Keindahan semula jadi yang mampu mengamit rasa. |
Sesekali datang terutama para pelajar, ianya mampu memberi ilham dan motivasi kepada mereka untuk menambah pengetahuan, memperluaskan pengalaman serta mencipta kenangan. |
Sebagai cikgu yang menguruskan pasukan pengawas sekolah, jadi aku kena lah merancang sesuatu aktiviti yang menyeronokan untuk mereka. Keseronokan itu adalah sebagai terjemahan kepada penghargaan aku dan guru-guru pengawas sekolah atas komitmen dan kerja keras mereka membantu kami dalam memastikan kerja-kerja yang berkaitan berjalan dengan baik dan lancar saban hari...
Jadi pengawas ni bukan senang, macam-macam kerja kena buat, dah lah selalu diherdik dan di kutuk dengan pelbagai gelaran. macam-macam gelaran yang diberi oleh pelajar-pelajar lain terutamanya yang nakal-nakal tu, such as "balaci cikgu", "team poyo" act....
Dari jaga pintu pagar sekolah (awal pagi), sampai la ke jaga depan tandas pada waktu rehat (maklum la ramai gak "budak-budak setan" yang merokok dalam tandas pada waktu rehat) menjadikan tugas pengawas agak berat! Merasa kan tugasan dan tanggung jawab yang mereka lakukan itu, maka aktiviti lawatan seperti ini sangat relevan dan boleh juga dianggap sebagai satu "hadiah" untuk mereka.
Batch last year, aku bawa semua pengawas sekolah ke Pulau Pangkor (sebelumnya asyik ke Langkawi je!), mula-mula ramai yang cakap "buat apa la pergi Pulau Pangkor, tak ada apa pun yang menarik kat sana" dan macam-macam komen lagi. Apapun kami tak kisah pun dan kami tetap juga ke sana. Menginap di teluk Batek, awal pagi kami masuk ke Pulau Pangkor dan keluar dari Pulau jam 5.00 petang. Ternyata percaturan kami tidak silap. Seharian memanfaatkan masa di Pulau Pangkor ternyata sangat menyeronokkan. Pelbagai destinasi (aktiviti pusing-pusing satu pulau) dan aktiviti air yang kami buat menjadi moment yang sangat indah buat pelajar-pelajar (Pengawas).Mendengar kata-kata pengawas tahun lepas, para pengawas tahun ni pun dari awal tahun lagi minta untuk buat rombongan ke Pulau pangkor ...Atas permintaan mereka, so esok kami akan bertolak ke Pulau Pangkor dan aku merancang untuk buat aktiviti yang sama seperti tahun lepas. Sebagai cikgu tentunya aku nak para pelajar yang mengikuti aktiviti yang telah diatur itu akan mendapat manfaat dan ianya mampu menjadi kenangan indah buat mereka.
Ke mana pun kita pergi dan apa jua aktiviti yang kita laksanakan, keseronokan yang bakal diperolehi adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Kegembiraan dan keseronokan mampu dicipta dan tercipta di mana-mana jua asalkan hati setiap dari kita gembira!
Aku tulis cerita ini dalam blog aku kerana aku rasa aktiviti seseorang pendidik dengan anak-anak didiknya adalah sesuatu yang sangat signifikan!Beberapa keping gambar last year (batch 2010)
Sorry la, dah memang cikgu suka bergambar mengalahkan pelajar..sampat lagi beri arahan pada jurugambar.....! |
Aktiviti selam menyelam! Cikgu jadi pemerhati saja.... |
Atas Feri! |
Geng-geng pengiring! |
Yang mana satu cikgu ni?..... |
Mengikuti dan menjalani aktiviti bersama pelajar adalah sebahagian dari tugas pendidik. Mendidik tidak hanya terhad di dalam bilik darjah sahaja. Dan sebenarnya, warna-warna perjalanan kehidupan sebagai pendidik adalah sebahagian besarnya datang dari anak-anak muridnya.... iaitu Pelajar! For all my ex-student, all the best for your furute undertaking!
No comments:
Post a Comment