Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Saturday 26 November 2011

Tahun Baru..Semoga Lebih Bermakna & Bahagia.

Assalamualaikum dan salam Tahun Baru Hijrah 1433. Buat semua :-)
Walaupun sambutan tahun baru hijrah tidak semeriah Sambutan New Year Masehi, namun sebagai orang Islam kita seharusnya menyedari dan meraikan kehadiran tahun baru 1 Muharram ini.
Permulaan tahun baru yang seharusnya menerbitkan azam di jiwa kita semua, azam untuk menjadi  lebih baik dari semalam.
Lebih baik itu mungkin satu ukuran yang subjektif, namun sekurang-kurangnya kita meningkatkan usaha kita untuk menjadi insan yang lebih matang dalam menangani arus kehidupan. Berusaha mengurus kelangsungan hidup ke arah yang lebih baik dan boleh dibanggakan.
Buat semua teman.....Selamat Tahun Baru Hijrah!
Wassalam....
Katakan saja: sambut tahun baru tak perlu ada party2 yang bukan-bukan, cukup sekadar bersyukur masih diberi peluang untuk menikmati keindahan dunia ini.

Thursday 24 November 2011

Banjir Belum Betul-Betul "Meriah" Tragedi Dah Bertandang!

Assalamualaikum...Dan lewat Malam buat semua.
Sumber Gambar: Metro Online

Just nak share rasa sedih dan simpati terhadap mangsa banjir...lebih menyayat hati, banjir belum betul-betul "hebat" tapi telah berlaku kemalangan jiwa.
Ibu bapa dan ahli keluarga mesti lah berjaga-jaga! Tahap kepekaan terhadap anak-anak dan ahli keluarga (terutamanya kanak-kanak) mesti lah ditingkatkan. al-maklumlah kanak-kanak!...memang suka kan air.... nampak air longkang melimpah je, perasaan mereka juga turut melimpah dengan keriangan!
Malang tak berbau, maka perhatikan mereka.
Jangan sampai air mata kekesalan mengalir laju, sederas air hujan yang turun dimusim tengkujuh ni!

Katakan saja!: berdoa ke hadrat Allah agar dijauhkan dari segala malapetaka...amin...

Wednesday 23 November 2011

Memang Memalukan! Sangat!

Sumber gambar: Metro Online
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Semua.
Lagu Terbaik AIM "Penakut" nyanyian Yuna di tarik balik!
Kononnya kesilapan teknikal! Hahahaha...Lucu!
Anugerah Industri Muzik yang kononnya paling berprestej boleh ada kesilapan teknikal...?
Macam pertandingan peringkat kampung dan juga peringkat daerah Plak!
Memang tidak dinafikan lagu "sedetik lebih" nyanyian Anuar Zain (menang lagu Pop terbaik) lebih menyengat dan memberi kesan serta popular, namun dalam satu-satu pertandingan, bila keputusan dah keluar, nak plak seantero negara dah tahu..so itu lah keputusannya! Main tarik-tarik balik ni...memang lucu dan sangat memalukan! Rasanya kat Malaysia je kot berlaku perkara bertema kan "badut" ni!

Katakan saja!: bukan minat Yuna sangat, tapi kagum dengan kebolehan dan kerja keras anak muda itu dan simpati untuk dia...all the best Yuna! jangan kisah sangat dengan kes-kes lawak bodoh tu!

Penatnya Mereka!

Kejayaan Manis yang masih segar! Tetap Segar!
Assalamualaikum dan salam buat semua.
Baru lepas layan game bola Malaysia Vs Syiria..
emmmm...tak ada la rasa frust sangat..tapi...
Lebih kepada kesian...
tak sampai 48 jam rehat! Mana mungkin untuk beraksi cergas dan mantap!
Bermain secantik mana sekalipun, untuk menang memang sukar kalau stemina tak cukup!
Harap kekalahan 0-2 malam ni tidak akan menjadi bahan kutukan!
Juga berharap momentum sokongan tidak akan mengendur dengan kekalahan ni...
Sesekali mari kita fahami mereka.
Penat! Jerih perih mereka dipadang...berjuang untuk nama negara tercinta!
Sesiapa pun mengharapkan kemenangan...namun, harapan tidak semudah yang kita bayangkan!
Ada ketika......kecundang jua...
Adat permainan, ada kalah ada menang..dan malam ni bukan milik kita..
Juga mungkin belum masanya untuk anak-anak Malaysia mengerah keringat untuk berada di Olympic bagi bola sepak.. Suatu hari kelak, pasti peluang itu datang juga berkat usaha semua pihak!
Malaysia Boleh!
Semoga akan terus menjadi Wira untuk tempoh yang panjang!

Katakan saja!: tetap penyokong setia!

Banjir Datang Lagi :-)

Assalamualaikum..dan salam rindu buat semua :-)
Rindu la cz dah seminggu lebih tak buka blog ni..jangan kata nak update, berkunjung pun tidak..
Dulu masa memula ada blog, berangan jugak nak success dalam arena berblogging ni, but la ni...alahai, kalah dengan kekangan masa dan juga agenda kehidupan seharian yang kadang-kadang tidak memungkinkan diri untuk mengadap lap top..huhuhu..:-(
Its ok...berblogging ni untuk mengisi masa selain berkongsi rasa dengan mereka yang membaca entri-entri yang ditulis.
Actually, dah 5 hari berada di kampung, malam ni kiranya berkelangan untuk buka blog ni, sebenarnya sesambil tunggu live bola sepak malaysia vs Syiria jap lagi.
Macam biasa la, kalau bulan November dan Disember, negeri-negeri pantai timur cam kelantan dan Trengganu pasti akan dilanda hujan lebat...dan akan banjir. Sepanjang 5 hari kat kampung ni, hujan tak berhenti-henti lagi..lembap je....kain baju pun dah mula mengeluarkan aroma yang kurang menyenangkan...ya la, berhari-hari jemur tak kering-kering juga!
Bila dah hujan lebat saban hari, nak ke mana-mana pun susah...selain susah, rasa malas pun lagi lah menguatkan kuasanya dalam diri ni..alamatnya, berselimut sepanjang hari..tema nya 'makan-tido" lah! Walaupun hujan tak berhenti-henti setakat 4-5 hari ni, kat kelantan masih belum kedengaran tempat yang teruk dilanda banjir yang menyebabkan berlaku perpindahan penduduk....mungkin sikit masa lagi...rakyat kelantan pun dalam keadaan beringat-ingat dan bersiap sedia untuk menghadapi banjir ni..ya la dah saban tahun menempuhinya..alah bisa tegal biasa...!
Di Teganu, nampaknya dah ada beberapa kawasan yang telah dilanda banjir.
Harapnya banjir tahun ni tidak akan mendatangkan kemusnahan besar kepada para penduduk....juga berdoa agar dijauhkan sebarang tragedi yang tidak diingini...Amin....

Katakan saja!: kalau banjir sikit-sikit..boleh jadi macam pesta air juga...seronok! hehehehe...

Tuesday 15 November 2011

"Pot Luck"Lagi! Mencipta Meriah!

Assalamualaikum..dan salam buat semua.
Terima kasih kerana sudi berkunjung walaupun tak ada entri baru yang canggih manggih dan menarik...terharu juga bila tengok ada yang datang sini walaupun tuan punya blog ni pun beberapa hari ni tak jenguk pun....:-(
Ni entri "tak ada kerja" tema nya!......hahahaha..
Memandangkan SPM dah bermula, so aktiviti ajar-mengajar dah tak ada, so banyak masa diperuntukkan untuk membuat kerja-kerja dokumentasi. Mengemas kini data-data akhir tahun dan juga fail-fail yang sepatutnya. Hari ni, kat Bilik guru bidang Matematik Sains kami bersepakat buat "Pot-Luck". 
Dengan duit panitia yang ada, siap order kek Secret Recipe lagi...yang penting "bukan untuk peserta kursus" hahahaha......(hanya orang-orang tertentu saja yang faham).
Dalam banyak-banyak menu tu, yang paling best makan nasi lauk daging goreng, celur pucuk ubi kayu cicah budu! emmmmmmm sedappp nya! tak turun kantin kami hari ni. Walaupun kecil-kecilan, meriah nya macam pesta...kuang-kuang-kuang! Ye ke?
"Pot Luck" ni bukan apa-apa pun, just nak mencipta "kemeriahan" memandangkan lusa (jumaat) dah last day sesi persekolahan bagi tahun 2011 ni. Selain itu, hujung tahun ni kami kat sini tak leh bercuti panjang seperti biasa cz dalam cuti nanti kena hadir juga ke sekolah beberapa kali untuk menjayakan beberapa agenda yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran sekolah, terutamanya penilaian pensijilan 5S oleh MPC! huhuhuh...sendu!
Esok pun ada rombongan dari BPTV Putrajaya nak datang melawat sekolah....selain itu ada majlis meraikan persaraan seorang guru sekolah ni kat Rest House Bentong. Lunch!
Ok.......nanti jumpa lagi next entri..kalau ada kelapangan :-) hehehe.....

Katakan saja!: kalau tak buat entri ni (update blog), mesti ulang pot luck kat kantin pulak sementara tunggu masa nak balik..lalalalala....

Monday 14 November 2011

MasyaAllah...Terlupa!

Assalamualaikum dan salam buat semua.
My Girl...Ainputri Humairrah...Selamat Berulang Tahun! Kasih sayang papa tiada sempadan..

Semalam seharian aku tak jenguk blog ni, walaupun hari minggu tapi ada beberapa benda yang perlu diselesaikan, termasuk pi tolong wife aku gotong royong bilik darjah dia (dia guru kelas). Gara-gara 5S, hari minggu pun turun padang. Hari ini plak SPM exam bermula. Awal pagi tadi ramai juga lagi student yang datang jumpa untuk bersalam..(minta restu la kiranya)...:-)
Petang tadi dalam pukul 6.30 petang baru teringat, hari ni 14 November! Ya...birthday anak gadis kesayangan ku....Ainputri Humairrah! Ulang tahun ke 4 tahun.
So sorry sayang, papa dan mama terlupa (mama dia lagi la, berkursus sepanjang minggu ni....kesian isteri ku tercinta, penat sangat nampak nya...nak buat macam mana, dah tugas)
Buat anakanda papa tersayang, Ain (anak ku yang ke 2).....Selamat berulang tahun sayang. maaf sangat-sangat cz terlupa...esok sure papa belikan kek dan juga hadiah!...
Kekangan masa dan kerja-kerja beberapa hari ni, jangan kata nak update blog, birthday anak pun sampai terlupa! Ish-ish-ish.....

Katakan saja!: nasib baik baru empat tahun..kalau empat belas tahun pasti muncung dan merajuk sampai dua-tiga hari..huhuhu....papa minta maaf ya sayang!

Friday 11 November 2011

ALAMAK!!!!!!!!

Assalamualaikum...

Macam-macam lah....nak buat macam mana, dah persepsi masyarakat bahawa kerja cikgu tu sangat mudah! Senang! tak tension! santai dan sama waktu dengannya....so kasi lah lebih kerja dan lebih masa......

Front Page Utusan Malaysia Today (12.11.2011)

Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012?

ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.
Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.
Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.
"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.
"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.
Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.
"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.
Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

Katakan saja!: malas nak komen....senyum je la..apapun selama ni memang kerja lebih 9 jam, kadang-kadang malam pun masih kat sekolah!

Perjuangan Juga Ni!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua :-)

Hiasan Semata! (google)
Tulis blog tu juga perjuangan?.....macam lucu saja bunyi nya….
Cuba buka Kamus Dewan dan check makna sebenar perjuangan… !
Menulis tentunya menuntut kreativiti yang ada dalam diri setiap individu, samada nilai kreatif itu ada sikit ataupun banyak, ianya perlu untuk kita mengolah apa jua cerita yang ingin diceritakan.
Tak kan kita main tulis saja tanpa mengharap apa-apa! Sekurang-kurangnya kita mengharapkan orang lain yang membaca memahami apa yang kita tulis. Selain itu, kita juga mencuba untuk menjadikan cerita kita itu menarik. Sakan juga memikir bagaimana untuk mencipta pelbagai emosi dalam cerita. Bila banyak benda yang berlegar dalam minda dan menuntut suatu usaha, maknanya kerja yang kita buat itu satu perjuangan. Mungkin matlamatnya kecil!
Tak kan nak sama kan menulis blog dengan perjuangan menuntut kemerdekaan..kan lucu bunyinya.
Sebenarnya dari aspek mikro, kehidupan itu sendiri satu perjuangan….perjuangan mengharungi pelbagai perkara yang berlaku penuh liku……

Katakan saja!: selagi hayat dikandung badan, semua orang tak akan terlepas dari berjuang dan perjuangan. Percayalah!

Fasha Oh Sandha....! Apa Nak Jadi Ni?

Assalamualaikum dan salam..
Once again nak share tentang penampilan artis Malaysia dewasa ni...kali ni artis yang memang popular dan aku pun minat sangat dengan lakonan dia ni....Sekarang drama rantaian lakonan dia pun tengah meletup-letup kat TV3. Cinta Elysha....Dan gerangannya ialah:-
Fasha Sandha....
Pada pandangan peribadi aku, Fasha Sandha ni memang seorang pelakon yang berbakat besar, tapi tak pandai nak bawa diri!
Ramai yang minat dia (2 kali menang anugerah Pelakon Drama Wanita Popular- Anugerah Bintang Popular Berita Harian) bukan sebab dia cantik(ramai lagi pelakon wanita yang lebih cantik) atau lakonan dia hebat tahap melampau, tapi kerana watak yang dia bawa! Tengok Drama Natasha, Chinta dan sekarang Cinta Elysha... (nilaikan sendiri watak-watak itu)!
Namun, di alam realiti, Fasha sering tampil dengan penampilan yang "sangat teruk" terutamanya di majlis-majlis glemer macam majlis-majlis Anugerah! Jauh berbeza dengan watak-watak yang beliau bawa dalam drama dan juga filem!
Awak tu dah pelakon senior, popular dan memang semua orang tahu awak tu seksi, jadi tak perlu lah nak "tunjuk beria-ria lagi"!
Kata menjadikan Sofea Jane sebagai Idola....Sofea Jane tak pernah tampil "seburuk" ini kat mana-mana majlis! 
Kalau pun Fasha ni nak tingkatkan lagi populariti, rasa nya memilih untuk tampil dengan penampilan yang se seksi ini adalah satu tindakan yang sangat bodoh!
Dato' Ct paling tersohor...sangat popular tanpa perlu bereksperimen sebegini rupa! Sebab Dato' Ct seorang individu yang sangat bijak membawa diri dan merencanakan perjalanan seni beliau...itu saja jawapan nya!

Katakan saja!: minat lakonan Fasha tapi menyampah dengan cara dia membawa diri dalam perjalanan seni nya!

Dah Setahun Rupa nya Putera Ke 3 Ku

Assalamualaikum...dan salam sejahtera buat semua.
Hari ni tarikh yang sangat cantik 11.11.11 dan hari ni juga merupakan hari jadi anakanda ku yang ke 3 , Imanputra Affan. (DOB : 11.11.10)
"Selamat berulang tahun sayang"!
Papa sentiasa doa kan agar Affan akan menjadi anak yang soleh dan beroleh keberuntungan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Tiga hari lagi birthday kakak Ain (Ainputri Humairrah) pulak/ 14.11. yang ke 4 Tahun.
Hari pertama: Imanputra Affan, beberapa minit selepas dilahirkan di KBMC Kota Bharu Kelantan.
Semasa berumur 7 Bulan
Beberapa bulan yang lepas- Bersama Abg Adi dan Kakak Ain sebelum tidur :-)

Gambar Terbaru.


Katakan saja: bahagia tengok anak-anak membesar depan mata...semoga mereka semua dilindungi Allah dari sebarang musibah dan bakal menjalani kehidupan dengan baik di bawah rahmat yang maha Esa.

Thursday 10 November 2011

Merungut!


Assalamualaikum ...
Sekadar Hiasan (google)

Merungut tu negatif sangat ke? Ada tak sapa-sapa kat atas muka bumi ni yang tak pernah merungut?
Secara am, rasanya semua orang pernah merungut….tentang apa, itu masalah masing-masing. Kalau mengeluh?
Mengeluh tu boleh juga dikategorikan sebagai rungutan. Rungutan kecil!
Bagi aku, merungut tu juga suatu luahan perasaan. Kalau nak lepaskan perasan pada orang yang belum tentu prihatin, apa salahnya kalau seseorang itu merungut.
Banyak perkara yang berlaku dalam hidup ni kadang-kadang datang dengan tiba-tiba. So merungut juga boleh lah dianggap sebagai interpretasi kepada reaksi terkejut.
So jangan lah terlalu memandang negative kepada mereka yang merungut kerana merungut itu terjadi pun ada sebab musababnya. Ianya sebagai pernyataan yang berbentuk implikasi!
Kalau ada orang asyik merungut tanpa sebab yang munasabah, itu mungkin lah kita boleh kata negatif….kalau dalam satu-satu masa, berderet kerja yang perlu diselesaikan dan semuanya ‘urgent” so merungut itu bagi aku satu luahan yang wajar! Kan? Luahan pula “coping strategy” yang terbaik untuk “release the tension” betul tak? (banyak pulak ayat Tanya…hehehehe)
Ini pandangan peribadi aku saja…tak setuju pun tak  pa lah…

Katakan saja!: jangan terlalu mudah untuk melebelkan orang itu terlalu positif atau negatif sesangat hanya kerana pandangan mata kasar kita yang belum tentu benar! Kita juga manusia…sarat dengan kekhilafan!

Artis Malaysia (Muslim) Ke Ni? emmm Hebat bangat!

Assalamualaikum.....
Tak nak tulis panjang-panjang, just nak share akan kehebatan tahap melampau artis Malaysia masa kini. Minah ni dah berlakun berapa filem dan berapa drama ya? Pernah ke menang apa-apa anugerah? Emmmm tak kisah lah, yang penting dia rasa dia hebat....Lepas ni mesti keluar statement " saya jual bakat bukan jual rupa ataupun fizikal saya"...hahahaha...lucu! Dan gambar ni memang bukti bahawa dia ni memang jual "bakat" ! Kelasss kau!
hahaha..sangat murahan, kena eksploitasi oleh indon!
Katakan saja!: minat hiburan sejak dulu, tapi sangat menyampah dengan orang-orang yang mencemarkan industri hiburan itu sendiri! Kalau nak jual "selain dari bakat" jangan gunakan seni sebagai alasan sebab kesenian itu bukan suatu kekejian!

Saat-Saat Akhir !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat semua :-)
Sekadar Hiasan (Google)

Pejam celik-pejam celik rupa nya minggu ini minggu terakhir buat para pelajar Tingkatan lima untuk belajar bersama guru-guru. Minggu depan 14 November 2011 (Isnin), Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bermula.
Bagi sesetengah pelajar, mungkin this is the best time untuk “release” tapi bagi yang “biasa-biasa saja” pencapaian mereka, ini lah masanya untuk pulun sakan mengulangkaji.
Sebagai individu yang bergelar “cikgu” apa lagi yang boleh dibuat selain dari memberi sokongan padu kepada mereka. Selain itu kami juga merancang untuk mengadakan ‘Program Sentuhan Terakhir”. Program ini akan diadakan sehari sebelum setiap matapelajaran berlangsung. Mungkin tak banyak benda yang boleh dilakukan, tapi sekurang-kurangnya dapatlah memberikan kata-kata perangsang selain tip-tips berguna untuk para pelajar berdepan dengan soalan-soalan yang dikemukakan.
Masa aku kat Universiti dulu, kata-kata “last minute always the best” sentiasa diungkapkan terutamanya di kalangan pelajar-pelajar melayu. Emmmm nak kata tak benar tidak juga, nak kata benar mungkin juga…hehehehe….
Apapun, secara jujurnya, dalam apa juga perkara, persiapan awal lah sebenarnya yang terbaik. Saat-saat akhir itu hanyalah sesuai untuk membuat imbasan bagi mengingati beberapa fakta berguna yang mungkin membantu.
Hari ini pun pihak sekolah pun dah kelam kabut dengan penyusunan dewan dan pengesahan tempat duduk calon SPM.
Nothing much can say, all the best and good luck for all my students. Semoga segala pengetahuan yang telah dicurahkan dapat diaplikasikan dengan baik. Matematik bukan lah satu matapelajaran yang terlalu susah. Dengan sedikit kemahiran berfikir dan pengetahuan sedia ada semua pelajar pasti akan mampu untuk lulus dengan baik dan cemerlang. Amin…..

Katakan saja!: tiada guru atas muka bumi ini yang tidak menaruh harapan agar anak-anak muridnya mendapat markah yang baik dan cemerlang! So am i! Harap mereka semua berjaya……

Wednesday 9 November 2011

Biarlah Ketenangan itu Menjadi Milik kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Buat lah apa jua dalam hidup ni, untuk mendapatkan hasil yang baik dan membanggakan ianya mestilah dilakukan dalam suasana yang tenang. Ketenangan utama itu mesti lah datang nya dari hati. Bila hati kita tenang, minda kita dapat bekerja dengan baik, maka segala bakat dan kreativiti yang kita ada dapat di eksploitasi dengan sebaiknya.
Begitu juga lah bila kita nak update blog. Bagaimana untuk kita mampu menghasilkan entri yang baik kalau hati kita tidak tenang?
Aku dalam dua tiga hari ni, hati tidak berada dalam keadaan yang begitu tenang. Rasa marah dan geram masih berlegar-legar. Bukan nya tidak mencuba untuk melenyapkan rasa-rasa itu, namun, aku juga insan biasa..bila mana kita difitnah tentunya kita berusaha untuk mencari jalan yang terbaik bagi menguraikan kekusutan itu. Dalam tempoh itu, ketenangan seolah-olah “berlari keluar” dari dalam diri!  Fitnah apa? Pernah tulis sebagai entri..Klik SINI!
Sebagai individu yang matang, aku cuba untuk releks dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas itu dari orang yang sangat tidak bertanggung jawab. Cuma nya, di lain masa, aku akan lebih berhati-hati untuk bercampur gaul dengan “orang-orang baru” yang hadir dipersekitaran kehidupan aku.
Sifat mudah mesra bukan akan membawa hanya kebaikan semata-mata. Ianya boleh mendatangkan musibah jua.
Di saat kita dibelenggu rasa geram itu, selain keluarga, kawan-kawan juga boleh menjadi “halaman” terbaik untuk kita mengadu dan berbincang dan di saat ini juga aku telah dapat menilai siapa kah di antara mereka yang layak untuk aku simpan sebagai sahabat, kawan atau mungkin hanya sekadar kenalan.
Sebab itu lah, dalam kehidupan ni, kita kena kuatkan diri kita sendiri. Kental dari segi semangat dan motivasi. Jangan terlalu ingin menyandarkan kesedihan dan kegusaran di bahu orang, kelak bila bahu-bahu itu menggeleng menandakan tidak sudi, pasti di masa itu kita akan terkapar-kapar sendiri.
Maka, jangan berhenti belajar dan berjuang untuk menjadi insan yang kental dalam mengharungi pahit-maung kehidupan. Saat-saat yang berlalu itu tidak hanya akan menyajikan “hidangan” yang indah-indah saja. Kelak kita bertemu dengan “kesesakan” tentunya kita tahu untuk mengemudinya agar kita kekal sebagai insan dan individu yang kuat untuk memastikan ketenangan tetap menjadi milik kita….milik hati kita! 
Wasalam…….

Katakan saja!: jangan selalu mengangankan sesuatu yang indah saja untuk ditempuh…..

Monday 7 November 2011

Dah Memang Budaya Orang Kita!

Assalamualaikum...dan Salam buat semua.
Entri ni bukannya nak mengulas tentang perjalanan Anugerah Skrin yang dah berlangsung baru-baru ni, juga bukan untuk memaparkan pakaian canggih-manggih artis perempuan Malaysia yang sangat glamer dan mengalahkan pesen pakaian artis Hollywood tu.....makan hati Britney Spears tengok Fasha Sanda berkemban! Grand yang amat....!
Just nak share pandangan tentang isu Budaya respect yang ditunjukkan oleh para artis kita bilamana rakan seperjuangan mereka diumumkan sebagai pemenang:-

emmmmm........memang budaya ni sejak dari dulu lagi.!!!!!
Sumber laporan/Berita : Mymetro:-

Ramai hairan mereka begitu malas hendak berikan tepukan sehingga Ally sendiri beberapa kali terpaksa menagih tepukan daripada penonton.

Malah satu insiden dapat disaksikan penonton di rumah tatkala seorang pelakon wanita menang di pentas sementara wajah calon pesaing hanya memandang sepi dan tidak memberikan sebarang reaksi mahupun tepukan.


Keadaannya sangat berbeza kalau kita lihat majlis anugerah antarabangsa seperti Academy Awards atau Golden Globe Awards yang memperlihatkan semua orang mahu berpesta meraikan kejayaan orang lain.


Misalnya, Halle Berry ketika menerima Oscar bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi Monster’s Ball pada 2002 menerima sokongan hebat daripada rakan pesaing seperti Nicole Kidman (Moulin Rouge) dan Judi Dench (Iris).


Dalam hal ini penulis berasakan ia berkaitan semangat dan mentaliti golongan artis dan karyawan seni itu sendiri. Ia sangat berbeza apabila majlis yang membabitkan kehadiran lebih ramai peminat seperti Anugerah Bintang Popular (ABPBH), AJL dan Shout! Awards.


Sepatutnya acara seperti ASK dan Festival Filem Malaysia (FFM) lebih meriah kerana kebanyakan yang datang adalah artis sendiri.

Kalau bab meniru benda-benda (budaya) yang "tak boleh pakai" orang kita memang advance tapi bila bab-bab budaya positif yang seharusnya diambil dan diamalkan, memang berat! Macam budaya tepuk tangan tanda respect, pergi lah mana-mana majlis, kalau bab tepuk tangan ni memang sendu! Macam lah berat sangat, tu tak suruh bagi "standing ovation", lagi lah tak ada....! Kalau majlis yang dihadiri oleh ramai peminat (orang biasa, bukan artis) baru lah meriah...kalau artis saja...emmmmmm....jadinya sepi, sendu dan seram sejuk (pinjam joke Rozita che wan).
Memang jelas dalam laporan tu (masa live tu pun kita boleh tengok). Bila Eja diumumkan sebagai Pemenang bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik -Filem, kamera fokus pada Tizz Zaqiah, masa tu Tizz jangan kata nak tepuk, muka "10 sen" je dipamerkan. (kalau tanya, mungkin dia kata tak perasan pun menunjukkan reaksi begitu). mungkin dia jangka dia boleh menang!....Kalaupun yakin 110% boleh menang tiba-tiba tak menang, bagi lah sokongan dan respect pada orang lain yang diumumkan sebagai pemenang, baru lah professional! Memang ada keputusan yang macam boleh dipertikaikan, tapi yang diumumkan pemenang tetap akan tertulis dalam sejarah penganjuran sesuatu pertandingan itu, maka senyum dan terima lah samada menang ataupun kalah! Tak gitu?
Ok lah, tak nak tulis panjang-panjang, wartawan hiburan setiap akhbar dah buat cover gila-gila dan pelbagai ulasan terperinci boleh dibaca...aku hanya beri pandangan peribadi aku je :-)

Katakan saja!: Suka tepuk tangan......

Anak-anak kalau dengan Mak dia...bukan main berani!

Assalamualaikum...Salam buat semua.
Kiranya masih dalam mood raya, namun kat bentong ni dah tak nampak macam raya dah...
Just nak story sikit tentang kisah anak-anak....Tadi masa aku keluar, my wife ada call bagitahu nak minta keluar untuk pi ambil baju kat tailor, so ok la...
Abg Adi
Bila aku balik tu, aku tengok habis rak-rak kasut tunggang terbalik dengan kasut dan selipar bersepah...Bibik aku bilang " pak..tadi si Adi tu mengamuk, sakan mengamuk sebab mama nya tak nak bawa dia keluar, mama nya bilang mahu keluar sekejap saja, habis rak-rak ni diterbalikkan dan dibaling nya mainan yang kat dalam rumah tu! last-last mama dia bawa kedua-duanya Adi dan Ain" emmmmmmm kalau dengan papa dia, jangan kata nak mengamuk, nak minta ikut ke mana-mana pun sopan je.... memang sejak dari dulu, budak-budak ni kalau dengan mak dia, macam-macam!
Lumrahnya begitu, berani pun dengan mak dia, manja dan tempat mengadu pun tetap dekat mak dia...

Katakan saja:! aku dulu pun nak apa-apa mesti mintak kat mak....:-)

Sunday 6 November 2011

Wajah Riang Wajah-Wajah Kesayangan

Assalamualaikum.... dan salam buat semua.
Memandangkan Raya Haji tahun ni tak balik kampung dan tak ada agenda ke mana-mana cuma beraya kat rumah kakak aku kat Lurah Bilut je..so tak ada apa-apa persediaan yang dibuat, baju raya anak-anak pun pakai baju masa raya aidilfitri hari tu..huhuhu..kesian mereka.
Bukan nak citer tentang raya pun, just nak rakamkan rasa syukur, walaupun tak balik kampung, namun anak-anak tetap gembira dengan sambutan raya kami yang sangat sederhana. Ya lah budak-budak, dia tahu apa, selagi tak ada benda yang menyakitkan dan membuatkan dia tidak selesa, so mereka tetap gembira. And this entri just nak abadikan wajah-wajah riang gembira anak-anak ku tercinta di hari raya Aidil Adha 2011.
Sentiasa berdoa agar kasih sayang dan kecintaan yang kami semai ini utuh hingga ke hujung nyawa dan bertemu semula di syurga....Amin...

Saturday 5 November 2011

Kisah Pagi Raya

Entri tak bergambar
Assalamualaikum...dan Salam Aidil Adha Buat Semua:-)
Semoga hari mulia ini kita sama-sama memperolehi berkat dan rahmat dari Allah.
Saja nak share kisah pagi raya hari ni...
Semalam memang plan nak bersembahyang raya kat Masjid Ketari Bentong bersama isteri dan anak-anak. Nak jadi kan cerita, pagi tadi aku dan isteri sembahyang subuh awal, lepas sembahyang subuh jam lebih kurang pukul 6 tu, kami kira nya sambung tidur la ingat untuk seminit dua....sedar-sedar...alamak jam 7.45!
Aku terus bergegas ke bilik air...siap2 terus start keta untuk ke masjid. Anak-anak tengah nyenyak tidur lagi....my wife lak batalkan hasrat untuk bersembahyang sunat hari raya cz kiranya dah agak lewat untuk siapkan anak-anak dan juga juadah (sarapan) hari raya....
Ingatkan dah lewat sangat, rupanya sampai ke Masjid ketari tu, aku dah macam orang terawal lak...kereta kat parking lot tu masih banyak yang kosong. dalam masjid pun tak ramai lagi pun....
Start Sembahyang sunat raya hari ni lebih kurang jam 8.40 pg.
Aku bergegas sebab kalau kat kelantan sembahyang sunat raya haji biasanya awal (dalam kul 8.00)..
Apapun kiranya aku bernasib baik lah..kalau tak terlepas aku bersembahyang raya sunat Aidil Adha tahun ni.

Katakan saja!: ternyata bandar Bentong macam hari-hari biasa je...tak nampak pun macam hari ni hari raya...huhuhuhu...sendu!

Tak Balik Raya

Assalamualaikum...
Dah lewat malam tapi mata masih segar lagi....Esok raya! Bukan tak sabar nak tunggu beraya tapi entah lah, rasa janggal je bila tak balik kampung tahun ni.
Mesti sedih mak aku kat Kok Lanas tu...apapun tadi dah telefon mak.
Biasa kalau dengar takbir raya hati mesti sayu je...tapi tadi masa dengar kat TV, rasa biasa je...samada sebab ni raya haji atau sebab aku dah ada keluarga sendiri aku pun tak pasti....?
Esok plan nya nak sembahyang raya kat Masjid Ketari, ngan isteri dan anak-anak... dua je, yang kecil tinggalkan kat rumah lah ngan bibik.
Pas tu akan ke Lurah Bilut rumah kakak.... beraya kat sana kejap then balik rumah...so habis lah raya. Dok rumah je lah layan TV ataupun apa-apa yang patut.:-)
Apapun, pada semua yang baca ni..Salam Aidil Adha :-)

Tetap Pengacara Majlis

Assalamualaikum dan salam buat semua.
Sebenarnya entri ni sepatutnya ditulis semalam, tapi tak berkesempatan. alah, tak ada apa yang menarik sangat pun, just nak bercerita tentang majlis yang tahunan yang diadakan di sekolah semalam. Majlis Anugerah kecemerlangan SEMENTA 2011.
Gandingan ku setiap kali ada majlis kat sekolah, Puan Rubiah (Kak Ruby) yang memang terkenal dengan suara yang best dan lunak merdu...Kak Ruby ni kalau spontan pun dia best...kelakar juga orangnya.Yang penting, dua-dua cikgu Matematik...hahaha..

Seperti biasa, kalau ada apa juga program kat sekolah, ku tetap akan jadi amcee. Pun begitu, tahun 2011 lah tahun yang paling kurang sekali kerana tak banyak majlis yang dianjurkan.
Orang kata jadi amcee ni untung sebab tak banyak kerja yang perlu dibuat berbanding dengan jawatan kuasa lain seperti susun atur dewan, jamuan dan sebagainya. Peliknya, kata tak banyak kerja tapi ramai pulak yang menolak bila di offer untuk jadi pengacara majlis...kenapa ya? 
Mungkin kerana ianya berkait rapat dengan bakat, kebolehan dan juga minat. Bukan lah nak kata aku ni best sangat jadi pengacara majlis, tapi aku memang minat kalau bab-bab bercakap ni..hehehehe....masa kat Universiti dulu memang aku dan beberapa orang rakan digelar AGM! hahahaha...tahu apa tu?.....Ahli Gila Mic!!!! Kuang-kuang-kuang!
Tak salah mengenegahkan bakat yang kita rasa ada...bukan nak show off pun just to share! Sepanjang menjadi pengacara majlis untuk beberapa tahun ni (samada diperingkat sekolah, daerah mahupun negeri), aku dapat rasakan peranan pengacara tu sangat besar sebenarnya dalam memastikan sesuatu acara yang diadakan itu mampu berlangsung dengan baik dan lancar.
Namun, best atau tidak tu bergantung lah kepada persepsi masing-masing. Jangan terlalu memikirkan samada best atau tidak, lebih baik memikirkan bagaimana untuk mencorakkan majlis itu agar ianya menarik dan tidak membosankan terutamanya kalau bukan majlis yang terlalu formal.
Lepas jadi pengacara siap kena interview lagi...(konon-kononnya lah)  hahahaha...ni kerja cikgu Nora dan Cikgu Sariza (rakan blogger ku)..nak masukkan dalam blog kata mereka! Hahahaha....

Selain dari jadi pengacara, semalam juga aku diberikan anugerah "Employee of the year"- Hal Ehwal Murid! Lucu!....apapun terima kasih lah untuk anugerah itu....terutama kepada GPK HEM sebab pilih aku...hahahaha.....ramai lagi cikgu lain yang layak rasanya...apapun kenagan peribadi aku jugak tu!

Katakan saja!: cipta keseronokan bekerja dengan cara masing-masing!

Friday 4 November 2011

Kalau "Ustaz" Pun Sangat Yakin Dengan Bomoh..Orang Biasa?

Assalamualaikum..dan salam buat semua.
Sesambil melayan "sendu" tak balik kampung untuk meraikan Raya Haji taun ni, so mengadaplah lap top ni. 
Kali ini ku nak share dengan semua tentang "musibah" yang melanda diri aku beberapa hari ni.
Sekadar Hiasan (google)

Macam-macam perasaan ada, marah, geram dan juga sedih.
Kisahnya, ada seorang ustaz ni, dia mendakwa dirinya tidak bahagia bersama keluarganya (baru kahwin) akibat telah dibomoh dan disihir oleh seseorang. Dari raut wajah dia memang menampakkan dia sangat tension dan tertekan. Yang sangat mengejutkan apabila dia dengan terang-terangan menuduh bahawa orang yang telah menyihirnya itu adalah aku! MasyaAllah....bayangkan!
Menurut kawan aku (orang yang mendengar rintihan si ustaz tu), berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh bomoh yang beliau jumpa tu, personaliti orang yang menyihir nya itu "sebijik" dengan personaliti yang aku miliki...katanya! dan dia bagitahu, dia sembahyang sunat istiqarah pun dia nampak aku lah orang yang bertanggung jawab menyebabkan rumahtangganya tak bahagia (rumah jadi panas, berbau busuk juga tidak bernafsu terhadap isterinya)
Beberapa sms dia kirimkan kepada aku menyatakan bahawa dia sangat yakin bahawa segala yang menimpa itu adalah kerja aku.
kalau ikutkan hati, memang aku dah nak ke Balai polis lepas sembahyang Jumaat tadi untuk buat laporan dan juga mendapatkan nasihat lawyer tentang tuduhan tidak berasas yang dilontarkan ini...Tapi atas nasihat ketua jabatan aku, so ku tangguhkan dulu!
Sepanjang hayat ni, aku tak pernah pun jumpa mana-mana bomoh untuk apa jua tujuan, inikan nak membazir masa dan wang untuk membomoh orang. Aku pun bingung memikirkan apakah asas yang membolehkan dia tuduh aku..nak kata aku minat kat isteri dia, aku dah ada isteri yang baik dan cantik juga memiliki 3 cahayamata yang sangat-sangat aku sayangi dan kasihi. Nak kata aku dengki kat dia, nak dengki apa? kaya? hansome? popular? berjaya?...emmmm semua ciri-ciri itu tidak beliau miliki...so aku nak bomoh dia untuk apa? Tak ada masa aku!!!!!!!!!!Hairan bin ajaib.
Ramai kawan-kawan nasihat agar jangan ambil peduli atau jangan layan sangat...memang lah tak nak layan tapi sesekali tu terfikir lah jugak.....
Lepas raya nanti, aku nak suruh ketua jabatan aku temukan aku dengan ustaz tu dengan beberapa orang saksi...aku nak bersumpah junjung al-Quran. Kalau dia tetap yakin dengan bomoh yang dia jumpa tu, lantak dia lah...dan kalau ada lagi statement atau sms yang menuduh aku lagi...for sure aku PASTI buat laporan polis dan failkan saman fitnah ataupun saman malu! Sure!!!!
Sebenarnya aku terkejut, seorang pendidik yang bergelar ustaz...kalau orang biasa-biasa tu....lain lah!

Katakan saja!: zaman semakin moden tapi ada juga otak yang semakin mundur!!! bukan lagi ada tapi banyak!

Wednesday 2 November 2011

Susahnya Nak Lelapkan Mata

Assalamualaikum...dan salam larut malam buat semua.
Just came back home. Lepas extra class tadi singgah minum sambil berborak-borak ngan member-member. Masa tu mata rasa dah agak ngantuk, penat dengan segala macam benda all day long. Selain dari tu, memang tak nak lepak lama-lama cz risau kan family kat rumah. Al-maklum lah sekarang penduduk Bentong dilanda kerisauan dan ketakutan akibat lelaki misteri (perogol bersiri) yang masih belum ditangkap lagi. entri semalam; Kalau belum baca just click Here!
Bila sampai je rumah, ingat nak terus tidur...cuba pejamkan mata tapi tetap tak nak lelap...last-last buat air kopi dan mengadap lah lap top ni..boleh lah update entri sepatah dua kata.
Rupanya mata yang mengantuk belum mampu untuk menidurkan kita kalau hati berdebar dan fikiran melayang. Entah apa yang aku fikirkan pun, aku tak tahu. This is nothing to do dengan gembira atau berduka..ini mungkin disebabkan rasa letih yang agak "lebih" tak pun kerisauan tetang gejala yang melanda daerah ini nowadays!
Sebenarnya nak risau beria pun tak guna juga....apa lagi yang boleh dibuat selain dari berdoa ke hadrat Allah selain menjaga diri dan keluarga dengan cara yang terbaik.

Katakan saja!: kerenah manusia terlalu besar pengaruhnya terhadap kehidupan seharian kita...mempengaruhi jiwa dan minda secara tidak sengaja :-(

Tuesday 1 November 2011

Bila lah Nak Di tangkap dan berakhir ? Misteri ....

Assalamualaikum....dan salam buat semua.
All day long tak sempat nak update, so sekarang baru ada kesempatan :-)

Kat luar tu hujan tengah lebat...sunyi je malam ni...
Apa yang nak ditulis ni sebenarnya pernah aku tulis beberapa minggu lepas tentang ketakutan penduduk Daerah Bentong dengan fenomena jenayah terutamanya pembunuhan dan juga pecah rumah yang kerap berlaku dewasa ini. Sekarang ni, mejoriti penduduk Daerah Bentong berada dalam situasi takut, geram dan marah...sangat marah!
Boleh dikatakan sekarang ini Bentong telah menjadi "Daerah Panas" dengan kehadiran manusia jahat yang penuh "misteri"! Setiap malam, ada saja rumah yang kena pecah masuk, bukan masuk untuk merompak atau menyamun tetapi untuk mencari anak-anak gadis untuk dirogol! Ini bukan drama swasta atau megadrama Astro..Ini kisah benar, realiti ketakutan, kegeraman dan kemarahan penduduk Bentong ketika ini!
Menurut sumber, gadis 16 tahun yang dirogol beberapa minggu lepas adalah perbuatan orang yang sama. Sebelum itu pun seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun dirogol..juga dikatakan oleh lelaki "misteri" ini! Bayang kan kanak-kanak berumur 10 tahun yang sedang nyenyak tidur bersama emaknya dibawa secara senyap (tidak pasti dipukau ataupun tidak) ke tebing sungai dan dirogol tanpa belas kasihan!
Sekarang ini, kalau kat kedai-kedai kopi, ini lah isu yang hangat diperbualkan. Rukun tetangga setiap taman perumahan terpaksa bergiat aktif beroperasi hingga ke pagi.
Memang apa yang berlaku ini cukup membimbangkan. Nak lelapkan mata pun rasa sukar sejak akhir-akhir ini. kadang-kadang tengah malam tersedar!
Petang tadi masa minum-minum, kawan baik aku bagitahu semalam dia dan penduduk di taman perumahannya dikejutkan dengan jeritan remaja 15 tahun jam 2.30 pagi, katanya remaja perempuan itu hanya sembat di raba oleh lelaki misteri itu (boleh lah digelar perogol bersiri).  Bila remaja itu menjerit, lelaki itu terus lari keluar tanpa dapat dikesan oleh penduduk Taman perumahan itu. Yang menjadi kemusykilan dan kehairanan, tiada sebarang unsur atau kesan rumah itu dipecah atau dikopak masuk!???..eeeee....kalau mengunakan ilmu yang mistik, lagi lah menakutkan!
Polis-polis di Daerah Bentong ini pun kiranya "panas bontot" akibat dari kejadian misteri yang belum terungkai ini.
Semoga perogol bersiri ini akan "rebah" dan ditangkap pada kadar yang cepat!

Yang agak melucukan sikit, ada statement kata " geng-geng pecah rumah yang betul-betul pun bengang sebab dengan kawalan dan kesedaran penduduk, mereka pun susah "nak cari makan" gara-gara lelaki misteri atau perogol bersiri ini!"

Katakan saja! memang menakutkan dan berdoa agar dijauhkan dari malapetaka ini!