SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday, 19 July 2011

Bila Bapa Yang Jaga Anak-Anak!.....


Dalam penat dan lesu pun masih nak menaip blog...hehehehe....ok la, blog lah tempat yang sangat sesuai untuk meluahkan apa saja...boleh kongsi...orang nak baca ke tak nak, itu beyond our control.!
Semalam balik dari sekolah, baring-baring depan TV sementara nak datang semula pukul 4.00 untuk program prep terancang di Asrama (minggu ni aku yang bertugas)….
Anak-anak pulak sibuk dok beri pesanan…”papa pukul berapa nak ke sekolah? Papa jangan lambat2 tau, kita orang tunggu papa nak gi main game kat the store ya..kan papa dah janji…” emmmmm aku mengangguk saja dengan jawapan ringkas emmmm ok-ok…
Lepas je program tu, aku singgah kedai jap mengeteh ngan member2…emmm dah jangka dah telefon berdering2 mintak balik, cz mereka (anak2) tak sabar-sabar dah nak gi main game kat kedai Mini Funfair yang ada kat bentong ni….
Terpaksa la minum cepat2…
Sampai je depan rumah, mereka berdua dah tunggu depan pintu pagar……so bawak la gi main game tu…semua pemainan yang ada kat kedai tu nak dicuba! Nasib baik 1 token cuma 50 sen…apapun habis la jugak dalam 16 hinggit!......

Balik-balik rumah dah nak maghrib…. Suruh mandi dan bersiap-siap cz around kul 8.30 nak bawa makan malam plak…..

Masa kat kedai makan, siap order teh ais segelas seorang…tak nak share… "kita orang suka the ais papa…".emmmm tu la, walaupun batuk tak sembuh-sembuh dah hampir seminggu, ais tetap menjadi pujaan dan febret mereka! Entah la…..

malam ni papa nak adi dan ain mesti tidur awal”..abg adi esok nak ke sekolah…. Papa nak hantar awal pagi so mesti tidur awal….tidur depan TV dulu, nanti papa kejut kan ok, papa nak siakan kerja sikit kat atas…"…itu ingatan aku kat mereka….

Selang beberapa ketika… bibik menjerit…. "adiiiiiii….nape kencing kat sini…"..aku bergegas turun, tengok putera sulong aku tengah berdiri dan kencing depan pintu utama (sliding door) dengan mata pejam…emmmmm mengigau la plak ! bengang betul aku !!!!!!!.......

Marah betul aku…… lepas pakaikan pampers untuk tidur, aku marah-marah la sikit…..bagi nasihat…masa tu adi nampak sedih jee (mata berair)…. Ain cam biasa la, buat-buat tidur…..

Mungkin terkesan dengan kata-kata aku, badan adi panas…demam tiba-tiba..sama ada sebab kemarahan aku atau sebab melantak teh ais segelas besar…adusssss…..cian plak… terpaksa la aku tuamkan dengan tuala basah….

Pun begitu, tidur mereka berdua lena la sampai ke pagi….affan pulak terpaksa aku suruh tidur je ngan bibik (nasib baik tak buat hal…tidur nyenyak sampai pagi..)

Pagi ni agak terlewat bangun…..lepas bersiap-siap, aku kejut la anak-anak .…. Ain sedar dan cakap… "papa, tengok…abang adi kencing lagi… ! pampers bocor ! "alahai……kencing lagi anak aku ni……tak tau nak cakap apa dah….ok la..pi turun bawah, nanti cakap kat bibik ya…papa dah lewat ni…abg adi, papa bagi cuti lagi hari ni…tak yah pi sekolah…rehat ! "……

Emmmmmm….kelam kabut ! begitu lah jaga anak-anak bila isteri kena outstation !....tema nya: “pening-Pening!”

3 comments:

  1. good job cikguu..
    hehehe
    anak cikgu yg first sebiji muka alif :)

    ReplyDelete
  2. Sya....thanks cz sudi baca blog cikgu...nowadays cikgu just tulis kisah-kisah ringan saja....bila menulis tu rasa release je....keep on support my blog ya....once again...thanks....

    ReplyDelete
  3. ye cikgu no hallah.

    kalau rajin singgah belog sy

    http://gadiscactuz.blogspot.com

    ReplyDelete