Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday 4 November 2011

Kalau "Ustaz" Pun Sangat Yakin Dengan Bomoh..Orang Biasa?

Assalamualaikum..dan salam buat semua.
Sesambil melayan "sendu" tak balik kampung untuk meraikan Raya Haji taun ni, so mengadaplah lap top ni. 
Kali ini ku nak share dengan semua tentang "musibah" yang melanda diri aku beberapa hari ni.
Sekadar Hiasan (google)

Macam-macam perasaan ada, marah, geram dan juga sedih.
Kisahnya, ada seorang ustaz ni, dia mendakwa dirinya tidak bahagia bersama keluarganya (baru kahwin) akibat telah dibomoh dan disihir oleh seseorang. Dari raut wajah dia memang menampakkan dia sangat tension dan tertekan. Yang sangat mengejutkan apabila dia dengan terang-terangan menuduh bahawa orang yang telah menyihirnya itu adalah aku! MasyaAllah....bayangkan!
Menurut kawan aku (orang yang mendengar rintihan si ustaz tu), berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh bomoh yang beliau jumpa tu, personaliti orang yang menyihir nya itu "sebijik" dengan personaliti yang aku miliki...katanya! dan dia bagitahu, dia sembahyang sunat istiqarah pun dia nampak aku lah orang yang bertanggung jawab menyebabkan rumahtangganya tak bahagia (rumah jadi panas, berbau busuk juga tidak bernafsu terhadap isterinya)
Beberapa sms dia kirimkan kepada aku menyatakan bahawa dia sangat yakin bahawa segala yang menimpa itu adalah kerja aku.
kalau ikutkan hati, memang aku dah nak ke Balai polis lepas sembahyang Jumaat tadi untuk buat laporan dan juga mendapatkan nasihat lawyer tentang tuduhan tidak berasas yang dilontarkan ini...Tapi atas nasihat ketua jabatan aku, so ku tangguhkan dulu!
Sepanjang hayat ni, aku tak pernah pun jumpa mana-mana bomoh untuk apa jua tujuan, inikan nak membazir masa dan wang untuk membomoh orang. Aku pun bingung memikirkan apakah asas yang membolehkan dia tuduh aku..nak kata aku minat kat isteri dia, aku dah ada isteri yang baik dan cantik juga memiliki 3 cahayamata yang sangat-sangat aku sayangi dan kasihi. Nak kata aku dengki kat dia, nak dengki apa? kaya? hansome? popular? berjaya?...emmmm semua ciri-ciri itu tidak beliau miliki...so aku nak bomoh dia untuk apa? Tak ada masa aku!!!!!!!!!!Hairan bin ajaib.
Ramai kawan-kawan nasihat agar jangan ambil peduli atau jangan layan sangat...memang lah tak nak layan tapi sesekali tu terfikir lah jugak.....
Lepas raya nanti, aku nak suruh ketua jabatan aku temukan aku dengan ustaz tu dengan beberapa orang saksi...aku nak bersumpah junjung al-Quran. Kalau dia tetap yakin dengan bomoh yang dia jumpa tu, lantak dia lah...dan kalau ada lagi statement atau sms yang menuduh aku lagi...for sure aku PASTI buat laporan polis dan failkan saman fitnah ataupun saman malu! Sure!!!!
Sebenarnya aku terkejut, seorang pendidik yang bergelar ustaz...kalau orang biasa-biasa tu....lain lah!

Katakan saja!: zaman semakin moden tapi ada juga otak yang semakin mundur!!! bukan lagi ada tapi banyak!

2 comments:

  1. Bawalah bersabar dan banyakkan beristifar, dugaan dari Allah ada bermacam-macam jangan kita terpedaya dengan pujukan syaitan kerana setan sentiasa hendak menjerumuskan manusia ke arah permusuhan. Sabar

    ReplyDelete
  2. Memang sabar, tapi kalau tuduhan tu melampau kita kena juga bertindak, bagi pengajaran pada orang itu. :-) thanks cik Gu.

    ReplyDelete