Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday 15 July 2011

Budaya Ber"Blog".

Hai everyone...
Malam ni rasa tak mengantuk plak, padahal sekarang dah hampir pukul 12.30. emmm ni mesti gara-gara teh tarik tadi, apa tak nya banyak sangat cerita, minum dua gelas pun rasa nak tambah lagi....
Dari dok terkebil-kebil, baik aku bukak laptop dan taip blog...(menambahkan koleksi penulisan aku), lagi pun esok cuti....lepas subuh boleh aku bantai tido sampai tengahari....oyaaa...esok member ajak tengok bola Liverpool Vs Malaysia!....Lepas Zohor dah nak bertolak dah katanya... Emmmm baik pakai baju Malaysia ke atau baju Liverpool?....Tengok la cam mana....tengok-tengok aku bantai je pakai baju The Red Warriors...hahahaha...marah orang tengok!!!!!

Apapun, aku bukan nak bercerita pasal bola mahupun pasukan Malaysia atau Liverpool....aku bukan orang yang layak nak mengulasnya...aku tau tengok je...kalau mereka main best, aku kata best la...kalau main ala-ala lembab...sendu la jawabnya.....
Aku nak bercakap pasal budaya menulis blog di kalangan kita sekarang ni. Pada aku budaya ni sangat positif! Setiap perkara dalam hidup ni ada pro dan kontra nya, jadi ada baiknya kita ulas pasal yang pro (baik) saja....kalau nak bercerita pasal keburukan kewujudan blog itu sendiri pun berjela-jela jugak kita boleh mengulasnya! Zaman ni, jangan kata mereka yang dewasa, budak-budak sekolah pun dah ada blog masing-masing yang canggih manggih (kalah blog aku...huhuhuhu...)....Soal penggunaan bahasa ringkas atau bahasa sms aku tak nak ulas la...yang penting mereka "celek" IT dan ada keinginan serta kesanggapan untuk menulis dan menterjemahkan idea masing-masing! (nak perah idea dan nak terjemahkan dalam bentuk penulisan, bukan senang wooooo!)
Dalam beberapa hari ni, aku banyak melawat blog-blog orang, ada yang dah senior yang sangat ramai pengikutnya dan ada yang baru nak berjinak-jinak (macam aku la....)...Ternyata setiap blog ada identiti dan kreativiti tersendiri...secara jujurnya aku sangat kagum! Dengan tinjauan dan pemerhatian tu, aku jadi lebih teruja untuk terus menulis walaupun kadang-kadang senak jugak kepala nak fikir apa yang patut aku tulis....
Selain tu, dari pemerhatian aku juga, blog-blog yang popular (tidak mengambil kira blog oleh para selebriti dan blog-blog politik), cara mereka menulis dan cerita yang ditulis sangat simple dan ringkas saja...namun ianya mampu menarik perhatian...it was so splendid!
Orang kata,(dan memang benar pun) kalau kena gaya, menulis blog pun boleh buat duit...emmmm best gak tu! Apapun untuk aku, on this while, aku menulis dan ada blog ni not for that purpose... dengan adanya blog ni, aku boleh jadikan satu medium untuk meluahkan kata hati aku, berkongsi pendapat, menyuarakan pandangan tentang sesuatu isu, bertukar-tukar pendapat,..lebih penting lagi, aku dapat mempertajamkan kemahiran menulis, mengolah idea, mendapat kenalan baru (kawan alam maya) and of course to pass my bore time...(walaupun blog ni bersifat self of belonging)...
So, pada sapa-sapa yang belum ada blog, create lah blog masing-masing....kerana ini satu budaya yang sangat sihat...suatu kesinambungan kepada kebolehan dan bakat sedia ada yang perlu dibajai agar ianya terus subur dan sekaligus mampu mendatangkan manfaat, walaupun bukan untuk sejuta insan lain tapi cukuplah sekadar untuk diri sendiri dah mereka yang hampir dengan kita....
Ok...selamat malam....Happy reading! Thanks 4 ur time!

2 comments:

  1. yesss cikgu sy sokong sangat2.hehehe :))
    dapat kenalan dan secara ta langsung boleh kongsi macam2 cerita dengan follower/blogger

    ^__________^
    cikgu doakan kejayaan sy.after this sy sambung degree ke UITM KOTA BHARU :))

    ReplyDelete
  2. sya...thanks ya...sambung belajar kat UITM KB? Tahniah...all the best dan cikgu doakan yang terbaik untuk awak.

    ReplyDelete