Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Thursday, 23 June 2011

Sokongan dan semangat....

     Sekarang dah pukul 12.35 pagi.... Hari ini tak sempat nak tulis apa-apapun dalam blog ni....Apapun bila tengok ramai juga yang melawat blog ni, aku rasa sangat seronok untuk menulis...Walaupun malam dah larut, aku terpanggil untuk buat sedikit catatan sebagai terjemahan kepada rasa gembira! Kawan aku kata, setiap penulisan dalam blog tu dah perlu "panjang lebar sangat"...yang penting orang faham apa yang nak kita sampaikan...soal menarik ataupun sebaliknya, ia adalah sesuatu yang subjektif!".....
      Memang betul pun..sukar untuk kita mengundang rasa suka di hati orang lain..maka nya, setiap penulisan yang aku "place" kat blog ni cuma berharap ada orang sudi membacanya dan ianya tidak menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak.... Aku banyak juga menjenguk ke blog-blog orang lain (terutamanya blog-blog yang memang dah top dan glamour)....aku dapat rasakan banyak lagi perkara yang aku harus pelajari untuk menjadikan blog aku ni lebih menarik, dinamik dan mampu menarik minat untuk orang berkunjung...emmmmm give me more time for that ok...hahahaha....InsyaAllah! Setiap blog ada daya tarikan masing-masing....lebih mengkagumkan ramai juga budak-budak sekolah yang baru belasan tahun yang dah ada blog sendiri yang sangat interesting....Menulis dalam blog ni adalah suatu perkara yang sangat positif! Dulu hingga kini kerajaan berhabis "berjuta-juta" ringgit melancarkan kempen agar rakyat malaysia suka membaca, tapi hasilnya tak memberansangkan sangat...kiranya "ala-ala sendu jua"....! Namun kini, dengan adanya blog-blog yang pelbagai rupa, rakyat Malaysia rupanya "teransang" untuk menulis dan membaca...emmmmm rupanya medium ini yang mampu....bak kata lagu popular penyanyi Aizat.."hanya kau yang mampu" so...nak kata apa?
     Dari kunjungan yang aku buat ke blog-blog (dan ada di antaranya yang aku follow) kebanyakkan mereka menulis dengan bahasa yang sangat santai...istilahnya "bahasa sms" "bahasa ringkas". Dengan menulis dengan cara begitu menjadikan blog mereka sangat santai dan segala apa yang ditulis mudah untuk difahami walau dalam apa jua versi.... Walaupun media, orang bahasa dan institusi-institusi pendidikan mengutarakan kebimbangan tentang fenomena "bahasa sms" ini, apa boleh buat....kita anggap saja itu "personal choice" dan ambil lah kebaikan lain yang terselindung disebaliknya..Pun begitu, aku sebagai individu yang berada in the education line, aku tak perlu mengikut sangat rentak "penulisan semasa "tu...selain itu, semasa mula-mula nak bergiat menulis blog ni pun aku memang berniat untuk mempertajamkan kemahiran menulis dan berbahasa dengan cara yang betul ...hehehhe harapnya dah betul lah!. Setiap orang ada cara sendiri dan orang lain juga berhak nak memilih untuk membaca atau sebaliknya...Namun, tidak dapat dinafikan aku banyak belajar dari blog-blog yang menggunakan "bahasa sms" tu...nak kata apa dah blog mereka sangat menarik dan banyak informasi berguna yang terkandung di dalamnya.(siap ada tutorial lagi....)
     Apajua, tulis lah dengan bahasa apa, buatlah secantik mana pun blog, kalau tiada sokongan rasanya segalanya akan menjadi hambar. Sokongan yang diperolehi akan mampu menaikkan semangat untuk kita terus menulis (berkarya) walaupun karya atau penulisan yang kita utarakan itu seakan-akan picisan! biasa la, macam aku ni, dulu masa sekolah, buat karangan pun lintang pukang! Sekarang pun...maklum la otak matematik! Dalam apa jua perkara, sokongan sangat penting untuk mewujudkan suatu anjakan ke arah yang lebih baik.. Tengok bola malam ni, perlawanan bola sepak antara Malaysia Vs Lubenon, Malaysia mampu bertahan dan menang adalah disebabkan sokongan padu peminat! anyway...congrate! Malaysia Boleh.
     Ok lah, cukup sampai sini coretan awal pagi...pilih lah apa jua yang kita mahu, penting nya kita mampu menilai pilihan itu dan setiap apa yang kita buat itu mampu mendatangkan kebaikan untuk diri kita...Sebagai manusia, kita ada pilihan! dan itu juga suatu keistimewaan yang ada pada kita, boleh memilih!
emmmm...what i'm trying to say is "sokongan dan semangat perlu datang seiring dalam apa juga perkara!"
     Nite!

No comments:

Post a Comment