Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday 27 January 2012

Sembang Hujung Minggu je ni :-)

Assalamualaikum  dan salam buat semua.
Betul lah kata orang, kalau kita berhenti menulis, lama-lama semangat dan keinginan untuk menulis tu semakin hambar dan kemahiran yang sebenarnya ada dalam diri pun turut pudar. Seminggu bercuti ni sebenarnya banyak sangat masa lapang yang boleh aku peruntukan untuk mengupdate blog ni...tapi adooo? ...
Macam hari ni, dari pagi tadi lagi tak ada benda nak buat.....bila buka lap top, layan FB then cuba gak nak update entri blog tapi otak rasa kosong je dan hati "kata" tak nak..emmmmmm gitu lah!
Kira nya ni entri paksa diri.....tulis lah apa saja yang terlintas dalam fikiran..."sekadar borak kosong"! 
Esok dah last day bercuti....seminggu tu rasa sekejap je....walaupun tak banyak perkara yang dilakukan semasa cuti ni..memang adat manusia, suka sangat kalau dapat rehat dan tak buat apa-apa.."makan-tido" tema yang sangat digemari oleh kebanyakkan orang kita!!! hehehe....ianya sangat tidak sihat! Seminggu ni, aku dapat rasa macam tak "produktif" je.... tapi masa tetap jua pantas berlalu..!
Apapun, yang positifnya, cuti ni banyak masa dapat dihabiskan bersama keluarga, walaupun tak pi bercuti ke mana-mana,banyak masa berada di rumah, sekurang-kurangnya dapat tengok TV sesama, makan sesama..dan semalam siap basuh kereta ngan anak-anak. Bila dah start kerja, hanya makan malam je la dapat makan bersama. 
Beberapa hari lepas sempat lah juga bawa family gi jejalan kat Mines Seri kembangan... anak-anak memang suka sangat. Sebenarnya pi Mines tu cz my wife nak makan Kenney Rogers..hehehe..ya lah kat Bentong ni mana lah ada :-(
Pada asalnya ada jugak plan nak bercuti beberapa hari kat tempat peranginan, namun kesihatan my wife tak mengizinkan, Doktor nasihatkan agar berehat je kat rumah..untuk kebaikan "permata hati" kami yang ke empat, Insyaallah Julai nanti.... so berehat sungguh la kami kat umah....
Ok..Malam esok jangan lupa Anugerah Juara Lagu yang ke 26! Aku memang mengikuti AJL sejak dulu lagi. Tapi nowadays susah dah nak teka lagu mana yang boleh jadi juara. Sebab TV3 pun (juri-juri yang dipilih) dewasa ni dah bercitarasa "pelik". Kadang-kadang lagu entah apa-apa dan langsung tak "menangkap dek halwa teliga" pun boleh muncul juara! Lagu yang langsung tak ada impak! Alasannya....mencari kelainan...katanyaaaaa..... kalau nak sangat cari kelainan, buat lah pertandingan "juara lagu yang lain dari yang lain"!...Walaupun aku ni tak ada ilmu tentang muzik, bagi aku, lagu yang mempunyai melodi yang indah dan lirik yang puitis, penuh makna dan bererti tu lah yang selayaknya jadi Juara Lagu...ceeewahhh...macam juri lak aku ni! Apapun kalau pada aku lagu yang layak menang tahun ni...hehehe..tentu lah lagu BERIBU SESALAN! Lagu yang mempunyai melodi yang sangat indah, lirik yang puitis dan dialunkan dengan penuh seni oleh 3 vokal yang sangat mantap. 3 suara diadun menjadi satu! Kalau tak pun, lagu Sedetik Lebih pun boleh la diterima....jangan tetiba Projek Pistol lak yang menang...huhuhu..tentu haru! Apapun kita tengok je la malam esok artis-artis tu berjuang sesambil makan kacang depan TV!
Ok...selamat berhujung minggu semua :-)
Meluangkan masa bersama keluarga tentunya satu "riadah" yang sangat sihat untuk memastikan kestabilan emosi anak-anak....Mereka adalah Anugerah Allah. Kehadiran mereka mengembirakan kita dan kita pula sewajibnya berusaha menggembirakan mereka :-)
Bermain itu adalah moment indah untuk semua kanak-kanak. Walaupun kadang-kadang permainan mereka tu yang membuatkan kita pening kepala.....huhuhu...

Katakan saja! ingat masa lapang mu sebelum tiba masa sibuk...emmmm next week ni banyak benda nak buat nih!!!!!

1 comment:

  1. agree! memang susah nak dpatkn blik mood blogging tu bila dah brhenti blog..

    ReplyDelete