Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Thursday 10 November 2011

Merungut!


Assalamualaikum ...
Sekadar Hiasan (google)

Merungut tu negatif sangat ke? Ada tak sapa-sapa kat atas muka bumi ni yang tak pernah merungut?
Secara am, rasanya semua orang pernah merungut….tentang apa, itu masalah masing-masing. Kalau mengeluh?
Mengeluh tu boleh juga dikategorikan sebagai rungutan. Rungutan kecil!
Bagi aku, merungut tu juga suatu luahan perasaan. Kalau nak lepaskan perasan pada orang yang belum tentu prihatin, apa salahnya kalau seseorang itu merungut.
Banyak perkara yang berlaku dalam hidup ni kadang-kadang datang dengan tiba-tiba. So merungut juga boleh lah dianggap sebagai interpretasi kepada reaksi terkejut.
So jangan lah terlalu memandang negative kepada mereka yang merungut kerana merungut itu terjadi pun ada sebab musababnya. Ianya sebagai pernyataan yang berbentuk implikasi!
Kalau ada orang asyik merungut tanpa sebab yang munasabah, itu mungkin lah kita boleh kata negatif….kalau dalam satu-satu masa, berderet kerja yang perlu diselesaikan dan semuanya ‘urgent” so merungut itu bagi aku satu luahan yang wajar! Kan? Luahan pula “coping strategy” yang terbaik untuk “release the tension” betul tak? (banyak pulak ayat Tanya…hehehehe)
Ini pandangan peribadi aku saja…tak setuju pun tak  pa lah…

Katakan saja!: jangan terlalu mudah untuk melebelkan orang itu terlalu positif atau negatif sesangat hanya kerana pandangan mata kasar kita yang belum tentu benar! Kita juga manusia…sarat dengan kekhilafan!

4 comments:

  1. Dzul : hahaha...tak ada benda nak dirungutkan, just talking about something always happen in our life :-)

    ReplyDelete
  2. hobi baru daku : merungut....huh...x habis2 lg ke nk siapkan 5s..huh!!!

    ReplyDelete
  3. Nora: Betul-betul-betul...selain merungut semua orang dalam kepeningan dan penuh sendu!

    ReplyDelete