Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday 11 January 2012

Kisah aku dan mereka

Assalamualaikum.... Salam sejahtera buat semua.
Entri ini sepatutnya dah publish few days ago, tapi memandangkan agak bz mengendalikan minggu orientasi pelajar Tingkatan 4, so tertangguh lah tema nya. Bila rasa ada kelapangan tu, boleh lah tulis cerita yang aku nak tulis....
Ya lah, bila masa dah bertambah busy nanti, tentu blog ni akan kesepian tanpa kata.....
This entri ku still nak share kisah kenangan aku bercuti di Beijing baru-baru ni. Nak abadi kan gambar-gambar mereka semua yang menceriakan 10 hari hidup aku di musim sejuk di Kota Beijing China. Masa yang sesingkat itu sesungguhnya memberi makna yang cukup bermakna untuk aku. Ceria, bahagia dan kegembiraan yang dicipta bersama mereka menjadikan kenangan di Beijing satu persinggahan singkat yang abadi diingatan :-) Mereka tentunya  sahabat yang harus aku simpan sebagai "harta" ku! Sebab itu lah dalam hidup ni, sahabat itu sangat penting untuk memberikan sokongan emosi yang berpanjangan dalam apa jua situasi yang bakal kita hadapi. Diri kita dan sahabat yang berada disekeliling kita adalah satu hubungan yang saling melengkapi.....suatu "simbiosis"!
Sebahagian kecil gambar-gambar yang telah dirakamkan ku share di blog ku ini.

Bersama Fazli Zainal, Rasol, Dato'Ruhaidini dan Amirulhaq (anakanda Dato') Mendoakan semoga hubungan persaudaraan yang terjalin antara kami akan kekal hingga ke hujung nyawa dan tembus ke pintu syurga.
Tumpang sekaki pose.....mana tahan! Walaupun bukan retis, ku tetap nak lawan si Fazli bab-bab mengepose! Kalau bab menyanyi....hehehe..jauh ketinggalan la aku... Kagum cz Fazli ni tak pernah nak kata dia hebat atau apa...walaupun dia memang hebat dari segi bakat menyanyi.....enjoy dapat kenal somebody yang releks macam Fazli Zainal ni :-)

"Sun set" di Tasik Hohai (entah betul atau tak ejaan tu..) bersama Kakak dan adik ku.

Pose di atas tasik yang beku :-) mereka bertiga ni memang individu yang sangat menyenangkan.

Sesi minum teh mengikut tertib dan tradisi cina

Tradisi yang agak pelik!

Suprise! Majlis sambutan birthday Fazli Zainal dan Belated Birthday untuk Rasol bersama-sama dengan pelajar malaysia di Beijing Language & Culture University



Merakam kenangan dengan adik-adik pelajar BLCU.

Bersama adinda ku, makan kek dalam kedinginan salji sebelum aktiviti ber Ski!

Bersama Birthday Boy dan kakak Dato'


Berlima mencipta suasana dan keriangan

Bergambar bersama Fazli menuju ke Istana Kota Larangan

Bergambar bersama sahabat Tuan Hakim dan Tuan Penguam (Ayie dan Ijam). Mereka berdua menambahkan lagi keceriaan dan kegembiraan di Beijing :-) miss them!


Di salah satu lokasi dalam Istana Kota Larangan yang tersimpan pelbagai kisah maharaja China dari beberapa Dinesti!


Depan Pintu Masuk Istana..kata orang cina..pegang tombol pintu istana ni and make a wish :-)



Lokasi di dalam Istana Kota larangan yang menjadi tarikan ramai pengunjung..."Pohon Cinta" Di sini lah dikhabarkan Maharaja bergambar dan beristirehat dengan Maharani...menyubur dan mengekalkan cinta mereka..kononnya lah! hehehe

No comments:

Post a Comment