Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday, 7 June 2011

Sesaknya Atmosfera Kehidupan Kini....

Di musim cuti sekolah begini memang lah seseorang yang bergelar cikgu, termasuk aku dapat memanjakan diri dengan berehat, "melarikan" diri sekejap dengan tugas mengajar mahupun mendidik. Disebab kan cuti-cuti penggal yang ada ini lah telah menyebabkan terciptanya tanggapan bahawa betapa senang dan "releks"nya bergelar guru....Emmmmmm malas lah aku nak mengulas tentang tanggapan tersebut...biar lah orang nak kata apa, sebab yang berkata itu tidak menanggung apa yang kami, cikgu-cikgu ni tanggung....Setiap orang ada tanggung jawab dan beban kerja masing-masing, so sendiri mahu ingat la.....!
Selain dari meluangkan masa dengan keluarga, aktiviti yang harus dan wajib aku lakukan saban hari tentunya membaca surat khabar, kadang-kadang sampai 5 akhbar aku beli sehari.....macam-macam kisah ada...dari berita ke artikel.....ada suka, duka, sedih, resah, sadis, ngeri dan macam-macam.........Dari cerita-cerita hiburan sampai lah ke cerita politik..........Cerita-cerita ni sebenarnya mampu mencipta emosi yang pelbagai dalam diri, Bukan emosional tapi kadang-kadang empati dengan apa yang dibaca...itu saja!
Teringat kata seorang kawan aku "surat khabar ni, berita sukan dan keputusan nombor ekor je yang benar yang lain-lain tu tipu belaka"...hahahaha.....dangkal sungguh kenyataan tu, tapi tak apa lah tu persepsi dia, mungkin gurauan ataupun mungkin dia jenis manusia yang malas membaca. Tapi aku, kalau dulu aku suka baca cerita pasal hiburan dan sukan saja, sebab bagi aku dua berita ni saja yang tak menyesakkan fikiran, baca untuk pengetahuan dan "suka-suka"....namun dewasa ni, bila baca berita sukan, banyak juga lah yang mampu "mengutil" hati....sakit hati sungguh bila baca kisah rasuah dalam sukan, birokrasi yang wujud dalam persatuan sukan, kerenah atlit dan macam-macam lagi lah!...adoiiii......! Itu lah sebab kenapa Malaysia ni agak ketinggalan...Tengok Badminton! agar-agar lepas Dato Lee Chong Wei bersara, siapalah agaknya yang akan mengalas tanggung jawab ke peringkat antarabangsa..? emmmmm...kesian....program (oleh BAM)bersepah-sepah tapi bakal bintang tak kunjung tiba.......tetap malap, jangan kata menyinar, berkelip pun belum! Banyak lagi lah kalau aku nak tulis....!
Cerita hiburan?...emmmmmm jangan cerita la....bersepah gosip-gosip murahan yang dijaja kepada pembaca, dengan sikap artis yang tak berapa nak cerdik, nilai moral yang semakin merudum di kalangan mereka, filem-filem yang entah apa-apa, drama yang streotype dan pelbagai... 
Cerita-cerita politik plak mendominasi muka depan akhbar saban hari.......yang sangat menyedihkan tentang cerita politik ini adalah pertelingkahan sesama melayu....! Yang bertepuk tangan dan MUNGKIN MENANG di akhir cerita kelak adalah bangsa lain....sedihnya.....Apa lah yang akan jadi pada bangsa melayu suatu hari nanti.....Rasa takut plak nak menjangkakan masa depan...apa akan jadi dengan anak-anak dan cucu-cicit orang melayu nanti.....? Tengok sekarang pun, yang paling ramai di pusat serenti, anak melayu! mat rempit, mejoriti melayu, bohjan dan bohsia terdiri dari anak-anak muda berbangsa melayu, yang meragut di jalanan, melayu, malah ada yang jual diri dilorong-lorong gelap pun bangsa kita melayu!...Tapi yang dapat 8A+ dalam SPM, yang dapat tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara, tak ramai pulak anak melayu....! kenapa???????......Ini isu yang harus difikirkan oleh ahli-ahli politik melayu! Bukannya dok sibuk menunding jari Neraka tu milik siapa?...sibuk menuduh kelompok itu "kurang islam" dan kelompok ini saja yang boleh masuk syurga.......! Bukan kah Syurga dan Neraka itu keputusan Mutlak Allah kepada hambanya yang diberi hidayah!......itu lah masalahnya politikus melayu masa kini! yang lebih dan hebatnya diri sendiri dan kekurangan semuanya milik orang lain........
Selain itu...berita semasa yang sering dipapar, kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa, pembunuhan ngeri, rogol, penculikan, pembuangan bayi oleh manusia-manusia berhati iblis, kecurangan manusia (buta menilai apa itu cinta), kerosakan akhlak dan nilai moral anak-anak muda (malah ada juga orang-orang tua yang tak sedar diri) kerakusan nafsu yang tak bertepi, perubutan kuasa, peperangan dan bencana alam yang cukup trajis dan mampu meruntun jiwa serta segala macam cerita yang menterjemahkan bahawa atmosfera kehidupan masa kini yang cukup mencengkam! Maka benar lah....... "Kehancuran bumi ini  adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri"......

2 comments:

  1. mungkin ada yang membaca tapi belum ada yang sudi untuk berkongsi pandangan.:-(

    ReplyDelete