Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday 29 June 2011

Let Talk About Love! Not about sex! Love & Sex never be the same!

Benar kah segala yang berkaitan dengan cinta itu indah?
"Hai semua, terima kasih kerana sudi membaca penulisan aku ni.....Just to inform, penulisan ni adalah 100% dari persepsi dan buah fikiran aku tanpa merujuk kepada mana-mana sumber..so ianya might be salah dikaca mata orang lain....i just speak on my mind...happy reading ya!.....Thanks............

Tasik berbentuk "Love"!
Adakah membicarakan soal cinta adalah satu isu yang klise dan "sangat biasa"? Sedangkan semua orang seronok bila menyebut tentang "aku sudah jatuh cinta", "aku cinta pada nya" dan macam-macam ungkapan yang similar! Dari budak sekolah, orang dewasa hingga mereka yang sudah lanjut usia, isu cinta memang sentiasa berlegar dalam kehidupan semua.
Aku bukannya nak mengulas tentang erti mahupun persepsi cinta kerana semua orang sudah faham dan maha tahu apa itu cinta (mengikut takrifan dan persepsi masing-masing)... Aku cuma ingin mengutarakan tentang persoalan tentang mengapa cinta itu "terlalu hebat" melekat dalam hati dan sanubari ramai orang sehinggakan kebersihan dan kesucian cinta itu ternoda dengan tingkah laku yang tidak sepatutnya! Selain itu cinta menjadi sangat dangkal apabila ianya ditafsirkan dengan ruang lingkup yang sangat sempit!....
Aku mahupun sesiapa jua dalam alam semester ni, tidak boleh menafikan bahawa, sebebas manapun manusia itu berjalan, berlari ataupun terbang....dia tidak akan bebas dari suatu ikatan dan ikatan itu adalah ikatan cinta. Cinta sangat luas pengertiannya! Kerana cinta lah wujudnya genarasi, kerana cinta juga manusia mampu mendaki kejayaan dan kerana cinta juga lah manusia boleh mengecap bahagia......! dan jangan lupa, kerana cinta juga manusia menanggung derita! Cinta memang sarat dengan suka dan duka! Segalanya cinta!
.....Dan sebenarnya, dalam sejarah kehidupan manusia, isu cinta lah yang paling banyak di utarakan dalam pelbagai bentu..paling nyata, dalam buku (novel), dalam lagu dan dalam filem...cinta! cinta! cinta!..
 Ramai di antara kita yang mengenal cinta dari medium -medium itu......
Dalam banyak-banyak benda yang terkandung dalam cinta itu, ramai orang gemar untuk meletakkan seks sebagai elemen utama! Ada cinta maka ada seks!....Mengapa? Di zaman ni, seks dan cinta seolah-olah bersatu dengan sangat teguh.....dengan penyatuan yang melekat dalam minda kebanyakan orang masa kini menjadikan nama cinta itu sendiri "rosak" dan kehidupan yang sepatutnya menjanjikan "syurga" bertukar "neraka"!
Seks dan cinta sama sekali tidak sama dan tidak akan serupa! cinta lahir dari hati, cinta datang sendiri dan terlalu abstrak untuk diterjemahahkan. Cinta dapat dirasai dengan hati dan akal, manakala seks adalah naluri rasa manusia yang didorong oleh hawa nafsu, pun begitu, tidak dapat dinafikan seks adalah suatu keperluan....seks adalah dituntut (mesti dengan cara yang halal/perkahwinan).
Meletakkan perlakuan seks sebagai terjemahan kepada rasa cinta adalah satu tindakan yang "kejam"....tapi hubungan "uda dan dara" tanpa seks juga tidak mungkin,kerana seks itu suatu keperluan setiap manusia...Argggggggh....! susahnya nak jelaskan.... Begini lah: Hubungan pasangan lelaki dan perempuan berlaku kerana hadirnya rasa cinta dan cinta itu mesti diterjemahkan dengan membina ikatan yang sah (berkahwin) dan seks itu dituntut, malah dalam Islam ianya juga suatu ibadah dan tanggung jawab yang mesti dilaksanakan untuk memastikan cinta yang wujud itu terpelihara dan hubungan yang terbina kekal hingga ke hujung nyawa!
Manusia tidak boleh hidup hanya dengan cinta! Cinta perlu disokong dengan elemen-elemen lain bagi membolehkan ianya mekar segar dalam hati dan kehidupan setiap manusia. Cinta akan pudar dan hilang dengan peredaran masa....maksud aku, cinta akan kalah pada sengsara kehidupan....mana mungkin cinta mampu mengganti rasa kenyang dan rasa selesa manusia? Mungkin pada mula cinta berputik segalanya indah belaka tetapi masa menentukan bahawa cinta juga mampu pudar warnanya dan makin tawar rasanya.....sudahnya, akan menjadikan rasa  rindu semakin jauh dan lebih menyedihkan cinta mampu bertukar menjadi jemu malah mampu beralih menjadi benci!
Banyak sangat bukti yang telah berlaku (menyokong kenyataan yang aku katakan itu)......
Sering kali kita mendengar kisah wanita (rakyat kita) yang lari ke Seberang (indon) bersama kekasih hati, demi cinta "lautan api" kononnya mereka sanggup renangi...mereka mengiakan bahawa memang cinta itu buta (walaupun sebenarnya dia tu lah yang buta hati). .....Sayang selasih hamba lurutkan, tinggal emak tinggal saudara, kerana kasih hamba turutkan!.... Selang beberapa ketika mereka kembali dengan seribu satu kesalan, tiada lagi cinta, tiada lagi kasih yang ingin dipertahankan.....kerana kesukaran dan desakan hidup telah menjadikan cinta yang indah pada mulanya itu bertukar menjadi igauan ngeri malah sebagai malapetaka yang memanjangkan resah dihati mereka dalam tempoh yang panjang! Malah cinta "indah" mereka mati sama sekali!
Memang benar cinta itu buta. Buta yang bermaksud rasa cinta yang lahir itu telah menjadikan manusia cuba mempertahankan cinta itu dengan mengenepikan sebarang unsur lain dan berusaha sepenuh jiwa dan raga melakukan apa jua demi cinta itu....Namun, ramai yang telah menjadikan "cinta buta" itu sesuatu yang jijik dan kotor bila sanggup melakukan apa saja walaupun melampaui sempadan termasuk mengadai maruah diri sedang kan cinta yang ada itu belum tentu dapat bertahan dalam tempoh yang panjang.
Tengok lah gadis-gadis remaja masa kinidan budak-budak sekolah yang sangat mudah digula-gula kan sehingga sangat mudah untuk jatuh cinta!.....cinta mereka telah memeriahkan "fenomena pembuangan bayi" dan cinta buta mereka itu juga telah menjadikan mereka rosak dan berhibernasi dengan rasa yang pelbagai serta merewang dalam kancah gejala sosial yang sangat mampu menjahanamkan keharmonian kehidupan mereka sendiri....Cinta yang mereka tafsirkan dengan cara yang tersendiri itu telah menjadikan mereka Celaka!
Memang ganja, dadah mahupun arak mampu memusnahkan kehidupan, perlu diingat rasa cinta juga mampu menyumbang kepada kemusnahan yang sama kepada kehidupan andai cinta itu tidak ditangani dengan bijak dan membuat tafsiran yang salah tentangnya! Cuma bentuk kemusnahan itu saja yang mungkin sedikit berbeza!
Bayangkan betapa ramainya remaja kita (pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara) boleh "make love" bersama pasangan mereka di mana-mana saja dengan alasan telah jatuh cinta! Budak sekolah pun boleh buat "benda sial" (seks haram) itu di dalam kawasan sekolah(bila kantoi, muka selamba saja..tak tunjuk rasa bersalah pun...alasannya "suka sama suka demi cinta! Ciss!!!!) ,anak dara bawa balik jantan secara senyap ke dalam bilik di rumah sendiri, budak-budak lelaki 'tackle" budak perempuan dan dengan senang bersetuju melakukan hubungan seks dalam tandas awam, di jerat cina, dalam semak, dalam kereta dan merata lagi tempat yang tak terjangkau dek fikiran....semua itu dilakukan dengan alasan CINTA! Suatu rasa yang sepatutnya memberikan kedamaian tapi mereka menukarkan kedamaian itu kepada keseronakan singkat (sangat singkat) tapi membawa kesan dan kemudaratan dalam tempoh yang sangat panjang...malah mungkin seumur hidup! Kalau nak bercakap soal dosa.....mereka tentunya tahu malah sangat arif tapi rasa berdosa dan dosa (di sisi agama) seolah tidak mampu untuk mengekang mereka dari menjebakkan diri mereka ke kancah bernoda itu kerana kononnya "dalam hati ada cinta"!

Once again: Tiada sesiapapun yang berdosa bila jatuh cinta tapi menterjemahkan cinta itu dengan cara yang salah adalah suatu dosa! melakukan perkara yang tidak sepatutnya dengan alasan cinta juga berdosa!......maka jatuh cinta lah kita...tapi biarlah cinta itu benar-benar cinta.....!
Persoalannya............
Adakah semua orang layak untuk jatuh cinta? Meskipun ramai di antara orang yang jatuh cinta itu selalu salah mentafsirkan Cinta!

Monday 27 June 2011

Mari Berseloka......

Pelajar yang membuat persembahan silat- majlis sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah baru-baru ini.
Hari ni aku nak share satu seloka tentang kerenah para pelajar masa kini...macam-macam ragam....dalam ramai yang nakal, terselit juga pelajar yang mampu menjadi penawar duka dan menyejukkan hati.... Seloka ni bukannya ilham aku, tapi ia adalah nukilan original rakan sejawat aku...yang mengkagumkan, ni cikgu Matematik tapi mampu buat seloka yang sebaik ini.....Aku suka baca seloka ni, that why i choose to place in my blog...boleh lah baca dan hayatinya...kerana itu lah gambaran tentang kebanyakkan pelajar masa kini.....  
Thank Kak Ruby (Pn.Rubiah) kerana izinkan saya siarkan seloka ni dalam blog saya:
Sebahagian Pelajar sedang menyaksikan acara yang diadakan di padang Sekolah.

Acara Nasyid! Ni nasyid klasik....lagu2 80an....

 Anak Murid Siapakah Kamu?

Anak Murid Siapakah itu
Datang Ke Sekolah Tak Bawa Buku
Bila cikgu Tanya, Dia Tergaru- garu
Buat-buat Tak Tahu
Eh, "Hari Ni belajar  Guna Buku ke Cikgu ?"

Anak Murid Siapakah itu
Datang Ke Sekolah Berselang Hari
Bila cikgu Tanya, Pelbagai Alasan Diberi
Katanya Ada Penyakit Misteri
Rupa-rupanya Malas Nak Bangun Pagi
Kalau Macam ni, Siapa lah Yang Tak susah Hati….

Anak Murid Siapa Pula tu
Bila Periksa, Suka Meniru
Bila Cikgu Tanya, Mudah Je Mengaku
Memanglah, Sebab Dia Tak Tahu Malu
Dirinya Sendiri Yang di Tipu

Anak Murid Siapakah ini
Tak Pernah Siap Kerja Rumah Yang Diberi
Bila Cikgu Tanya, Terpandang-Pandang Sana Sini
Katanya, Nanti-Nanti lah Lain kali
Tiba Masanya, Janji Tinggal Janji
Cikgu Juga Yang Makan hati……

Anak Murid siapa Lagi tu
Suka Tidur Tak kira waktu
Bila Cikgu Tanya, terkebil-kebil Diam Membisu
Seksanya Cikgu Nak Pulihkan Dia Tu!


Anak Murid Siapa Pula Ni?
Datang Sekolah Wajah Berseri-Seri
Senyum dan Salam tak Lokek diberi
Dalam Begnya semua Di isi
Buku Teks, Buku Kerja, Buku Tulis semuanya Mudah Dicari
Katanya, "cikgu cepatlah, kami nak belajar ni"...
Baru Rasa Sejuk Di hati
Inilah Anak Murid Sejati
Bersemangat, Berdikari dan Bermotivasi
Rajin Berusaha Demi Mencapai Misi dan Visi


Anak Murid aku kah itu?
Pagi-Pagi Datang menemui ku
Katanya Selamat Hari guru dan Terima kasih Cikgu
Mengajar Kami Tanpa Jemu
Tersentuh Jua Naluriku, Kamu masih ingat pada ku
Rupa-rupanya Mereka semua anak-anak muridku
Terima Kasih Kerana Kamu juga mengajar aku
Menjadi Sabar dan Redha Selalu


Terima Kasih kerana kamulah warna-warna kerjaya ku
Tanpa Kamu Yang datang Bertamu
Maka Yang Berdiri Disini Bukanlah Cikgu

Komitmen ! Komitmen !komitmen ! Is there anyone can ran away from all those things ?


(Sunday 26 Jun 2011)
Jam 1.00 pagi baru sampai rumah dari rombongan membawa pelajar ke Lawatan sambil belajar. Penat juga, apapun ianya suatu aktiviti yang menyeronokan! Semalaman di Teluk Batek, Lumut dan seharian di Pulau Pangkor tentu sekali mampu memberi kegembiraan dan kepuasan kepada para pelajar yang mengikutinya. Sebagai guru yang bertanggung jawab mengurusnya, (bersama sahabat Cikgu Mas Ayu dan Cikgu Ariffudin) tentu sekali merasa puas juga memandangkan segala yang dirancang berlangsung dengan baik sekali. Meninggalkan keluarga (my lovely wife dan anak-anak) dalam tempoh  yang singkat (2 hari) mampu mengundang rasa rindu juga……selain itu dalam kepala berserabut juga dengan pelbagai lagi komitmen yang harus dilaksanakan. Sampai rumah, anak-anak dah tidur…  Sebelum tidur kena prepare beberapa perkara lagi untuk majlis penyampaian hadiah pencapaian terbaik pelajar setiap matapelajaran esok di perhimpunan sekolah. (sedar-sedar jam 2.00 pg…time for sleep!...)

Bangun tidur awal pagi ni pun masih memikirkan, alahai….banyaknya benda nak kena buat!
This week, nak kena prepare bahan-bahan edaran untuk kelas jadual anjal Matematik, kelas tambahan malam, dan juga untuk program “prep terancang” di asrama. Selain itu, terlibat juga untuk latihan team drama (untuk pertandingan 19 Julai 2011. Peringkat Negeri Pahang) latihan mungkin setiap petang!, dalam masa yang sama, kena juga merancang untuk aktiviti Tahunan kelab yang aku terajui, Kelab Seni Budaya, apa lagi,(acara yang paling dinantikan oleh para pelajar…hahahaha…) pertandingan karaoke la….(Sementa Idol) yang aku rancang untuk di adakan pada hujung minggu ni (2 Julai 2011)! Pada hari itu ada pulak larian Satu Murid Satu Sukan…Setiap sekolah mesti melaksanakan program tersebut kerana ianya dilaksanakan serentak di seluruh sekolah. Emmmmmm kena terlibat dan bertugas juga! Arggggggg! Nasib baik acara tu dijangka tamat jam 12.00 tgh. Jadi acara karaoke (saringan) boleh lah bermula jam 2.30 ptg dan final nya malam! Mana satu nak kejar ni…lesu rasanya… dengan pelbagai tugas dan komitmen itu menjadikan kadang-kadang kita rasa letih memikirkannya walaupun belum buat apa-apapun.

Tidak dapat dinafikan, sejak buat blog ni, hati aku tetap terpanggil untuk membuat catatan walaupun sedikit kerana memiliki blog juga memerlukan suatu komitmen untuk kita “update” kandungan yang sepatutnya…kalau dalam sebulan satu coretan pun tak ada, baik tak payah nak memandai ada blog! Aku juga rasa bertanggung jawab pada mereka yang sudi jadi Followers untuk blog aku,(walaupun hanya beberapa orang) aku hargainya (juga mereka yang sudi melawat)…maka nya dengan fikiran yang sesak dan komitmen pelbagai yang perlu dilunaskan, menulis dalam blog (update) tetap aku gariskan juga sebagai satu agenda yang perlu aku selesaikan ….. (Sapa suruh buat blog!)

Kalau nak bercakap tentang komitmen ni, rasanya sampai bila-bila pun tak akan habis…..Semua orang ada komitmen. (Ada ke sapa-sapa yang tak ada komitmen dalam dunia ni? Orang gila pun rasanya ada komitmen, mungkin komitmen untuk diri sendiri, bila lapar dia cari makan, bila ngantuk, dia tidur…tu pun consider komitmen jugak!.....) Jangan kata pada Negara, masyarakat, keluarga atau mana-mana organisasi…malah untuk diri sendiri pun komitmen itu sangat perlu! Dan sentiasa ada…..Komitmen sentiasa berlegar dalam ruang lingkup kehidupan semua orang, setiap masa, setiap ketika! Setiap orang tidak akan terlepas dan mesti menanganinya dengan cara yang tersendiri. Siapa yang cuba lari dari komitmen, makna nya orang itu adalah individu yang tidak bertanggung jawab dan kehidupannya tidak akan ke depan (maju) sampai bila-bila….
Sebagai individu yang waras, hadapi lah setiap komitmen yang ada itu dengan cara yang terbaik…. Berjaya atau sebaliknya adalah cerita lain…hadapi dulu! Rasa resah, malas, bosan, keletihan mahupun rasa negatif yang lain adalah “rasa-rasa” biasa yang bersarang dalam diri setiap manusia. Tangani lah rasa-rasa itu dengan bijak agar kehidupan akan berlangsung dengan tenang.
Dan jangan sekali-kali merasakan hanya kita saja yang ada komitmen dan berkomitmen! (baru lah kita tidak rasa bahawa kehidupan ini tidak adil untuk kita)

# Masalah adalah untuk dihadapi bukan untuk dihindari!

Beberapa gambar lawatan:
(Lawatan bersama Para Pengawas ke Pulau pangkor (25-26 Jun 2011)
One Sweet Day!
Ni pun komitmen!

Menjadi guru pengiring ni besar tanggung jawabnya...selain dari "terpaksa" masuk dengan para pelajar, segala kebajikan dan soal keselamatan mereka di atas "batu jemala patek jua!"....Sempat posing sebelum bertolak!....

Suasana Teluk Batek, Lumut di waktu petang. Nice place to release the tension... terutamanya kepada mereka yang suka laut.

Bersama sebahagian pelajar...atas Feri!

Meronda Bandar Lumut....Jalan -jalan cari makan!

Aktiviti Mengeteh....

Dalam Feri bersama En. Jaafar (driver sekolah)..

Di Salah satu lokasi lawatan semasa di Pangkor....Kota Peninggalan Belanda.

Di Pantai Teluk Nipah..... Jadi penjaga barang-barang...All my student dah ke Tengah Laut buat aktiviti Snokling.. Cikgu Mas Ayu (kaunselor Sekolah), siap bawa anak lagi demi tanggung jawab...caya lah!

Tetap setia menunggu barang-barang, sebelum naik bot pi tinjau aktiviti snokling....

Atas Feri Semasa perjalanan pulang dari Pangkor ke Lumut.

Friday 24 June 2011

Pangkor lagi......

Keindahan semula jadi yang mampu mengamit rasa.

Sesekali datang terutama para pelajar, ianya mampu memberi ilham dan motivasi kepada mereka untuk menambah pengetahuan, memperluaskan pengalaman serta mencipta kenangan.

Sebagai cikgu yang menguruskan pasukan pengawas sekolah, jadi aku kena lah merancang sesuatu aktiviti yang menyeronokan untuk mereka. Keseronokan itu adalah sebagai terjemahan kepada penghargaan aku dan guru-guru pengawas sekolah atas komitmen dan kerja keras mereka membantu kami dalam memastikan kerja-kerja yang berkaitan berjalan dengan baik dan lancar saban hari...
Jadi pengawas ni bukan senang, macam-macam kerja kena buat, dah lah selalu diherdik dan di kutuk dengan pelbagai gelaran. macam-macam gelaran yang diberi oleh pelajar-pelajar lain terutamanya yang nakal-nakal tu,  such as "balaci cikgu", "team poyo" act.... 
Dari jaga pintu pagar sekolah (awal pagi), sampai la ke jaga depan tandas pada waktu rehat (maklum la ramai gak "budak-budak setan" yang merokok dalam tandas pada waktu rehat) menjadikan tugas pengawas agak berat! Merasa kan tugasan dan tanggung jawab yang mereka lakukan itu, maka aktiviti lawatan seperti ini sangat relevan dan boleh juga dianggap sebagai satu "hadiah" untuk mereka.
Batch last year, aku bawa semua pengawas sekolah ke Pulau Pangkor (sebelumnya asyik ke Langkawi je!), mula-mula ramai yang cakap "buat apa la pergi Pulau Pangkor, tak ada apa pun yang menarik kat sana" dan macam-macam komen lagi. Apapun kami tak kisah pun dan kami tetap juga ke sana. Menginap di teluk Batek, awal pagi kami masuk ke Pulau Pangkor dan keluar dari Pulau jam 5.00 petang. Ternyata percaturan kami tidak silap. Seharian memanfaatkan masa di Pulau Pangkor ternyata sangat menyeronokkan. Pelbagai destinasi (aktiviti pusing-pusing satu pulau) dan aktiviti air yang kami buat menjadi moment yang sangat indah buat pelajar-pelajar (Pengawas).
Mendengar kata-kata pengawas tahun lepas, para pengawas tahun ni pun dari awal tahun lagi minta untuk buat rombongan ke Pulau pangkor ...Atas permintaan mereka, so esok kami akan bertolak ke Pulau Pangkor dan aku merancang untuk buat aktiviti yang sama seperti tahun lepas. Sebagai cikgu tentunya aku nak para pelajar yang mengikuti aktiviti yang telah diatur itu akan mendapat manfaat dan ianya mampu menjadi kenangan indah buat mereka.
Ke mana pun kita pergi dan apa jua aktiviti yang kita laksanakan, keseronokan yang bakal diperolehi adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Kegembiraan dan keseronokan mampu dicipta dan tercipta di mana-mana jua asalkan hati setiap dari kita gembira!
Aku tulis cerita ini dalam blog aku kerana aku rasa aktiviti seseorang pendidik dengan anak-anak didiknya adalah sesuatu yang sangat signifikan!

Beberapa keping gambar last year (batch 2010) 
Sorry la, dah memang cikgu suka bergambar mengalahkan pelajar..sampat lagi beri arahan pada jurugambar.....!

Aktiviti selam menyelam! Cikgu jadi pemerhati saja....

Atas Feri!

Geng-geng pengiring!

Yang mana satu cikgu ni?.....
Mengikuti dan menjalani aktiviti bersama pelajar adalah sebahagian dari tugas pendidik. Mendidik tidak hanya terhad di dalam bilik darjah sahaja. Dan sebenarnya, warna-warna perjalanan kehidupan sebagai pendidik adalah sebahagian besarnya datang dari anak-anak muridnya.... iaitu Pelajar! For all my ex-student, all the best for your furute undertaking!

Thursday 23 June 2011

Sokongan dan semangat....

     Sekarang dah pukul 12.35 pagi.... Hari ini tak sempat nak tulis apa-apapun dalam blog ni....Apapun bila tengok ramai juga yang melawat blog ni, aku rasa sangat seronok untuk menulis...Walaupun malam dah larut, aku terpanggil untuk buat sedikit catatan sebagai terjemahan kepada rasa gembira! Kawan aku kata, setiap penulisan dalam blog tu dah perlu "panjang lebar sangat"...yang penting orang faham apa yang nak kita sampaikan...soal menarik ataupun sebaliknya, ia adalah sesuatu yang subjektif!".....
      Memang betul pun..sukar untuk kita mengundang rasa suka di hati orang lain..maka nya, setiap penulisan yang aku "place" kat blog ni cuma berharap ada orang sudi membacanya dan ianya tidak menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak.... Aku banyak juga menjenguk ke blog-blog orang lain (terutamanya blog-blog yang memang dah top dan glamour)....aku dapat rasakan banyak lagi perkara yang aku harus pelajari untuk menjadikan blog aku ni lebih menarik, dinamik dan mampu menarik minat untuk orang berkunjung...emmmmm give me more time for that ok...hahahaha....InsyaAllah! Setiap blog ada daya tarikan masing-masing....lebih mengkagumkan ramai juga budak-budak sekolah yang baru belasan tahun yang dah ada blog sendiri yang sangat interesting....Menulis dalam blog ni adalah suatu perkara yang sangat positif! Dulu hingga kini kerajaan berhabis "berjuta-juta" ringgit melancarkan kempen agar rakyat malaysia suka membaca, tapi hasilnya tak memberansangkan sangat...kiranya "ala-ala sendu jua"....! Namun kini, dengan adanya blog-blog yang pelbagai rupa, rakyat Malaysia rupanya "teransang" untuk menulis dan membaca...emmmmm rupanya medium ini yang mampu....bak kata lagu popular penyanyi Aizat.."hanya kau yang mampu" so...nak kata apa?
     Dari kunjungan yang aku buat ke blog-blog (dan ada di antaranya yang aku follow) kebanyakkan mereka menulis dengan bahasa yang sangat santai...istilahnya "bahasa sms" "bahasa ringkas". Dengan menulis dengan cara begitu menjadikan blog mereka sangat santai dan segala apa yang ditulis mudah untuk difahami walau dalam apa jua versi.... Walaupun media, orang bahasa dan institusi-institusi pendidikan mengutarakan kebimbangan tentang fenomena "bahasa sms" ini, apa boleh buat....kita anggap saja itu "personal choice" dan ambil lah kebaikan lain yang terselindung disebaliknya..Pun begitu, aku sebagai individu yang berada in the education line, aku tak perlu mengikut sangat rentak "penulisan semasa "tu...selain itu, semasa mula-mula nak bergiat menulis blog ni pun aku memang berniat untuk mempertajamkan kemahiran menulis dan berbahasa dengan cara yang betul ...hehehhe harapnya dah betul lah!. Setiap orang ada cara sendiri dan orang lain juga berhak nak memilih untuk membaca atau sebaliknya...Namun, tidak dapat dinafikan aku banyak belajar dari blog-blog yang menggunakan "bahasa sms" tu...nak kata apa dah blog mereka sangat menarik dan banyak informasi berguna yang terkandung di dalamnya.(siap ada tutorial lagi....)
     Apajua, tulis lah dengan bahasa apa, buatlah secantik mana pun blog, kalau tiada sokongan rasanya segalanya akan menjadi hambar. Sokongan yang diperolehi akan mampu menaikkan semangat untuk kita terus menulis (berkarya) walaupun karya atau penulisan yang kita utarakan itu seakan-akan picisan! biasa la, macam aku ni, dulu masa sekolah, buat karangan pun lintang pukang! Sekarang pun...maklum la otak matematik! Dalam apa jua perkara, sokongan sangat penting untuk mewujudkan suatu anjakan ke arah yang lebih baik.. Tengok bola malam ni, perlawanan bola sepak antara Malaysia Vs Lubenon, Malaysia mampu bertahan dan menang adalah disebabkan sokongan padu peminat! anyway...congrate! Malaysia Boleh.
     Ok lah, cukup sampai sini coretan awal pagi...pilih lah apa jua yang kita mahu, penting nya kita mampu menilai pilihan itu dan setiap apa yang kita buat itu mampu mendatangkan kebaikan untuk diri kita...Sebagai manusia, kita ada pilihan! dan itu juga suatu keistimewaan yang ada pada kita, boleh memilih!
emmmm...what i'm trying to say is "sokongan dan semangat perlu datang seiring dalam apa juga perkara!"
     Nite!

Wednesday 22 June 2011

Filem Melayu masih si sokong ( kalau kena cara nya....! )

 "Aku pun tak nak ketinggalan membicarakan tentang "kehangatan" Filem Tempatan (Melayu) sejak akhir-akhir ini....Sejak Filem KL GANGSTER meraih kutipan 11 juta ringgit! maka berkubur lah rekod yang dipegang oleh Filem Kongsi! Mencetus suatu Fenomena yang membolehkan penggiat Filem tempatan bernafas lega ......Wujudnya suatu persaingan yang sihat dalam industri perfileman tanahair...."

Sejak akhir-akhir ini banyak juga Filem Melayu yang berjaya mencapai kutipan "box-office" di Pawagam. Filem-filem tersebut telah berjaya menawan hati penonton yang rata-rata terdiri dari orang melayu. Beberapa filem yang mendapat kutipan jutaan ringgit Legenda Budak Setan, Nur Kasih The Movie, Hikayat Merong Mahawangsa, Kongsi dan terbaru KL Gangster!(ada beberapa filem lagi yang box-office). Tak pernah terfikir filem melayu boleh membuat kutipan sebanyak 11 juta! wowww!  KL Gengster membuat sejarah itu! Sebagai peminat dan pemerhati filem melayu, aku sangat bangga dengan pencapaian yang diraih itu. Sebelum ni banyak sangat statement yang menyatakan "buat rugi je bayar tiket untuk menonton filem melayu, bosan!" Kenyataan itu sebenarnya tak boleh disangkal 100% kerana ada juga kebenarannya. Terdapat beberapa filem melayu yang telah ditayangkan di pawagam sebenarnya hanya layak untuk siaran drama TV saja. malah ada drama-drama di slot Cerekarama TV3 mahupun drama kat Astro lebih baik dari Filem-filem tu..Maka nya, betul la satu kerugian untuk penonton meluangkan masa datang ke pawagam, membeli tiket untuk menonton filem yang membosankan! Aku sendiri pernah beberapa kali tertidur dalam panggung gara-gara dibuai oleh cerita melayu yang meleret-leret, pengolahan jalan cerita yang lemah dengan pelakon yang suam-suam ku dari segi bakat dan mutu lakonan. (tak perlu sebut judul filem-filem) dan ternyata filem-filem yang berjaya "menidurkan" aku itu gagal di pasaran! Orang macam aku ni bukannya ada ilmu tentang perfileman, tapi sekurang-kurangnya aku ada citarasa. Tentunya kita dapat menilai secara 'common sense" sama ada sesuatu filem itu best ataupun tidak, menghiburkan atau membosankan! kadang-kadang tajuk filem itu sendiri tidak mengundang keinginan untuk kita menonton pun ada juga...(faktor kecil) (sekadar menyebut beberapa judul filem) Pulau Asmara, Selamat Pagi Cinta, Cun dan terbaru Toyol Nakal tidak menyerlahkan kreativiti pembikin filem itu untuk mengajak penonton ke pawagam.
     Beberapa filem yang aku telah tonton dan hati aku kata "Bestnya Filem Ni !" ternyata selera aku sama dengan selera mejoriti mengemar filem melayu dan filem-filem tersebut memang berjaya di pawagam.

LEGENDA BUDAK SETAN

Aku memang sukakan novel "Legenda Budak Setan"ni masa kat universiti dulu lagi. Pengolahan jalan cerita yang sangat menarik dengan watak yang begitu hidup dalam bayangan mereka yang membaca novel ini. Bila ianya diterjemahkan dalam bentuk visual (Filem) ternyata ianya tidak mengecewakan. Setiap pelakon mampu menghidupkan dan mewarnakan watak masing-masing dengan berkesan. 'Soundtrack" lagu bila cinta mampu memberikan mood sayu kepada penonton sangat menjadi, sesuai  dan  berkesan. Penceritaan yang tidak meleret menjadikan penonton tertunggu-tunggu apa akan terjadi seterusnya.....Paling berjaya, kerana penonton masih tertunggu-tunggu "klimaks" filem ini walaupun  ramai penonton yang sudah menemuinya dalam novel!

NUR KASIH THE MOVIE
Sesiapa saja yang ingin melayan rasa sedih dan ingin menyelami bagaimana rasa resah kerana cinta pasti menemuinya bila menonton filem ini. Impak drama Nur Kasih di kaca TV (Rating penonton tertinggi) membantu filem ini berjaya dipawagam. Kisah yang telah dipaparkan di kaca TV dipadatkan ke Filem dengan beberapa watak penting telah ditiadakan. Pun begitu, setiap pelakon berjaya menjiwai watak masing-masing .Sebagai peminat filem melayu aku tetap rasa berbaloi menonton filem ini walaupun lebih "terasa" mengikutinya dalam drama TV. Selain itu panorama filem ini sangat cantik!

KONGSI

Nothing much can say tentang Filem ini. Menghiburkan! Shahezy Sam, nama besar (Bintang Paling popular 2010) dalam Industri perfileman ketika ini, beliau  mampu memanipulasikan bakat dan kemahiran berlakon yang beliau ada telah menjadikan filem ini sangat seronok ditonton. Pemilihan beliau sebagai "nyawa" kepada filem ini sangat tepat. "Tak tau lah filem ni jadi apa kalau ditangani oleh pelakon lain, nak pulak kalau pelakon kurang poular....tentu sendu!"

KL GANGSTER

Durasi dan persembahan filem ini tidak sempat memberikan rasa bosan walaupun sesaat ketika aku menonton filem ini. Filem ini bergerak dengan pantas untuk setiap plot dan adegan yang dipertontonkan. Rasa suka, benci, kesian dan penuh debar hadir sepanjang menonton filem ini.Kalau dari aspek kualiti seni, aku dah berapa pasti, tapi dari sudut komersial dan "rasa" memang filem ini layak untuk ditonton ramai dan mendapat kutipan belasan juta ringgit! Pengarah filem ni (shamsul Yusoff) telah berjaya membuktikan bahawa tanpa pelakon perempuan yang hebat, seksi atau daring filem ini mampu dijual dengan jaya nya....dan benarlah kata-katanya " perkara yang biasa-biasa saja boleh dijadikan Luar Biasa bila kena caranya!" Syabas anak muda! anak MELAYU!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

     Selepas ini, aku sebagai pencinta dan peminat filem melayu ,sangat berharap untuk menonton filem-filem yang bermutu dan menepati citarasa. Setiap pembikin filem mestilah berusaha keras menganalisa selesa penonton (walaupun berbentuk bermusim) kerana setiap sen yang dikeluarkan oleh penonton untuk menonton sesebuah filem itu terbayar dengan rasa puas dan filem itu melekat dalam ingatan dalam tempoh yang agak panjang....Jika Filem gagal di pawagam, jangan sesekali salahkan penonton kononnya tidak memberikan sokongan kepada filem tempatan kerana penonton kini (orang-orang kita) sudah bijak menilai. walaupun tiada ilmu formal tentang filem tetapi kami tetap ada rasa dan tahu mana yang sepatutnya kami tonton agar ianya berbaloi dengan nilai wang yang kami laburkan!
HIDUP FILEM MELAYU!!!!!

Monday 20 June 2011

Nama pun Budak Budak....:-)

Just to share kisah aku dan anak-anak, sepeninggalan isteriku ke Mesyuarat selama 4 hari..


     Anak-anak zaman sekarang ni, pantang berjanji mesti dituntutnya. Kadang-kadang kita tak ingat pun janji-janji yang kita ditaburkan. Selang beberapa hari mereka pasti tampil menuntut agar janji-janji itu untuk ditunaikan.
« Kalau abg adi dan ain bertingkah laku baik, tak bergaduh dan tak ada mengamuk, papa akan bawa pi main game kat kedai mini fun fair dua hari berturut-turut »…begitu lah bunyi janji spontan aku pada anak-anak memandang my wife kena pergi mesyuarat kat Melaka selama beberapa hari..(…dalam kepala ni, aduh…mesti pening melayan kerenah anak-anak selama 4 hari ni…emmmm..)

     Balik dari kerja je..anak-anak dah merengek, « hari ni abg Adi baik, tak gaduh ngan adik ain, kalau papa tak caya, tanya bibik. Adik Ain pun, adik ain tak ada mengamuk, masa papa pergi kerja dan abg Adi pergi sekolah, ain main ngan baby affan, ain yang jaga baby affan baik-baik »…. Bila bercakap saja, masing-masing memuji diri sendiri…aku senyum je la…. buat-buat  tak tau je .….ya la baru balik kerja, benda yang aku nak buat hanya lah nak lelapkan mata…penat ! Papa, ustazah cakap tak baik kalau buat-buat tak dengar bila orang cakap…emmmm kena lagi aku…yang mampu aku jawab…. ? ya la abg adi, papa dengar apa… »

     Baru nak lelap mata « papa ! papa ! mana hadiah kita orang »….aku buat-buat tak tahu je… »hadiah apa ?’ alaaa papa cakap kalau kita orang baik, tak gaduh-gaduh, papa nak bawa adik ain dan abg Adi pergi main game kat kedai kat The Store tu….Ya la papa, tak baik cakap bohong, ustazah kat sekolah Abg Adi (Taska) cakap, kalau berjanji kena tunai, kalau tak Tuhan marah….sampuk si abang plak….aduhai….. ! Sebab dah ngantuk sangat, aku layan je la… »ok-ok, lepas asar nanti kita pi, bagi peluang papa tidur jap, nanti pukul 5 petang nanti kejutkan papa ya…. »

     Baru lebih kurang 20 minit… »papa, adik ain rasa dah pukul 5 ! bagun la, kita nak pergi The Store ni… (Padahal baru pukul 3.30)….. si abang plak bersuara, papa, abang adi rasa jam rumah kita ni dah rosak la, tengok tu, gerak perlahan je jarum jam tu, kat sekolah abg adi, jam tak macam ni, ada nombor saja….berkelip-kelip cepat…. ! Aku buat-buat tak dengar je..tak tau nak cakap apa yang sepatutnya…Meraka mula lah mengalih isu lain… papa nak susu ! papa kenapa wonderpet suka nyanyi… ? papa lepas ni adik ain nak tengok citer Dora ! papa tau tak semalam, spongebox kena pukul kat Patrict dan bla-bla-bla……Argggggggh ! Begitu lah budak-budak…. Setiap apa yang kita ucapkan akan melekat dalam minda mereka. Kalau kita berjanji pasti mereka tuntunya berkali-kali….
Wajah "Puas hati" bila desakan dipenuhi... Main kuat, makan pun kuat...dua-dua dah jadi makin montel!

"Tak best la naik kereta ni, tak mencabar la papa"....eemmm macam-macam!

Mainan ni kena bayar dua Token, tapi boleh naik sorang saja.... Ain sengaja buat muka terkejut, padahal kereta bergerak versi semut!...

Tetap peminat kereta

Ain ni memang pemalu tapi kalau untuk Camera, memang seronok sangat! kaki posing..

Cepat ambil gambar...!

"lepas ni abg adi dan adik ain tak nak gaduh-gaduh lagi...boleh la papa bawa ke sini tiap-tiap hari, kan?" kalau tiap-tiap hari alamak "botak " la kepala papa!

Adik beradik yang sangat akrab tapi "time" bergaduh...Boleh Tahan!
 Dua hari (petang) aku habis kan masa kat sini...gara-gara janji-janji yang dituntut oleh mereka berdua ni....Tak apa lah, sekurang-kurangnya ini lah masa berharga yang dapat aku peruntukkan bersama anak-anak aku..... kalau tak, setiap petang asyik dok mengeteh, kalau tak pun  main bola ngan kawan-kawan.....

Motivasi atau MotifBASI?


     Mengajak pelajar untuk belajar bersungguh-sunggu demi masa depan yang gemilang adalah salah satu dari tugas dan agenda seseorang pendidik (cikgu). Setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran, selain dari menyampaikan kandungan pelajaran, cikgu-cikgu biasanya menyelitkan kata-kata nasihat dan juga peransang agar pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar. Nilai-nilai murni dituntut agar diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. "Nilai merentasi kurikulum" la katakan. Hari ini, Selepas keputusan peperiksaan keluar, (peperiksaan dalaman sekolah/ Mid Year Exam) para guru dari panitia masing-masing dikehendaki melakukan  "post Mortem" bersama pelajar. Selain dari membentangkan pencapaian para pelajar, cikgu-cikgu tentu sekali memberikan tip-tips berguna tentang cara bagaimana untuk mempertingkatkan pencapaian. So hari ini (20 Jun 2011/Isnin) aku (sebagai Ketua Panitia Matematik) dan ahli panitia yang lain melaksanakan apa yang dituntut itu. Seminggu membuat persediaan dari aspek bahan pembentangan dan juga ceramah yang akan disampaikan.
     Bila start je nak bagi mukadimah ,beberapa pelajar pun start lah menguap..Tersentak sekejap, terpaksa la bagi teguran dan leteran manja tentang bertapa pentingnya para  pelajar untuk mengikuti dengan sepenuh perhatian terhadap sesi post mortem kali ini. Dengan tonasi suara yang agak mesra, aku mengajak para pelajar untuk bersama-sama mengikuti sesi ini agar mereka mendapat gambaran yang jelas tentang tahap pencapaian mereka setakat ini. Selain itu berharap agar dengan sesi ini juga akan membuka ruang untuk mereka berfikir bagi mencari langkah-langkah susulan yang sepatutnya agar persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM kelak (bulan November nanti) berada dalam keadaan yang betul-betul bersedia dan mantap.
     Bila pelajar dah nampak bersedia, (ekpsresi muka) maka bermula lah sesi post mortem, keputusan peperiksaan dibentangkan dalam pelbagai bentuk. Dibandingkan dengan pencapaian peperiksaan tahun sebelumnya. Memandangkan pencapaian kali ini agak meningkat maka diberikan sedikit pujian dengan harapan agar mereka lebih teransang untuk terus berusaha.
     Tengah dok rancak berceramah, dari pentas dapat aku saksikan beberapa orang pelajar mula melentok kan kepala dengan mata kuyu tak bercahaya! Mengantuk la tu!..... lawak-lawak dengan kata-kata lucu dan bahasa-bahasa “menawan” belum cukup mampu untuk malawan kuasa iblis yang bergayut pada kelopak mata mereka! “kalau dalam kelas, saya dah tengking dan halau dah pelajar yang jenis kaki tidur ni, tapi memandangkan ini sesi post mortem dan ceramah, maka saya tak sampai hati nak halau awak…tolong la beri perhatian, apa yang kami buat ni untuk awak, 100% untuk awak! Segalanya untuk mu, demi tanggung jawab dan rasa kasih kami sebagai guru…so please pay your attention for a while..bukan lama pun! Please!”…..
     Mendengar kata-kata tu, maka celik la sejekap mata mereka, then aku teruskan ceramah aku, memberikan tip-tips berguna untuk mengelakkan mereka dari gagal matapelajar Matematik. Menyenaraikan topik-topik yang seharusnya dikuasai. Membentangkan kaedah terbaik untuk belajar Metematik dan segala bagai perkara yang berkaitan. Seingat aku, ini bukan lah pertama kali aku menyampaikan ceramah tentang perkara ni, sebelum ini pun dah beberapa kali. Kerana percaya bahawa “manusia itu pelupa” maka aku dan rakan-rakan guru tidak jemu- jemu untuk mengingatkan para pelajar walaupun kami sendiri sudah muak untuk berbicara tentang perkara yang sama. Bak kata orang, “dah berbuih mulut” bercakap benda yang sama.. Selang beberapa ketika, setan datang lagi dan pelajar-pelajar (terutama yang berada pada barisan belakang) kembali mengantuk kalau tak mengantuk pun mereka mula mengusik antara satu sama lain…..alahai…!
     Begitu lah pelajar dan remaja masa kini (tidak semua/segelintir). Bercakap tentang pelajaran dan tentang usaha untuk masa depan mereka bukan sesuatu yang mampu “memujuk atau memanggil mereka untuk duduk dan mendengar dengan teliga dan hati”.kebanyakkan mereka tidak minat! Sedih dan sayu hati kerana anak-anak murid aku adalah bangsa aku sendiri. Bangsa Melayu!...bagaimana lagi harus dilakukan, mengajak, memujuk atau memaksa.? Di pujuk tak menjadi, dipaksa hanya akan menanam dan menyuburkan rasa benci di hati mereka.
     Kata-kata yang keluar dari hati kami yang paling jujur pun hanya mampu menghiris naluri sendiri dengan reaksi dingin mereka yang faham tapi buat-buat tidak mengerti.
Selepas ini banyak lagi sesi ceramah motivasi yang telah dirancang untuk dilaksanakan. Namun dalam hati kami (cikgu-cikgu), adakah ianya berbaloi. Bila kah kesedaran dan keinsafan akan tiba disudut hati pelajar-pelajar yang sebegitu. Cikgu tetap cikgu. Demi tugas dan tanggung jawab, biarlah seribu kali benda yang sama perlu dilafazkan, jemu, jangan diundang bersarang dihati. Sekali cikgu maka cikgu lah selamanya biarpun kata-kata motivasi yang meniti dibibir tidak pernah melakat dihati pelajar, malah lebih menyedihkan menjadi motifBASI! Larut dalam angin lalu……walaupun pelajar itu yang menanggung akibat dari sikap meraka (gagal dalam peperiksaan), namun rasa terkilan tetap hadir menyelinap masuk ke hati kami, dan ada juga duka yang kami usung bersama!

Friday 17 June 2011

Kenapa sesalan selalunya lewat tiba.......?

Masa muda terutamanya semasa menjadi pelajar sekolah (menengah atas, ting 4 dan ting 5) merupakan zaman yang sangat (mungkin paling )menyeronokan dalam hidup ni..Pada masa itu, tak ada benda berat yang perlu difikirkan kerana segala keperluan dan kehendak tentu sekali akan dipenuhi oleh mak, ayah dan juga ahli keluarga yang lain. Sebagai cikgu yang mengajar pelajar sekolah Tingkatan 4 dan 5, memang aku dapat saksikan bagaimana tingkah laku pelajar pada peringkat ini. Ramai di antara mereka yang datang sekolah dan tinggal di asrama adalah dari desakan sosial yang memerlukan mereka berbuat demikian. bukan atas dasar keinginan untuk belajar bersungguh-sungguh mahupun bercita-cita tinggi untuk menjadi "somebody" suatu hari kelak. pernah anak murid aku cakap " cikgu, saya datang sekolah ni pun sebab mak-ayah saya yang suruh sekolah, saya tak minat pun, alaaa, kalau tak sekolah pun bukan nya tak boleh hidup!" Jauh di sudut hati aku, tentu sekali aku sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan itu, nak pulak datangnya dari pelajar melayu yang mak-ayahnya hanyalah orang biasa yang bekerja sendiri (petani) dan tentu sekali tergolong dalam keluarga yang berpendapatan rendah. Dari kenyataan itu dan tingkat laku yang ditunjukkan oleh kebanyakkan pelajar melayu (di sekolah ku dan mungkin juga di tempat lain) dapat lah dibuat kesimpulan bahawa pelajar masa kini tidak pernah meletakkan masa depan sebagai sesuatu yang signifikan untuk mereka fikirkan.Tiada impian untuk mereka merubah nasib dan kepayahan yang ada dalam keluarga mereka. Mungkin bagi mereka, habis sekolah kelak, kerja lah apa-apa pun, yang penting dapat duit boleh beli makanan, hand phone second hand, pakaian dan rokok kira dah ok la! Setiap kali dapat keputusan ujian atau peperiksaan (dalaman sekolah) mereka langsung tidak teruja bila lulus dan lebih menyedihkan mereka gelak saja bila mendapati mereka gagal dalam satu-satu matapelajaran. Mereka langsung tidak rasa bersalah ataupun menzahirkan kebimbangan mahupun keinsafan.
Baru-baru ni, dalam perjalanan nak ke kuala Lumpur dari bentong, aku singgah sekejap kat gerai makan di Hutan Lipur Lentang, saja terasa nak "mengeteh". Kat gerai tu ramai juga anak-anak melayu (budak-budak muda) tengah minum. Dari pakaian mereka, aku rasa mereka semua tu pekerja yang tengah memperbaiki jalan.Tengah dok ralit meneguk teh, tiba-tiba salah seorang dari budak muda tu menegur, "cikgu, dari mana? cikgu ingat saya tak? cikgu ngajar matematik saya 3 tahun lepas....dan bla-bla......" emmm ya-ya, saya ingat awak.(ingat-ingat lupa)...Kerja sini ke? itu saja yang terkeluar dari mulut aku..tak tau nak cakap apa sebab masa mengajar dia dulu, memang kami tak rapat sangat sebab dia , kerap tak datang sekolah, tak bawa buku, tak buat homework dan macam-macam masalah. dengan muka yang agak kelat dia jawab soalan aku "Ya lah cikgu, ni je lah kerja yang saya boleh buat, sijil SPM saya lulus BM dan subject bengkel saja, BM lulus pun tak kredit. Nak masuk pusat kemahiran boleh, tapi family saya susah cikgu, adik- beradik ramai lagi yang sekolah..entah la cikgu, rasa nak cari kerja lain la, kerja ni berat dan penat sangat, gaji plak ciput, tak berbaloi langsung! Saya sebenarnya nyesal cikgu, masa kat sekolah dulu tak belajar pun, buat habis duit mak-ayah je, jangan kata nak sambung belajar, nak mintak kerja kilang pun susah. Aku tak tau nak kata apa yang sepatutnya selain dari memberi nasihat dan pandangan ringkas tentang bertapa perlunya menyambung pelajaran (tak kira aliran apa) ketika usia masih muda, kerana pelajaran dan kelulusan sangat penting untuk semua orang walaupun bukan untuk tiket mendapat kerja makan gaji semata-mata. Selain dari cerita tu, ramai juga bekas pelajar yang datang ke sekolah untuk mengambil sijil asal SPM menuturkan dialog-dialog klise yang menunjukkan betapa mereka kesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh dan mengambil peluang yang ada semasa bergelar pelajar dulu. Walaupun ada di antara mereka itu sedang menyambung pelajaran di politeknik dan juga di universiti ketika ini. Makna nya para pelajar ni perlu melepasi umur 17 tahun (lepas tingkatan 5) baru mampu berfikir dengan matang untuk berjuang memajukan diri sendiri. Bak kata pepatah "sudah terantuk baru mengadah". Entah lah! Atau mungkin sosialisasi bangsa kita (melayu) yang mencorakkan pemikiran para pelajar jadi begitu?.... Sebagai insan yang bergelar pendidik (cikgu) aku tentunya bertanggung jawab untuk memberi nasihat dan padangan berguna kepada mereka walaupun mereka telah melepasi alam persekolahan. Ketika ini pun, sebagai cikgu aku tak jemu-jemu mencari dan memikirkan cara terbaik untuk merubah sikap negatif yang ada dalam diri pelajar agar menjadi lebih positif selain dari mencuba kaedah-kaedah yang berkesan dalam melaksanakan tugasan mengajar. Mana ada cikgu kat dunia ni nak anak murid gagal dalam matapelajaran yang dia ajar! Namun, remaja tetap remaja! mereka lebih berminat kepada perkara yang NAK mereka buat berbanding dengan perkara yang mereka PATUT buat.....dan end of the day, they come to us and said...."cikgu kami menyesal la,masa kat sekolah dulu kami tak belajar bersungguh-sungguh!" Sesalan yang terpacul keluar dari mulut mereka itu sebenarnya sedikit terlewat!
dan apa lagi yang mampu cikgu-cikgu katakan selain dari menuturkan dialog-dialog yang sama!

Sebagai pendidik:
kena buat macam-macam untuk menyesuaikan diri- dengan kata lain untuk mendekati para pelajar....Soal berjaya ataupun tidak...emmmm hanya Tuhan yang tahu. (beberapa gambar yang berkaitan)

Menyampaikan ceramah (Perkongsian Ilmu) tentang Matapelajaran Matematik. Subject mudah yang di anggap "killer subject" oleh ramai pelajar aku...huhuhuhu...sedih!
Tengah "Kusyuk" mendengar ceramah! kononnya la...dalam fikiran entah apa yang mereka fikirkan.

Menyampaikan "amanat" pada pelajar.
Terpaksa "posing"...last-last tak tau yang mana cikgu yang mana pelajar.

Bersama barisan pengawas sekolah (perempuan)-Sebagai Ketua Guru Pengawas. Semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2011.

Pertandingan Futsal Padang Rumput- Guru Vs Pelajar. Tetap guru juga yang menang!

Jadi pengulas sukan di tepi padang! walaupun dah merangkak kepenatan!

Demi pelajar....aku pun terpaksa berpoco-poco! apapun best!

Thursday 16 June 2011

Lagu-lagu melayu masih best!

Dengan umur yang dah makin meningkat ni, aku tentu sekali tak dapat meletakkan diri aku selari dengan anak-anak muda yang meminati lagu-lagu masa kini yang terdiri dari pelbagai gender muzik. Kalau stesen radio popular yang ada kat Negara kita ni tentu nya aku memilih untuk mendengar Sinar FM. Pun begitu kat Hot FM, Suria FM mahupun Era FM ada juga memutarkan lagu-lagu melayu yang best!... Pada aku lagu masa kini "bingit" bunyi nya..Dengan penggunaan instrument yang pelbagai menjadikan banyak lagu-lagu melayu masa kini menjadi "keras" dan tindak mampu menawan hati dan menyedapkan halwa telinga. Anak-anak muda sekarang suka lagu-lagu yang hard rock, K-pop dan segala bagai.... Kalau yang meminati irama balada terus dianggap sebagai "jiwang" dan lebih lasar lagu tak up to date!... Dewasa ini, jarang sekali kita mendengar lagu-lagu ciptaan komposer kita yang indah dan sedap didengar seperti diawal tahun 90an dulu...Tiada lagi lagu masa kini yang mampu menandingi gemersik irama "Isabella, Srikandi Cinta Ku, Rindu Bayangan, Dua Insan dan lagu-lagu yang seangkatan dengannya. Pertengahan 90an  hingga alaf 2000, lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Dato Ct pun best-best...samada balada mahupun irama Malaysia... Kalau nak senaraikan lagu-lagu yang best dan "evergreen" pada masa itu memang berlambak-lambak (banyak)...!
Orang Malaysia terutamanya anak-anak muda zaman ni cakap je tak suka lagu yang slow dan tangkap leleh (balada), tapi banyak sekali lagu-lagu dari seberang yang mampu menjadi siulan ramai di negara kita. Tengok la bagaimana lagu-lagu artis Indonesia seperti Peterpan, Radja, Krisdayanti, Rossa dan lain-lain mampu menawan stesen radio kita dan juga pasaran album mereka sangat laris di sini....Jangan kata penjualan album, siap datang buat konsert lagi!.....
Tak apa, secara positif nya, fenomena itu memberikan pilihan kepada para pendengar.... Selain dari kebanjiran artis-artis dari seberang, kemunculan penyanyi solo dan berkumpulan inde juga mewujudkan suatu fenomena dalam industri hiburan aliran perdana negara....lagu-lagu mereka sangat popular di corong-corong radio, namun pada aku nilai "evergreen"nya tidak seberapa dan bersifat sementara saja...
Pada penulisan kali ni, aku hanya nak share lagu baru ni...memang best.... Sekurang-kurang kita tahu bahawa komposer kita belum ketandusan idea...dinyanyikan pula oleh tiga penyanyi kita yang telah diakui sangat berbakat (vokal) dengan pesona yang memukau! Ada beberapa lagi lagu melayu masa kini yang best...dan salah satunya lagu ni......
Dengarkan...dan hargai lah.....

Tuesday 14 June 2011

Benarkah kekalahan itu terlalu menyakitkan?.....

"kalah-menang adat pertandingan"...Itu lah ungkapan keramat yang selalu kita dengar bila berakhirnya satu-satu pertandingan, tak kira lah pertandingan sukan, nyanyian atau apapun...Bagi mereka yang menungkapkan ungkapan tersebut dapat lah kita kata kan bahawa mereka itu terdiri dari orang-orang yang rasional, dapat menerima kekalahan dengan hati yang terbuka....! walaupun parah hati mereka berdepan dengan kekalahan itu, hanya Tuhan saja yang tahu. Sampai hari ini, akhbar-akhbar masih menyiarkan lagi tentang kekalahan kelantan di tangan Trengganu dalam merebut Piala FA.....Bertapa gembira rakyat Trengganu kerana mampu menjulang piala FA untuk edisi kali ini...atau mungkin mereka lebih gembira kerana mampu menumbangkan pasukan kelantan yang terkenal dengan para penyokong yang sangat fanatik, masa kan tidak, hampir 70% ruang tempat duduk di Stadium Bukit Jalil dipenuhi oleh para penyokong kelantan, membentuk "lautan merah"...!
'Takdir penentu segalanya"....30 saat yang menyakitkan!....dengan sedikit kesilapan dan mungkin "over confident" telah menghumban pasukan kelantan kepada kekalahan yang menjadi bualan seantero Malaya!...Selain media elektronik dan media cetak yang melaporkan tentang perlawanan yang sengit dan menghiburkan itu,gegak gumpita juga berlaku di kedai-kedai kopi sekali gus bertebaranlah "spekulasi buatan sendiri" membicarakan tentang punca dan sebab kekalahan...! "alaaa, keputusan perlawanan tu dah di atur", "team kelantan saja je bagi Trengganu menang sebagai hadiah kepada Agong sempena Keputeraan baginda", "Daudsu kena sogok" "Mat Yo tak main betul-betul sebab lawan negeri asal dia"...dan macam-macam lagi spekulasi yang memualkan.! Mereka yang dok "menyalak" tu sapa? orang penting dalam team atau orang penting dalam FAM?...Jawapannya mereka bukan sapa-sapa pun, mereka hanya lah pemerhati atau penonton (tak pergi stadium pun.....) yang kononnya tahu banyak perkara padahal tak tahu apa-apa pun. Dengan spekulasi dan "cerita-cerita kedai kopi" itu lah sebenar-benarnya yang menjadikan kekalahan yang ditempuh  terlalu menyakitkan. Kekalahan sebenarnya "tiada apa-apa", malah ianya menjadi lebih bermakna kalau kekalahan itu dijadikan kayu pengukur untuk melihat, mengkaji dan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...Cuba empati kepada para pemain yang telah bermati-matian semasa di atas padang, bila kalah, mereka senang-senang dipersalahkan dan dengan "kejam' menuduh mereka dengan tuduhan yang bukan-bukan.
Sebenarnya banyak kisah-kisah bagaimana seseorang individu atau sesebuah pasukan mampu menjadi lebih baik malah lebih maju setelah bangkit dari kekalahan atau kegagalan. kegagalan itu dijadikan pengajaran yang berguna untuk menempuh hari-hati muka yang tentunya lebih mencabar. Kepada para penyokong (terutamanya penyokong Negeri ku tercinta-Kelate. The Red Warrior)...sokongan kita semua sangat diperlukan! Teruskan menyokong dan terjemahkan sokongan padu itu dengan cara yang lebih bijak. Mari lah kita sama-sama menjadi penyokong setia yang realistik dan terbuka....Meraikan kemenangan dan menerima kekalahan dengan hati yang terbuka selain itu bertindak bijak lah bila kita menonton secara terus (datang ke Stadium).....jangan kita bertindak seolah-olah mengia kan gelaran-gelaran negatif yang sering dilemparkan pada kita..... Lepas ni kalau nak bakar mercun pun biarlah untuk meraikan kejayaan, bukan orang tengah dok berlari mengejar bola kita sibuk pasang mercun dan baling ke tengah padang!...Ish-ish....
Sekiranya kita berfikir dan bertindak positif, maka apa jua keputusan yang terhasil itu kita terima dengan redha dan Kekalahan kita terima sebelumnya bukan lah sesuatu yang terlalu menyakitkan! Percaya lah...........!
Jangan kata untuk Peringkat Nasional, main bola diperingkat kecil-kecilan pun kita berusaha keras untuk menang! kalau kalah juga, tak kisah la...bukan  pengakhiran sesuatu cerita dan bukan juga "pembunuh" kepada semangat yang tertanam dijiwa!