Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Saturday 30 July 2011

Coretan Biasa Untuk Tatapan.

Seminggu berada di KL, terlibat dengan program membaca buku teks/Final Readers (untuk kegunaan tahun depan) kat Grand Continental tidak mengizinkan aku untuk membuat catatan di Blog aku ni....
Seminggu meninggalkan aktiviti rutin di sekolah dan juga rutin di rumah...emmmm...tak tau nak jelaskan dengan tulisan....apapun dah tugas, apa nak kata!
Apapun, terpilih sebagai Final Readers oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia mungkin suatu kreadit yang baik juga kepada kerjaya aku.
Bukan calang-calang cikgu (hehehehe...)
Syukur juga sebab team kami (5 orang) semuanya sporting dan sangat senang untuk berkerja dalam satu pasukan. walaupun berpinar jugak bijik mata meneliti setiap patah perkataan di setiap muka surat, namun kami berlima mampu melunaskan tanggung jawab itu sehari sebelum due date!
Walaupun padat dengan tugas, sempat juga aku bersama-sama warga kuala Lumpur menyaksikan perlawanan Bola Sepak penuh emosi antara pasukan Harimau Malaya menentang Singapura tempoh hari di Dataran Merdeka! Bola punya pasal, aktiviti pada malam tersebut di tunda oleh pegawai-pegawai bahagian Buku teks! Memang sporting betul mereka! Thanks alot!....
Bekerja dengan orang-orang yang komited memang terbukti sangat mengujakan dan hasil pun sangat memuaskan. Sebab itu lah kita pun mestilah sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi orang yang komited dengan tugas dan tanggung jawab yang diberikan. Bila sesuatu tugas diberikan dan kita diminta bekerja dalam satu pasukan, kita seharusnya berusaha agar kita bukan "beban" kepada pasukan itu! malah kita kena berjuang dan berusaha agar kita mampu menjadi "aset" dan mereka yang pernah bekerja dengan kita akan sentiasa berlapang dada untuk berkerjasama lagi pada masa yang akan datang.
Rasanya sampai sini dulu coretan untuk malam ni....lusa dah puasa. nanti kita bercerita pasal puasa pulak ok. Kepada yang membaca coretan ini...Thanks...Selamat menjalani ibadat puasa...Manfaatkan hari-hari di bulan Ramadhan yang penuh barakah dengan amalan-amalan yang mampu menyucikan hati dan mendapat keberkatan dari Allah.
Jumpa lagi.:-)

No comments:

Post a Comment