Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday 14 June 2011

Benarkah kekalahan itu terlalu menyakitkan?.....

"kalah-menang adat pertandingan"...Itu lah ungkapan keramat yang selalu kita dengar bila berakhirnya satu-satu pertandingan, tak kira lah pertandingan sukan, nyanyian atau apapun...Bagi mereka yang menungkapkan ungkapan tersebut dapat lah kita kata kan bahawa mereka itu terdiri dari orang-orang yang rasional, dapat menerima kekalahan dengan hati yang terbuka....! walaupun parah hati mereka berdepan dengan kekalahan itu, hanya Tuhan saja yang tahu. Sampai hari ini, akhbar-akhbar masih menyiarkan lagi tentang kekalahan kelantan di tangan Trengganu dalam merebut Piala FA.....Bertapa gembira rakyat Trengganu kerana mampu menjulang piala FA untuk edisi kali ini...atau mungkin mereka lebih gembira kerana mampu menumbangkan pasukan kelantan yang terkenal dengan para penyokong yang sangat fanatik, masa kan tidak, hampir 70% ruang tempat duduk di Stadium Bukit Jalil dipenuhi oleh para penyokong kelantan, membentuk "lautan merah"...!
'Takdir penentu segalanya"....30 saat yang menyakitkan!....dengan sedikit kesilapan dan mungkin "over confident" telah menghumban pasukan kelantan kepada kekalahan yang menjadi bualan seantero Malaya!...Selain media elektronik dan media cetak yang melaporkan tentang perlawanan yang sengit dan menghiburkan itu,gegak gumpita juga berlaku di kedai-kedai kopi sekali gus bertebaranlah "spekulasi buatan sendiri" membicarakan tentang punca dan sebab kekalahan...! "alaaa, keputusan perlawanan tu dah di atur", "team kelantan saja je bagi Trengganu menang sebagai hadiah kepada Agong sempena Keputeraan baginda", "Daudsu kena sogok" "Mat Yo tak main betul-betul sebab lawan negeri asal dia"...dan macam-macam lagi spekulasi yang memualkan.! Mereka yang dok "menyalak" tu sapa? orang penting dalam team atau orang penting dalam FAM?...Jawapannya mereka bukan sapa-sapa pun, mereka hanya lah pemerhati atau penonton (tak pergi stadium pun.....) yang kononnya tahu banyak perkara padahal tak tahu apa-apa pun. Dengan spekulasi dan "cerita-cerita kedai kopi" itu lah sebenar-benarnya yang menjadikan kekalahan yang ditempuh  terlalu menyakitkan. Kekalahan sebenarnya "tiada apa-apa", malah ianya menjadi lebih bermakna kalau kekalahan itu dijadikan kayu pengukur untuk melihat, mengkaji dan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...Cuba empati kepada para pemain yang telah bermati-matian semasa di atas padang, bila kalah, mereka senang-senang dipersalahkan dan dengan "kejam' menuduh mereka dengan tuduhan yang bukan-bukan.
Sebenarnya banyak kisah-kisah bagaimana seseorang individu atau sesebuah pasukan mampu menjadi lebih baik malah lebih maju setelah bangkit dari kekalahan atau kegagalan. kegagalan itu dijadikan pengajaran yang berguna untuk menempuh hari-hati muka yang tentunya lebih mencabar. Kepada para penyokong (terutamanya penyokong Negeri ku tercinta-Kelate. The Red Warrior)...sokongan kita semua sangat diperlukan! Teruskan menyokong dan terjemahkan sokongan padu itu dengan cara yang lebih bijak. Mari lah kita sama-sama menjadi penyokong setia yang realistik dan terbuka....Meraikan kemenangan dan menerima kekalahan dengan hati yang terbuka selain itu bertindak bijak lah bila kita menonton secara terus (datang ke Stadium).....jangan kita bertindak seolah-olah mengia kan gelaran-gelaran negatif yang sering dilemparkan pada kita..... Lepas ni kalau nak bakar mercun pun biarlah untuk meraikan kejayaan, bukan orang tengah dok berlari mengejar bola kita sibuk pasang mercun dan baling ke tengah padang!...Ish-ish....
Sekiranya kita berfikir dan bertindak positif, maka apa jua keputusan yang terhasil itu kita terima dengan redha dan Kekalahan kita terima sebelumnya bukan lah sesuatu yang terlalu menyakitkan! Percaya lah...........!
Jangan kata untuk Peringkat Nasional, main bola diperingkat kecil-kecilan pun kita berusaha keras untuk menang! kalau kalah juga, tak kisah la...bukan  pengakhiran sesuatu cerita dan bukan juga "pembunuh" kepada semangat yang tertanam dijiwa!

1 comment:

  1. Cikgu Man,

    Apa pun, Kelantan selangkah untuk menjuartai Liga kali ini. Kesilapan pada perlawanan terakhir boleh memusnahkan harapan menggunung..

    Skuad Kijang perlu belajar daripada kesilapan...

    ReplyDelete