SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday, 8 August 2012

Sembang Tanya kaba :-)

Assalamualaikum..... lamanya tak menulis, dah berbulan-bulan dah. Tahun 2012 ni kira nya tahun yang amat-amat sendu untuk aku dalam bab-bab menulis blog ni..entah apa mimpi pagi ni, tetiba rasa nak menulis. mungkin sebab tak ada apa-apa kijo nak dibuat pagi ni dan line internet kat sekolah pagi ni laju jeee...so..bolehlah mengupdate blog ni! Apa yang nak ditulis tu tak ada la motif sangat..saja rasa nak menulis, tu je...
Alaaa, orang kata penulisan "tanya kaba"...nak kata "comeback" tu tak boleh nak janji sangat....takut-takut esok lusa pun mood nak menulis tak muncul-muncul juga...emmmm..:-(
Diam tak diam, rupanya dah 20 hari kita berpuasa...masa berlalu begitu pantas, tinggal 10 hari je lagi bulan yang mulia ni nak berlalu pergi..masa kecil-kecil dulu, mak selalu kata...."dah dekat-dekat nak habis posa ni, penghuni-penghuni kubur semua menangis kesedihan sebab hukuman akan bermula semula, bulan posa ni seksa kubur untuk orang-orang islam "direhatkan"....begitulah..dari kecil lagi kita ditanamkan dengan cerita-cerita tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan ni...mudah-mudahan kita masih berpeluang bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ni untuk tahun-tahun yang akan datang....
Apapun,orang-orang kita sekarang ni, makin dah nak habis bulan Ramadhan, tentu sekali ramai yang sangat riang gembira, almaklumlah dah nak beraya...masing-masing sibuk berbalanja, shoping sakan membeli pakaian dan tentu sekali kuih muih (kek, biskut dan kerepek)...huh! kaya taukeh-taukeh kuih musim-musim begini...
Tak kisah la, yang penting kita masing-masing beringat dalam bab-bab berbelanja ni... masa beraya sakan beli itu dan ini, lepas raya....alahai..posa nam gara-gara pokai! Ish-ish....

katakan saja!: dah berumur ni, tengok anak-anak beraya tu kira beraya la....

No comments:

Post a Comment