Sunday, 31 July 2011
TAZKIRAH: Kelebihan Puasa
TAZKIRAH: Kelebihan Puasa: "Nabi saw bersabda, 'Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai s..."
Saturday, 30 July 2011
Coretan Biasa Untuk Tatapan.
Seminggu berada di KL, terlibat dengan program membaca buku teks/Final Readers (untuk kegunaan tahun depan) kat Grand Continental tidak mengizinkan aku untuk membuat catatan di Blog aku ni....
Seminggu meninggalkan aktiviti rutin di sekolah dan juga rutin di rumah...emmmm...tak tau nak jelaskan dengan tulisan....apapun dah tugas, apa nak kata!
Apapun, terpilih sebagai Final Readers oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia mungkin suatu kreadit yang baik juga kepada kerjaya aku.
Bukan calang-calang cikgu (hehehehe...)
Syukur juga sebab team kami (5 orang) semuanya sporting dan sangat senang untuk berkerja dalam satu pasukan. walaupun berpinar jugak bijik mata meneliti setiap patah perkataan di setiap muka surat, namun kami berlima mampu melunaskan tanggung jawab itu sehari sebelum due date!
Walaupun padat dengan tugas, sempat juga aku bersama-sama warga kuala Lumpur menyaksikan perlawanan Bola Sepak penuh emosi antara pasukan Harimau Malaya menentang Singapura tempoh hari di Dataran Merdeka! Bola punya pasal, aktiviti pada malam tersebut di tunda oleh pegawai-pegawai bahagian Buku teks! Memang sporting betul mereka! Thanks alot!....
Bekerja dengan orang-orang yang komited memang terbukti sangat mengujakan dan hasil pun sangat memuaskan. Sebab itu lah kita pun mestilah sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi orang yang komited dengan tugas dan tanggung jawab yang diberikan. Bila sesuatu tugas diberikan dan kita diminta bekerja dalam satu pasukan, kita seharusnya berusaha agar kita bukan "beban" kepada pasukan itu! malah kita kena berjuang dan berusaha agar kita mampu menjadi "aset" dan mereka yang pernah bekerja dengan kita akan sentiasa berlapang dada untuk berkerjasama lagi pada masa yang akan datang.Rasanya sampai sini dulu coretan untuk malam ni....lusa dah puasa. nanti kita bercerita pasal puasa pulak ok. Kepada yang membaca coretan ini...Thanks...Selamat menjalani ibadat puasa...Manfaatkan hari-hari di bulan Ramadhan yang penuh barakah dengan amalan-amalan yang mampu menyucikan hati dan mendapat keberkatan dari Allah.
Jumpa lagi.:-)
Sunday, 24 July 2011
Untuk Seketika...!
Bermula esok,(25 Julai 2011) aku kena ke Kuala Lumpur.....Bermesyuarat!..Sebenarnya bukan mesyuarat tapi ada tugasan dari Bahagian Buku Teks KPM......tak boleh nak nyatakan disini...tugas ni rasmi dan sulit..konon nya!...hahahhaa....Nak kata lama sangat tempohnya...tidak la sangat...cuma seminggu....
Kalau masa mula-mula jadi cikgu dulu, bila dapat surat berkursus atau bermesyuarat, bukan main suka lagi, rasa best dan rasa grand jeee....tapi sekarang tak rasa macam dulu dah....nak kata lama sangat dah jadi cikgu tidak jugak! baru masuk 11 tahun.
Mungkin dengan umur yang semakin meningkat dan dah ada beberapa orang anak ni, bila dapat surat panggilan kursus atau mesyuarat, badan mula lah rasa nak demam.....ish-ish..... macam mana lah kalau dok kat pejabat kementerian yang terpaksa outstation berminggu-minggu....rasanya dah tak mampu lagi dah!
Masa muda dulu, ada juga memasang impian untuk duduk kat kementerian, pada masa tu aku rasa kerja kat kementerian ni sangat mencabar dan tentunya mengundang keseronokan bekerja..... Tapi sekarang, kalau dapat peluang sekalipun, rasanya...kirim salam saja lah...!Meninggalkan isteri dan anak-anak rupanya bukan perkara yang mudah untuk dilakukan!
Saturday, 23 July 2011
Kalau Nak Seribu Daya......Pasti berjaya!
Sambil-sambil doh menghirup teh panas kat kedai kopi kegemaran aku ni (mana lagi kalau bukan Najath…), berborak-borak la ngan seorang ayah kepada bekas pelajar yang pernah belajar kat sekolah aku (SEMENTA)…beberapa tahun lepas...
Aku ingat budak ni…walaupun tak mengajar dia, aku baik dengan beliau kerana dia pernah terlibat ngan aktiviti kelab seni budaya yang aku kendalikan selain mengenali ayah nya dengan rapat. Pelajar ni agak nakal, tapi dari personaliti memang nampak slow je…..ada looks, sebab tu aku pernah suruh dia nyanyi during aktiviti kelab seni budaya. Selain itu dia memang pelajar yang sangat baik dengan cikgu, setiap kali jumpa pasti menyapa dan bersalam (siap cium tangan).
Dari segi belajar, tak berapa sangat…..biasa la budak-budak melayu, masa sekolah memang tak nampak masa depan……
Dengan keputusan yang tak seberapa masa SPM, so sambung belajar kat IPTS…..namun sekerat jalan juga…..
Bapa pelajar ni sangat gembira bercerita tentang kerjaya yang anak beliau buat sekarang…..buat bisness sendiri iaitu “wedding planer”….emmmm hebat bunyinya…
Hari ini pun ada function, majlis perkahwinan yang melibatkan budget ratusan ribu ringgit! Wow…hebat tu….
Menurut bapa pelajar ini, sejak buat bisnes ni sikap anaknya menjadi bertambah positif, kerja sangat serius dan bersungguh-sungguh…. Walaupun ada pekerja tapi dia sanggup memunggah barang-barang dan membuat kerja-kerja “kasar” dengan tenaga sendiri….
Setakat ini dalam simpanan pun, dah ada hampir RM40 ribu!.....nak kumpul modal dalam RM 200K untuk buat syarikat sendiri dan memperluaskan perniagaan yang diceburi ini….kata nya one day nak jadi wedding planer yang terkemuka di Malaysia…..besar cita-cita tu… (mendoa kan agar cita-cita besar anak muda ini akan tercapai….aminnn)
Mendengar cerita ini, aku menjadi sangat kagum! Ya la, dulu masa kat sekolah, belajar agak malas, pernah terlibat dengan masalah disiplin yang agak serius, dan mendapat keputusan peperiksaan SPM yang tidak memberangsangkan, namun itu semua tidak menjadi halangan untuk pelajar ini maju dalam membina karier demi kehidupan yang membahagiakan.
Sebagai cikgu, cerita-cerita begini tentu lah sesuatu yang sangat membanggakan.
Dalam kehidupan kini, ramai juga mereka yang agak ketinggalan dalam pelajaran tetapi mempunyai semangat dan iltizam yang kuat untuk berusaha dalam kehidupan pasti akan menemui jalan dan keindahan sinar…..dengan itu mereka mampu meraih kejayaan yang sangat membanggakan.
Sesungguhnya kehidupan ini akan menjadi lebih bermakna dan sarat dengan kebahagiaan kalau seseorang itu berusaha mencarinya dengan penuh kesedaran dan kecekalan…..
Kegagalan awal bukan pengakhirannya !
Drama Tahajjud Cinta, Best!
Aku dari dulu lagi memang pengemar filem dan drama melayu...walaupun kadang-kadang ada statement (berbau "keji") yang menyatakan drama dan filem melayu ni tak ada class, tapi aku tetap suka menonton dan mengikuti nya...Namun sejak akhir-akhir ni, kekangan masa yang membataskan aku untuk mengikuti drama-drama melayu di TV apatah lagi untuk mengunjungi pawagam bagi menyokong filem-filem melayu...Apapun nasib baik ada Astro First, tak ketinggalan juga aku......
walaupun tak dapat ikuti setiap episod, namun sesekali dapat juga tengok drama-drama episod yang memang hangat di kaca TV...
Terbaru, aku dapat rasa kan bahawa Drama Tahajjud Cinta yang bersiaran di TV3 setiap jumaat nowadays adalah sebuah drama yang wajib tonton. Walaupun belum diperkatakan akan kehebatannya mahupun rating penonton yang belum diwar-warkan oleh pihak TV3 (seperti drama Juvana mahupun Nur Kasih..) aku dapat rasakan drama ni akan jadi hangat. Menonton 3 episod (setakat ni), tahajjud cinta mampu menterjemahkan bakat lakonan yang sangat berkesan dan kreativiti pengarahan yang begitu baik.... walaupun setakat ini belum ada unsur-unsur suspen, namun sudah mampu mencipta rasa resah dan debar dihati penonton...(di hati aku la.....:-)
Membariskan para pelakon senior yang terbukti kehebatan mereka sejak dulu, memberi kesan yang begitu baik untuk drama ni...setiap dari mereka mendukung watak masing-masing dengan bijak biarpun dengan penuturan dialog yang sangat minimum....ekspresi wajah Malissa Saila contohnya (walaupun dah lama sangat tak berlakon) mampu memberitahu penonton akan keresahan dan rasa tidak puas hati yang bersarang di jiwa dengan begitu jelas!
Eman manan, Erma fatima, Ahmad Tarmimi, Ziela Jalil dan lain-lain....rasa nya tak perlu aku nak ulas, memang hebat bakat mereka !...ternyata pengalaman adalah guru yang terbaik untuk setiap orang (lagi pun aku bukan nya ada ilmu tentang teknik lakonan pun untuk mengulas kredibiliti mereka sebagai seniman dan seniwati, aku cuma mampu menulis sebagai seorang yang meminati drama dan filem, ikut selera peribadi aku saja...)
Fazura, Fauziah Gaus dan Remy Ishak (Remy, tak keluar lagi setakat episod ke 3) juga mampu bergelak seiring dengan kecemerlangan lakonan para pelakon senoir. Fazura dan fauziah sebelum ni memang kerap juga menghiasi kaca TV namun kehangatan mereka belum dapat dirasai oleh penonton....lakonan mereka juga bagus sebelum ni tapi dari segi bernasib baik, mereka tidak seperti Tizz zakiah mahupun Fasha Sandha!(walaupun kecantikan mereka setaraf...hehehehe..)Drama Tahajjud Cinta ni rasanya akan memberi mereka ruang yang luas untuk meraih populariti selepas ini... Penceritaan drama ini dengan konflik yang pernah didengar mahupun dilihat oleh penonton membolehkan kita merasa sangat dekat dengan cerita yang dipaparkan ini.
Aku akan ikut drama ni sampai ke penghujung cerita!
Tuesday, 19 July 2011
Bila Bapa Yang Jaga Anak-Anak!.....
Dalam penat dan lesu pun masih nak menaip blog...hehehehe....ok la, blog lah tempat yang sangat sesuai untuk meluahkan apa saja...boleh kongsi...orang nak baca ke tak nak, itu beyond our control.!
Semalam balik dari sekolah, baring-baring depan TV sementara nak datang semula pukul 4.00 untuk program prep terancang di Asrama (minggu ni aku yang bertugas)….
Anak-anak pulak sibuk dok beri pesanan…”papa pukul berapa nak ke sekolah? Papa jangan lambat2 tau, kita orang tunggu papa nak gi main game kat the store ya..kan papa dah janji…” emmmmm aku mengangguk saja dengan jawapan ringkas emmmm ok-ok…
Lepas je program tu, aku singgah kedai jap mengeteh ngan member2…emmm dah jangka dah telefon berdering2 mintak balik, cz mereka (anak2) tak sabar-sabar dah nak gi main game kat kedai Mini Funfair yang ada kat bentong ni….
Terpaksa la minum cepat2…
Sampai je depan rumah, mereka berdua dah tunggu depan pintu pagar……so bawak la gi main game tu…semua pemainan yang ada kat kedai tu nak dicuba! Nasib baik 1 token cuma 50 sen…apapun habis la jugak dalam 16 hinggit!......
Balik-balik rumah dah nak maghrib…. Suruh mandi dan bersiap-siap cz around kul 8.30 nak bawa makan malam plak…..
Masa kat kedai makan, siap order teh ais segelas seorang…tak nak share… "kita orang suka the ais papa…".emmmm tu la, walaupun batuk tak sembuh-sembuh dah hampir seminggu, ais tetap menjadi pujaan dan febret mereka! Entah la…..
“malam ni papa nak adi dan ain mesti tidur awal”..abg adi esok nak ke sekolah…. Papa nak hantar awal pagi so mesti tidur awal….tidur depan TV dulu, nanti papa kejut kan ok, papa nak siakan kerja sikit kat atas…"…itu ingatan aku kat mereka….
Selang beberapa ketika… bibik menjerit…. "adiiiiiii….nape kencing kat sini…"..aku bergegas turun, tengok putera sulong aku tengah berdiri dan kencing depan pintu utama (sliding door) dengan mata pejam…emmmmm mengigau la plak ! bengang betul aku !!!!!!!.......
Marah betul aku…… lepas pakaikan pampers untuk tidur, aku marah-marah la sikit…..bagi nasihat…masa tu adi nampak sedih jee (mata berair)…. Ain cam biasa la, buat-buat tidur…..
Mungkin terkesan dengan kata-kata aku, badan adi panas…demam tiba-tiba..sama ada sebab kemarahan aku atau sebab melantak teh ais segelas besar…adusssss…..cian plak… terpaksa la aku tuamkan dengan tuala basah….
Pun begitu, tidur mereka berdua lena la sampai ke pagi….affan pulak terpaksa aku suruh tidur je ngan bibik (nasib baik tak buat hal…tidur nyenyak sampai pagi..)
Pagi ni agak terlewat bangun…..lepas bersiap-siap, aku kejut la anak-anak .…. Ain sedar dan cakap… "papa, tengok…abang adi kencing lagi… ! pampers bocor ! "alahai……kencing lagi anak aku ni……tak tau nak cakap apa dah….ok la..pi turun bawah, nanti cakap kat bibik ya…papa dah lewat ni…abg adi, papa bagi cuti lagi hari ni…tak yah pi sekolah…rehat ! "……
Emmmmmm….kelam kabut ! begitu lah jaga anak-anak bila isteri kena outstation !....tema nya: “pening-Pening!”
Sunday, 17 July 2011
Bapa "Tinggal" lagi aku!
Assalamualaikum semua...harap still sudi membaca kisah-kisah yang aku tulis...ala, kisah biasa, sekadar untuk bercerita dan menambahkan koleksi penulisan...selain tu, dah ada blog..kena la menulis...Tak ada cerita pun kena buat-buat ada cerita la...hahahaha....
Hari ni aku tak ada kelas dalam jadual waktu P&P aku, so dah tak ada benda yang urgent untuk aku buat, so boleh la aku tulis blog ni...
Hari isnin ni biasanya hari-hari busy untuk orang bekerja...biasa lah first day for a week...tapi aku...hari isnin kira hari rehat sedunia!....
Petang ni aku ke KL, hantar isteri bermesyuarat kat Radius International Hotel, Kuala Lumpur untuk 4 hari, Buat Sillibus untuk subject dia...untuk Kolej Vokasional Malaysia! emmmmm dari sekolah Vokasional bakal jadi Kolej menjelang 2013! Tranformasi yang hebat bakal berlaku...tunggguuuu!!!!
Aku bukan nak cerita pasal transformasi tu, tapi aku tengah memikirkan hari-hari yang bakal dilalui dalam tempoh empat hari ni..... bukan nya apa...macam bulan lepas, seminggu jaga anak-anak (isteri mesyuarat kat melaka)....emmmm "jelepek" aku! tidur malam tak cukup beb! selang beberapa jam kena bangun buat susu! Siang hari plak terpaksa bawa anak jalan-jalan....Tujuan nya nak bagi mereka penat betul-betul..malam dia orang tidur awal dan nyenyak sampai ke pagi...hehehehe...
Anakanda yang sulung dan yang kedua (Adiputra dan Ainputri) kira ok la, dah besar..tapi kalau Affanputra (8 bulan) ni yang letih sikit..."menyusu badan"! so bila mama dia tak ada, malam-malam mesti sedar dan merengek...aduhhhhhh...tak kan aku nak susu kan...mana ada, selain dari susu botol! hahaha....
Penat memang dah! tapi jauh di sudut hati aku dapat rasa kan ada sesuatu yang indah! pengalaman yang manis.....pun begitu, aku juga dapat rasa kan betapa orang-orang perempuan yang bergelar ibu itu hebat!malah sangat hebat! Mereka Sentiasa tabah dan sabar melayan kerenah anak-anak hampir sepanjang hayat hidup mereka dengan penuh kasih sayang.....orang lelaki ni bila kena jaga anak sikit mula la gelabah... konon nya banyak aktiviti sendiri yang bakal terbantut, padahal aktiviti yang nak dibuat tu bukannya urusan penting sangat...hahaha, macam aku, aktiviti mengeteh malam dan riadah petang kena tunda la gamaknya....
Apapun memang itu kejadian sejak azali...sebab itu "syurga di bawah telapak kaki ibu"! sebagai bapa, ayah mahupun papa....kita juga seharusnya berjuang menzahirkan kasih, sayang dan cinta pada anak-anak dengan cara kita.......dan pada sesiapa jua, anak-anak itu amanah dari Nya...perlu dijaga dan dicintai denga kadar yang sepatutnya....Anggap lah mereka Harta yang akan kita jaga sepenuh jiwa raga hingga ke hujung nyawa!
Bila anak-anak lena macam ni....senang sikit! |
wajah-wajah riang yang menyejukkan hati.. |
Abg Adi...Pengasuh yang perlu kan bekalan (susu).... |
Kakak Ain yang penyanyang...kalau buat hal, kerenahnya mengalahkan adik dia! |
Pengasuh...tertidur kepenatan....! |
Keterujaan Terhadap Bola Sepak!
Hai....Selamat Berhujung minggu semua...masih penat lagi ni, semalam sampai rumah dari Bukit Jalil jam 12.oo malam.......Lewat sampai rumah tu gara-gara tak jumpa cari kereta kat tempat parking! Aduhhhh...gara-gara banyak sangat tempat parking yang ada kat sekitar Bukit Jalil di reserve kan untuk VIP kononnya....kami yang insan biasa ni terpaksa la cari tempat parking yang jauh (entah kat mana...macam dalam ladang nangka....penuh pokok2 nangka! )...nak ke stadium Nasional terpaksa menapak dalam 20 minit!
Keterujuaan para peminat terhadap team kegemaran mereka! |
Dah la bila masuk dalam stadium, tempat duduk dah penuh...terpaksa duduk kat tangga...apapun enjoy la tengok game kali ni...dan rasa sangat bangga juga dengan limpahan rakyat Malaysia yang datang memberi sokongan serta memenuhi setiap ruang stadium.... Kehadiran peminat bola sepak (tak kira la datang nak sokong Malaysia atau Liverpool) telah membuktikan bahawa penonton kita ni akan sentiasa memberi sokongan sekiranya corak permainan yang ditunjukkan mempunyai mutu yang boleh dibanggakan.
Akhbar hari ni pun banyak membicarakan tentang game semalam...memang Livepool terlalu hebat untuk dibandingkan dengan team kebangsaan kita, namun semangat juang dan corak permainan semalam memang layak dan seharusnya diberi pujian. Memang team telah kita mempamerkan corak permainan yang boleh dibanggakan dan ternyata menghiburkan. berbaloi bayar tiket yang agak mahal...9 gol untuk satu perlawanan beb!...... Dalam hati ada jugak terdetik " kalau macam ni, ada harapan ke Piala Dunia..."...hahahaha...."
Mungkin jauh lagi perjalanan kita...tak tak salah untuk bermimpi....kan?
Suatu yang menarik semalam, walaupun puluhan ribu yang datang memakai baju merah (sokongan kepada Liverpool), jangan salah kan penonton, (jangan kata tak petriotik plak...) wajar lah mereka berbuat demikian kerana buat julung kalinya pasukan kegemaran mereka (sangat gah dan glamour seantero dunia) datang ke negara kita, selama ni asyik tengok dalam tv saja.....nak pulak ni perlawanan persahabatan saja.... pun begitu, walaupun memakai jersy Liverpool, laungan malaysia dan sorakan padu satu stadium bergema bila malaysia menyerang dan menjaringkan gol!....memang menunjukkan rakyat kita tetap menyokong team kebangsaan kita!
Dengan apa yang aku saksikan semalam, aku dapat rasakan bahawa fenomena peminat terhadap bola sepak di negara kita ini telah mencapai tahap "maju" untuk perlawanan-perlawanan tertentu. Maksud nya, sekiranya corak permainan yang mantap dan menghiburkan dipamerkan oleh setiap pemain, maka penonton pasti tidak akan berkira untuk membeli tiket dan hadir menyaksikan setiap perlawanan.....
Aku sendiri pun, bukan pandai sangat pun main bola, tapi menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium adalah antara perkara yang nak aku lakukan.....Berada dalam lautan manusia yang datang dengan semangat dan minat adalah sesuatu yang mengujakan!
Gambar ni, masa game dah tamat...tapi penonton tetap setia dan tidak berganjak...siap nyanyi lagu team Liverpool lagi! |
Suasana di luar stadium....Aktiviti jual-beli t-shirt dan pelbagai barangan yang sangat meriah! Harga pun "meriah" jugak! |
"I was there"! Menyaksikan perlawanan yang bersejarah seperti ini tidak boleh dilepaskan! |
Kemeriahan! |
Bukti Rakyat Malaysia yang "sporting"...Penuh Stadium! |
Bersama sahabat, Cikgu Nua yang memang kaki bola! Datang tanpa tiket, sanggup gamble....terpaksa cari ulat tiket untuk sama-sama menyaksikan Perlawanan ni! |
Berada ditangga sepanjang perlawanan....Tempat duduk dah Full! |
Friday, 15 July 2011
Budaya Ber"Blog".
Hai everyone...
Malam ni rasa tak mengantuk plak, padahal sekarang dah hampir pukul 12.30. emmm ni mesti gara-gara teh tarik tadi, apa tak nya banyak sangat cerita, minum dua gelas pun rasa nak tambah lagi....
Dari dok terkebil-kebil, baik aku bukak laptop dan taip blog...(menambahkan koleksi penulisan aku), lagi pun esok cuti....lepas subuh boleh aku bantai tido sampai tengahari....oyaaa...esok member ajak tengok bola Liverpool Vs Malaysia!....Lepas Zohor dah nak bertolak dah katanya... Emmmm baik pakai baju Malaysia ke atau baju Liverpool?....Tengok la cam mana....tengok-tengok aku bantai je pakai baju The Red Warriors...hahahaha...marah orang tengok!!!!!
Apapun, aku bukan nak bercerita pasal bola mahupun pasukan Malaysia atau Liverpool....aku bukan orang yang layak nak mengulasnya...aku tau tengok je...kalau mereka main best, aku kata best la...kalau main ala-ala lembab...sendu la jawabnya.....
Aku nak bercakap pasal budaya menulis blog di kalangan kita sekarang ni. Pada aku budaya ni sangat positif! Setiap perkara dalam hidup ni ada pro dan kontra nya, jadi ada baiknya kita ulas pasal yang pro (baik) saja....kalau nak bercerita pasal keburukan kewujudan blog itu sendiri pun berjela-jela jugak kita boleh mengulasnya! Zaman ni, jangan kata mereka yang dewasa, budak-budak sekolah pun dah ada blog masing-masing yang canggih manggih (kalah blog aku...huhuhuhu...)....Soal penggunaan bahasa ringkas atau bahasa sms aku tak nak ulas la...yang penting mereka "celek" IT dan ada keinginan serta kesanggapan untuk menulis dan menterjemahkan idea masing-masing! (nak perah idea dan nak terjemahkan dalam bentuk penulisan, bukan senang wooooo!)
Dalam beberapa hari ni, aku banyak melawat blog-blog orang, ada yang dah senior yang sangat ramai pengikutnya dan ada yang baru nak berjinak-jinak (macam aku la....)...Ternyata setiap blog ada identiti dan kreativiti tersendiri...secara jujurnya aku sangat kagum! Dengan tinjauan dan pemerhatian tu, aku jadi lebih teruja untuk terus menulis walaupun kadang-kadang senak jugak kepala nak fikir apa yang patut aku tulis....
Selain tu, dari pemerhatian aku juga, blog-blog yang popular (tidak mengambil kira blog oleh para selebriti dan blog-blog politik), cara mereka menulis dan cerita yang ditulis sangat simple dan ringkas saja...namun ianya mampu menarik perhatian...it was so splendid!Orang kata,(dan memang benar pun) kalau kena gaya, menulis blog pun boleh buat duit...emmmm best gak tu! Apapun untuk aku, on this while, aku menulis dan ada blog ni not for that purpose... dengan adanya blog ni, aku boleh jadikan satu medium untuk meluahkan kata hati aku, berkongsi pendapat, menyuarakan pandangan tentang sesuatu isu, bertukar-tukar pendapat,..lebih penting lagi, aku dapat mempertajamkan kemahiran menulis, mengolah idea, mendapat kenalan baru (kawan alam maya) and of course to pass my bore time...(walaupun blog ni bersifat self of belonging)...
So, pada sapa-sapa yang belum ada blog, create lah blog masing-masing....kerana ini satu budaya yang sangat sihat...suatu kesinambungan kepada kebolehan dan bakat sedia ada yang perlu dibajai agar ianya terus subur dan sekaligus mampu mendatangkan manfaat, walaupun bukan untuk sejuta insan lain tapi cukuplah sekadar untuk diri sendiri dah mereka yang hampir dengan kita....
Ok...selamat malam....Happy reading! Thanks 4 ur time!
Kawan?.....dimana..dimulut? dimata? atau dihati?
Assalamualaikum...
Beberapa hari dah aku tak menulis...memang benar lah kata orang, kalau nak menulis ni nak kena berada dalam keadaan yang tenang agar idea yang ada dalam kepala tu dapat diterjemahkan dengan baik dan kreatif. Penulisan tu akan nampak "cantik" dan sesiapa yang membacanya akan rasa "best" dan mungkin ia nya "membina" dalam asek-aspek tertentu..
Hari ni aku nak tulis tentang isu berkawan...."berkawan biar beribu, berkasih biar satu"...kata pujangga yang sering kita dengar.
Walapun berkawan biar beribu, sebagai individu yang matang, kawan juga harus dipilih dan dinilai dengan teliti agar kita tak tersalah membuat pilihan. Banyak cerita yang kita dengar, ramai yang "rosak" akibat tersalah pilih kawan. Dalam kehidupan seharian yang aku tempuh ni pun, aku dapat saksikan bagaimana seseorang itu menjerumuskan dirinya dalam masalah dan kekusutan akibat tersalah pilih kawan. Mungkin di mata dia orang yang dijadikan kawan tu cukup baik dan sempurna untuk dijadikan teman bicara mahupun sahabat tanpa menyedari bahawa kawan yang dipilih itu mampu mengheret dia bersama dalam kekusutan dan kekalutan hidup yang memungkinkan dia berada dalam keadaan yang tidak selesa!Mana ada orang dalam dunia ni merasakan dirinya berada di pihak yang salah! dan sukar juga mencari orang yang berani mengaku bahawa dia tidak bijak membuat pilihan ataupun pilihan yang dibuat itu tidak tepat...Mulut manis dan lidah tidak bertulang mampu menyakinkan yang salah menjadi betul dan palsu kepada benar!.... dan lumrah manusia dan kehidupan itu sendiri yang sentiasa "mendesak" agar masing-masing mencari pengaruh dan menangih kepercayaan orang lain......kisah-kisah begini tiada berkesudahan selain menyebabkan suhu kehidupan sentiasa meningkat.....sengketa tercetus dalam hati yang tentu sekali menyukarkan damai datang bertandang dalam diri masing-masing!
Paling pasti, tidak sukar mencari kawan, teman mahupun kenalan....bukan setakat beribu malah berpuluh ribu pun mungkin! Tapi untuk mendapatkan sahabat yang memahami hati budi, sarat dengan kepercayaan dan kasih sayang adalah sesuatu yang amat sukar.....jangan kata beribu, dapat satu pun dah kira bertuah!
Bila kita dah bertemu dengan sesiapa yang memang boleh kita jadikan sahabat, peliharalah persahabatan itu kerana sahabat adalah sebahagian dari "harta" yang kita ada dan perlu kita simpan hingga ke hujung nyawa! Sesungguhnya kita dan sahabat adalah saling melengkapi dalam apa jua kemungkinan yang ada dalam menempuh hari-hari mendatang.
Sekadar buat renungan!......With Luv!
Saturday, 9 July 2011
Minggu ini Dalam Sejarah! The Red Warriors Yang Membanggakan dan Perkataan Bersih yang ternoda!
Penyokong The Red Warriors yang sentiasa setia! |
Semasa Perlawanan Menentang Sabah! walaupun terpaksa menyeberangi Laut China Selatan! Sokongan yang tidak pernah Pudar...........!
Selain itu, fenomena menyokong pasukan Kebangsaan juga berlaku dengan begitu meriah! Malaysia Boleh!.....
Inilah 'actress" Paling popular minggu ini. Memainkan peranan dengan berkesan! |
Selain dari sukan bola sepak, isu yang paling hangat dan sensasi beberapa minggu ni adalah tentang perhimpunan BERSIH! Disebabkan perhimpunan bersih yang akan diadakan Hari ini
(9 julai 2011, Ahad) maka laman-laman sosial meriah dengan pertelingkahan pendapat dan pandangan! Membentangkan emosi yang pelbagai dengan kata-kata kesat yang sangat mengambarkan Demonstrasi Haram Bersih itu telah mencipta suatu Fenomena KOTOR yang mampu menjadikan ramai orang bertelagah dan masing-masing berani membuka pekung di dada! Tahniah Team Ambiga!..........memang menjadi lumrah manusia akan mudah tertarik dengan benda-benda yang “tidak sihat” kerana ianya mendapat bantuan multak dan bersungguh-sungguh dari iblis dan Syaitan! Malah ada dikalangan mereka yang berpendidikan agama (yang sangat tinggi dan hebat konon nya) sanggup menggunakan hadis dan ayat Al-Quran dalam menegakkan hujjah masing-masing bahawa Perhimpunan “BERSIH” dan Demontrasi jalanan itu sebagai suatu yang baik dan harus dilakukan…..emmmmmmm dan macam-macam lagi pendapat….(berpuluh ribu hujjah dari setiap orang….!) Rimassssssss……dan ramai yang berada dalam kekeliruan pada tahap “gaban”!
Yang pasti, Kuala Lumpur menghadapi kesesakan lalu lintas yang sangat dasyat (tidak sama dengan musim perayaan) kerana kesesakan kali ini banyak jalan-jalan ditutup dan setiap kenderaan akan melalui sekatan jalan raya yang ketat dan mengambil masa yang agak lama oleh pihak polis, maka “jem” tahap melampau lah Kuala Lumpur…(”kuala Lumpur….senyuman mu…..tidak berseri lagi beberapa minggu kebelakangan ini”……Memetik lirik lagu kumpulan Allycats). Adakah di antara kita yang suka dan gembira dengan situasi begitu? Tanyalah hati sendiri?
Selain dari laman-laman sosial, isu perhimunan ini juga berjaya memonopoli “Front Page" akhbar-akhbar arus perdana dan tentu sekali akhbar-akhbar dari pihak pembangkang !.....Saban hari dalam beberapa minggu ni! Meriah situasi politik Malaysia!
Selama ini perkataan BERSIH adalah perkataan yang begitu sinonim dengan keindahan tapi disebabkan Perhimpunan Haram ini....Perkataan Bersih itu sendiri mungkin berubah wajah dan boleh diertikan dengan persepsi yang lain...begitu juga dengan warna kuning! Kesian.....!
Tuesday, 5 July 2011
Yang Kalut Di Fikiran!
Dalam minggu ni tak ada apa yang menarik untuk aku update story dalam blog aku ni....apa lagi yang aku boleh tulis dan harus tulis....? kalau dalam status FB tu boleh la update cerita-cerita semasa yang berlaku di mana sumbernya boleh aku dapatkan dari akhbar-akhbar atau yang aku dengar kat radio dan tengok kat TV. Apapun beberapa hari lepas ada la juga bagi komen kat FB, pendapat aku tentang perhimpunan "bersih" yang diharamkan tu....memandangkan komen aku tu berbau pro-kerajaan maka ramai juga lah memilih untuk berbahas dengan aku kat status tu.....! (keluar habis ayat2 al-quran/hadis mahupun istilah-istilah arab!-dari mereka la....hahahaha)
Bermakna kah keindahan bunga Ros dalam situasi begini? |
Begitu lah manusia.....kalau boleh nak orang lain mengikut dan akur saja dengan pendapat nya...kalau pendapat yang kita katakan itu melencong dari landasan pemikiran mereka, maka dengan jelas ianya di anggap salah!
Sebenarnya, menangani sikap manusia lain yang berada di sekeliling kita adalah antara cabaran terbesar dalam kehidupan kita ni... Macam-macam! Ada yang suka marah-marah, ada yang pandai bercakap tapi kerja "sendu" semacam, ada yang suka menunjuk pandai dan hebat malah lebih menyakitkan, ada yang suka bermuka-muka! Bagaimana rasanya kalau kita dikelilingi manusia-mausia begitu dalam kehidupan seharian kita....? (masing-masing tentu ada cara tersendiri menghadapi dan menanganinya...)
Aku ni jenis yang "vokal". Setiap kali ada sesuatu perkara yang bersarang di hati "i choose to speak out"! tu yang kadang-kadang ada orang sekeliling tak berapa nak suka...tapi kalau di tempat kerja aku, rasanya ramai yang dah faham kot... (tetap ada yang tak suka! mungkin disebabkan isu-isu lain...hahahaha...adat la! aku pun bukannya suka dan menyenangi semua orang!)Setiap orang berusaha keras untuk mencari bahagia dalam hidup...namun dalam mencari bahagia tu tentunya ada halangan dan rintangan yang harus ditempuh. Itulah lumrah kehidupan...Ada kalanya kita terpaksa berlakon untuk menyerlahkan bahagia yang sebenarnya dilingkari rasa resah! Resah itu juga banyak disumbangkan oleh persekitaran yang "beyond our control"! So..... what to say?
Boleh tak kita nak menghalang manusia yang sangat suka bercakap besar dan selalu menyatakan dirinya yang terbaik? Mampu kah kita untuk menghalang individu yang suka mengambil kesempatan demi kesenangan diri nya sendiri? Tahan kah kita untuk berbicara dengan mereka yang berwajah masam mencuka serta suara yang boleh "memecahkan gegendang telinga" serta langsung tiada budi bicara? dan layakkah kita untuk memberi teguran kepada sesorang yang selalu merasakan dirinya saja yang benar?....bagaimana ya? Kadang-kadang kita rasa senang sekali untuk membiarkan mereka dengan dunia mereka dan kita dengan dunia kita, tapi kalau apa yang berlaku itu terpandang dan terasa dek pancaindera kita, bagaimana untuk kita menahan hati dari untuk tidak terasa....paling kurang, rasa menyampah!
"Nobody perfect'! itu ungkapan yang biasa kita dengar kan? tapi ada juga dalam realiti kehidupan ini yang seolah-olah ianya dinafikan oleh orang-orang tertentu, walaupun orang yang seolah-olah membuat penafian itu sendiri pun jauh sekali dari kesempurnaan!
Aku menulis isu ini bukan lah untuk menunding jari menyatakan keresahan yang ada dan sesekali datang dalam diri ini adalah disebabkan oleh orang lain, tapi hanya ingin meluahkan rasa bahawa untuk bahagia dalam hidup seharian kadang-kadang dilintangi oleh kekalutan perangai dan tingkah laku orang lain juga....."rambut sama hitam tapi hati lain-lain"...sukar untuk mengukur suatu kejujuran! Mulut boleh berkata apa saja tapi hati.....? Sebab itu lah di akhirat kelak, mulut akan dikunci dari berkata-kata kerana yang banyak melontar dan menebarkan pembohongan dan kepalsuan semasa hayat yang ada ini adalah mulut manusia itu sendiri!
Mampukah Kita berdepan dengan kesesakan hidup yang sebegini? |
Hidup itu kan perjuangan!.......
Sunday, 3 July 2011
Mewarnakan kerja aku dengan kenangan
Askum semua...dah beberapa hari aku tak update blog ni...bukan tak ada idea atau segaja tak nak menulis tapi masa sangat tidak mengizinkan. Terlalu banyak komitmen yang perlu di lunaskan. Komitmen kerja dan juga keluarga.
Ni pun just nak share cerita ringan tentang aktiviti yang aku buat kat sekolah aku. Pertandingan "Sementa Idol"...(hahahaha...jangan ingat Amerika je ada Idol!)... Program ini aku buat saban tahun under my Club Seni Budaya Sekolah. lagi pun ni aktiviti yang paling mendapat sambutan di kalangan pelajar. Jangan salahkan mereka...memang lumrah pelajar suka buat aktiviti yang enjoy dan release their tension. Kalau tak silap ni dah masuk tahun ke 5 aku buat program ni..... Walaupun ianya satu program dalaman dan kecil-kecilan tapi aku bangga sebab dari A sampai Z aku yang buat (one man show). dari aspek cari sponsor, beli hadiah, balut hadiah, cari peserta dan pelbagai lagi aku run sesorang. Pun begitu aku gembira cz ada gak kawan-kawan aku yang sudi bersama-sama membantu aku apa yang atut. Here aku nak give credit kat my sahabat seperti Cikgu Mas Ayu, cikgu Ariffudin, cikgu Fadil dan cikgu Nua yang selalu support benda-benda yang aku buat. Apa pun, paling penting, aktiviti yang aku buat "happening" dan berjalan lancar! All my students (pelajar2 Sementa- esp: pelajar Asrama) enjoy it! Special Thanks to My Wife (Puan Intan Diana) yang sangat sporting, sangat memahami kesibukan aku dan tak kisah pun aku balik agak lewat dan terlalu kerap kat sekolah dari pagi hingga malam....
Semalam 2 Julai 2011. Pagi tu ada program "Larian 1 Murid 1 sukan". Tamat jam 12.00 Tgh.
Bermula jam 2.30 petang aku dibantu dengan barisan pengawas aku, kami buat acara saringan untuk mencari 10 peserta terbaik bagi Final Sementa Idol. Hampir 40 orang pelajar yang masuk untuk acara saringan ni.....emmmmm macam-macam ragam. pening la juri...bukan pening sebab susah nak pilih yang layak tapi pening melayan 40 suara yang ada ok dan ada yang ko! silap hari bulan boleh menanah telinga!....(yang penting mereka yakin dan berani mencuba walaupun menyanyi ala-ala sendu...) Bayangkan pukul 6.00 ptg pun belum habis-habis lagi... (Time makan kat Asrama Jam 6. 15)....Apa pun tepat jam 6.20 kami dah dapat 10 peserta yang layak untuk bertanding di Final malam nanti...lega! Terima kasih sekali lagi kat cikgu Mas dan my student Zunika, Mizi dan Farhan!Mengikut perancangan, acara final bermula jam 9.15 malam.....semua dah ready tiba-tiba TV untuk skrin karaoke tak berfungsi lak...wayar putus!...alamakkk! apa lagi kelam kabut la pulak crew2 (Pengawas) aku membetulkan! emmmmm nasib baik ok...kalau tidak alamat menasyid la beramai-ramai dalam dewan....Apa pun Sementa Idol Tahun ni berjalan dengan lancar dan penuh santai....Aku puas hati! Pada aku, dalam bilik darjah aku guru Matematik yang agak tegas tapi di luar bilik darjah aku sangat senang dan gembira melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengembirakan....ianya untuk pelajar tapi sekurang-kurangnya ia nya kenangan juga untuk aku!
Gambar Sekitar Acara "Sementa Idol"2011.
Bergambar bersama Para Penari juga cikgu mas Ayu dan my ex student yang datang (terus kena jadi Juri) Saudara Hidayat (paling kiri) . Bekas penyanyi band sekolah masa batch dia dulu. |
Gambar ni dirakam selepas Tamat Acara! |
ACARA PEMBUKAAN- Tarian "asmaradana" yang memberi impak dan mengamatkan suasana Dewan Sementa Gemilang! Students memang suka la bab-bab tari menari ni! |
salah seorang peserta AQil - Lagu Lamunan terhenti! Biasa la peserta pertama terus mendapat sorakan dan tepukan gemuruh penyokong! (yang menyokong tu budak-bidak kelas dia la!) |
Helmy- Suara Best tapi "malu-malu kucing!" kalau kat dalam kelas tak ada la malu pulak...Masa acara saringan sibuk cari lagu dangdut nak dinyanyikan...last-last tetap nyanyi lagu Jiwang! |
Afiqah- Terlebih penghayatan! Dengan Lagu :Kekal-Ziana Zain! |
Acara Selingan (selepas 5 peserta)... Anak Dikir Sementa" memang mantap dan menghiburkan. Thanks Cikgu Fadil sebagai guru penasihat merangkap jurulatih...dan jurulEtih! |
Meletup Tukang Karut! Siap pakai Spek Hitam!.... |
Salah seorang peserta lagi- Selepas acara Selingan - Zarif Naim! |
Kelakar .......penonton datang tengok konsert (Sementa Idol) berbaju melayu! hahahaha.... Biasa la dari surau terus ke Dewan! Yang penting sporting! |
Penonton yang kusyuk menghayati lagu dan menyokong rakan-rakan yang mengambil bahagian! |
Permulaan persembahan best je...tapi bila last-last semput pilak si Arif ni...Memilih untuk nyanyi lagi Cinta Kristal! |
Barisan Juri : Hidayat (X-Student), Puan V, Zunika (Juara Sementa Idol Last Year-Form5 student), Ema (x-Student) dan Cikgu Mas Ayu. |
Zunika dan Puan V ( Isteri Cikgu Ariffudin) |
Hahahahha....ini lah "kepala nya" Pengarah Program "Sementa Idol" merangkap pengacara,juruteknik, macai dan semua kerja yang barkaitan dengan Sementa Idol ni.... |
Cikgu Anuar (Ketua Warden) menyampaikan hadiah pada malam tu! Zunika menerima hadiah sebagai penghargaan untuk Team Tarian Pembukaan! |
Hadiah saguhati! |
Tetap tersenyum puas si Aqil ni walaupun tak menang! |
Ini Dia: Naib Juara Sementa Idol" Izzad Idzmir yang popular dengan nama Sam! Dia memang berbakat, last year masa Form 4 dia mendapat temat ke-3. Dalam Kelas pun dia memang Good Student! |
Juara Sementa Idol Tahun ni telah di sandang oleh Pelajar Tingkatan 4 : Nur Amira Kassim- lagu "apa guna berjanji". Memang gamat dewan masa beliau menyanyi! |
APA YANG AKU LAKUKAN INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI CARA UNTUK MENCORAK DAN MEWARNAKAN KEHIDUPAN AKU SEBAGAI PENDIDIK( agar ianya tidak membosankan) IA NYA MEMBERIKAN KEPUASAN DAN JUGA MENCIPTA KENANGAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)