Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Monday 9 May 2011

Selamat Hari Ibu....

Mak aku tentunya tak baca penulisan aku ni.....Apapun Ingatan dan rasa cinta yang mendalam maka aku coretkan sesuatu buat insan tersayang...my mum dan juga buat semua insan yang bergelar ibu, mak, mama, bonda dan seerti dengannya....'Selamat Hari Ibu".....Ucapan keramat buat mu, wanita yang berjuang dan bertarung nyawa demi kehidupan insan lain.....insan yang mengenalkan aku erti kasih sayang dan rasa cinta..... Tidak dapat ku cari perkataan yang paling indah dan paling berharga bagi mengambarkan bertapa besarnya jasa dan pengorbanan ibu dalam mendidik dan membesarkan aku. kalau bercakap soal berkorban apa saja...harta ataupun nyawa...maka dari saat kelahiran aku mengenal dunia, maka pada saat ibu aku telah berkorban...Segala kudrat dan segala perhatian....
Ibu.....Kau lah segalanya....Ku panjatkan doa buat mu, semoga terus diberikan kesihatan dan umur yang panjang, mungkin tidak mampu untuk aku tunjukkan pada mu batapa aku sangat menghargai, menyanyangi dan mencintai mu...namun....dihati ku ada kamu....di hati ku juga sarat dengan rasa rindu! Semoga semua ibu-ibu akan dihargai dan dicintai seperti yang sepatutnya......Ibu...terima kasih untuk segalanya......Aku sayang kamu...semalam, hari ini, esok dan selamanya...semoga kelak, bertemu semula di syurga.....

2 comments:

  1. apa lagi yang kita mampu untuk kebahagian ibu,hanya doa untukmu wahai ibu

    ReplyDelete
  2. Thanks cz sudi berkunjung dan membaca penulisan aku yang tak seberapa ini...InsyaAllah di masa-masa yang akan datang, kualiti penulisan akan dipertingkatkan...tengah belajar ni.:-)

    ReplyDelete