Just to share kisah aku dan anak-anak, sepeninggalan isteriku ke Mesyuarat selama 4 hari..
Anak-anak zaman sekarang ni, pantang berjanji mesti dituntutnya. Kadang-kadang kita tak ingat pun janji-janji yang kita ditaburkan. Selang beberapa hari mereka pasti tampil menuntut agar janji-janji itu untuk ditunaikan.
« Kalau abg adi dan ain bertingkah laku baik, tak bergaduh dan tak ada mengamuk, papa akan bawa pi main game kat kedai mini fun fair dua hari berturut-turut »…begitu lah bunyi janji spontan aku pada anak-anak memandang my wife kena pergi mesyuarat kat Melaka selama beberapa hari..(…dalam kepala ni, aduh…mesti pening melayan kerenah anak-anak selama 4 hari ni…emmmm..)
Balik dari kerja je..anak-anak dah merengek, « hari ni abg Adi baik, tak gaduh ngan adik ain, kalau papa tak caya, tanya bibik. Adik Ain pun, adik ain tak ada mengamuk, masa papa pergi kerja dan abg Adi pergi sekolah, ain main ngan baby affan, ain yang jaga baby affan baik-baik »…. Bila bercakap saja, masing-masing memuji diri sendiri…aku senyum je la…. buat-buat tak tau je .….ya la baru balik kerja, benda yang aku nak buat hanya lah nak lelapkan mata…penat ! Papa, ustazah cakap tak baik kalau buat-buat tak dengar bila orang cakap…emmmm kena lagi aku…yang mampu aku jawab…. ? ya la abg adi, papa dengar apa… »
Baru nak lelap mata « papa ! papa ! mana hadiah kita orang »….aku buat-buat tak tahu je… »hadiah apa ?’ alaaa papa cakap kalau kita orang baik, tak gaduh-gaduh, papa nak bawa adik ain dan abg Adi pergi main game kat kedai kat The Store tu….Ya la papa, tak baik cakap bohong, ustazah kat sekolah Abg Adi (Taska) cakap, kalau berjanji kena tunai, kalau tak Tuhan marah….sampuk si abang plak….aduhai….. ! Sebab dah ngantuk sangat, aku layan je la… »ok-ok, lepas asar nanti kita pi, bagi peluang papa tidur jap, nanti pukul 5 petang nanti kejutkan papa ya…. »
Baru lebih kurang 20 minit… »papa, adik ain rasa dah pukul 5 ! bagun la, kita nak pergi The Store ni… (Padahal baru pukul 3.30)….. si abang plak bersuara, papa, abang adi rasa jam rumah kita ni dah rosak la, tengok tu, gerak perlahan je jarum jam tu, kat sekolah abg adi, jam tak macam ni, ada nombor saja….berkelip-kelip cepat…. ! Aku buat-buat tak dengar je..tak tau nak cakap apa yang sepatutnya…Meraka mula lah mengalih isu lain… papa nak susu ! papa kenapa wonderpet suka nyanyi… ? papa lepas ni adik ain nak tengok citer Dora ! papa tau tak semalam, spongebox kena pukul kat Patrict dan bla-bla-bla……Argggggggh ! Begitu lah budak-budak…. Setiap apa yang kita ucapkan akan melekat dalam minda mereka. Kalau kita berjanji pasti mereka tuntunya berkali-kali….
|
Wajah "Puas hati" bila desakan dipenuhi... Main kuat, makan pun kuat...dua-dua dah jadi makin montel! |
|
"Tak best la naik kereta ni, tak mencabar la papa"....eemmm macam-macam! |
|
Mainan ni kena bayar dua Token, tapi boleh naik sorang saja.... Ain sengaja buat muka terkejut, padahal kereta bergerak versi semut!... |
|
Tetap peminat kereta |
|
Ain ni memang pemalu tapi kalau untuk Camera, memang seronok sangat! kaki posing.. |
|
Cepat ambil gambar...! |
|
"lepas ni abg adi dan adik ain tak nak gaduh-gaduh lagi...boleh la papa bawa ke sini tiap-tiap hari, kan?" kalau tiap-tiap hari alamak "botak " la kepala papa! |
|
Adik beradik yang sangat akrab tapi "time" bergaduh...Boleh Tahan! |
|
Dua hari (petang) aku habis kan masa kat sini...gara-gara janji-janji yang dituntut oleh mereka berdua ni....Tak apa lah, sekurang-kurangnya ini lah masa berharga yang dapat aku peruntukkan bersama anak-anak aku..... kalau tak, setiap petang asyik dok mengeteh, kalau tak pun main bola ngan kawan-kawan.....
No comments:
Post a Comment