SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday, 2 November 2011

Susahnya Nak Lelapkan Mata

Assalamualaikum...dan salam larut malam buat semua.
Just came back home. Lepas extra class tadi singgah minum sambil berborak-borak ngan member-member. Masa tu mata rasa dah agak ngantuk, penat dengan segala macam benda all day long. Selain dari tu, memang tak nak lepak lama-lama cz risau kan family kat rumah. Al-maklum lah sekarang penduduk Bentong dilanda kerisauan dan ketakutan akibat lelaki misteri (perogol bersiri) yang masih belum ditangkap lagi. entri semalam; Kalau belum baca just click Here!
Bila sampai je rumah, ingat nak terus tidur...cuba pejamkan mata tapi tetap tak nak lelap...last-last buat air kopi dan mengadap lah lap top ni..boleh lah update entri sepatah dua kata.
Rupanya mata yang mengantuk belum mampu untuk menidurkan kita kalau hati berdebar dan fikiran melayang. Entah apa yang aku fikirkan pun, aku tak tahu. This is nothing to do dengan gembira atau berduka..ini mungkin disebabkan rasa letih yang agak "lebih" tak pun kerisauan tetang gejala yang melanda daerah ini nowadays!
Sebenarnya nak risau beria pun tak guna juga....apa lagi yang boleh dibuat selain dari berdoa ke hadrat Allah selain menjaga diri dan keluarga dengan cara yang terbaik.

Katakan saja!: kerenah manusia terlalu besar pengaruhnya terhadap kehidupan seharian kita...mempengaruhi jiwa dan minda secara tidak sengaja :-(

No comments:

Post a Comment