Mengajak pelajar untuk belajar bersungguh-sunggu demi masa depan yang gemilang adalah salah satu dari tugas dan agenda seseorang pendidik (cikgu). Setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran, selain dari menyampaikan kandungan pelajaran, cikgu-cikgu biasanya menyelitkan kata-kata nasihat dan juga peransang agar pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar. Nilai-nilai murni dituntut agar diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. "Nilai merentasi kurikulum" la katakan. Hari ini, Selepas keputusan peperiksaan keluar, (peperiksaan dalaman sekolah/ Mid Year Exam) para guru dari panitia masing-masing dikehendaki melakukan "post Mortem" bersama pelajar. Selain dari membentangkan pencapaian para pelajar, cikgu-cikgu tentu sekali memberikan tip-tips berguna tentang cara bagaimana untuk mempertingkatkan pencapaian. So hari ini (20 Jun 2011/Isnin) aku (sebagai Ketua Panitia Matematik) dan ahli panitia yang lain melaksanakan apa yang dituntut itu. Seminggu membuat persediaan dari aspek bahan pembentangan dan juga ceramah yang akan disampaikan.
Bila start je nak bagi mukadimah ,beberapa pelajar pun start lah menguap..Tersentak sekejap, terpaksa la bagi teguran dan leteran manja tentang bertapa pentingnya para pelajar untuk mengikuti dengan sepenuh perhatian terhadap sesi post mortem kali ini. Dengan tonasi suara yang agak mesra, aku mengajak para pelajar untuk bersama-sama mengikuti sesi ini agar mereka mendapat gambaran yang jelas tentang tahap pencapaian mereka setakat ini. Selain itu berharap agar dengan sesi ini juga akan membuka ruang untuk mereka berfikir bagi mencari langkah-langkah susulan yang sepatutnya agar persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM kelak (bulan November nanti) berada dalam keadaan yang betul-betul bersedia dan mantap.
Bila pelajar dah nampak bersedia, (ekpsresi muka) maka bermula lah sesi post mortem, keputusan peperiksaan dibentangkan dalam pelbagai bentuk. Dibandingkan dengan pencapaian peperiksaan tahun sebelumnya. Memandangkan pencapaian kali ini agak meningkat maka diberikan sedikit pujian dengan harapan agar mereka lebih teransang untuk terus berusaha.
Tengah dok rancak berceramah, dari pentas dapat aku saksikan beberapa orang pelajar mula melentok kan kepala dengan mata kuyu tak bercahaya! Mengantuk la tu!..... lawak-lawak dengan kata-kata lucu dan bahasa-bahasa “menawan” belum cukup mampu untuk malawan kuasa iblis yang bergayut pada kelopak mata mereka! “kalau dalam kelas, saya dah tengking dan halau dah pelajar yang jenis kaki tidur ni, tapi memandangkan ini sesi post mortem dan ceramah, maka saya tak sampai hati nak halau awak…tolong la beri perhatian, apa yang kami buat ni untuk awak, 100% untuk awak! Segalanya untuk mu, demi tanggung jawab dan rasa kasih kami sebagai guru…so please pay your attention for a while..bukan lama pun! Please!”…..
Mendengar kata-kata tu, maka celik la sejekap mata mereka, then aku teruskan ceramah aku, memberikan tip-tips berguna untuk mengelakkan mereka dari gagal matapelajar Matematik. Menyenaraikan topik-topik yang seharusnya dikuasai. Membentangkan kaedah terbaik untuk belajar Metematik dan segala bagai perkara yang berkaitan. Seingat aku, ini bukan lah pertama kali aku menyampaikan ceramah tentang perkara ni, sebelum ini pun dah beberapa kali. Kerana percaya bahawa “manusia itu pelupa” maka aku dan rakan-rakan guru tidak jemu- jemu untuk mengingatkan para pelajar walaupun kami sendiri sudah muak untuk berbicara tentang perkara yang sama. Bak kata orang, “dah berbuih mulut” bercakap benda yang sama.. Selang beberapa ketika, setan datang lagi dan pelajar-pelajar (terutama yang berada pada barisan belakang) kembali mengantuk kalau tak mengantuk pun mereka mula mengusik antara satu sama lain…..alahai…!
Begitu lah pelajar dan remaja masa kini (tidak semua/segelintir). Bercakap tentang pelajaran dan tentang usaha untuk masa depan mereka bukan sesuatu yang mampu “memujuk atau memanggil mereka untuk duduk dan mendengar dengan teliga dan hati”.kebanyakkan mereka tidak minat! Sedih dan sayu hati kerana anak-anak murid aku adalah bangsa aku sendiri. Bangsa Melayu!...bagaimana lagi harus dilakukan, mengajak, memujuk atau memaksa.? Di pujuk tak menjadi, dipaksa hanya akan menanam dan menyuburkan rasa benci di hati mereka.
Kata-kata yang keluar dari hati kami yang paling jujur pun hanya mampu menghiris naluri sendiri dengan reaksi dingin mereka yang faham tapi buat-buat tidak mengerti.
Selepas ini banyak lagi sesi ceramah motivasi yang telah dirancang untuk dilaksanakan. Namun dalam hati kami (cikgu-cikgu), adakah ianya berbaloi. Bila kah kesedaran dan keinsafan akan tiba disudut hati pelajar-pelajar yang sebegitu. Cikgu tetap cikgu. Demi tugas dan tanggung jawab, biarlah seribu kali benda yang sama perlu dilafazkan, jemu, jangan diundang bersarang dihati. Sekali cikgu maka cikgu lah selamanya biarpun kata-kata motivasi yang meniti dibibir tidak pernah melakat dihati pelajar, malah lebih menyedihkan menjadi motifBASI! Larut dalam angin lalu……walaupun pelajar itu yang menanggung akibat dari sikap meraka (gagal dalam peperiksaan), namun rasa terkilan tetap hadir menyelinap masuk ke hati kami, dan ada juga duka yang kami usung bersama!
No comments:
Post a Comment