Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday 5 July 2011

Yang Kalut Di Fikiran!

Dalam minggu ni tak ada apa yang menarik untuk aku update story dalam blog aku ni....apa lagi yang aku boleh tulis dan harus tulis....? kalau dalam status FB tu boleh la update cerita-cerita semasa yang berlaku di mana sumbernya boleh aku dapatkan dari akhbar-akhbar atau yang aku dengar kat radio dan tengok kat TV. Apapun beberapa hari lepas ada la juga bagi komen kat FB, pendapat aku tentang perhimpunan "bersih" yang diharamkan tu....memandangkan komen aku tu berbau pro-kerajaan maka ramai juga lah memilih untuk berbahas dengan aku kat status tu.....! (keluar habis ayat2 al-quran/hadis mahupun istilah-istilah arab!-dari mereka la....hahahaha)
Bermakna kah keindahan bunga Ros dalam situasi begini?
Hal-hal politik ni kalau dilayan boleh mengundang "emosi" marah dan geram juga! so before ianya menjadi lebih kalut baik aku stop kan saja...lantak la...bak kata kawan aku, "tak perlu lagi nak menulis tentang pendapat peribadi kita terhadap perhimpunan bersih itu kerana ianya tidak mampu untuk mengubah apa-apa pun terutamanya sikap mahupun persepsi individu lain tentang nya".....SO....aku akur bahawa setiap orang ada pendapat dan pendirian tersendiri yang sukar digugat sama sekali!
Begitu lah manusia.....kalau boleh nak orang lain mengikut dan akur saja dengan pendapat nya...kalau pendapat yang kita katakan itu melencong dari landasan pemikiran mereka, maka dengan jelas ianya di anggap salah! 
Sebenarnya, menangani sikap manusia lain yang berada di sekeliling kita adalah antara cabaran terbesar dalam kehidupan kita ni... Macam-macam! Ada yang suka marah-marah, ada yang pandai bercakap tapi kerja "sendu" semacam, ada yang suka menunjuk pandai dan hebat malah lebih menyakitkan, ada yang suka bermuka-muka! Bagaimana rasanya kalau kita dikelilingi manusia-mausia begitu dalam kehidupan seharian kita....? (masing-masing tentu ada cara tersendiri menghadapi dan menanganinya...)
Aku ni jenis yang "vokal". Setiap kali ada sesuatu perkara yang bersarang di hati "i choose to speak out"! tu yang kadang-kadang ada orang sekeliling tak berapa nak suka...tapi kalau di tempat kerja aku, rasanya ramai yang dah faham kot... (tetap ada yang tak suka! mungkin disebabkan isu-isu lain...hahahaha...adat la! aku pun bukannya suka dan menyenangi semua orang!)
Setiap orang berusaha keras untuk mencari bahagia dalam hidup...namun dalam mencari bahagia tu tentunya ada halangan dan rintangan yang harus ditempuh. Itulah lumrah kehidupan...Ada kalanya kita terpaksa berlakon untuk menyerlahkan bahagia yang sebenarnya dilingkari rasa resah! Resah itu juga banyak disumbangkan oleh persekitaran yang "beyond our control"! So..... what to say?
Boleh tak kita nak menghalang manusia yang sangat suka bercakap besar dan selalu menyatakan dirinya yang terbaik? Mampu kah kita untuk menghalang individu yang suka mengambil kesempatan demi kesenangan diri nya sendiri? Tahan kah kita untuk berbicara dengan mereka yang berwajah masam mencuka serta suara yang boleh "memecahkan gegendang telinga" serta langsung tiada budi bicara? dan layakkah kita untuk memberi teguran kepada sesorang yang selalu merasakan dirinya saja yang benar?....bagaimana ya? Kadang-kadang kita rasa senang sekali untuk membiarkan mereka dengan dunia mereka dan kita dengan dunia kita, tapi kalau apa yang berlaku itu terpandang dan terasa dek pancaindera kita, bagaimana untuk kita menahan hati dari untuk tidak terasa....paling kurang, rasa menyampah!
"Nobody perfect'! itu ungkapan yang biasa kita dengar kan? tapi ada juga dalam realiti kehidupan ini yang seolah-olah ianya dinafikan oleh orang-orang tertentu, walaupun orang yang seolah-olah membuat penafian itu sendiri pun jauh sekali dari kesempurnaan! 
Aku menulis isu ini bukan lah untuk menunding jari menyatakan keresahan yang ada dan sesekali datang dalam diri ini adalah disebabkan oleh orang lain, tapi hanya ingin meluahkan rasa bahawa untuk bahagia dalam hidup seharian kadang-kadang dilintangi oleh kekalutan perangai dan tingkah laku orang lain juga....."rambut sama hitam tapi hati lain-lain"...sukar untuk mengukur suatu kejujuran! Mulut boleh berkata apa saja tapi hati.....? Sebab itu lah di akhirat kelak, mulut akan dikunci dari berkata-kata kerana yang banyak melontar dan menebarkan pembohongan dan kepalsuan semasa hayat yang ada ini adalah mulut manusia itu sendiri!
Mampukah Kita berdepan dengan kesesakan hidup yang sebegini?
Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa yang aku tulis ni.....ada benda yang aku nak katakan tapi rasanya tak kesampaian....aku jadi kaget untuk menzahirkannya dalam bentuk penulisan yang lebih jelas....Bimbang disalah ertikan dan mungkin mampu menuai benih kemarahan atau mungkin kebencian di hati mereka yang membaca dan menginterpretasikan nya pada kadar yang tidak tepat!.....Apapun Tabah kan hati masing-masing....Biarpun kekalutan yang ada itu mengganggu gugat keharmonian namun hidup perlu diteruskan!
Hidup itu kan perjuangan!.......


No comments:

Post a Comment