Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Sunday, 3 July 2011

Mewarnakan kerja aku dengan kenangan

Askum semua...dah beberapa hari aku tak update blog ni...bukan tak ada idea atau segaja tak nak menulis tapi masa sangat tidak mengizinkan. Terlalu banyak komitmen yang perlu di lunaskan. Komitmen kerja dan juga keluarga. 

Ni pun just nak share cerita ringan tentang aktiviti yang aku buat kat sekolah aku. Pertandingan "Sementa Idol"...(hahahaha...jangan ingat Amerika je ada Idol!)... Program ini aku buat saban tahun under my Club Seni Budaya Sekolah. lagi pun ni aktiviti yang paling mendapat sambutan di kalangan pelajar. Jangan salahkan mereka...memang lumrah pelajar suka buat aktiviti yang enjoy dan release their tension. Kalau tak silap ni dah masuk tahun ke 5 aku buat program ni..... Walaupun ianya satu program dalaman dan kecil-kecilan tapi aku bangga sebab dari A sampai Z aku yang buat (one man show). dari aspek cari sponsor, beli hadiah, balut hadiah, cari peserta dan pelbagai lagi aku run sesorang. Pun begitu aku gembira cz ada gak kawan-kawan aku yang sudi bersama-sama membantu aku apa yang atut. Here aku nak give credit kat my sahabat seperti Cikgu Mas Ayu, cikgu Ariffudin, cikgu Fadil dan cikgu Nua yang selalu support benda-benda yang aku buat. Apa pun, paling penting, aktiviti yang aku buat "happening" dan berjalan lancar! All my students (pelajar2 Sementa- esp: pelajar Asrama) enjoy it! Special Thanks to My Wife (Puan Intan Diana) yang sangat sporting, sangat memahami kesibukan aku dan tak kisah pun aku balik agak lewat dan terlalu kerap kat sekolah dari pagi hingga malam....
Semalam 2 Julai 2011. Pagi tu ada program "Larian 1 Murid 1 sukan". Tamat jam 12.00 Tgh. 
Bermula jam 2.30 petang aku dibantu dengan barisan pengawas aku, kami buat acara saringan untuk mencari 10 peserta terbaik bagi Final Sementa Idol. Hampir 40 orang pelajar yang masuk untuk acara saringan ni.....emmmmm macam-macam ragam. pening la juri...bukan pening sebab susah nak pilih yang layak tapi pening melayan 40 suara yang ada ok dan ada yang ko! silap hari bulan boleh menanah telinga!....(yang penting mereka yakin dan berani mencuba walaupun menyanyi ala-ala sendu...)  Bayangkan pukul 6.00 ptg pun belum habis-habis lagi... (Time makan kat Asrama Jam 6. 15)....Apa pun tepat jam 6.20 kami dah dapat 10 peserta yang layak untuk bertanding di Final malam nanti...lega! Terima kasih sekali lagi kat cikgu Mas dan my student Zunika, Mizi dan Farhan!
Mengikut perancangan, acara final bermula jam 9.15 malam.....semua dah ready tiba-tiba TV untuk skrin karaoke tak berfungsi lak...wayar putus!...alamakkk! apa lagi kelam kabut la pulak crew2  (Pengawas) aku membetulkan! emmmmm nasib baik ok...kalau tidak alamat menasyid la beramai-ramai dalam dewan....Apa pun Sementa Idol Tahun ni berjalan dengan lancar dan penuh santai....Aku puas hati! Pada aku, dalam bilik darjah aku guru Matematik yang agak tegas tapi  di luar bilik darjah aku sangat senang dan gembira melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengembirakan....ianya untuk pelajar tapi sekurang-kurangnya ia nya  kenangan juga untuk aku!

Gambar Sekitar Acara "Sementa Idol"2011.

Bergambar bersama Para Penari juga cikgu mas Ayu dan my ex student yang datang (terus kena jadi Juri) Saudara Hidayat (paling kiri) . Bekas penyanyi band sekolah masa batch dia dulu.

Gambar ni dirakam selepas Tamat Acara!

ACARA PEMBUKAAN- Tarian "asmaradana" yang memberi impak dan mengamatkan suasana Dewan Sementa Gemilang! Students memang suka la bab-bab tari menari ni!

salah seorang peserta AQil - Lagu Lamunan terhenti! Biasa la peserta pertama terus mendapat sorakan dan tepukan gemuruh penyokong! (yang menyokong tu budak-bidak kelas dia la!)

Helmy- Suara Best tapi "malu-malu kucing!" kalau kat dalam kelas tak ada la malu pulak...Masa acara saringan sibuk cari lagu dangdut nak dinyanyikan...last-last tetap nyanyi lagu Jiwang!

Afiqah- Terlebih penghayatan! Dengan Lagu :Kekal-Ziana Zain!

Acara Selingan (selepas 5 peserta)... Anak Dikir Sementa" memang mantap dan menghiburkan. Thanks Cikgu Fadil sebagai guru penasihat merangkap jurulatih...dan jurulEtih!

Meletup Tukang Karut! Siap pakai Spek Hitam!....

Salah seorang peserta lagi- Selepas acara Selingan - Zarif Naim!

Kelakar .......penonton datang tengok konsert (Sementa Idol) berbaju melayu! hahahaha.... Biasa la dari surau terus ke Dewan! Yang penting sporting!

Penonton yang kusyuk menghayati lagu dan menyokong rakan-rakan yang mengambil bahagian!

Permulaan persembahan best je...tapi bila last-last semput pilak si Arif ni...Memilih untuk nyanyi lagi Cinta Kristal!

Barisan Juri : Hidayat (X-Student), Puan V, Zunika (Juara Sementa Idol Last Year-Form5 student), Ema (x-Student) dan Cikgu Mas Ayu.

Zunika dan Puan V ( Isteri Cikgu Ariffudin)

Sementara menunggu keputusan - Persembahan dari Juara Sementa Idol Tahun lepas Zunika Marliana Ibrahim- Lagu Cobalah Untuk Setia! memang layak jadi juara dan jadi juri for this year! She really talented!

Hahahahha....ini lah "kepala nya" Pengarah Program "Sementa Idol" merangkap pengacara,juruteknik, macai dan semua kerja yang barkaitan dengan Sementa Idol ni....

Cikgu Anuar (Ketua Warden) menyampaikan hadiah pada malam tu! Zunika menerima hadiah sebagai penghargaan untuk Team Tarian Pembukaan!

Hadiah saguhati!

Tetap tersenyum puas si Aqil ni walaupun tak menang!

Ini Dia: Naib Juara Sementa Idol" Izzad Idzmir yang popular dengan nama Sam! Dia memang berbakat, last year masa Form 4 dia mendapat temat ke-3. Dalam Kelas pun dia memang Good Student!

Juara Sementa Idol Tahun ni telah di sandang oleh Pelajar Tingkatan 4 : Nur Amira Kassim- lagu "apa guna berjanji". Memang gamat dewan masa beliau  menyanyi!

Cikgu Mas Ayu memerima hadiah penghargaan sebagai Ketua Juri...Mas...Thanks alot! Sahabat aku yang sangat berkomitmen dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan di Sekolah. beliau adalah Kaunselor Sementa.
APA YANG AKU LAKUKAN INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI CARA UNTUK MENCORAK DAN MEWARNAKAN KEHIDUPAN AKU SEBAGAI PENDIDIK( agar ianya tidak membosankan) IA NYA MEMBERIKAN KEPUASAN DAN JUGA MENCIPTA KENANGAN.

No comments:

Post a Comment