Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Thursday 10 November 2011

Saat-Saat Akhir !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat semua :-)
Sekadar Hiasan (Google)

Pejam celik-pejam celik rupa nya minggu ini minggu terakhir buat para pelajar Tingkatan lima untuk belajar bersama guru-guru. Minggu depan 14 November 2011 (Isnin), Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bermula.
Bagi sesetengah pelajar, mungkin this is the best time untuk “release” tapi bagi yang “biasa-biasa saja” pencapaian mereka, ini lah masanya untuk pulun sakan mengulangkaji.
Sebagai individu yang bergelar “cikgu” apa lagi yang boleh dibuat selain dari memberi sokongan padu kepada mereka. Selain itu kami juga merancang untuk mengadakan ‘Program Sentuhan Terakhir”. Program ini akan diadakan sehari sebelum setiap matapelajaran berlangsung. Mungkin tak banyak benda yang boleh dilakukan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah memberikan kata-kata perangsang selain tip-tips berguna untuk para pelajar berdepan dengan soalan-soalan yang dikemukakan.
Masa aku kat Universiti dulu, kata-kata “last minute always the best” sentiasa diungkapkan terutamanya di kalangan pelajar-pelajar melayu. Emmmm nak kata tak benar tidak juga, nak kata benar mungkin juga…hehehehe….
Apapun, secara jujurnya, dalam apa juga perkara, persiapan awal lah sebenarnya yang terbaik. Saat-saat akhir itu hanyalah sesuai untuk membuat imbasan bagi mengingati beberapa fakta berguna yang mungkin membantu.
Hari ini pun pihak sekolah pun dah kelam kabut dengan penyusunan dewan dan pengesahan tempat duduk calon SPM.
Nothing much can say, all the best and good luck for all my students. Semoga segala pengetahuan yang telah dicurahkan dapat diaplikasikan dengan baik. Matematik bukan lah satu matapelajaran yang terlalu susah. Dengan sedikit kemahiran berfikir dan pengetahuan sedia ada semua pelajar pasti akan mampu untuk lulus dengan baik dan cemerlang. Amin…..

Katakan saja!: tiada guru atas muka bumi ini yang tidak menaruh harapan agar anak-anak muridnya mendapat markah yang baik dan cemerlang! So am i! Harap mereka semua berjaya……

1 comment:

  1. Spin Casino Online | Deposit Bonus and Free Spins
    Spin Casino Online offers a safe, safe way 메리트 카지노 to play your favourite casino 카지노사이트 games online. Sign up today to claim your welcome 메리트 카지노 쿠폰 bonuses!

    ReplyDelete