Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday 17 June 2011

Kenapa sesalan selalunya lewat tiba.......?

Masa muda terutamanya semasa menjadi pelajar sekolah (menengah atas, ting 4 dan ting 5) merupakan zaman yang sangat (mungkin paling )menyeronokan dalam hidup ni..Pada masa itu, tak ada benda berat yang perlu difikirkan kerana segala keperluan dan kehendak tentu sekali akan dipenuhi oleh mak, ayah dan juga ahli keluarga yang lain. Sebagai cikgu yang mengajar pelajar sekolah Tingkatan 4 dan 5, memang aku dapat saksikan bagaimana tingkah laku pelajar pada peringkat ini. Ramai di antara mereka yang datang sekolah dan tinggal di asrama adalah dari desakan sosial yang memerlukan mereka berbuat demikian. bukan atas dasar keinginan untuk belajar bersungguh-sungguh mahupun bercita-cita tinggi untuk menjadi "somebody" suatu hari kelak. pernah anak murid aku cakap " cikgu, saya datang sekolah ni pun sebab mak-ayah saya yang suruh sekolah, saya tak minat pun, alaaa, kalau tak sekolah pun bukan nya tak boleh hidup!" Jauh di sudut hati aku, tentu sekali aku sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan itu, nak pulak datangnya dari pelajar melayu yang mak-ayahnya hanyalah orang biasa yang bekerja sendiri (petani) dan tentu sekali tergolong dalam keluarga yang berpendapatan rendah. Dari kenyataan itu dan tingkat laku yang ditunjukkan oleh kebanyakkan pelajar melayu (di sekolah ku dan mungkin juga di tempat lain) dapat lah dibuat kesimpulan bahawa pelajar masa kini tidak pernah meletakkan masa depan sebagai sesuatu yang signifikan untuk mereka fikirkan.Tiada impian untuk mereka merubah nasib dan kepayahan yang ada dalam keluarga mereka. Mungkin bagi mereka, habis sekolah kelak, kerja lah apa-apa pun, yang penting dapat duit boleh beli makanan, hand phone second hand, pakaian dan rokok kira dah ok la! Setiap kali dapat keputusan ujian atau peperiksaan (dalaman sekolah) mereka langsung tidak teruja bila lulus dan lebih menyedihkan mereka gelak saja bila mendapati mereka gagal dalam satu-satu matapelajaran. Mereka langsung tidak rasa bersalah ataupun menzahirkan kebimbangan mahupun keinsafan.
Baru-baru ni, dalam perjalanan nak ke kuala Lumpur dari bentong, aku singgah sekejap kat gerai makan di Hutan Lipur Lentang, saja terasa nak "mengeteh". Kat gerai tu ramai juga anak-anak melayu (budak-budak muda) tengah minum. Dari pakaian mereka, aku rasa mereka semua tu pekerja yang tengah memperbaiki jalan.Tengah dok ralit meneguk teh, tiba-tiba salah seorang dari budak muda tu menegur, "cikgu, dari mana? cikgu ingat saya tak? cikgu ngajar matematik saya 3 tahun lepas....dan bla-bla......" emmm ya-ya, saya ingat awak.(ingat-ingat lupa)...Kerja sini ke? itu saja yang terkeluar dari mulut aku..tak tau nak cakap apa sebab masa mengajar dia dulu, memang kami tak rapat sangat sebab dia , kerap tak datang sekolah, tak bawa buku, tak buat homework dan macam-macam masalah. dengan muka yang agak kelat dia jawab soalan aku "Ya lah cikgu, ni je lah kerja yang saya boleh buat, sijil SPM saya lulus BM dan subject bengkel saja, BM lulus pun tak kredit. Nak masuk pusat kemahiran boleh, tapi family saya susah cikgu, adik- beradik ramai lagi yang sekolah..entah la cikgu, rasa nak cari kerja lain la, kerja ni berat dan penat sangat, gaji plak ciput, tak berbaloi langsung! Saya sebenarnya nyesal cikgu, masa kat sekolah dulu tak belajar pun, buat habis duit mak-ayah je, jangan kata nak sambung belajar, nak mintak kerja kilang pun susah. Aku tak tau nak kata apa yang sepatutnya selain dari memberi nasihat dan pandangan ringkas tentang bertapa perlunya menyambung pelajaran (tak kira aliran apa) ketika usia masih muda, kerana pelajaran dan kelulusan sangat penting untuk semua orang walaupun bukan untuk tiket mendapat kerja makan gaji semata-mata. Selain dari cerita tu, ramai juga bekas pelajar yang datang ke sekolah untuk mengambil sijil asal SPM menuturkan dialog-dialog klise yang menunjukkan betapa mereka kesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh dan mengambil peluang yang ada semasa bergelar pelajar dulu. Walaupun ada di antara mereka itu sedang menyambung pelajaran di politeknik dan juga di universiti ketika ini. Makna nya para pelajar ni perlu melepasi umur 17 tahun (lepas tingkatan 5) baru mampu berfikir dengan matang untuk berjuang memajukan diri sendiri. Bak kata pepatah "sudah terantuk baru mengadah". Entah lah! Atau mungkin sosialisasi bangsa kita (melayu) yang mencorakkan pemikiran para pelajar jadi begitu?.... Sebagai insan yang bergelar pendidik (cikgu) aku tentunya bertanggung jawab untuk memberi nasihat dan padangan berguna kepada mereka walaupun mereka telah melepasi alam persekolahan. Ketika ini pun, sebagai cikgu aku tak jemu-jemu mencari dan memikirkan cara terbaik untuk merubah sikap negatif yang ada dalam diri pelajar agar menjadi lebih positif selain dari mencuba kaedah-kaedah yang berkesan dalam melaksanakan tugasan mengajar. Mana ada cikgu kat dunia ni nak anak murid gagal dalam matapelajaran yang dia ajar! Namun, remaja tetap remaja! mereka lebih berminat kepada perkara yang NAK mereka buat berbanding dengan perkara yang mereka PATUT buat.....dan end of the day, they come to us and said...."cikgu kami menyesal la,masa kat sekolah dulu kami tak belajar bersungguh-sungguh!" Sesalan yang terpacul keluar dari mulut mereka itu sebenarnya sedikit terlewat!
dan apa lagi yang mampu cikgu-cikgu katakan selain dari menuturkan dialog-dialog yang sama!

Sebagai pendidik:
kena buat macam-macam untuk menyesuaikan diri- dengan kata lain untuk mendekati para pelajar....Soal berjaya ataupun tidak...emmmm hanya Tuhan yang tahu. (beberapa gambar yang berkaitan)

Menyampaikan ceramah (Perkongsian Ilmu) tentang Matapelajaran Matematik. Subject mudah yang di anggap "killer subject" oleh ramai pelajar aku...huhuhuhu...sedih!
Tengah "Kusyuk" mendengar ceramah! kononnya la...dalam fikiran entah apa yang mereka fikirkan.

Menyampaikan "amanat" pada pelajar.
Terpaksa "posing"...last-last tak tau yang mana cikgu yang mana pelajar.

Bersama barisan pengawas sekolah (perempuan)-Sebagai Ketua Guru Pengawas. Semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2011.

Pertandingan Futsal Padang Rumput- Guru Vs Pelajar. Tetap guru juga yang menang!

Jadi pengulas sukan di tepi padang! walaupun dah merangkak kepenatan!

Demi pelajar....aku pun terpaksa berpoco-poco! apapun best!

1 comment: