Assalamualaikum dan salam buat semua.
Sebenarnya tak ada apa-apa pun yang terlintas difikiran untuk aku kongsi diruangan blog aku yang dah lama tak terusik ni.....Tetiba rasa nak buka...so alang-alang dah buka,tulis lah apa yang rasa nak tulis. Lagipun sekarang ni agak busy dengan tugas-tugas hakiki, maka nya masa tidak mengizinkan untuk aku dok mengadap lama-lama blog ni...hehehehe..(alasan...!)
Kehidupan pun biasa-biasa saja...hari-hari buat rutin yang sama..nak kata "boring" melampau tu tidak juga sebab semua orang yang bekerja melalui rutin masing-masing. Macam aku ni, bergelar cikgu, pagi pi sekolah, petang buat lah apa-apa aktiviti bebas samada bersama keluarga atau rakan taulan dan malam juga kadang-kadang kena hadir buat kelas tambahan.
Bergelar cikgu ni bukan hanya terikat dengan tugas mengajar saja, kadang-kadang macam-macam benda nak kena buat, itu lah sebab kadang-kadang ada teman-teman yang merungut malah ada yang "menjeruk rasa". Apa nak buat...kerja!kerja!kerja!......Pasrah je lah......
Bekerja dengan manusia......tidak boleh lari dari "terasa"! Bila dengar cerita-cerita tu, macam-macam, sampai kat hati aku pun ada macam-macam rasa juga...suka, marah, geram, benci, meluat bagai...... itu baru mendengar, kalau mengalami tak tau nak cerita lah!
Apa-apapun jalan selamat, jangan lah mengharapkan "sesuatu"...jangan harap apa-apapun walaupun sebaris ayat pujian.... Hati manusia sukar untuk di teka...kalau meneka pun segalanya samar......ada yang kalau depan kita baik sangat-sangat tapi kalau kat belakang...MasyaAllah!...ada juga yang depan kita selamba je, versi "tak ada perasaan" tapi rupanya sangat menghargai apa yang kita buat...dan macam-macam lagi lah! Nama pun manusia...complicated! Jujurkan hati kita.....nak berharap apa-apa, harap dan minta lah pada Allah! ternyata ianya memberi bahagia yang tidak terkata! Percayalah...! ok lah, tak boleh lama-lama, ada extra class jam 8.15 mlm ni....:-)
lamo tak nulih cekgu tuuu... hahah
ReplyDelete