu). mungkin dia jangka dia boleh menang!....Kalaupun yakin 110% boleh menang tiba-tiba tak menang, bagi lah sokongan dan respect pada orang lain yang diumumkan sebagai pemenang, baru lah professional! Memang ada keputusan yang macam boleh dipertikaikan, tapi yang diumumkan pemenang tetap akan tertulis dalam sejarah penganjuran sesuatu pertandingan itu, maka senyum dan terima lah samada menang ataupun kalah! Tak gitu?
Ok lah, tak nak tulis panjang-panjang, wartawan hiburan setiap akhbar dah buat cover gila-gila dan pelbagai ulasan terperinci boleh dibaca...aku hanya beri pandangan peribadi aku je :-)
No comments:
Post a Comment