SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday, 1 November 2011

Bila lah Nak Di tangkap dan berakhir ? Misteri ....

Assalamualaikum....dan salam buat semua.
All day long tak sempat nak update, so sekarang baru ada kesempatan :-)

Kat luar tu hujan tengah lebat...sunyi je malam ni...
Apa yang nak ditulis ni sebenarnya pernah aku tulis beberapa minggu lepas tentang ketakutan penduduk Daerah Bentong dengan fenomena jenayah terutamanya pembunuhan dan juga pecah rumah yang kerap berlaku dewasa ini. Sekarang ni, mejoriti penduduk Daerah Bentong berada dalam situasi takut, geram dan marah...sangat marah!
Boleh dikatakan sekarang ini Bentong telah menjadi "Daerah Panas" dengan kehadiran manusia jahat yang penuh "misteri"! Setiap malam, ada saja rumah yang kena pecah masuk, bukan masuk untuk merompak atau menyamun tetapi untuk mencari anak-anak gadis untuk dirogol! Ini bukan drama swasta atau megadrama Astro..Ini kisah benar, realiti ketakutan, kegeraman dan kemarahan penduduk Bentong ketika ini!
Menurut sumber, gadis 16 tahun yang dirogol beberapa minggu lepas adalah perbuatan orang yang sama. Sebelum itu pun seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun dirogol..juga dikatakan oleh lelaki "misteri" ini! Bayang kan kanak-kanak berumur 10 tahun yang sedang nyenyak tidur bersama emaknya dibawa secara senyap (tidak pasti dipukau ataupun tidak) ke tebing sungai dan dirogol tanpa belas kasihan!
Sekarang ini, kalau kat kedai-kedai kopi, ini lah isu yang hangat diperbualkan. Rukun tetangga setiap taman perumahan terpaksa bergiat aktif beroperasi hingga ke pagi.
Memang apa yang berlaku ini cukup membimbangkan. Nak lelapkan mata pun rasa sukar sejak akhir-akhir ini. kadang-kadang tengah malam tersedar!
Petang tadi masa minum-minum, kawan baik aku bagitahu semalam dia dan penduduk di taman perumahannya dikejutkan dengan jeritan remaja 15 tahun jam 2.30 pagi, katanya remaja perempuan itu hanya sembat di raba oleh lelaki misteri itu (boleh lah digelar perogol bersiri).  Bila remaja itu menjerit, lelaki itu terus lari keluar tanpa dapat dikesan oleh penduduk Taman perumahan itu. Yang menjadi kemusykilan dan kehairanan, tiada sebarang unsur atau kesan rumah itu dipecah atau dikopak masuk!???..eeeee....kalau mengunakan ilmu yang mistik, lagi lah menakutkan!
Polis-polis di Daerah Bentong ini pun kiranya "panas bontot" akibat dari kejadian misteri yang belum terungkai ini.
Semoga perogol bersiri ini akan "rebah" dan ditangkap pada kadar yang cepat!

Yang agak melucukan sikit, ada statement kata " geng-geng pecah rumah yang betul-betul pun bengang sebab dengan kawalan dan kesedaran penduduk, mereka pun susah "nak cari makan" gara-gara lelaki misteri atau perogol bersiri ini!"

Katakan saja! memang menakutkan dan berdoa agar dijauhkan dari malapetaka ini!

No comments:

Post a Comment