Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday 27 January 2012

Sembang Hujung Minggu je ni :-)

Assalamualaikum  dan salam buat semua.
Betul lah kata orang, kalau kita berhenti menulis, lama-lama semangat dan keinginan untuk menulis tu semakin hambar dan kemahiran yang sebenarnya ada dalam diri pun turut pudar. Seminggu bercuti ni sebenarnya banyak sangat masa lapang yang boleh aku peruntukan untuk mengupdate blog ni...tapi adooo? ...
Macam hari ni, dari pagi tadi lagi tak ada benda nak buat.....bila buka lap top, layan FB then cuba gak nak update entri blog tapi otak rasa kosong je dan hati "kata" tak nak..emmmmmm gitu lah!
Kira nya ni entri paksa diri.....tulis lah apa saja yang terlintas dalam fikiran..."sekadar borak kosong"! 
Esok dah last day bercuti....seminggu tu rasa sekejap je....walaupun tak banyak perkara yang dilakukan semasa cuti ni..memang adat manusia, suka sangat kalau dapat rehat dan tak buat apa-apa.."makan-tido" tema yang sangat digemari oleh kebanyakkan orang kita!!! hehehe....ianya sangat tidak sihat! Seminggu ni, aku dapat rasa macam tak "produktif" je.... tapi masa tetap jua pantas berlalu..!
Apapun, yang positifnya, cuti ni banyak masa dapat dihabiskan bersama keluarga, walaupun tak pi bercuti ke mana-mana,banyak masa berada di rumah, sekurang-kurangnya dapat tengok TV sesama, makan sesama..dan semalam siap basuh kereta ngan anak-anak. Bila dah start kerja, hanya makan malam je la dapat makan bersama. 
Beberapa hari lepas sempat lah juga bawa family gi jejalan kat Mines Seri kembangan... anak-anak memang suka sangat. Sebenarnya pi Mines tu cz my wife nak makan Kenney Rogers..hehehe..ya lah kat Bentong ni mana lah ada :-(
Pada asalnya ada jugak plan nak bercuti beberapa hari kat tempat peranginan, namun kesihatan my wife tak mengizinkan, Doktor nasihatkan agar berehat je kat rumah..untuk kebaikan "permata hati" kami yang ke empat, Insyaallah Julai nanti.... so berehat sungguh la kami kat umah....
Ok..Malam esok jangan lupa Anugerah Juara Lagu yang ke 26! Aku memang mengikuti AJL sejak dulu lagi. Tapi nowadays susah dah nak teka lagu mana yang boleh jadi juara. Sebab TV3 pun (juri-juri yang dipilih) dewasa ni dah bercitarasa "pelik". Kadang-kadang lagu entah apa-apa dan langsung tak "menangkap dek halwa teliga" pun boleh muncul juara! Lagu yang langsung tak ada impak! Alasannya....mencari kelainan...katanyaaaaa..... kalau nak sangat cari kelainan, buat lah pertandingan "juara lagu yang lain dari yang lain"!...Walaupun aku ni tak ada ilmu tentang muzik, bagi aku, lagu yang mempunyai melodi yang indah dan lirik yang puitis, penuh makna dan bererti tu lah yang selayaknya jadi Juara Lagu...ceeewahhh...macam juri lak aku ni! Apapun kalau pada aku lagu yang layak menang tahun ni...hehehe..tentu lah lagu BERIBU SESALAN! Lagu yang mempunyai melodi yang sangat indah, lirik yang puitis dan dialunkan dengan penuh seni oleh 3 vokal yang sangat mantap. 3 suara diadun menjadi satu! Kalau tak pun, lagu Sedetik Lebih pun boleh la diterima....jangan tetiba Projek Pistol lak yang menang...huhuhu..tentu haru! Apapun kita tengok je la malam esok artis-artis tu berjuang sesambil makan kacang depan TV!
Ok...selamat berhujung minggu semua :-)
Meluangkan masa bersama keluarga tentunya satu "riadah" yang sangat sihat untuk memastikan kestabilan emosi anak-anak....Mereka adalah Anugerah Allah. Kehadiran mereka mengembirakan kita dan kita pula sewajibnya berusaha menggembirakan mereka :-)
Bermain itu adalah moment indah untuk semua kanak-kanak. Walaupun kadang-kadang permainan mereka tu yang membuatkan kita pening kepala.....huhuhu...

Katakan saja! ingat masa lapang mu sebelum tiba masa sibuk...emmmm next week ni banyak benda nak buat nih!!!!!

Monday 23 January 2012

Mestilah Teruja.....!

Assalamualaikum dan salam buat semua....
Sebenarnya tak ada isu pun yang nak dibicarakan kat blog ni...sesekali rasa nak menulis so....tulis lah! Kalau last year masa memula ada blog, hari-hari rasa nak menulis..tapi lelama..emmmm sendu lah tema nya! Its ok, yang penting...aku ada blog...hahaha.......!
Sebenarnya entri ni just nak kongsi rasa teruja....bukan lah teruja tahap "gaban" pun... Sebelum ni dah dua entri aku tulis dan share gambar-gambar percutian masa di Beijing China tempuh hari...semalam my friend, penyanyi Fazli Zainal tag kan cover Majalah Media Hiburan....kat my FB, kata nya gambar-gambar percutian kami ada dalam majalah hiburan tu...(emmmm memang bertuah kenal artis ni..hehehe....lagi bertuah sebab kenal penyanyi yang memang berbakat dan sangat baik....bak kata orang, boleh di jadikan sahabat..bukan nya artis yang "kekwat" sepanjang masa....ada gak artis yang hanya nak berkawan ngan golongan glemer je..orang kebanyakan "rakyat jelata" ni...emmmmmmm sorry lah..ada aku kesahhhhh! "katanya".....Anyway...Thanks Dear Fazli Zainal....At least dapat ku jadikan majalah ni sebagai kenangan juga...."Takkan lah tidakkkk"....:-)
Mungkin ada orang akan kata "eleh..kuar majalah pun nak bising"....tak pe lah...kalau yang kata tu bukan retis...."kau mampu???"...hahahaha......
Macam aku ni..jauh sangat dengan dunia glamer-glamer ni..cikgu lah katakan..so bila ada gambar kuar kat majalah hiburan..so...mesti lah something untuk aku.....
Moral of the story.....kalau berpeluang, berkawan dan bersahabat lah dengan sesiapa pun..ada benda yang kecil di mata orang lain tapi mungkin besar di mata dan di hati kita. Sahabat tu kan saling melengkapi...dan mengembirakan sahabat-sahabat kita itu adalah sesuatu yang dituntut! kalau kawan kita tu artis, tak semestinya kita nak tumpang glamer dia..tak ada motif pun....cz nak glamer untuk apa?....yang penting kita sokong dan doa kan agar dia terus maju dalam dunia nya.....kita plak terus berusaha untuk maju dalam bidang kita....tak gitu?
Antara kisah dan gambar-gambar yang di siarkan dalam Majalah Media Hiburan...sure lah kisah Penyanyi Fazli Zainal..hehehehe...Takkan lah tidakk!!!

Katakan saja!: buat lah kerja apa pun...... yang penting hati kita sendiri :-)

Sunday 15 January 2012

Assalamualaikum....
Dah lama tak menulis, malam ni tetiba je rasa nak update entry...emmmm sebab aku nampak "resah" dalam mata sahabat aku sebentar tadi!
Sebenarya just came back home dari jumpa sahabat lama...sahabat baik yang ku kenal masa kat Universiti dulu lagi. Dia dari Kelantan, kebetulan lalu Bentong, so ambil kesempatan jumpa.
Datang jemput kawan kata nya...
Jemput kawan?...Ehhhh..kawan tu tak boleh naik bas ke untuk kembali ke KL? Kenapa kawan yang ada kat KL nak kena datang jemput sampai ke Kelantan untuk balik semula ke KL?
Begitu lah sahabat aku yang sorang ni, kalau untuk kawan, segala nya mungkin....Namun kerap juga menyatakan betapa hatinya sering juga tersinggung dengan sikap kawan nya tu...ish-ish-ish!
Sebab itu lah....tak semua manusia itu tahu mentafsirkan definisi sebenar persahabatan....mungkin pada dasarnya tahu apa makna kawan mahupun sahabat, namun tak ramai yang mampu untuk menterjemahkan perkataan itu untuk merangkumkan nya dalam erti yang sebenar dan luas!! Perhubungan yang seharusnya menguntungkan kedua-dua belah pihak, tapi malangnya tidak!!!!..kerana yang sebelah lagi hanya tahu mengambil kesempatan!
Aku tulis ni sebab aku nampak.....dan ku rasa ku mampu menyelami hati sahabat aku ni....
Buat sahabat aku.....harapnya, berwaspada dalam berbuat baik....kerana tidak semua orang tahu untuk menghargainya......Tidak menghargai mungkin tidak lah terlalu menyakitkan tapi kalau mengambil kesempatan? ........entah lah? 

Katakan saja!: hanya hati sendiri saja yang tahu segala-galanya! mungkin duka di mata orang tapi berbunga di hati sendiri...siapa tahu!

Wednesday 11 January 2012

Kisah aku dan mereka

Assalamualaikum.... Salam sejahtera buat semua.
Entri ini sepatutnya dah publish few days ago, tapi memandangkan agak bz mengendalikan minggu orientasi pelajar Tingkatan 4, so tertangguh lah tema nya. Bila rasa ada kelapangan tu, boleh lah tulis cerita yang aku nak tulis....
Ya lah, bila masa dah bertambah busy nanti, tentu blog ni akan kesepian tanpa kata.....
This entri ku still nak share kisah kenangan aku bercuti di Beijing baru-baru ni. Nak abadi kan gambar-gambar mereka semua yang menceriakan 10 hari hidup aku di musim sejuk di Kota Beijing China. Masa yang sesingkat itu sesungguhnya memberi makna yang cukup bermakna untuk aku. Ceria, bahagia dan kegembiraan yang dicipta bersama mereka menjadikan kenangan di Beijing satu persinggahan singkat yang abadi diingatan :-) Mereka tentunya  sahabat yang harus aku simpan sebagai "harta" ku! Sebab itu lah dalam hidup ni, sahabat itu sangat penting untuk memberikan sokongan emosi yang berpanjangan dalam apa jua situasi yang bakal kita hadapi. Diri kita dan sahabat yang berada disekeliling kita adalah satu hubungan yang saling melengkapi.....suatu "simbiosis"!
Sebahagian kecil gambar-gambar yang telah dirakamkan ku share di blog ku ini.

Bersama Fazli Zainal, Rasol, Dato'Ruhaidini dan Amirulhaq (anakanda Dato') Mendoakan semoga hubungan persaudaraan yang terjalin antara kami akan kekal hingga ke hujung nyawa dan tembus ke pintu syurga.
Tumpang sekaki pose.....mana tahan! Walaupun bukan retis, ku tetap nak lawan si Fazli bab-bab mengepose! Kalau bab menyanyi....hehehe..jauh ketinggalan la aku... Kagum cz Fazli ni tak pernah nak kata dia hebat atau apa...walaupun dia memang hebat dari segi bakat menyanyi.....enjoy dapat kenal somebody yang releks macam Fazli Zainal ni :-)

"Sun set" di Tasik Hohai (entah betul atau tak ejaan tu..) bersama Kakak dan adik ku.

Pose di atas tasik yang beku :-) mereka bertiga ni memang individu yang sangat menyenangkan.

Sesi minum teh mengikut tertib dan tradisi cina

Tradisi yang agak pelik!

Suprise! Majlis sambutan birthday Fazli Zainal dan Belated Birthday untuk Rasol bersama-sama dengan pelajar malaysia di Beijing Language & Culture University



Merakam kenangan dengan adik-adik pelajar BLCU.

Bersama adinda ku, makan kek dalam kedinginan salji sebelum aktiviti ber Ski!

Bersama Birthday Boy dan kakak Dato'


Berlima mencipta suasana dan keriangan

Bergambar bersama Fazli menuju ke Istana Kota Larangan

Bergambar bersama sahabat Tuan Hakim dan Tuan Penguam (Ayie dan Ijam). Mereka berdua menambahkan lagi keceriaan dan kegembiraan di Beijing :-) miss them!


Di salah satu lokasi dalam Istana Kota Larangan yang tersimpan pelbagai kisah maharaja China dari beberapa Dinesti!


Depan Pintu Masuk Istana..kata orang cina..pegang tombol pintu istana ni and make a wish :-)



Lokasi di dalam Istana Kota larangan yang menjadi tarikan ramai pengunjung..."Pohon Cinta" Di sini lah dikhabarkan Maharaja bergambar dan beristirehat dengan Maharani...menyubur dan mengekalkan cinta mereka..kononnya lah! hehehe

Friday 6 January 2012

Pertama Kali Buat Aku "Kisah aku, ski dan salji"

Assalamualaikum.....dan salam buat semua

Lamanya tak jenguk blog aku ni, apatah lagi nak update entry baru.....rasa nya dah lebih 3 bulan dah tak tulis apa-apa kat blog ni...Nasib baik la tak expired! Kalau gini gaya, macam mana lah nak jadi penulis blog yang berjaya..(hahaha...ada hati nak berjaya dalam arena berblogging ni!)...
Its ok la, tak jadi blogger yang berjaya pun tak apa lah, yang penting blog ni tetap wujud untuk aku "album" kan kisah-kisah yang aku suka.
Ni pun bukannya nak tulis cerita sangat, just nak keep and share gambar kisah aku, ski dan salji! Al-maklum lah, ni lah pertama kali aku aku dapat berbaring di atas salji dan bermain ski.
Kesempatan 10 hari berada di Kota Beijing China di musim sejuk,(24 Dec 2011 - 2 Jan 2012) memberi aku ruang dan peluang untuk aku mengalami semua ini buat pertama kali. (ke Beijing atas perlawaan sahabat/kekanda ku Dato'Ruhaidini Abd Kadir- "Thanks kak".)
Bila berkelapangan kelak, akan ku update lagi kenangan indah di Beijing selama 10 hari bersama sahabat!

Pandai atau tidak meluncur tak penting....! Yang penting ada gaya! hahaha.."Tak kan lah tidak."





Bersama Fazli Zainal...Posing dulu sebelum memulakan acara bermain ski!

Adinda Ku: Rasol (DJ Sabah FM)




Best sangat berbaring atas salji ni!



Pose selepas dah tunggang terbalik "jatuh" semasa meluncur! Maintain gaya! Kuang-kuang-kuang...











Rehat! Di luar restoran selepas pekena kopi panas..emmmmmm.....


Sahabat Ku di Beijing...Penyanyi Bersuara Emas, Saudara Fazli Zainal! Bersemangat nak bermain Ski, sudahnya.... sejam je dah berhenti...hahaha...:-)



Gaya je lebih...meluncur belum lagi.....





Katakan saja: Jauh berjalan luas pandangan....kenangan indah yang mampu mengundang ombak rindu!