Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Saturday, 9 July 2011

Minggu ini Dalam Sejarah! The Red Warriors Yang Membanggakan dan Perkataan Bersih yang ternoda!

Penyokong  The Red Warriors yang sentiasa setia!
Dalam seminggu ni banyak juga perkara yang berlaku, sepatutnya boleh lah aku gunakan sebagai bahan untuk aku update my blog. Anyway, Tahniah kepada pasukan Bola sepak The Red Warriors yang aku sanjung (tentu sekali kerana pasukan Negeri Kebanggaan ku) yang telah berjaya menjuarai Liga Super…memang superb! Dengan Hadiah kemenangan setengah juta maka The Red Warriors akan lebih mantap dan meletup lagi lepas ni…memburu untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia pula!
Semasa Perlawanan Menentang Sabah! walaupun terpaksa menyeberangi  Laut China Selatan! Sokongan yang tidak pernah Pudar...........!
Memetik kata-kata wartawan sukan Berita Harian “Kelantan pencetus kebangkitkan bola sepak Negara” (Berita Harian hari ini 9 Julai 2011) …..Memang satu kenyataan yang sukar untuk disangkal…dengan penyokong yang selalu memenuhi stadium, sukar untuk kita lihat ianya pada pasukan yang lain (kecuali untuk perlawan peringkat “semi final dan Final sahaja).
Selain itu, fenomena menyokong pasukan Kebangsaan juga berlaku dengan begitu meriah! Malaysia Boleh!.....

Inilah 'actress" Paling popular minggu ini. Memainkan peranan dengan berkesan!
Selain dari sukan bola sepak, isu yang paling hangat dan sensasi beberapa minggu ni adalah tentang perhimpunan BERSIH! Disebabkan perhimpunan bersih yang akan diadakan Hari ini 
(9 julai 2011, Ahad) maka laman-laman sosial meriah dengan pertelingkahan pendapat dan pandangan! Membentangkan emosi yang pelbagai dengan kata-kata kesat yang sangat mengambarkan Demonstrasi Haram Bersih itu telah mencipta suatu Fenomena KOTOR yang mampu menjadikan ramai orang bertelagah dan masing-masing berani membuka pekung di dada! Tahniah Team Ambiga!..........memang menjadi lumrah manusia akan mudah tertarik dengan benda-benda yang “tidak sihat” kerana ianya mendapat bantuan multak dan bersungguh-sungguh dari iblis dan Syaitan! Malah ada dikalangan mereka yang berpendidikan agama (yang sangat tinggi dan hebat konon nya) sanggup menggunakan hadis dan ayat Al-Quran dalam menegakkan hujjah masing-masing bahawa Perhimpunan “BERSIH” dan Demontrasi jalanan itu sebagai suatu yang baik dan harus dilakukan…..emmmmmmm dan macam-macam lagi pendapat….(berpuluh ribu hujjah dari setiap orang….!) Rimassssssss……dan ramai yang berada dalam kekeliruan pada tahap “gaban”!
Yang pasti, Kuala Lumpur menghadapi kesesakan lalu lintas yang sangat dasyat (tidak sama dengan musim perayaan) kerana kesesakan kali ini banyak jalan-jalan ditutup dan setiap kenderaan akan melalui sekatan jalan raya yang ketat dan mengambil masa yang agak lama oleh pihak polis, maka “jem” tahap melampau lah Kuala Lumpur…(”kuala Lumpur….senyuman mu…..tidak berseri lagi beberapa minggu kebelakangan ini”……Memetik lirik lagu kumpulan Allycats). Adakah di antara kita yang suka dan gembira dengan situasi begitu? Tanyalah hati sendiri?
Selain dari laman-laman sosial, isu perhimunan ini juga berjaya memonopoli “Front Page" akhbar-akhbar arus perdana dan tentu sekali akhbar-akhbar dari pihak pembangkang !.....Saban hari dalam beberapa minggu ni! Meriah situasi  politik Malaysia!

Bila diri di kuasai emosi.....! Yang menghairankan, apakah agaknya yang diperolehi oleh orang yang sanggup "berjuang" sebegini rupa selain dari sedikit kepuasan diri yang tidak boleh dibawa ke mana-mana! yang lebihnya musibah yang mungkin mampu membawa kepada penyesalan sepanjang hayat!

Demi tugas dan cinta pada Negara! Pasukan FRU lah yang selalu mendapat tugas tambahan dan menggalas tanggung jawab yang besar! Nasib baik la hari ini Kuala Lumpur dilanda Hujan Lebat...! Kalau tidak demontrasi Jalanan ini lebih buruk...kata seorang penganalisa politik! emmmmm sangat benar!

"Mana tak lumpuh nya KL hari ini"!!!!!.....Dengan mejoriti orang Melayu yang menyertai perhimpunan haram "Bersih" ini, Apalah agaknya yang mereka mahu kan?...Sebesar mana kah ketidakpuasan hati yang masih bersarang dihati mereka? persoalannya, apa yang mereka tak puas hati..? atau mungkin mereka sendiri pun sebenarnya tidak tahu apa-apa...mereka sendiri pun mungkin tidak tahu mengapa mereka harus "menggila" dijalanan itu???? Mereka tentu sekali tidak tahu mereka telah diperalatkan!
Memandang setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing tentu isu itu (masing2 merasakan diri masing-masing berada dipihak yang benar) maka tak guna lah aku nak mengulas lanjut dalam penulisan aku ini…..apa yang aku catatkan itu sebagai menyatakan tentang isu yang melanda beberapa minggu ini yang hangat berlaku dan sedikit implikasi ekoran dari kejadian-kejadian itu…(jangan ada yang marah pulak…ni blog aku…”my personal space” untuk aku katakan apa yang aku nak! Kalau tak puas hati, kau tulis lah kat blog masing-masing…kalau tak ada blog, kau conteng je kat dinding rumah kau atau rumah saudara mara kau! Hahahaha…boleh?.....) 
Selama ini perkataan BERSIH adalah perkataan yang begitu sinonim dengan keindahan tapi disebabkan Perhimpunan Haram ini....Perkataan Bersih itu sendiri mungkin berubah wajah dan boleh diertikan dengan persepsi yang lain...begitu juga dengan warna kuning! Kesian.....!

No comments:

Post a Comment