Assalamualaikum....
Dah lama tak menulis, malam ni tetiba je rasa nak update entry...emmmm sebab aku nampak "resah" dalam mata sahabat aku sebentar tadi!
Sebenarya just came back home dari jumpa sahabat lama...sahabat baik yang ku kenal masa kat Universiti dulu lagi. Dia dari Kelantan, kebetulan lalu Bentong, so ambil kesempatan jumpa.
Datang jemput kawan kata nya...
Jemput kawan?...Ehhhh..kawan tu tak boleh naik bas ke untuk kembali ke KL? Kenapa kawan yang ada kat KL nak kena datang jemput sampai ke Kelantan untuk balik semula ke KL?
Begitu lah sahabat aku yang sorang ni, kalau untuk kawan, segala nya mungkin....Namun kerap juga menyatakan betapa hatinya sering juga tersinggung dengan sikap kawan nya tu...ish-ish-ish!
Sebab itu lah....tak semua manusia itu tahu mentafsirkan definisi sebenar persahabatan....mungkin pada dasarnya tahu apa makna kawan mahupun sahabat, namun tak ramai yang mampu untuk menterjemahkan perkataan itu untuk merangkumkan nya dalam erti yang sebenar dan luas!! Perhubungan yang seharusnya menguntungkan kedua-dua belah pihak, tapi malangnya tidak!!!!..kerana yang sebelah lagi hanya tahu mengambil kesempatan!
Aku tulis ni sebab aku nampak.....dan ku rasa ku mampu menyelami hati sahabat aku ni....
Buat sahabat aku.....harapnya, berwaspada dalam berbuat baik....kerana tidak semua orang tahu untuk menghargainya......Tidak menghargai mungkin tidak lah terlalu menyakitkan tapi kalau mengambil kesempatan? ........entah lah?
No comments:
Post a Comment