Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday, 15 July 2011

Kawan?.....dimana..dimulut? dimata? atau dihati?

Assalamualaikum...
Beberapa hari dah aku tak menulis...memang benar lah kata orang, kalau nak menulis ni nak kena berada dalam keadaan yang tenang agar idea yang ada dalam kepala tu dapat diterjemahkan dengan baik dan kreatif. Penulisan tu akan nampak "cantik" dan sesiapa yang membacanya akan rasa "best" dan mungkin ia nya "membina" dalam asek-aspek tertentu..
Hari ni aku nak tulis tentang isu berkawan...."berkawan biar beribu, berkasih biar satu"...kata pujangga yang sering kita dengar.
Walapun berkawan biar  beribu, sebagai individu yang matang, kawan juga harus dipilih dan dinilai dengan teliti agar kita tak tersalah membuat pilihan. Banyak cerita yang kita dengar, ramai yang "rosak" akibat tersalah pilih kawan. Dalam kehidupan seharian yang aku tempuh ni pun, aku dapat saksikan bagaimana seseorang itu menjerumuskan dirinya dalam masalah dan kekusutan akibat tersalah pilih kawan. Mungkin di mata dia orang yang dijadikan kawan tu cukup baik dan sempurna untuk dijadikan teman bicara mahupun sahabat tanpa menyedari bahawa kawan yang dipilih itu mampu mengheret dia bersama dalam kekusutan dan kekalutan hidup yang memungkinkan dia berada dalam keadaan yang tidak selesa!
Mana ada orang dalam dunia ni merasakan dirinya berada di pihak yang salah! dan sukar juga mencari orang yang berani mengaku bahawa dia tidak bijak membuat pilihan ataupun pilihan yang dibuat itu tidak tepat...Mulut manis dan lidah tidak bertulang mampu menyakinkan yang salah menjadi betul dan palsu kepada benar!.... dan lumrah manusia dan kehidupan itu sendiri yang sentiasa "mendesak" agar masing-masing mencari pengaruh dan menangih kepercayaan orang lain......kisah-kisah begini tiada berkesudahan selain menyebabkan suhu kehidupan sentiasa meningkat.....sengketa tercetus dalam hati yang tentu sekali menyukarkan damai datang bertandang dalam diri masing-masing!
Paling pasti, tidak sukar mencari kawan, teman mahupun kenalan....bukan setakat beribu malah berpuluh ribu pun mungkin! Tapi untuk mendapatkan sahabat yang memahami hati budi, sarat dengan kepercayaan dan kasih sayang adalah sesuatu yang amat sukar.....jangan kata beribu, dapat satu pun dah kira bertuah!
Bila kita dah bertemu dengan sesiapa yang memang boleh kita jadikan sahabat, peliharalah persahabatan itu kerana sahabat adalah sebahagian dari "harta" yang kita ada dan perlu kita simpan hingga ke hujung nyawa! Sesungguhnya kita dan sahabat adalah saling melengkapi dalam apa jua kemungkinan yang ada dalam menempuh hari-hari mendatang.
Sekadar buat renungan!......With Luv!

2 comments:

  1. salam. saya jumpa blog ni dari fb. ok, pasal penambaikan tu eh..
    1. header tu kasi besar sikit. ukuran biasa 1000px x 300px. (ikut org jugak)
    2. pasal bahasa tu. kadang2 kita boleh tulis secara formal. tapi lagi elok guna bahasa pasar. rasanya macam tu baru alive blog kita. baru orang rasa kita tengah berborak dgn dorang.
    3. kalau boleh jgn ada benda2 terbang kat belakang entri tu. agak mengacau pembacaan.. bagi aku la.
    tu je setakat yg aku mampu bagi. hope tak terasa hati. selamat berbloging. ;)

    ReplyDelete
  2. lg 1, kalau boleh remove word verification kat bhgn komen. ada segelintir blogger yang tak berapa suka. sekian, harap saudara x marah dgn komen2 ni.

    ReplyDelete