Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Monday 31 October 2011

Lawatan Muhibbah:-) hahahaha..Suka!

Assalamualaikum.....
Fenomena ni sebenarnya sangat biasa berlaku pada mana-mana blogger pun, tapi tak salah kalau ku nak jadikan ini sebagai entri juga...boleh kan?
Lepas je update entri jap tadi...tengok-tengok ada lawatan (tetamu) dari negara serumpun, singapura dan juga indonesia ke sini (blog aku lah!)

Bagi aku, ini kira nya sesuatu yang baik...next time kalau kita update tentang budaya yang baik-baik kat negara kita ni then mereka baca so kira satu promosi juga la kan...tak kisahlah walaupun sorang je pun yang baca..hahaha...
Ni kira kes syok sendiri ke??????
Rasanya tidak! kan...kan..kan???? hehehehe....

Katakan saja!: suka ati ku le nak tulis apa pun..... :-)

Bila Cikgu Santai, Pelajar 10 Kali Lagi Santai :-(

Assalamualaikum dan salam buat semua.
Harap you all sihat sejahtera..berada dalam situasi yang sangat menyenangkan petang-petang begini.
Sebenarnya mata ni rasa macam nak tidur, tapi tak nak lelap la pulak..so, buka lap top dan update blog rasanya lebih berbaloi...


Tadi masa kelas durasi 2 jam (Jadual anjal) aku dan cikgu-cikgu matematik kumpulkan pelajar kat dewan untuk P&P berkonsepkan latih tubi. Memandangkan today is the first day came back from holiday so banyak la kerja-kerja yang perlu dibereskan oleh kebanyakkan cikgu-cikgu termasuk marking paper exam akhir tahun tingkatan 4. Memandangkan cikgu-cikgu agak kelam kabut dengan kerja masing-masing so ada yang agak lewat datang ke dewan. Pelajar di edarkan dengan modul latih tubi..... cikgu-cikgu just ready untuk buat penerangan atau memberikan guidence kalau pelajar perlukan....Semua nya dalam keadaan yang agak santai la kiranya.
Budak-budak tu, bila nampak cikgu santai dan releks je, so mereka lagi lah nak releks. Ada di kalangan mereka yang jawab soalan sambil dagu bertongkat kat meja..emmm boleh?!!!!! Selain itu ada yang bergurau senda ala-ala cubit-cubitan-senggol-senggolan lagi!
Kalau ikutkan hati.....makan tanah budak-budak ni!!!! Tapi sabar je lah..dah dekat sangat nak SPM. Kaedah memujuk dan mengambil hati banyak diterapkan di saat-saat begini! Gitulah pendidikan zaman sekarang! penuh mesra dan kemanjaan! Masa zaman aku dulu, kalau buat gitu, harus kena humban keluar dari kelas oleh cikgu!...kena terima hakikat zaman dah berubah beb!.....
Sebelum tamat tu, kami cikgu-cikgu bentangkan jawapan bagi mereka yang belum buat semakan dengan cikgu...so mereka mula lah terjerit-jerit.."aku betul! Ya, cikgu sama dengan jawapan saya! ehhh saya betul semua lah! dan macam-macam lagi celahan jawapan berunsur dialog-diolog yang nampak sangat mereka sedang "bermain-main"!
Apa nok di kato......? doa je lah mereka sebenarnya memang ada kebolehan cuma sikap je sikit-sikit "kureng"!

Katakan saja!: tak nak marah-marah sangat nanti mudah kena darah tinggi.....hehehehe....

Sunday 30 October 2011

Ada Lagi Yang Tak Bertamadun!

Assalamualaikum dan salam buat semua.

Juara Bola Sepak Piala Malaysia 2011 semua dah maklum...Negeri Sembilan. Tahniah buat pemain dan juga para penyokong mereka.Walaupun aku peminat tegar The Red Warriors, aku tetap melekat juga depan TV semalam menyaksikan perlawanan yang boleh dikatakan menarik dan juga suspen..dan sedikit lucu..hehehe..(aksi penjaga gol handalan Teganu tangkap bola untuk gol penyamaan tu)...:-) apapun semua orang buat kesilapan, dah nasib...kalah menang kan adat pertandingan!
Ini lah penyokong pasukan N9 yang dikatakan cedera di belasah oleh para penyokong pasukan Trengganu. Akibat dari tindakan membakar bendera Negeri Trengganu..Provok/menganjing dek kerana terlalu ghairah dan gembira sebab pasukan nya dah menang...dan ini lah "kemenangan sebenar" yang dimiliki dan dibawa pulang oleh orang yang sebegini! (Sumber Gambar: Google)
Yang mengharukan ialah tentang segelintir penyokong yang konon nya fanatik tapi sebenarnya "bodoh"! maksud aku ialah kes pergaduhan akibat dari tindakan membakar bendera! Alahai....ni pergi stadium nak tengok bola atau nak pergi merusuh atau membuat provokasi!????
Tak kira lah dari negeri mana sekalipun, jangan lah sampai bakar-bakar bendera! Apa makna semua tu.... dah kalah tu kalah lah..dan yang menang pun jangan lah dok provok dengan cara yang bukan-bukan!
Bagi aku, orang yang membakar bendera tu tak layak untuk berada dalam kelompok manusia yang meminati sukan. Bukan kah sukan itu untuk menyatukan?
Walau seghairah manapun sokongan pada pasukan kita, kita perlu ingat, kalah-menang adat pertandingan. Jangan dengan tindakan yang "tidak cerdik" itu, "yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu!"

Katakan saja!: memang setiap kali balik dari stadium suara mesti hilang....tapi cukup setakat bersorak je lah...

Santai Hujung Minggu :-)

Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua.
Actually tak ada benda yang menarik pun untuk ditulis, namun memandangkan dah dua hari tak update blog ni, so apa salahnya tulis lah apa saja yang hadir dalam fikiran ketika ni.
Memandangkan badan masih lagi lenguh-lenguh drive dari kelantan semalam, so hari ini kitanya tak ke mana-mana, hanya menghabiskan hujung minggu kat tepan tv. Seminggu tinggalkan rumah, so this is the best time untuk kemas-mengemas apa yang patut. Bila dah selesai semua tu, boleh lah buka lap top ni dan layan FB dan blog for a while.
Esok dah start kerja, dah bersusun things to be done!
Minggu depan sekolah satu minggu lagi then cuti plak sempena Hari Raya Korban (Haji). After that, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula. Bila dah nak periksa ni, cikgu pulak yang lebih risau..anak-anak murid tak tahu lah macam mana. Harapnya cuti-cuti yang back to back tidak akan melekakan mereka untuk membuat ulangkaji. Risau juga takut nanti cuti akan membantutkan momentum mereka untuk membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan penting tu!
Memandangkan cuti Raya Haji tahun ni cuma sehari-dua je, aku dan keluarga rasa nya tak balik kampung, nampak gaya nya beraya lah kami kat Bentong ni. Tak apa la....beraya bersama keluarga kecil (isteri dan anak-anak) kira nya menarik juga. Belum merancang lagi  nak ke mana, namun selepas sembahyang raya kat Bentong nanti, boleh lah kemana-mana yang difikirkan sesuai untuk menghilangkan kerinduan pada kampung halaman. Dua minggu selepas itu pun memang nak balik kampung juga cz sekolah dah start cuti panjang (cuti hujung tahun).
Ok lah...cukup dulu untuk coretan biasa petang-petang minggu ni..nanti ada idea atau isu-isu yang menarik, boleh update lagi :-)

Katakan saja!: kalau tak melayan internet ni, mesti nak tido je rasanya...muka pun dah naik sembab sebab lebih tidur...hahahaha....

Friday 28 October 2011

Perihal Hutang dan Orang Berhutang!

Assalamualaikum...Salam Petang Jumaat buat semua.

Kali ni nak bercerita sikit tentang perihal hutang dan orang berhutang. 
Pagi ni, aku menerima sms dari kawan baik aku...Kesian kat dia, tolong kawan lama (bagi hutang) sebanyak RM3K. Kawan masa sekolah dulu yang katanya baru buka perniagaan, tak tau lah pulak berniaga apa. Janji nak bayar dalam masa sebulan (kira nya bulan ni lah).emmmmmm ado? nampaknya kawan baik aku tu terpaksalah menunggu beberapa bulan lagi janjinya. Hinggakan untuk bulan ni member ku tu dah resah gelisah, banyak juga hutang-hutang sendiri yang perlu dijelaskan dan tidak terjelas macam hutang kereta, bil-bil dan sebagainya. Kesian dia.
Dia memang minta bantuan, tapi almaklum lah hujung-hujung bulan begini, masing-masing ada komitmen yang perlu dilunaskan.
Begitu lah perihal orang berhutang ni, time nak berhutang, mulut bukan main manis lagi, siap janji nak bayar dengan segera, tapi bila ada duit, jangan kata nak bayar, jumpa kita ni siap mengelak lagi..kalau terserempak tu buat bodoh je. Bila kita mintak, mula lah buat janji-janji manis yang baru, tak pun berpuluh masalah diluahkan untuk mendapat simpati!
Aku ni bukan jenis yang kaya raya pun, tapi kerap sangat jadi tempat orang mintak untuk berhutang. Memang tak salah malah sangat baik menolong, tapi kalau janji nak bayar dalam seminggu dua jadi setahun dua macam mana tu? Pengalaman aku, pernah kawan berhutang dengan aku sebanyak RM5k dan melangsaikan hutang tu sikit-sikit mengambil masa selama hampir 7 tahun...Sedih juga tapi dah nama pun kawan, nak buat macamana?.....susah sangat. Dan hingga sekarang ni pun ada lagi hutang-hutang yang dah jadi hutang lapok! Tapi orang yang berhutang tu bila jumpa kita muka riang-ria je.....entah lah! Dunia-dunia! Sebab tu lah sekarang ni serik rasa nya kalau bab-bab berhutang ni.Aku sendiri pun, kalau ada masalah kewangan, lebih baik berhutang dengan bank atau kredit kad dari berhutang ngan kawan-kawan, risau kelak akan menyusahkan mereka kalau kita terlewat bayar ataupun tak mampu nak bayar.
Sebab tu la aku pesan kat kawan baik aku tu, kalau orang nak hutang banyak-banyak tu, cakap je tak ada senang cerita. Buat apa kita membantu dan akhirnya kita sendiri yang tersepit. Dah la resah, hati pula sakit. Aku kira situasi begini kita tidak kejam. Kan?

Katakan saja!: Ramai yang derita sebab hutang-hutang ni..nak plak kalau terlibat dengan ahlong! Nauzubillah!

Thursday 27 October 2011

Bila Naik Kan Harga Mula Lah Banding Ngan Negara Lain! Klise!!!

Assalamualaikum...

Hebat sungguh FAM! Walaupun Menteri yang berkaitan mintak pertimbangkan semula harga tiket bola untuk final Piala Malaysia nanti..mereka ada peduli???! Mereka tetap dengan keputusan mereka dan ada saja alasan yang diberikan.
Macam lah mutu permainan final nanti akan meningkat seiring dengan peningkatan harga tiket!
Aku sebenarnya bukan kisah sangat cz tak mungkin akan ke Stadium pun (pasukan kesayangan aku, negeri ku, kelantan dah kalah..huhuhu) cuma kesian la kat para penyokong Teganu dan juga Negeri 9! Peluang untuk menyaksikan perlawanan akhir pasukan kesayangan mereka (masing-masing) bukan nya datang saban tahun! Tak boleh ke FAM kenakan harga biasa dan anggap lah ia hadiah untuk para peminat bola sepak tanahair..ini tidak, seolah-olah mengambil kesempatan pulak...macamana lah sukan negara kita ni nak maju!!!!?
Dah lah kos-kos untuk ke stadium pun meningkat...alahai!
Berikut Statement yang konon nya sangat "baik" kenapa harga tiket dinaikkan:-

Namun, suka saya jelaskan bahawa harga tiket ditetapkan selepas mengambil kira daripada semua aspek yang melibatkan kos seperti kos pembayaran elaun pengadil, kos penyelenggaran stadium, kos keselamatan dan beberapa lagi kos yang perlu dijelaskan.
“Lagipun, hasil penjualan tiket itu nanti akan dibahagi dua kepada pihak persatuan bola sepak negeri iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu selepas ditolak dengan kos-kos penganjuran perlawanan akhir itu nanti.
“Ia secara tidak langsung memberikan peluang kepada penyokong-penyokong kedua-dua pasukan ini untuk menyumbang kepada tabung bola sepak negeri masing-masing,” kata Hamidin ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Hamidin yang juga Naib Presiden FAM mendedahkan bahawa harga tiket aksi final Piala Malaysia itu merupakan kedua terendah berbanding negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
“Kami telah membuat kajian bahawa selepas Singapura, Malaysia adalah negara kedua yang menjual tiket dengan harga terendah,” tambah Hamidin.
Terdahulu, pelbagai rungutan timbul dalam kalangan penyokong-penyokong kedua-dua pasukan yang menganggap harga tiket yang diputuskan FAM itu adalah terlalu mahal.
Malah, Ahmad Shabery turut meminta FAM mengkaji semula harga tiket tersebut kerana dianggap mahal bagi penyokong-penyokong kedua-dua pasukan terutama yang kurang berkemampuan.
Kelmarin, sekumpulan penyokong Negeri Sembilan mengadakan bantahan secara aman di hadapan Wisma Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) serta mengedarkan risalah kepada penyokong lain supaya memboikot penjualan tiket final itu.
Sumber: Kosmo online.

Katakan saja!: Banyak lagi cara lain untuk menyumbang...dengan naik kan harga tiket ni makna nya memaksa orang untuk menyumbang! adakah ia nya betul? Meluat!

  

Betul Ke Box-office Filem Ni?

Assalamualaikum dan salam buat semua.


Filem ni kira nya dah berakhir dari tayangan kat panggung-panggung. Tak terbaca la pulak berapa kutipan yang diperolehi..(gamaknya, wartawan pun malas nak ikuti perkembangan filem yang dibikin oleh mamat "derhaka" ni).ya lah..Filem ni tak lah sensasi sangat tapi pengarah dan pembikin filem ni yang lebih sensasi nya!. Sensasi yang sengaja dicipta sejak dari dulu lagi...entah apa-apa! mamat ni tetiba jadi popular, siap boleh buat filem lagi...dan terdengar jugak siap nak jumpa Perdana Menteri lagi kala filem dia hadapi masalah untuk ditayangkan tempoh hari! Memandangkan aku langsung tak beminat dengan mamat cina ni (bukan menghina ya, memang dia berbangsa cina) so tak ambil tahu sangat lah pasal dia mahupun filem dia!
Tengok Tajuk Nasi Lemak 2.0 pun dah tak ada rasa nak tengok...apapun ada juga blog yang beria-ria review filem ni kaw-kaw..siap bagi 4/5 bintang lagi..hahahahah....biasa lah dijemput untuk promote so kena lah promote!
Tak kisah lah....Apapun ada  terbaca yang filem Nasi Lemak 2.0 si Namewee ni box-office. Sampai boleh buat kutipan lebih 6 juta! ye ke?...emmmmm macam tak caya lak. Jangan kata 6 juta, 6 ratus ribu pun entah ya entah tidak!
Kalau betul lah, mesti mamat ni akan lebih bongkak dan berlagak!
Kalau filem ni di siarkan kat TV percuma (RTM/TV3) pun aku tak ingin nak tengok...banyak lagi cerita lain boleh dilayan. Buat apa nak sokong warganegara yang menghina negara nya sendiri then lepas tu mampu mencuri perhatian ramai orang! Perhatian yang menguntungkan dia! Lepas ni dia akan buat lagi apa yang dia suka!

Katakan saja!: filem dia tu tak ada apa-apa salah tapi sikap dia tu yang buat kita rasa menyampah!

Wednesday 26 October 2011

Mengaku Juga Akhirnya :-)

Assalamualaikum...dan salam buat semua.
Sumber: Berita Harian

Nak tulis tentang isu hiburan sikit, dalam industri hiburan ni, kisah artis bercinta lah yang kiranya paling laris dan paling dicari oleh para peminat. Wartawan hiburan pun berlumba-lumba mengejar dan "mengorek" kisah artis yang sedang hangat bercinta.
Kisah Tizz dan Remy Ishak bercinta ni sebenarnya dah lama, namun mereka berdua ni asyik menafikan, konon nya hanya bercinta dalam filem dan drama kat alam realiti jawapan mereka "Kami hanya kawan rapat"...hahahaha sangat klise!. Biasa la mereka pandai berlakun, so jangan kata dalam filem, kat luar pun memang tetap juga nak berlakon.
My friend yang ada dalam industri pun ada bagitahu yang dua orang pelakon fofular ni memang tengah hangat bercinta. walaupun bukan untuk filem mereka kalau makan berdua tu siap bersuap-suap manja lagi. Ada ke kawan biasa-biasa kalau makan tu main bersuap-suap? emmmmmm entah lah! Masa kat Kuantan beberapa bulan lalu (sempena Jom Heboh TV3) mereka berdua ni dilihat (banyak mata yang lihat) melepak sampai lewat malam kat ruangan rehat Hotel (hotel terbesar dan terbaru) kat kuantan. Borak-borak dalam keadaan yang sangat romantis dan memang jelas seperti orang tengah angau bercinta...pun begitu....Mereka tetap menafikan nya.... Begitu lah Adam dan Nuraminah! Apa salahnya mengaku kalau dah bercinta!
Tut-Tup...hari ni dalam Berita Harian si Remy dengan yakinnya memberi statement:-
"Ya, saya memang sedang berpacaran dengan Tiz. Bukan niat saya untuk menyorokkan perkara ini. Selama ini saya memang tidak mahu bercerita secara terbuka mengenai hal ini kerana tidak mahu menguar-uarkan perkara yang kita tidak tahu kesudahannya. Bagi mereka yang tahu mengenai hubungan kami, tahulah.

So bagus lah kalau dah berani mengaku. Tak perlu lah nak sorok-sorok kalau banyak perbuatan dan tingkah laku yang ditunjukkan kepada umum memang mengesahkan anda berdua ni memang dengan sayik masyuk bercinta.
Selain itu, kalau hati dah yakin bercinta dan mencintai Remy mahupun Tizz tak perlu takut , cuba amati statement Remy ni :
"Lagi pun, perkara ini terlalu awal untuk kongsi dengan semua orang. Saya tak mahu disebabkan terlalu terbuka bercerita soal percintaan, jika perkara itu tidak berakhir, ia akan memalukan banyak pihak,

Memang jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, namun kita yang merancang dan berusaha ke arah itu, selain berdoa dan bertawakal!
Bila dah bercinta tu, harapnya adalah impian ke arah yang lebih baik..maksudnya kahwin. Nak tunggu apa lagi, sama cantik sama padan sama popular, so kahwin je lah..... Tak perlu lah nak takutkan soal populariti! peminat dan penonton masa kini sudah bijak untuk menilai, kalau berlakon dah memang best, awak anak sepuluh pun orang tetap akan beri sokongan. 

Katakan saja!: Muak dengan atris yang kejap kata bercinta kejap kata berkawan....

Masih Kisah Cuti :-)

Assalamualaikum...Salam buat semua.
 
Rasa nya dah hampir seminggu tak menjenguk ke blog ni...memang sunyi dan sepi. harap seminggu bercuti tidak akan melunturkan minat untuk terus berblogging dan juga minat kalian untuk terus berkunjung ke sini...Kan before bercuti hari tu, ku ada tinggalkan entri berbentuk "memo'/pemberitahuan... Malam ni, Memandangkan kat rumah mertua ada line internet yang baik, so boleh lah update entri..kategori coretan biasa, isi masa lapang. hahaha..
Betul la, kalau tinggalkan lelama, bila start nak menulis , idea tak akan datang dengan laju..baru seminggu tinggal, kalau sebulan atau setahun, nak ambil masa dua-tiga jam untuk satu perenggan entri baru!
Seronok juga cuti kali ni, masa dimanfaatkan dengan sebaiknya bersama keluarga. 3 hari 2 malam di Cherating dapat merehatkan fizikal dan minda. Paling penting, anak-anak pun seronok. Dengan bercuti begini memang dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Bercuti ni pun sebagai "hadiah birthday" untuk anakanda ku yang sulung, Adiputra Iskandar.(Genap 5 Tahun). Seronok mandi kolam, main gelongsor, jalan-jalan tepi pantai, lepak-lepak pekena teh tarik kat warung tepi pantai antara moment yang sangat indah bersama isteri dan anak-anak. Kalau ada lagi kesempatan, bercuti bersama keluarga ni seharusnya menjadi acara wajib!
Selain itu, Kira nya ambil kesempatan untuk balik kampung juga sebab Raya Haji nanti, cuti nya cuma sehari, alamat beraya diperantauan lah. Apakan daya! Tak pe lah, Bentong pun dah jadi macam tempat sendiri.
Sepanjang di kampung ini masa tentunya sangat berharga dan rasa singkat sangat. Tup-tup dah tinggal dua-tiga hari je lagi...
Buka je sekolah hari senin ni..emmmmmm macam-macam agenda yang dah tersedia untuk diselesaikan. Buat masa ni, malas nak fikir, nak habis kan cuti kat kampung dulu dengan penuh ketenangan.

Katakan saja!: seronok dok kat kampung musin-musim hujan ni, seronok makan ubi, macam-macam jenis ubi ada!

Friday 21 October 2011

Cuti- Cuti :-)

Assalamualaikum, dan salam buat semua.


Emmmm bestnya! Esok start cuti untuk seminggu, sempena perayaan Deepavali! Malam ni pun jalan utama kat Bentong ni nampak nya dah bersusun-susun dah kereta. Biasa la, ore kalate nak kelik kg lah tu....Bentong kan laluan utama.
Aku sekeluarga pun planning nak kelik kelate jugak...Tapi untuk kali ni, nok kelik kot teganu. Nak singgah kat Cherating dulu untuk semalam dua! Nak rehatkan fizikal dan juga minda. Lagi pun ni lah the best time untuk spend dengan keluarga.
Bila bercuti kat kampung nanti, blog ni pun rasa-rasa nya bercuti juga lah. emmmmm mesti sepi tanpa entri baru dan tanpa pengunjung.
Aktiviti berblogwalking pun mungkin tak dapat dilakukan dengan aktif:-( huhuhu.....
Bila tak berblogwalking, so blog sendiri pun tak ada lah orang nak buat aktiviti yang sama untuk blog kita. Adat la tu.....
Tak apa lah, bila dapat bercuti, so pastikan cuti tu berkualiti..... Bila ada masa kelak, boleh la update blog dengan idea yang lebih fresh..sebab otak pun dah fresh..hahahaha...harap-harap begitu lah. :-) Jangan balik- balik dari bercuti nanti otak makin berserabut sudah lah! 
Pun begitu, banyak lagi agenda tugas-tugas yang mesti diselesaikan lepas cuti nanti.... Apapun malas lah nak fikir lagi...balik nanti buat lah apa yang patut.
So, buat teman-teman yang berkunjung ke sini, kalau masuk-masuk je tengok tak ada entri baru, jangan serik untuk datang lagi ya..jangan kata aku dah merajuk atau pencen berblogging bagai......baru bermula, macamana nak pencen dah! sebesar biji kacang kejayaan pun belum dikecapi..hahahaha.... nak success bukan senang!
Ok lah, nanti jumpa lagi.....

Katakan saja!: Buat apa pun kerja, rehat kan minda tu penting :-)

Semakin Dekat.....Kehidupan Makin Menakutkan!

Assalamualaikum dan salam buat semua.


Nowadays kalau baca surat khabar atau mana-mana sumber berita sekalipun, kita tak terlepas dari dihidangkan dengan kisah-kisah pembunuhan ngeri, rogol, culik, samun, ragut dan cerita-cerita jahat manusia! Berdebar rasa hati, walaupun kisah-kisah itu tidak melibatkan orang-orang yang kita kenal namun ianya sudah cukup untuk mengambarkan manusia semakin terdesak menjadikan kehidupan ini penuh dengan kekejaman!
Itu kisah dalam surat khabar, but for this entry ku nak cerita tentang kejadian-kejadian seumpama itu kerap berlaku di tempat aku (Bentong Pahang) nowdays! Malah ada diantara nya juga telah masuk surat khabar.
Beberapa bulan lepas pasangan warga tua dibunuh dengan kejam (uncle kepada kawan aku), sampai saat ini pembunuh kejam itu belum dijejaki apatah lagi ditanggap. Selang beberapa minggu selepas itu, makcik India, tuan punya kedai runcit tempat aku selalu berhenti beli rokok juga di bunuh. Rumahnya dirompak dan beliau telah menjadi mangsa pembunuhan kejam.
Selain itu, akibat bergaduh seorang lelaki bangsa India telah dikelar lehernya, berlaku di karak (juga dalam Daerah Bentong)
Minggu lepas, seorang budak sekolah Tingkatan 4 (16 Tahun) di rogol dirumahnya sendiri. Hanya 2 km dari rumah ku!
Dua malam lepas, 3 buah rumah di pecah masuk! Semalam 2 buah rumah juga dipecah masuk!
Menurut penduduk setempat (cakap-cakap kedai kopi), penjenayah yang memecah masuk rumah tu mensasarkan rumah-rumah kampung (sebuah-sebuah) yang ada anak dara! Selain merompak penjenayah itu juga sangat ingin merogol!!!!! Dasyat punya manusia berhati setan iblis maha celaka!!!!
Ada khabar-khabar menyatakan penjenayah itu jenis yang "menuntut ilmu"...kira-kira nya macam orang minyak lah! Mangsa yang dicari bukan hanya remaja, malah kanak-kanak walaupun masih bersekolah tadika!
Sekarang ni, orang-orang Bentong ni kira nya berada dalam keadaan yang resah dan risau! Kisah-kisah ngeri yang sering di baca di dada-dada akhbar sekarang semakin hampir dengan kehidupan kami di Daerah yang permai ini. Sesungguhnya ianya sangat menakutkan.
Apa lagi yang mampu dibuat selain menjaga diri, keluarga dan harta benda dengan cara yang terbaik. Berdoa kepada Allah yang maha Esa agar tidak diuji dengan ujian yang sebegitu menyanyat hati....Aminnnn....
.....dan berharap sangat-sangat biarlah penjenayah itu cepat-cepat ditangkap dan dihukum dengan hukuman yang berat oleh pihak berkuasa!

katakan saja!: penjenayah yang merogol anak-anak kecil tu bukan hanya gila seks tapi memang betul-betul gila! gila segala-galanya..mental dan fizikal!

Thursday 20 October 2011

Update Tanda Sayang!

Assalamualaikum.

Berpeluang juga buka blog ni, sepanjang hari ini betul tak berpeluang nak jenguk...ish-ish..sibuk sokmo!
Aku sendiri pun dah naik bosan nak tulis pasal sibuk ni..sebab semua orang pun sibuk! Tapi nak kena tulis jugak,walaupun dah puas "ngejas" dah untuk manage masa namun tetap ada juga benda yang perlu diselesaikan tapi tetap tak dapat selesai! Ada lah beberapa halangan yang menyebabkan ada kerja-kerja terbengkalai.
Hari ini walaupun hati nak sangat mengupdate blog tapi ku gagahi diri agar untuk tidak membuka blog, ya lah nanti ralit pulak then mula lah perkara yang aku patut selesaikan dahulu tu tak selesai!
So dengan tidak mengupdate blog adalah kerja-kerja yang kononnya nak selesaikan tu beres? emmmmm sedih! tetap tak beres.
So sebelum tidur, nekad nak juga buat entry baru, walaupun bukan cerita sensasi..hanya coretan biasa-biasa saja.
Bukan kah blog ni tempat untuk meluahkan selain menjadi peneman yang baik kala hati dilanda resah dan gelisah.
Apapun, nak luahkan sedikit rasa kecewa aku....kecewa sebab idea dan buah fikiran aku (sudah siap dalam bentuk paper work pun) telah dicuri dan di cilok orang! bukan setakat cilok untuk simpan tapi idea itu telah dilaksanakan dan pencilok tu serta kuncu-kuncu mendapat manfaat/keberuntungan yang banyak! Ku dan teman-teman ku..emmmm...berputih mata lah tema nya...huhuhuhu....Tak perlu jelaskan apa dia, cuma begitu lah sifat manusia. kekejian tetap bersarang dalam diri walau dalam apa jua situasi...sabar je lah!
Esok last day sekolah before bercuti untuk perayaan Deepavali. Sekolah cuti seminggu. So aku sekeluarga dah plan nak bercuti semalam dua kat resort di Cherating! Nak releks kan diri. Cuti dari kerja dan kesibukan yang sering mencengkam sejak akhir-akhir ini.
Come back dari cuti tu, banyak juga lagi agenda yang perlu diselesaikan, almaklum lah SPM dah sangat hampir.....
Pejam-celik masa berlalu sangat pantas....dah nak cuti sekolah hujung tahun dah pun....
Bila cuti nanti bz ngan semak kertas SPM....
Kadang-kadang rasa rutin saban tahun tu sama jeee.....
Apa nak buat, dah kerja aku begini...
Ok lah....dah dapat buat catatan ni, kira puas hati lah....
Jumpa lagi next entry :-)

Katakan saja!: update entry ni pun sebagai tanda sayang pada pengunjung yang sudi bertandang :-)

Wednesday 19 October 2011

MEMBUNUH Selepas Sedap!!!!!!! Berhenti Bercinta!

Assalamualaikum.. Salam buat semua.
Semalam aku dah postkan entri yang berkaitan (sedikit) tentang kisah ni..
Kalau belum baca boleh klik SINI!
Tapi bila tengok je gambar ni...hati sayu pada mangsa (bayi suci yang tak berdosa ini) tapi panas, marah, geram pada pelaku yang maha kejam itu!
Bayi suci yang malang.Di bunuh dengan kejam oleh manusia yang membenarkan perutnya dihuni oleh bayi ni dalam tempoh lebih kurang 9 bulan 10 hari! Ibu nya sendiri!

Jadi entri ini adalah luahan rasa geram aku sebagai tanda aku sangat mengutuk perbuatan yang sangat binatang ini! Jadi untuk entri ni aku memang akan gunakan bahasa yang lucah, keji dan sewaktu dengan nya, sebab aku nak tujukan pada si keji..juga secara jujurnya, kalau yang membaca ini gadis, maka beringat lah...harga dan maruah diri. Sekali terlanjur kesan nya diusung hingga ke hujung nyawa, nak plak kalau hilang pertimbangan, maka begini lah jadi nya! (mungkin ada yang tak suka entri ni, kalau rasa melampau, jangan teruskan membaca) cu you on my next entry, not like this anymore :-) hehehehe...

Memang budak betina 16 tahun tu remaja, masih mentah, mudah diperdaya, pun begitu mungkin sebab dia dah memang dasar betina gatal dan miang! pantang kena sentuh, mula lah ghairah tak tentu pasal...jiwa beri...raga menganga-nganga nak! Dasar Garit! Kononnya jatuh cinta pada si jantan tak tentu hala tu...demi cinta yang sedang bersemi...maka serahlah apa yang jantan tu nak..sedaplah beberapa ketika..alah, budak-budak...berapa minit sangat...3-4 kali enjut.....Bushhhhhh......habis lah sedap tu!!!!!
Sebab kawalan pun tak berapa nak pandai..perut pun membusung la bunting..yang dikandung tu nyawa insan, sama macam dia...malah darah daging nya sendiri, baru lahir je...diseksa dan dibunuh sebegitu rupa!!!!! Kejamnya! sangat kejam!
Remaja sekarang, kalau boleh ada couple suka bagai nak gila! kalau boleh nak semua orang tahu, dia tengah galak dan mabuk bercinta....bila bercinta mereka selalu ingat dan rasa, bercinta tu mesti kena beromen, bersetubuh! berzina! ya lah mat saleh selalu kata "make love"...so mereka pun make lah!!!!....sedap sangat lah..benda haram! dikelilingi iblis dan setan, dalam anu yang betina dan jantan tu pun penuh dengan anak cucu setan! Bila dah buat, dah sedap, silap hari bulan, bunting! mula lah tak keruan, alasan tertekan then buang! bunuh! Bila kena tangkap, mula lah buat muka simpati tunjuk keinsafan dan penyesalan!...habis yang dah dibunuh tu macam mana? begitu lah budak-budak sekarang, mentah, kencing pun masih bercabang dah berangan nak "buat projek"! Yang betina plak jenis tak tau nak jaga, entah-entah ramai yang tak tau dara tu apa? yang mereka tahu nampak jantan je terus gersang...murah tahap gila babi..babi gila pun tak semurah tu!
Memang pokok pangkal nya pegangan agama...! Tapi kalau yang beragama Islam tu, kat sekolah dan kat rumah benda-benda ni dah selalu sangat diterang dan ditekankan..berzina itu haram dan ianya adalah Dosa Besar!!!!! Tapi mereka kata apa?...Ada aku kesssahhhhh lah jawabnya!
Bagi aku, yang jenis membuang dan membunuh anak sendiri (baby yang baru lahir ni) jauh lebih hina berbanding wanita yang melacur! Pelacur bukan nya gersang sangat bila tengok jantan, mereka lebih gersang tengok duit! mereka tak bunuh sapa-sapa....
Apa jua....cakap apa pun tarak guna.......ke mana agaknya hala budak betina tu lepas ni..emmmm paling-paling pun ke pusat pemulihan akhlak! Kalau keluar dari pusat itu dan sifat gersang dan ketagihan seks nya masih belum reda? apa lagi yang patut dibuat...digoda jantan, bersedap-sedapan, bunting then bunuh lagi ke? tak tau nak kata lah...masa yang menentukan nya......!

Kalau hanya seks yang diidamkan, kahwin dan buat lah seks seberapa banyak yang anda nak! dan suatu ketika kelak fikirkan sendiri adakah hanya seks saja yang benar-benar memberi rasa puas dalam kehidupan. rasai dan jawab lah sendiri!
Kesimpulannya, kalau sesiapa saja (gadis-gadis) yang benar-benar jatuh cinta, maka berkahwin lah....bila dah kahwin, buat lah seks berapa kali sehari pun, main lah sampai ke subuh! Jangan dengan hanya tiket bercinta itu, anda boleh membenarkan kepunyaan anda yang sangat mahal dan berharga itu diperolehi oleh mana-mana lelaki dengan percuma! Jangan jadi bodoh sebab anda tentu sekali tidak bodoh!

Katakan saja:! Aku kahwin dulu habis berpuluh ribu.......!

Tuesday 18 October 2011

WORDLESS WEDnesdaY....#2

Assalamualaikum :-)
TQ 4 Tuan punya gambar ni..Ambil dari FB ni :-)
Katakan saja!: nilai lah sendiri mana yang lebih cantik, anggun dan "seksi" sebenarnya!???

Mencontohi Biarlah Pada Yang Lebih Baik

Assalamualaikum :-) salam buat semua.
Ehhh..apa kena mengena gambar ni dengan entri yang ditulis? hahahaha..Entah apa-apa! Tak pe lah, kan setiap entri patut disertai dengan gambar, baru nampak "malatop" sket! Lagi pun dah ada perkataan "example" tu macam kiranya ada kena mengena lah...ok-ok..kalau tak sesuai..kira Hiasan Semata! Boleh????? :-)

Entri kali ni nak membicarakan sikit tentang contoh mencontohi..waaaa macam dalam bilik darjah plak. Ni bukan Matapelajaran Moral ya...hehehehe..

Bukan apa,dalam setiap perkara yang kita buat, mestilah ada panduan, maksudnya contoh yang baik untuk dijadikan kayu pengukur. Bukan nak menyaingi atau membandingkan diri kita, cuma sekadar memberi semangat pada diri sendiri.
Dalam bab-bab berblogging ni, kita boleh dengar macam-macam pandangan dan cadangan dari mereka yang terlibat sama dengan aktiviti ni. Ada yang kata buat satu entri sehari cukup la, kalau buat banyak-banyak pun sapa nak nak baca, traffic tetap macam tu jugak! dan ada statement yang menyatakan, tengok blogger-blogger yang dah glemer, update blog seminggu sekali pun tetap dapat traffic yang tinggi dan macam-macam lagi lah. So which one we should follow?
Mana satu yang kita harus ambil sebagai contoh?
Mana-mana pun boleh, ikut suka kita lah, tapi kalau nak mencontohi seseorang tu, biarlah yang berdaya maju. kalau kita nak ambil contoh blogger yang dah glemer dan update entri seminggu sekali, macam mana kita nak glemer macam dia? kita belum glemer, so tak boleh lah nak contohi dia dalam bab ni sebab kalau kita yang sendu ni update blog seminggu sekali, siapa yang akan perasan yang kita ni wujud di talian ni? Soal traffic ke, duit en.nuff ke, followers ke, atau apa sekalipun jangan lah ianya memberi kesan yang kurang baik pada semangat dan ilhtizam kita untuk terus berdaya maju. Lain lah kalau kita betul-betul tidak bekesempatan untuk mengupdate blog dengan kerap. Selagi ada masa, kelapangan dan idea so bantai je dulu.....mana tau kot-kot esok-lusa belum sempat glemer pun tak mampu nak buat,even satu entri seminggu. Last-last blog betul-betul keras macam batu blok yang "usang dan berhabuk!"
Apapun dari pemerhatian aku, ramai blogger yang dah really success macam Ben, Cik Epal, Redmummy, denaihati dan yang lain-lain tetap kencang mengupdate blog mereka dengan kreativiti yang semakin hari semakin menyerlah...so, blogger glemer mana yang dikatakan update blog seminggu sekali? (sumber mana aku dapat ni?????) Macam Ben Ashaari contohnya, sehari kadang-kadang lebih dari 5 entri! emmmm memang wajar dicontohi, tapi kena tengok lah pulak kemampuan diri kita ...hehehehe....
Setakat hari ini, aku gembira sekali dengan aktiviti berblogging ni, tak pernah memujuk sapa-sapa untuk follow kerana aku malu nak suruh orang follow blog aku ni. Malu sebab aku sendiri tak tau apa keistimewaan dan kelebihan yang ada kat sini, yang aku tahu hanya menulis apa yang aku nak tulis. Pun begitu bila aku dapati semakin hari semakin ramai followers dan pembaca, aku lebih teruja dan bersyukur kerana sekurang-kurangnya apa yang ada dalam kepala otak aku ni bukan aku sorang saja yang tahu...(yang bukan untuk dirahsiakan je lah..hehehehe...). Aku juga begitu, akan follow blog-blog yang aku rasa nak follow bukan disebabkan oleh disuruh atau diajak oleh sesiapa....:-) harapnya tindakan aku ni betul!
By the way, dalam apa juga perkara, kalau nak dijadikan contoh mesti lah yang lebih baik!

Katakan saja:! selalu pesan pada diri, jangan terlalu mengejar benda yang tak patut sangat dikejar kerana kelak pasti akan mengecewakan namun berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ke sehari adalah perkara yang perlu difikir dan direncanakan!

Monday 17 October 2011

Dah Macam Artis la Pulak !


Assalamualaikum…

Gambar yang langsung tak sesuai dengan kandungan entri ni..tapi ada sket-sket sesuai ngan tajuk..hahahaha...hiasan semata!
As i said dalam entri tadi, hari ni tak banyak kerja sangat, nak pulak kelas pun tak ada hari ini. So masa yang ada digunakan untuk prepare bahan mengajar untuk kelas jadual anjal. Selain itu siapkan juga skema supaya senang cikgu-cikgu nak rujuk.
Di samping itu, tengah membaca dan meneliti kretiria untuk penilaian 5S sebagai auditer (juru odit). Hahahaha..aku dan beberapa orang kawan lagi telah dilantik untuk jadi juru audit dalaman program 5s. Nak kena pi menilai tempat-tempat atau zon yang melaksanakan 5S kat dalam sekolah ni. Berpuluh kretiria yang perlu diteliti. Semakin dibaca mata makin berpinar dan kepala makin pening!
Ahhhh…biarkan dulu, sampai masa nak menilai/ mengaudit nanti, buat je la apa yang patut.
Selain dari kerja-kerja yang perlu dibuat, Sejak beberapa hari ini, cikgu-cikgu juga menjadi semakin "sibuk" akibat dikejar para pelajar. Kat mana-mana jua, kantin mahupun bilik guru pelajar pasti mengejar untuk mendapatkan tandatangan buku penglibatan kokurikulum mereka. Naik lenguh menyain buku mereka tu. Bukan hanya menyain tapi kena bagi markah juga..aduhhhh!
Pelajar plak suka sangat buat kerja last minute, bukan hanya tentang belajar, benda-benda kokurikulum ni pun nak kena last minute baru nak jalan. Padahal untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain pun…emmm begitulah pelajar zaman sekarang ni, tak tunjuk kesungguhan dalam apa jua perkara. Ada pelajar yang langsung kita tak pernah tengok tetiba datang cakap "cikgu, saya pun ahli kelab kebudayaan, boleh sain tak?" aku tanya balik, "ye ke awak ni?, tak pernah nampak pun, awak buat persembahan apa untuk kelab? persembahan silap mata? sampai kan saya tak pernah nampak pun awak ni.!".ish-ish-ish!
Bila kita berseloroh kata ‘penat lah cikgu kalau macam ni” mereka  juga turut berseloroh “ala, best la cikgu, beberapa minggu ni dah jadi macam artis, budak-budak cari dan minta tandatangan, bukan senang tu cikgu!”…emmmmm..artis lah sangat!

Katakan saja!: pelajar ni macam-macam, ada ketika kita rasa marah ada ketika rasa sayang! hehehehe....

Betul ke Ni?


Assalamualaikum… Selamat Pagi semua :-)

Awal-awal pagi ni, memandangkan tak banyak benda yang nak diselesaikan urgently so boleh lah belek-belek status kat FB. Terkejut jugak bila jumpa artikel ni kat status one of my friend.
Ye ke ni?


Tak dinafikan tidur nyenyak adalah antara nikmat yang seharusnya dikecapi oleh semua orang. Namun begitu, ramai juga di antara kita yang saban malam tidak dapat tidur nyenyak atas sebab-sebab yang tersendiri.
Selain dari tidak tidur nyenyak, ramai sangat yang mengamalkan amalan tidur lewat. Kalau buat kerja-kerja yang penting tu kira ok lah, tapi nowadays ramai yang tidur lewat sebab melepak lama-lama kat kedai kopi, "bermesyuarat" tanpa ada agenda, so kalau dah kusyuk tu, menjelang pagi pun tak sedar!
Emmmm…betul la tak sihat…
Kalau nak panjang umur, lepas ni lepas makan malam terus tido ! hahahaha….

Katakan saja :! Gara-gara berblogging pun kadang-kadang terlajak sampai ke lewat malam :-) pun begitu, kalau hujung minggu bantai tidur sampai tengahari...sihat ke tu?

Lagi Kisah Setan!

Assalamualaikum...dan salam buat semua.

"Cut and Paste" story :-) boleh ya...
Bukan apa, lemas, rimas dan takut apabila setiap hari kita mendengar dan membaca kisah-kisah pelik yang berlaku dalam negara kita ni! Pelik bukan maksudnya aneh atau tidak pernah berlaku tapi perangai manusia yang semakin pelik hingga menyamai taraf binatang buas, iblis mahupun setan!
Pembuangan anak, pembunuhan dan pelbagai jenayah yang melibatkan nyawa seolah-olah semakin hari semakin hampir....ianya amat menakutkan! 
For this entry, this two stories yang menterjemahkan kekejaman manusia masa kini! Hilang pertimbangan! seolah-olah mereka tidak bersyukur lahir sebagai insan, sebab itu lah mereka korban dan abaikan sifat "keinsanan" yang sebenarnya ada dalam hati dan jiwa mereka, namun mereka kasihkan setan dan iblis untuk mengemudi amarah mereka! Mereka memang manusia jelmaan SETAN! Nauzubillah!
Sumber: Akhbar Harian Metro: ADA KAH MANUSIA YANG NORMAL SANGGUP MELAKUKAN KEKEJAMAN SEBEGINI.? BUKAN KAH PERKAHWINAN ITU UNTUK TERUS MEMBAJAI DAN MENYUBURKAN LAGI RASA CINTA. ISTERI ITU UNTUK DIKASIHI DAN DILINDUNGI! Memandangkan Jantan ini lebih rela menjadi setan, maka dia sanggup memperlakukan manusia lain (isteri nya sendiri) sekejam ini!!!!!! Hanya kerana secalit rasa cemburu! Dasyatnya Manusia dan Dunia masa kini!
Sumber Gambar: Mymetro: Anggota polis sedang membawa mayat bayi yang mati dikelar oleh ibu nya sendiri. SEEKOR manusia BETINA REMAJA (16 Tahun) yang membunuh bayi ini selepas dilahirkan. Kerana sifat GARIT nya maka bayi yang tidak berdosa ini tidak sempat mengenal dunia akibat dibunuh dengan kejam! Kadang-kadang rasa dah tak ada perkataan nak dicakapkan lagi....Betina jahat itu harus dihukum! Mungkin ada yang kata Jantan yang membuntingkan dia juga bersalah..yap! ini bukan soal gender, jantan atau betina tapi soal kemanusiaan! Betina ni diperdaya oleh jantan jahat sebab dia BODOH! dan sebab itu juga dia mudah dirasuk setan! Diperbodohkan pula oleh setan! Berkali-kali bodoh!
Katakan saja!: Ya Allah, lindungi lah seluruh keturunan ku dari musibah dan kekejaman yang tidak berakal ini!

Tak Edit Dulu ke?

Assalamualaikum, dan salam buat semua.
Bila ada orang bagi comment tentang entri yang kita post kan dalam blog, makna nya orang tu baca entri kita. Right? Itu antara perkara yang sangat mengembirakan sesiapa saja yang bergelar blogger. Tak kira lah blogger newbie ataupun dah otai. Antara sebab kita menulis adalah sebab ada orang yang membaca. betul tak?
Same to me, bila ada orang bagi komen kat ruangan komen, aku mesti cepat-cepat respon sebagai tanda menghargai orang yang memberi komen tu.
Memandangkan my blog ni banyak dibaca oleh rakan-rakan terdekat so banyak juga komen yang mereka berikan secara verbal (bersemuka). Paling banyak sekali tentang "spelling error". " kau tak edit dulu ke penulisan kau sebelum disiarkan, banyak juga ejaan yang salah". Begitu lah bunyi komen dari kawan-kawan yang prihatin. Thanks guys!
By the way, selepas siap satu-satu entri, aku memang baca dulu sebelum publish, baca semula untuk memastikan apa yang ditulis tu difahami, dan kadang-kadang banyak tak terperasan tentang ejaan. Memang ambil mudah pun, kerana aku turut terpengaruh dengan blog-blog yang laris "di halaman". Mereka juga aku tengok tidak menitik beratkan tentang ejaan, namun bagi aku mereka sengaja cz kebanyakkan blogger begitu selesa menggunakan bahasa ringkas ataupun bahasa sms. itu yang menyebabkan orang tak perasan bahawa mereka tersilap. Aku pun sebenarnya teruja juga nak gunakan bahasa-bahasa santai yang nampak "mesra pembaca" tapi dengan umur yang begini, tak berapa nak pandai. Selain itu, setiap kali menaip sms pun ku selalu guna ayat dan perkataan "penuh" dan kalau ringkasan pun untuk perkataan-perkataan yang dah familiar macam yang=yg. Kampung=kg. Assalamualaikum=a'kum dan beberapa lagi. Ringkasan orang muda-muda sekarang tak tahu sangat :-)
Pun begitu, dalam berblogging ni kalau tulis entri dengan bahasa yang penuh "tertib" pun orang kurang gemar jugak. bak kata kawan aku, macam baca buku sejarah lah pulak...hahahaha...
So, aku selesa dengan cara sendiri. Menulis macam bercerita. Tentang ejaan tu, insyaAllah akan diberi perhatian juga nanti.

Once again..terima kasih sebab sudi membaca! 

Katakan saja!: kadang-kadang apa yang ada dalam kepala otak ni tak sama bila diterjemahkan dalam bentuk penulisan..kenapa ya? :-)

Sunday 16 October 2011

Sibuknya Semua Orang....... :-(

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang singgah kat sini.

Tugas-tugas hakiki untuk hari ni kiranya dah selesai dan beres! Lega rasa nya.
Tadi lapar sampai mengigil. Once dah pekena nasi goreng special kat kantin, terus rasa nak tidur la plak...gitu lah!
Apapun, dari dok terbongkang melayan kekenyangan, lebih baik update blog. 
Benda yang aku nak kata ni memang dah kerap kali dah aku tulis dalam entri yang terdahulu dan ramai juga blogger yang membicarakan soal ni...soal sibuk!
Betul la...nowadays persekitaran kerja aku dipenuhi dengan orang-orang yang sibuk.banyak sangat kerja gamaknya. Bila dah rasa sibuk sampai cakap pun masing-masing serius semacam je..muka jangan cerita lah..kerut seribu!
Masa makan pagi cakap pasal kerja yang belum beres, time lunch pun masih sambung cerita yang sama...alahai...begitulah kalau musim sibuk ni, 24 jam pun tak cukup, tema nya! Tuntutan kerja lah katakan. Kesiannnn........So aku tak sibuk ke?
Emmmmm malas lah nak bagitahu seantero alam yang aku ni sangat-sangat sibuk. Cuma sesekali ada lah juga update status kat FB, just bagitahu tentang kekangan masa yang tak mengizinkan aku untuk update entri baru. Tu pun sebenarnya tanda hormat pada pembaca setia blog aku...kot-kot mereka tanya, mana entri baru? atau anggap aku hot-hot chicken shit! hahahahaha..(pinjam kata-kata kawan aku- english versi negara mana, ku tak tahu ya).
Sibuk tu sebenarnya bukan benda yang negatif pun, malah ianya membuktikan bahawa kita ni komited dengan kerja masing-masing hingga tak cukup masa. Cuma kadang-kadang keseronokan berkerja tu bagaikan hilang akibat kesibukan yang tidak menentu. Kalau sebelum nya, sempat berborak kosong dan gelak-gelak namun sekarang jangan kata nak gelak, senyum pun dan sumbing lagi tawar!
Entah lah, hanya kita yang tahu kerja kita..Buat lah apa yang kita fikirkan patut!
kesibukan yang melanda tu biarlah kerana keikhlasan kita untuk melunaskan tanggung jawan yang wajib ke atas diri kita. Jangan ada sebab-sebab lain yang mungkin "memudaratkan" diri sendiri kelak!



Katakan saja!: kalau tak sibuk pun buat-buat sibuk! hahahaha...

Bukan Sekadar Rupa :-)

Assalamualaikum...
Sumber Gambar: Fan Page FB. Vokal-Bukan Sekadar Rupa.

Memandang tadi sempat melayan rancangan hiburan terbaru TV3, Vokal-Bukan Sekadar Rupa. Terpanggil untuk menulis sikit tentang rancangan tu. Kesimpulannya (secara am), terlalu ramai anak melayu yang memang bercita-cita untuk menjadi penyanyi! Kalau buat survey tentang cita-cita budak-budak sekolah rasanya mereka yang memilih untuk menjadi selebriti yang dikenali ramai terutamanya penyanyi dan pelakon pasti berada di tempat yang tertinggi!
Entri nak bukan lah nak mengulas secara terperinci rancangan tersebut atau nak condem mereka yang menyertainya, alah, cuma sekadar nak menulis dari persepsi aku sebagai seorang penonton.
Sekali fikir, baik juga TV3 buat rancangan Vokal-Bukan Sekadar Rupa ni, sekurang-kurangnya mereka yang ada bakal menyanyi dan mempunyai suara yang bagus boleh lah masuk TV bertanding dan disaksikan oleh puluhan ribu penonton. Berpeluang lah kiranya mengecapi alam glamour buat seketika. Kalau rancangan sebelum ni, semua peserta yang masuk selain dari boleh menyanyi, nak juga kena ada pakej dari segi rupa dan gaya. Bagi mereka yang berbakat tetapi kurang bernasib baik (tidak dikurniakan dengan kecantikan dan kekacakan) selalunya akan terpinggir...
Persoalannya, sejauh mana mereka yang menyertai rancangan ni boleh pergi dalam industri hiburan tanahair kita ni. Sedang bersepah bakat yang tampil dengan pekej lengkap pun ala-ala terkapai-kapai mencari hala tuju?
Kalau memang TV3 buat rancangan ni untuk beri peluang mereka masuk TV semata-mata,tak apa lah, tapi rasa nya para peserta yang datang untuk uji bakat dan berjaya masuk tu tentunya memasang angan-angan yang tinggi bahawa suatu ketika kelak mereka mahu berjaya menjadi penyanyi yang berjaya dan mungkin mahu menjadi "tersohor" atau lagenda macam Dato CT tak pun macam Jamal bagi yang lelaki! Alamak!!!!!! 
Memang tidak salah memasang angan-angan ataupun cita-cita tetapi realiti yang boleh kita nampak depan mata! Tengok saja pada rancangan-rancangan pertanding realiti TV sebelum ini macam Mentor, Akademi Fantasia, Bintang RTM (Zaman ni), dan segala bagai lagi, apa jadi dengan Finalist malah juara bagi setiap pertandingan tu...Tersohor ke mereka? dah jadi lagenda ke? Jangan kata nak muncul sebagai legenda, satu album pun tak keluar, yang bernasib baik mungkin mampu untuk keluarkan satu single, tu pun popular la seketika, lepas tu...sendu! Bagi yang ada pakej rupa, boleh lah buat "penghijrahan"menjadi pelakon drama mahupun filem itu pun setakat pelakon pembantu malah lebih menyedihkan jadi "extra" tanpa dialog! huhuhuhu.....
Memang semuanya berbalik kepada soal rezeki! tapi yang menyedihkan bagaimana ghairah nya anak-anak muda kita ni nak sangat jadi artis! tengok la masa uji bakat, yang berjaya menangis beria-ria sebab terlalu gembira kononnya dan yang kena reject teresak-esak akibat terlalu kecewa! seolah-olah tiada lagi esok untuk mereka!
Berbalik kepada rancangan Vokal-Bukan Sekadar Rupa ni. Bersedia kah rakyat Malaysia (orang melayu terutamanya) untuk memberi sokongan padu pada mereka yang sangat berbakat ini tetapi kekurangan dari aspek personaliti luaran. Jangan kata penonton atau pendengar tapi syarikat-syarikat penerbitan akhbar dan majalah hiburan sendiri, bersedia kah mereka untuk memberi ruang kepada mereka ini untuk menjadi "bahan berita" yang bakal dijual. Tak caya lah kalau ada majalah akan jadikan mereka cover depan! entah-entah beberapa inci ruang pun tidak berpeluang! 
Selalu kita dengar orang kata penonton ataupun peminat hiburan tanahair double standard, tak macam kat Hollywood. Hanya memberi sokongan kepada penyanyi atau pun pelakon yang cantik dan kacak saja! Kenapa begitu? Jawapan nya..pergi kedai dan tengok lah majalah-majalah hiburan yang ada, perhatikan cover majalah tu...semua nya hanya dihiasi oleh artis yang cantik jelita dan kacak bergaya saja walaupun bakat mereka "ala-ala" saja. (sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh) Pernah tak kita tengok Bob AF, Sahri AF, even Adidah Noor sendiri atau mana-mana artis yang diakui bakat mereka dalam nyanyian ataupun lakonan tetapi tidak "berpekej" berpeluang muncul sebagai cover majalah? jangan kata majalah hiburan, cover untuk akhbar sisipan pun tidak pernah!
So, pada peserta Vokal-Bukan Sekadar Rupa yang mungkin bergelar juara kelak..bagaimana ya?
Ehhh..panjang plak..cukup lah sampai sini!
Juri dan pengacara! Tiada pertikaian, dengan ilmu dan pengalaman mereka memang layak. Namun mereka tetap datang dengan pekej, tengok Erra Fazira!

Katakan saja!: bukan sekadar rupa atau sekadar dipinggiran? kesiannnn....

Bukan Senang!


Biasanya kalau hujung minggu merupakan masa yang boleh digunakan dengan baik untuk mengupdate blog dengan idea dan cerita yang terbaik la kononnya...:-)
Tapi hari ini, dari pagi tadi aku langsung tak ada mood nak buat entri baru, tak tau kenapa, mungkin sebab badan masih rasa tak sedap.
Semua paper yang dibeli sudah di "khatam" so rasa terpanggil untuk buat entri yang tak seberapa ni. Tak apa lah tak best pun yang penting ada entri baru. Kalau rasa nak menulis tu tak berapa nak ada maka kerja-kerja menjana idea untuk membuat entri akan menjadi sangat sukar. Siapa kata nak menulis tu senang? Walaupun hanya nak mencoretkan kisah-kisah perjalanan hidup seharian, ia nya akan menjadi sangat sukar kalau mental dan fizikal kita tidak berada dalam keadaan yang sihat.
Kalau sihat sekalipun, andai kesibukan aktiviti yang perlu kita selesaikan dengan kadar segera juga menyebabkan kerja-kerja menulis akan menjadi "entah apa-apa". That why aku sangat kagum dengan blogger-bloger yang mampu meng-update entri blog mereka dengan 3-4 entri sehari dan hasil penulisan mereka pula sangat bagus dan menghiburkan.
Bukan lah menulis entri ni untuk menghiburkan orang semata, tapi seandainya penulisan yang kita paparkan di blog kita itu mampu mengukir senyuman kerana lucu ataupun senyuman sebab pembaca mendapat pengetahuan dan pengalaman baru, itu considered bagus!
Sebagai motivasi kepada diri sendiri " tiada benda yang mudah dalam hidup ni" sering aku tanamkan dalam fikiran agar aku akan terus positif untuk berusaha dalam apa jua perkara yang dilakukan. Kadang-kadang suatu perkara tu nampak simple saja tapi kita tidak tahu bertapa jerih dan perihnya orang yang mencari idea dan melaksanakan kerja-kerja yang simple di mata kita itu.
Oleh sebab itu, kita kena lah belajar menghargai. Hargai diri sendiri dan juga orang lain. Kalau kita rasa kita ada kebolehan, kita hargai kebolehan diri sendiri itu dengan mengasah bakat yang ada itu ke tahap yang lebih baik, tak kira dalam apa jua perkara. Menghargai orang lain pula dengan cara menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada mereka. Jangan hanya memuji bila kelebihan dan keistimewaan yang mereka ada memberi manfaat pada kita dan bila masa kelemahan mereka terserlah maka kita mengutuk dan mengeji mereka dengan cara yang tidak sepatutnya. Sedang kita semua tahu tiada sesiapa pun dalam dunia ini di lahirkan benar-benar sempurna! 
Samada senang ataupun sukar sesuatu perkara itu bergantung kepada semangat dan ilhtizam yang ada dalam diri masing-masing!

Katakan saja!: buat sesuatu biar ikhlas dan belajar dari mereka yang sudi mengajar.

Saturday 15 October 2011

Blog Boleh buat aku lupa, Aku Ni Demam :-)

Assalamualaikum...

Dari dok terbaring melayan rasa tak sedap badan, baik kira nya buka lap top dan taip apa yang nak!
Orang kata kalau demam dan kita buat tak tau jee...lama-lama demam pun tak nak hinggap kat badan kita sebab tak di layan. Bagus jugak begitu!
Sebelum nak buat entri baru baik berblogwalking dulu...
Sesambil berblogwalking mencari ilham dan bertemu dengan pelbagai jenis kisah dan cerita.... Terfikir, menariknya alam blog ni...kalaupun tidak benar-benar jatuh cinta namun dunia blogging ni mampu memberi keseronokan yang tersendiri.
Walaupun hari ni dari pagi lagi rasa tak sedap badan (demam la kira nya) namun, membaca kisah-kisah di blog-blog yang dikunjungi membuatkan aku lupa seketika yang aku ni sebenarnya demam..hahahaha... Bukan hanya baca, memberi komen-komen di blog mereka yang dikunjungi membuatkan aku ralit sendiri. Lagipun anak-anak pun busy dengan aktiviti mereka sendiri...Rumah pun dah macam "kapal karam".! Biarkan mereka meneruskan kreativiti mereka!
Wife pun baru sampai dari outstation jap tadi..namun, esok tengahari kena outstation yang baru dalam 5 hari lagi kat Subang Jaya...huhuhuhuhu.....Bapa Tinggal lagiiiii!
Nak merungut pun tak guna, dah memang kerja, nak buat macamana?

Katakan saja!: demam hari ni ada macam-macam sebab, salah satu nya sebab kelate kalah semalam! Kuang-kuang-kuang!

Friday 14 October 2011

Nasib Tak Menyebelahi Kali Ni.

Assalamualaikum....
Tak nak ulas apa-apa sebab sangat tak ada mood hari ini...Update story ni pun sebab nak jadikan koleksi entri je la....emmmm..tak tau nak kata apa..frust betul!

"Juara Bertahan Tersingkir" ! begitu lah tajuk back cover berita sukan Utusan Malaysia hari ni. Emmmmm sedih rasanya. Patut lah hari ni nak bangun tidur pun rasa malas je. Mood pun terejas.!
Lima minit pertama perlawanan semalam, memang hati ni berkobar-kobar dan yakin team ambo ni buleh mene besar. Corak serangan yang agresif menampakkan keghairahan untuk mencari gol.... apapun....tetiba team Ganu yang sumbat dulu!!!!!! Adoiii...begitu lah nasib..huhuhuhu..serious sedih dan terkilan!

Laporan sukan Utusan Malaysia today:-


KUALA LUMPUR - Penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir apabila sekadar seri 2-2 (agregat 3-5) kepada Terengganu pada perlawanan suku akhir kedua, manakala Selangor mara bergaya selepas membenam Perak 1-0 (agregat 4-1) di Stadium Perak.
Turut mara ke separuh akhir ialah T-Team yang mengalahkan Sabah 2-1 (agregat 4-2) dan Negeri Sembilan yang menewaskan Felda United 3-0 selepas masa tambahan (agregat 3-1).
Di Stadium Sultan Muhammed IV, Terengganu garang di suku akhir kedua selepas mendahului lawan 2-0 pada babak pertama hasil dua gol yang disumbangkan oleh Mohd. Ashaari Shamsuddin pada minit ke-18 dan ke-39.
Sokongan padu dari lebih 30,000 penyokong setia Red Warriors gagal membantu skuad bimbingan Datuk M. Karathu untuk bangkit pada saingan separuh akhir kedua dan mereka hanya memperoleh gol pada separuh masa kedua melalui Azamuddin Md. Akil pada minit ke-54 dan sepakan penalti ketua pasukan, Badri Radzi minit ke-70.