Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Monday, 7 November 2011

Anak-anak kalau dengan Mak dia...bukan main berani!

Assalamualaikum...Salam buat semua.
Kiranya masih dalam mood raya, namun kat bentong ni dah tak nampak macam raya dah...
Just nak story sikit tentang kisah anak-anak....Tadi masa aku keluar, my wife ada call bagitahu nak minta keluar untuk pi ambil baju kat tailor, so ok la...
Abg Adi
Bila aku balik tu, aku tengok habis rak-rak kasut tunggang terbalik dengan kasut dan selipar bersepah...Bibik aku bilang " pak..tadi si Adi tu mengamuk, sakan mengamuk sebab mama nya tak nak bawa dia keluar, mama nya bilang mahu keluar sekejap saja, habis rak-rak ni diterbalikkan dan dibaling nya mainan yang kat dalam rumah tu! last-last mama dia bawa kedua-duanya Adi dan Ain" emmmmmmm kalau dengan papa dia, jangan kata nak mengamuk, nak minta ikut ke mana-mana pun sopan je.... memang sejak dari dulu, budak-budak ni kalau dengan mak dia, macam-macam!
Lumrahnya begitu, berani pun dengan mak dia, manja dan tempat mengadu pun tetap dekat mak dia...

Katakan saja:! aku dulu pun nak apa-apa mesti mintak kat mak....:-)

1 comment: