Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday, 22 February 2012

This is Love All About...:-) so Sweet!

Assalamualaikum.....Salam Buat Semua.
Dah sangat lama tak update blog ni.....jenguk tu ada juga...sapu-sapu sawang yang melekat kat blog yang dah lama ditinggalkan ni...sayang tetap sayang cuma semangat je yang kurang.....so bila semangat untuk menulis tu tak ada, jangan kata nak buat aktikel atau cerita yang panjang lebar, sebaris ayat pun rasa tak berdaya.....gitu lah!
Anyway, malam ni tetiba je rasa ada ilham untuk menulis...bukan banyak pun ilham tu, tapi hanya sepatah dua kata setelah terjumpa gambar yang sangat cute ni kat laman FB. Gambar yang sangat "best"...sangat romantik...Gambar negarawan yang sangat-sangat aku minati, kagumi dan sanjungi....Tun Dr M dan Isteri. Selain aku, rasanya berpuluh ribu lagi rakyat Malaysia yang mengkagumi beliau.

Bila tengok gambar ni.....aku senyum sendiri dan kembang je rasa hati.....apa yang terdetik di hati..."bahagia nya mereka berdua".....Negarawan yang bijak, berilmu dalam pelbagai hal....kesibukan menjalani aktiviti dan kerja harian tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka menyemai cinta...! Biasa kita dengar macam-macam madah tentang cinta...namun potret indah ini lebih mampu menterjemahkan dengan jelas "dua insan bercinta" dan mampu menyemai serta membajai cinta mereka hingga ke hayat yang ada. Semoga Allah terus memelihara cinta mereka hingga bisa tembus ke pintu syurga.
Sebagai rakyat yang membesar di bawah pentadbiran Tun Dr M......can't find the suitable words to discribe kekaguman aku terhadap beliau....Dia idola jelata!

Katakan saja! Ingin sekali menjadi seperti beliau..namun dia hanya satu dalam berjuta!