Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday 23 November 2011

Banjir Datang Lagi :-)

Assalamualaikum..dan salam rindu buat semua :-)
Rindu la cz dah seminggu lebih tak buka blog ni..jangan kata nak update, berkunjung pun tidak..
Dulu masa memula ada blog, berangan jugak nak success dalam arena berblogging ni, but la ni...alahai, kalah dengan kekangan masa dan juga agenda kehidupan seharian yang kadang-kadang tidak memungkinkan diri untuk mengadap lap top..huhuhu..:-(
Its ok...berblogging ni untuk mengisi masa selain berkongsi rasa dengan mereka yang membaca entri-entri yang ditulis.
Actually, dah 5 hari berada di kampung, malam ni kiranya berkelangan untuk buka blog ni, sebenarnya sesambil tunggu live bola sepak malaysia vs Syiria jap lagi.
Macam biasa la, kalau bulan November dan Disember, negeri-negeri pantai timur cam kelantan dan Trengganu pasti akan dilanda hujan lebat...dan akan banjir. Sepanjang 5 hari kat kampung ni, hujan tak berhenti-henti lagi..lembap je....kain baju pun dah mula mengeluarkan aroma yang kurang menyenangkan...ya la, berhari-hari jemur tak kering-kering juga!
Bila dah hujan lebat saban hari, nak ke mana-mana pun susah...selain susah, rasa malas pun lagi lah menguatkan kuasanya dalam diri ni..alamatnya, berselimut sepanjang hari..tema nya 'makan-tido" lah! Walaupun hujan tak berhenti-henti setakat 4-5 hari ni, kat kelantan masih belum kedengaran tempat yang teruk dilanda banjir yang menyebabkan berlaku perpindahan penduduk....mungkin sikit masa lagi...rakyat kelantan pun dalam keadaan beringat-ingat dan bersiap sedia untuk menghadapi banjir ni..ya la dah saban tahun menempuhinya..alah bisa tegal biasa...!
Di Teganu, nampaknya dah ada beberapa kawasan yang telah dilanda banjir.
Harapnya banjir tahun ni tidak akan mendatangkan kemusnahan besar kepada para penduduk....juga berdoa agar dijauhkan sebarang tragedi yang tidak diingini...Amin....

Katakan saja!: kalau banjir sikit-sikit..boleh jadi macam pesta air juga...seronok! hehehehe...

2 comments: