"Aku pun tak nak ketinggalan membicarakan tentang "kehangatan" Filem Tempatan (Melayu) sejak akhir-akhir ini....Sejak Filem KL GANGSTER meraih kutipan 11 juta ringgit! maka berkubur lah rekod yang dipegang oleh Filem Kongsi! Mencetus suatu Fenomena yang membolehkan penggiat Filem tempatan bernafas lega ......Wujudnya suatu persaingan yang sihat dalam industri perfileman tanahair...."
Sejak akhir-akhir ini banyak juga Filem Melayu yang berjaya mencapai kutipan "box-office" di Pawagam. Filem-filem tersebut telah berjaya menawan hati penonton yang rata-rata terdiri dari orang melayu. Beberapa filem yang mendapat kutipan jutaan ringgit Legenda Budak Setan, Nur Kasih The Movie, Hikayat Merong Mahawangsa, Kongsi dan terbaru KL Gangster!(ada beberapa filem lagi yang box-office). Tak pernah terfikir filem melayu boleh membuat kutipan sebanyak 11 juta! wowww! KL Gengster membuat sejarah itu! Sebagai peminat dan pemerhati filem melayu, aku sangat bangga dengan pencapaian yang diraih itu. Sebelum ni banyak sangat statement yang menyatakan "buat rugi je bayar tiket untuk menonton filem melayu, bosan!" Kenyataan itu sebenarnya tak boleh disangkal 100% kerana ada juga kebenarannya. Terdapat beberapa filem melayu yang telah ditayangkan di pawagam sebenarnya hanya layak untuk siaran drama TV saja. malah ada drama-drama di slot Cerekarama TV3 mahupun drama kat Astro lebih baik dari Filem-filem tu..Maka nya, betul la satu kerugian untuk penonton meluangkan masa datang ke pawagam, membeli tiket untuk menonton filem yang membosankan! Aku sendiri pernah beberapa kali tertidur dalam panggung gara-gara dibuai oleh cerita melayu yang meleret-leret, pengolahan jalan cerita yang lemah dengan pelakon yang suam-suam ku dari segi bakat dan mutu lakonan. (tak perlu sebut judul filem-filem) dan ternyata filem-filem yang berjaya "menidurkan" aku itu gagal di pasaran! Orang macam aku ni bukannya ada ilmu tentang perfileman, tapi sekurang-kurangnya aku ada citarasa. Tentunya kita dapat menilai secara 'common sense" sama ada sesuatu filem itu best ataupun tidak, menghiburkan atau membosankan! kadang-kadang tajuk filem itu sendiri tidak mengundang keinginan untuk kita menonton pun ada juga...(faktor kecil) (sekadar menyebut beberapa judul filem) Pulau Asmara, Selamat Pagi Cinta, Cun dan terbaru Toyol Nakal tidak menyerlahkan kreativiti pembikin filem itu untuk mengajak penonton ke pawagam.
Beberapa filem yang aku telah tonton dan hati aku kata "Bestnya Filem Ni !" ternyata selera aku sama dengan selera mejoriti mengemar filem melayu dan filem-filem tersebut memang berjaya di pawagam.
LEGENDA BUDAK SETAN
|
Aku memang sukakan novel "Legenda Budak Setan"ni masa kat universiti dulu lagi. Pengolahan jalan cerita yang sangat menarik dengan watak yang begitu hidup dalam bayangan mereka yang membaca novel ini. Bila ianya diterjemahkan dalam bentuk visual (Filem) ternyata ianya tidak mengecewakan. Setiap pelakon mampu menghidupkan dan mewarnakan watak masing-masing dengan berkesan. 'Soundtrack" lagu bila cinta mampu memberikan mood sayu kepada penonton sangat menjadi, sesuai dan berkesan. Penceritaan yang tidak meleret menjadikan penonton tertunggu-tunggu apa akan terjadi seterusnya.....Paling berjaya, kerana penonton masih tertunggu-tunggu "klimaks" filem ini walaupun ramai penonton yang sudah menemuinya dalam novel!
NUR KASIH THE MOVIE |
|
Sesiapa saja yang ingin melayan rasa sedih dan ingin menyelami bagaimana rasa resah kerana cinta pasti menemuinya bila menonton filem ini. Impak drama Nur Kasih di kaca TV (Rating penonton tertinggi) membantu filem ini berjaya dipawagam. Kisah yang telah dipaparkan di kaca TV dipadatkan ke Filem dengan beberapa watak penting telah ditiadakan. Pun begitu, setiap pelakon berjaya menjiwai watak masing-masing .Sebagai peminat filem melayu aku tetap rasa berbaloi menonton filem ini walaupun lebih "terasa" mengikutinya dalam drama TV. Selain itu panorama filem ini sangat cantik! |
|
|
KONGSI
|
Nothing much can say tentang Filem ini. Menghiburkan! Shahezy Sam, nama besar (Bintang Paling popular 2010) dalam Industri perfileman ketika ini, beliau mampu memanipulasikan bakat dan kemahiran berlakon yang beliau ada telah menjadikan filem ini sangat seronok ditonton. Pemilihan beliau sebagai "nyawa" kepada filem ini sangat tepat. "Tak tau lah filem ni jadi apa kalau ditangani oleh pelakon lain, nak pulak kalau pelakon kurang poular....tentu sendu!" |
KL GANGSTER
|
Durasi dan persembahan filem ini tidak sempat memberikan rasa bosan walaupun sesaat ketika aku menonton filem ini. Filem ini bergerak dengan pantas untuk setiap plot dan adegan yang dipertontonkan. Rasa suka, benci, kesian dan penuh debar hadir sepanjang menonton filem ini.Kalau dari aspek kualiti seni, aku dah berapa pasti, tapi dari sudut komersial dan "rasa" memang filem ini layak untuk ditonton ramai dan mendapat kutipan belasan juta ringgit! Pengarah filem ni (shamsul Yusoff) telah berjaya membuktikan bahawa tanpa pelakon perempuan yang hebat, seksi atau daring filem ini mampu dijual dengan jaya nya....dan benarlah kata-katanya " perkara yang biasa-biasa saja boleh dijadikan Luar Biasa bila kena caranya!" Syabas anak muda! anak MELAYU! -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas ini, aku sebagai pencinta dan peminat filem melayu ,sangat berharap untuk menonton filem-filem yang bermutu dan menepati citarasa. Setiap pembikin filem mestilah berusaha keras menganalisa selesa penonton (walaupun berbentuk bermusim) kerana setiap sen yang dikeluarkan oleh penonton untuk menonton sesebuah filem itu terbayar dengan rasa puas dan filem itu melekat dalam ingatan dalam tempoh yang agak panjang....Jika Filem gagal di pawagam, jangan sesekali salahkan penonton kononnya tidak memberikan sokongan kepada filem tempatan kerana penonton kini (orang-orang kita) sudah bijak menilai. walaupun tiada ilmu formal tentang filem tetapi kami tetap ada rasa dan tahu mana yang sepatutnya kami tonton agar ianya berbaloi dengan nilai wang yang kami laburkan!
HIDUP FILEM MELAYU!!!!! |
No comments:
Post a Comment